Jumaat, 6 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Awek seksi Terkencing dalam seluar kesan minum arak

Posted: 06 Apr 2012 09:00 AM PDT


Satu awek di majlis khabarnya meraikan hari ulang tahun di sebuah kelab malam telah terkencing didalam seluar jeans. Awek ini khabarnya tidak sempat ke tandas disebabkan kesan minum arak berlebihan .




Awek ini yang kelihatan hot dan seksi tidak sempat untuk pergi ke tandas untuk membuang air kecil kerana mabuk.

Isu Skandal Komposer Azmeer Dengan Gadis Kampung?

Posted: 05 Apr 2012 07:50 PM PDT

Gempar, teka teki Komposer terkenal tanah air dengan Skandal Gadis Kampung Terbongkar, erti peribasa anak melayu, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah yang patut ditujukan kepada Komposer Azmeer ini dimana telah memusnahkan kehidupan anak gadis yang berasal dari kampung. Dunia hiburan kita senantiasa mempunyai isu isu skandal yang baru, kini giliran Azmeer komposer terkenal pula..

Khabarnya Komposer tersebut telah mengahwini gadis itu tapi telah mengabaikannya. Bukti sijil nikah komposer terkenal tersebut juga disertakan seperti dibawah.



Berikut adalah satu petikan yang begitu menghiris hati dari satu laman blog yang terkemuka di Malaysia.

Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selibriti.

Rakan wanita saya "X" telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal AZMEER atau nama sebenarnya MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR (660614-71-5611) sekitar tahun 2004. AZMEER memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat "X" seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. "X" sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan AZMEER tidak lena tidur tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun.

X terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan AZMEER manis berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari AZMEER akhirnya bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan syarat AZMEER mesti mendapat persetujuan isteri tuanya.
Atas nasihat dan muslihat kawan-kawannya AZMEER memberikan persetujuan dan pada 23 September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan. Menurut maklumat AZMEER telah menggunakan sindiket memalsukan persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah memberikan persetujuan).

Kesiannya keluarga X sekadar dapat menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran. Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana AZMEER kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya AZMEER tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri tuanya.

Yang sebenarnya AZMEER mahu menghalalkan hubungannya dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan AZMEER dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja AZMEER ada peluang lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk AZMEER melepaskan nafsunya. Tengah-tenga malam tak kira 1 atau 2 pagi AZMEER akan mencari X bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya.

Semua kawan-kawan tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu AZMEER. Budak kampong apa yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang setia menunggu-nunggu AZMEER bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X dikampung gelisah memikirkan nasib X.

AZMEER tidak pernah bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan untuk "cover line".

Licik betul AZMEER.

Ringkas cerita satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk AZMEER dan menjejakinya. X dimaki hamun depan AZMEER di studio beliau. Kasihan X gadis kampung yang tak tahu apa-apa.
AZMEER berjanji dengan isteri tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai.

Sejak dari itu kekerapan AZMEER bertemu X semakin kurang. Hidup X terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis kenduri keluarga dan Hari Raya AZMEER tidak pernah turun ke kampong X. Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong AZMEER sedikit pun tidak ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS.

Pada awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari AZMEER kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. AZMEER pula sudah pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik dan digilai ramai.

Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan AZMEER. AZMEER tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu.
Hanya selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan AZMEER akhirnya X sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai. Apabila melihat X serius AZMEER bimbang dan memberikan persetujuan dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban AZMEER menceraikan X dengan alasan rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi.

Sudahlah hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh AZMEER. Segala belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu ditanggung X sendiri dan AZMEER tidak memberikan sesen pun gantirugi apabila menjatuhkan talak.

Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai AZMEER yang kelihatan baik dan ceria itu.
Saya mahu cerita ini sampai kepengetahuan umum supaya AZMEER bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku walaupun X kini telah pun berkahwin tidak mahu sedikit pun perkara ini keluar kepengetahuan umum kerana menghormati AZMEER.

Sebagai seorang wanita saya kagum dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang seperti AZMEER ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang AZMEER akan malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis yang tidak berdosa…………..

Rozita Che Wan berang dan mahu saman penyebar fitnah

Posted: 05 Apr 2012 06:41 PM PDT

Baru - baru ini Datuk Siti Nurhaliza telah menampilkan diri berkenaan isu fitnah Datuk K berhubung mahu berkahwin dan telah disunting dengan Rozita Che Wan. Dalam kenyataan berikut Siti Nurhaliza menyatakan bahawa mempercayai akan Suaminya Datuk K yang senantiasa berada disisi nya dan sekali gus gosip tersebut adalah berbau fitnah.

Hari ini Rozita Che Wan juga memberanikan diri bagi menjelaskan bahawa gosip yang di war warkan itu adalah fitnah sama sekali dan dalam petikan media tempatan, dia mengatakan bahaya dia tidak pernah menjumpai datuk K dan bagaimana isu tersebut boleh ditimbulkan?

Ia mengakui bUKAN sekali tetapi tiga kali dia terpaksa berhadapan dengan gosip yang sama - kononnya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan yang juga merupakan suami kepada penyanyi terkenal tempatan.

Tidak dinafikan gosip-gosip liar itu telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit buat dirinya.

Amat terkilan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pelakon popular, Rozita Che Wan memberitahu, gosip itu bukan sahaja menyinggung perasaannya tetapi juga mereka yang dikaitkan.

Justeru pelakon 'bergetah' berusia 39 tahun itu berhasrat mengemukakan saman kepada penyebar fitnah terbabit.

Tegas ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Malah Rozita sendiri mengakui amat terkejut dengan penyebaran berita terbaru yang mengatakan dia bakal menjadi isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) iaitu suami kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, berita yang sama turut diperkatakan khalayak.

"Gosip ini tersebar dalam tempoh dua tahun ini. Dan kali ini berita itu disebarkan pula melalui penulis blog. Saya sendiri terkejut dengan penyebaran fitnah tersebut.

"Saya tidak nafikan perkara ini agak menganggu kerana ia bukan sahaja membabitkan diri saya tetapi juga beberapa pihak yang dikaitkan.

"Oleh itu saya berhasrat untuk menyaman mereka mereka yang tidak bertanggungjawab dengan penyebaran fitnah ini," katanya ketika ditemui ketika menghadiri majlis pernikahan Azza Elite di Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor, Ahad lepas.

Menurut Rozita, tindakannya untuk mengemukakan saman adalah untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya mencetuskan kontroversi kurang berasas terhadap dirinya.

"Saya langsung tidak pernah bertemu dengan Datuk K, jadi saya juga hairan mengapa tiba-tiba sahaja dikaitkan akan berkahwin dengannya.

"Seharusnya mereka tahu untuk menghormati perasaan orang lain memandangkan tohmahan ini juga berkait dengan keluarga pihak yang terbabit," katanya.

Malah Rozita turut bersetuju dengan kenyataan Siti Nurhaliza yang dikeluarkan di akhbar baru-baru ini agar laman blog portal hiburan lebih sensitif dengan setiap berita yang dilaporkan.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah dia akan mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solonya demi meredakan kontroversi yang melanda diri, pelakon itu serius menyatakan pendirian.

Katanya, perkahwinan bukan jalan penyelesaian yang mampu membantunya keluar daripada kemelut kontroversi seperti ini.

Malah dia tidak mahu kesucian perkahwinan digunakan sebagai medan untuk dirinya melepaskan diri dari dunia gosip yang sering melanda kehidupannya.

"Saya rasa sekalipun saya berkahwin, jika masih ada yang mahu menulis kontroversi, mereka tetap akan menulis.

"Jadi perkahwinan bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi ini," katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie, Sayang Cok Man untuk TV2.

Masih sendiri

Mengakui masih belum ada calon yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menjadi suami, Rozita ketika ini lebih selesa untuk bersendiri.

Malah dia mengaku lebih berhati-hati sebelum benar-benar mahu membuka pintu hati kepada lelaki.

"Saya masih lagi solo dan tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Jadi isu yang mengatakan saya bakal berkahwin dalam masa terdekat ini adalah tidak benar sama sekali," katanya tegas.

Sementara itu juga Rozita turut menjelaskan bahawa kehilangan anaknya Aniq Ezra Azuar Effendy, 14, yang dikatakan lari dari rumah akibat merajuk dengan dirinya yang kononnya mahu melangsungkan perkahwinan juga satu fitnah.

"Kami ada sedikit perselisihan faham, namun bukanlah sebab saya mahu berkahwin.

"Dia cuma merajuk tentang perkara kecil sahaja. Apapun sekarang pulih dan anak saya sudah tak merajuk lagi," katanya.

Bagi Rozita buat masa ini soal perkahwinan bukan lagi menjadi perkara pokok untuk dirinya. Ini kerana apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.

"Jujurnya anak-anak tidak mempunyai masalah jika saya mahu berkahwin lagi.

"Bagaimanapun kita tidak tahu perasaan sebenar mereka, dan untuk itu lebih elok bagi saya agar tidak terlalu bercakap mengenai hal ini," katanya sambil tersenyum.

Bukan niat untuk meragui setiap cinta yang ditawarkan lelaki, bagi Rozita buat masa ini biarlah dia memberi tumpuan kepada keluarga dahulu.

"Saya bukan takut dengan perkahwinan.

"Cuma lebih berhati-hati kini. Bukan apa setelah sekian lama bersendiri ada lebih baiknya saya mengambil langkah ini," katanya.

Mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda sebelum ini, kata Rozita ia bukanlah seperti apa yang disangka dan sekadar digembar-gemburkan oleh pihak lain.

"Kami hanya berkawan sahaja. Dan sehingga hari ini kami masih kekal sebagai kawan biasa," katanya ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu