MP3 Lagu-lagu Rakyat

Khamis, 19 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


  • Uncle Usin bakal pecah panggung?
  • Aznil Tegas Kepada Peserta 'On Air' Untuk Mendidik
  • Punca Johan (Raja Lawak) Tolak Tawaran Berlakon
  • Zizan Razak Enggan Masuk Campur Masalah Dira

Uncle Usin bakal pecah panggung?

Posted: 19 Apr 2012 07:09 PM PDT


Poster Uncle Usin


 Jika selama ini, kita biasa melihat keletah Zizan dan Johan mengacarakan program TV. Namun, buat pertama kalinya, Zizan dan Johan akan tampil dalam sebuah filem berjudul Uncle Usin.
Filem yang diarahkan oleh Husri Husain ini turut dibintangi Nabil Raja Lawak. Jadi, tentunya, penonton boleh membayangkan betapa 'gamatnya' filem ini.
 
Malah, tidak mustahil, filem Uncle Usin akan pecah panggung dengan tarikan tiga teraju filem tersebut, apatah lagi Zizan dan Johan, baru sahaja memenangi anugerah baru-baru ini.
 
Jika dilihat dari promo filem ini, Zizan dan Johan tidak digandingkan sekali. Bagaimanapun, banyak unsur jenaka yang diselitkan sehingga menggeletek penonton.
 
Namun, bagaimana keseluruhan jalan cerita ini dan berapa bintang yang boleh layak diterima, tidak dapat penulis berikan memandangkan filem ini tidak melakukan sebarang sesi pratonton.
 
Bagi anda yang mahu mengetahui jalan cerita dan melihat sendiri lakonan pertama Zizan dan Johan di dalam satu filem, bolehlah menonton filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin yang mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran.
 
Selain Zizan, Johan dan Nabil, turut membintangi filem ini adalah Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya dan Yank Kassim.
Filem yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 (Zizan Razak) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris (Mat Over), atas permintaan anaknya Julia (Shikin Kamal). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 (Johan), seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan (Ebby Yus).

 
Uncle Usin 
PENGARAH : Husri Husain
PELAKON : Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak.
GENRE : Komedi
DURASI : 1jam 30minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 19 April 2012
----

Aznil Tegas Kepada Peserta 'On Air' Untuk Mendidik

Posted: 19 Apr 2012 07:05 PM PDT

Aznil Nawawi. 
PETALING JAYA: Pengacara program On Air, Aznil Nawawi menyangkal dakwaan dia bersikap garang terhadap peserta rancangan itu sebaliknya menampilkan diri agar kelihatan tegas untuk mendidik mereka.
Aznil berkata, dia perlu bersikap demikian untuk membolehkan peserta rancangan tersebut memahami tugas sebagai pengamal media dalam dunia penyiaran bukannya untuk mengejar glamor.
"Saya sedar ada orang terkejut dengan sikap berbeza saya itu kerana sebelum ini saya dilihat sebagai seorang yang mesra kanak-kanak dan ceria ketika mengendalikan program seperti Akademi Fantasia atau pun Macam-Macam Aznil.
"Tetapi saya perlu bersikap tegas kerana saya tidak mahu semua peserta On Airmerasakan industri ini hanyalah glamor semata-mata sebaliknya mereka perlu serius," katanya.
Aznil ditemui ketika menghadiri majlis makan malan bersama artis-artis Wajah Eksklusif Astro di Hotel Sunway Spa & Restaurant di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Aznil berkata, tujuan lain dia bersikap sedemikian terhadap semua peserta On Air adalah kerana tidak mahu mereka mensia-siakan peluang yang diberikan.
Ujar Aznil, jika terlalu berlembut dikhuatiri mereka akan besar kepala dan lupa tujuan asal menyertai program realiti itu.
"Biar mereka rasa susah sekarang kerana pada masa hadapan mereka sudah boleh membiasakan diri dengan tekanan bekerja dalam bidang ini. Apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk kebaikan mereka," katanya.
Sementara itu, Aznil memberitahu berkuat kuasa 1 Mei depan dia bakal menjawat jawatan sebagai Ketua Personaliti TV untuk Astro yang mana jawatan tersebut diwujudkan khas untuknya.
Mengulas mengenai tanggungjawab terbaru itu, Aznil bakal menjaga kebajikan personaliti di semua saluran Astro.
"Sepanjang 22 tahun berada dalam bidang penyiaran dan menjadi personaliti TV, banyak perkara yang telah saya lalui dan diharap dengan tanggungjawab terbaru ini saya dapat membantu mereka dalam apa juga aspek demi memastikan jenama Astro sentiasa di hadapan," ujarnya.
Aznil sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif saluran Astro Ria dan Konsultan Kreatif untuk stesen televisyen itu.
Tambah Aznil, selain aspek disiplin, kekemasan diri dan latihan, dia juga akan memastikan kontrak personaliti di bawahnya terjamin dan bayaran yang diberikan kepada mereka adalah sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan.
"Mungkin sesetengah daripada mereka ini merupakan orang baru yang tidak mengetahui tentang kontrak dan sebagainya, jadi saya akan memainkan peranan di situ dalam membantu mereka mendapat bayaran yang setimpal sebelum menerima sesuatu tawaran," katanya.

----

Punca Johan (Raja Lawak) Tolak Tawaran Berlakon

Posted: 19 Apr 2012 07:03 PM PDT

Johan mahu lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. 
PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM, Johan (Raja Lawak) menjelaskan terpaksa menolak tawaran berlakon drama dan filem kerana kesuntukan masa selain mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Johan berkata, dia bukannya sombong ataupun memilih tetapi bimbang tidak dapat melunaskan semua tanggungjawab terhadap tawaran yang diberikan.
"Alhamdulillahlah tawaran berlakon yang datang memang banyak tetapi kekangan masa sebagai penyampai radio telah membuatkan saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.
"Tambahan pula saya tidak mahu tamak dengan mengejar semua benda yang akhirnya akan memakan diri sendiri," ujarnya.
Bagaimanapun kata Johan, jika pihak produksi boleh bertoleransi dengan jadualnya di Era FM dia sedia untuk memberikan komitmen kepada mereka.
"Saya perlu berada di studio seawal pukul empat pagi dan jika pihak produksi boleh melepaskan saya dari lokasi pada 10 malam, saya mungkin akan lakukan kerana sekurang-kurangnya saya dapat berehat sebelum bertugas di radio," katanya.
Dalam pada itu, Johan memberitahu, waktu lapang yang dimilikinya digunakan sebaik mungkin untuk dihabiskan bersama keluarga.
Dia juga tidak mahu terlalu memikirkan soal kerja kerana merasakan keluarga adalah aset paling penting buat dirinya.
"Mungkin sebelum kahwin matlamat saya berbeza tetapi selepas mendirikan rumah tangga ia berubah. Orang yang sudah kahwin mungkin akan faham apa yang saya ingin katakan.
"Saya tidak mahu terlepas detik-detik indah bersama keluarga kerana terlalu sibuk mengejar wang ringgit," katanya.
Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan program bual bicaranya sendiri berjudul Acaner Tu Johan? di Astro Warna.
Menerusi program itu Johan akan bergandingan dengan Didie Alias.

----

Zizan Razak Enggan Masuk Campur Masalah Dira

Posted: 19 Apr 2012 07:02 PM PDT

Zizan tidak mahu mencampuri urusan melibatkan rakan pengacaranya, Dira Abu Zahar kerana menganggap ia akan menimbulkan masalah lain.
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara, Zizan Razak atau Zizan (Raja Lawak) enggan mencampuri urusan peribadi rakan pengacaranya dalam rancangan Melodi iaitu Dira Abu Zahar yang didakwa memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab baru-baru ini.
Zizan berkata, dia menganggap isu itu adalah sensitif dan sebagai orang luar, dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut.
"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar.
"Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah," ujarnya.
Dalam pada itu, Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia rancangan hiburan tersebut.
"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.
"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan pengacara itu.
Ujar Zizan, dia tidak pasti sama ada Awal akan terus kekal mengacarakan program itu bersamanya atau pun hanya untuk sementara.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia ingin terlibat secara serius dalam dunia lakonan dengan membawa pelbagai watak dan tidak hanya tertumpu kepada genre komedi sahaja.

----
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610
Dicatat oleh Tanpa Nama di 7:36 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Label

  • Ally Noor Mastura - Alahai Anak Omak (1)
  • Ally Noor Mastura - Apo Koba Sayang (1)
  • Ally Noor Mastura - Cinto Orang Tuo (1)
  • Ally Noor Mastura - Gadis Kilang (1)
  • Ally Noor Mastura - Mudiok Arau (1)
  • Ally Noor Mastura - Ontahlah (1)
  • Ally Noor Mastura - Pantun Serobo Tak Kono (1)
  • Ally Noor Mastura - Poning (1)
  • Ally Noor Mastura - Si Ujang (1)
  • Instrumental Asli (14)
  • Irama Melayu - Aladom (1)
  • Irama Melayu - Canggung (1)
  • Irama Melayu - Damak (1)
  • Irama Melayu - Hari Ribut (1)
  • Irama Melayu - Inang Kampung (1)
  • Irama Melayu - Inang Rancak Bertemu (1)
  • Irama Melayu - Joget pahang (1)
  • Irama Melayu - Joget Pokok Pisang (1)
  • Irama Melayu - Makan Sireh (1)
  • Irama Melayu - Musalmah Manis (1)
  • Irama Melayu - Naam Sidi (1)
  • Irama Melayu - Nasib Panjang (1)
  • Irama Melayu - Patah Hati (1)
  • Irama Melayu - Sekapur Sirih Seulas Pinang (1)
  • Irama Perak - Belotah (1)
  • Irama Perak - Bubu Lukah Menari (1)
  • Irama Perak - Dabus (2)
  • Irama Perak - Dikir Siti Fatimah (1)
  • Irama Perak - Hadrah (1)
  • Irama Perak - Lenggok (1)
  • Irama Perak - Rebana Perak (1)
  • Irama Perak - Zikir Mulud (1)
  • Lagu Bola Kedah (1)
  • Lagu Bola Kelantan (1)
  • Lagu bola Negeri Sembilan (1)
  • Lagu Bola Perak (1)
  • Lagu Bola Selangor (1)
  • Lagu Bola Terengganu (1)
  • Lagu Johor - Zapin Ya Salam (1)
  • Lagu Kahwin (47)
  • Lagu Kahwin - Air Mata Di Hari Persandinganmu (1)
  • Lagu kahwin - Ala Emak Kawinkan Aku (1)
  • Lagu Kahwin - Apa Dah Jadi (Orkestra) (1)
  • Lagu Kahwin - Berapakah Hantarannya (1)
  • Lagu kahwin - Bunga Rampai (1)
  • Lagu Kahwin - Di Malam Persandingan (1)
  • Lagu Kahwin - Di Renjis Renjis (1)
  • Lagu Kahwin - Direnjis Renjis (2)
  • Lagu Kahwin - Gambus Jodoh (2)
  • Lagu kahwin - Gendang Berbunyi (1)
  • Lagu Kahwin - Gila Gila Pengantin (1)
  • Lagu Kahwin - Gunung Payung (1)
  • Lagu Kahwin - Inang Pengantin (1)
  • Lagu Kahwin - Joget Andam Pengantin (1)
  • Lagu kahwin - Joget Dimana Lah Jodoh (1)
  • Lagu Kahwin - Joget Mak Andam (1)
  • Lagu Kahwin - Joget Malam Berinai (1)
  • Lagu Kahwin - Joget Pak Mat Kahwin Lagi (2)
  • Lagu Kahwin - Joget Pengantin Baru (1)
  • Lagu Kahwin - Joget Si Mandi Mandi (1)
  • Lagu Kahwin - Kalau Ada Jodoh (1)
  • Lagu Kahwin - Kalau Jodoh Tak Ke Mana (1)
  • Lagu Kahwin - Kenek Keneklah Udang (1)
  • Lagu Kahwin - Kompang Dipalu (1)
  • Lagu Kahwin - Madu Tiga (1)
  • Lagu kahwin - Malam Berinai (1)
  • Lagu Kahwin - Menanti Jodoh. (1)
  • Lagu Kahwin - Menunggu Nasi Minyak (1)
  • Lagu Kahwin - Oh Mama Saya Mahu Kahwin (1)
  • Lagu Kahwin - Pak Kelepak Pak Pong (1)
  • Lagu Kahwin - Paluan Kompang 1 (1)
  • Lagu Kahwin - Paluan Kompang 2 (1)
  • Lagu kahwin - Paluan Kompang 3 (1)
  • Lagu Kahwin - Pengantin Bersanding (1)
  • Lagu Kahwin - Pinang Sireh Pinang (1)
  • Lagu Kahwin - Selamat Pengantin Baru (5)
  • Lagu Kahwin - Sudah Kawin Kah Belum (1)
  • Lagu Kahwin - Ucapan Pengantin (1)
  • Lagu Kedah - Cinta Sayang (1)
  • Lagu Kelantan - Wau Bulan (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Cherita JPJ (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Di Sekolah Hari Ini (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Hijau Kuning (1)
  • Lagu loghat Kedah - Kasut (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Kebersihan (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Pi Mai Tang TU (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Proton Saga (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Seloka Mai Cek Mai (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Subsidi Baja (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Vespa Haji Samad (1)
  • Lagu Loghat Kedah - Zaman Jepun (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Anak Ayam Didik (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Ayam Denok Deni (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Baju Kurung Pahang (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Gone Gamoknye (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Inang Pantun Rindu (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Kole Semantan (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Makwe Koi (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Meling Meling (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Moh La Weh (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Mudik Meminang (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Ngape Bio Semok (1)
  • Lagu Loghat Pahang - Sri Peterane (1)
  • Lagu Loghat Perak - Boria Kuale Lumpo (1)
  • Lagu Loghat Perak - Dorian Dah Berbunge (1)
  • Lagu loghat Perak - Kejor Yop Kejor (2)
  • Lagu Loghat Perak - Pak Ude (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Anak Burong Baniong (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Anok Udang (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Ayun Buai Kokek (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Inang Rodat (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Itik Gembo Gembo (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Joget Ganu Kite (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Kerabu Pucuk Paku (1)
  • Lagu loghat Terengganu - kolek berkolek (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Pintal Tali (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Ulek Badang (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Ulik Mayang (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Watimang landok (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Ya bani Ya Badang (1)
  • Lagu Loghat Terengganu - Ya Dondang (1)
  • Lagu Melaka - Dondang Sayang (1)
  • Lagu Negeri (1)
  • Lagu Negeri Johor (1)
  • Lagu Negeri Johor (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Kedah (1)
  • Lagu Negeri Kelantan (1)
  • Lagu Negeri Kelantan (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Melaka (1)
  • Lagu Negeri Melaka (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Pahang (1)
  • Lagu Negeri Perak (1)
  • Lagu Negeri Perak (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Perlis (1)
  • Lagu Negeri Perlis minus one (1)
  • Lagu Negeri Pulau Pinang (1)
  • Lagu Negeri Pulau Pinang (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Sabah (1)
  • Lagu Negeri Sarawak (1)
  • Lagu Negeri Sarawak (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Selangor (1)
  • Lagu Negeri Sembilan (1)
  • Lagu Negeri Sembilan (minus one) (1)
  • Lagu Negeri Sembilan Randai (1)
  • Lagu Negeri Terengganu (1)
  • Lagu Negeri Terengganu (minus one) (1)
  • Lagu Pahang Walinong Sari (1)
  • Lagu Perak - Dabus (1)
  • Lagu Perlis - Ayam Didik (1)
  • Lagu perlis - Cik Lam (1)
  • Lagu Perlis - Cinta Sayang (1)
  • Lagu Perlis - Inang Tua (1)
  • Lagu Perlis - Joget Kain Batik (1)
  • Lagu Perlis - Layan Mas (1)
  • Lagu Perlis - Terinai (1)
  • Lagu Pualu Pinang - Boria (1)
  • Lagu Rakyat Perak - Komuniti Berilmu Perak Terbilang (1)
  • lagu Rakyat Perak - perak Gemilang (1)
  • Lagu Rakyat Perak - Selamat Datang (1)
  • Lagu Rakyat Perak Darul Ridzuan (1)
  • Lagu Sabah - Jambatan Tamparuli (2)
  • Lagu Sarawak - Putri Santubong (1)
  • Lagu Selangor - Keroncong Selangor (1)
  • Lagu Terengganu - Patendu Patende (1)
  • Razak Ahmad - Indung Indung (1)
  • Razak Ahmad - Pahang Negeriku (1)
  • Roslan Madun - Duka Megat Panji Alam (1)
  • Roslan Madun - Lemak Manis (1)
  • Roslan Madun - Menghilir Sungai Pahang (1)
  • Roslan Madun - Muhammad Kekasih Allah (1)
  • Roslan Madun - Nazam Muljizat (1)
  • Roslan Madun - Tebang Tebu (1)
  • Roslan Madun - Tun Teja (1)
  • Roslan Madun - Wau Pepeh (1)
  • Roslan Madun Puteri Wanangseri (1)
  • Selamat Pengantin Baru Versi Rock (1)

Senarai Lagu

Nuffnang

Traffic

Pengikut

Tema Pelancongan. Dikuasakan oleh Blogger.