Selasa, 17 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Berita Terkini : Isteri Nabil Mengandung 5 Minggu

Posted: 17 Apr 2012 08:50 AM PDT


Ini berita terbaru yang ZOoM baca mengenai isteri Nabil yang kini sudah mengandung. ZoOM sebagai wakil pembaca dan rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil dan ZIra.

Dan berikut berita yang boleh dikongsi bersama dengan anda :
MH Online mendapat perkhabaran gembira daripada Nabil dan isterinya Zira. Ketika dihubungi sebentar tadi, Zira sendiri mengesahkan berita mengenai kehamilannya yang baru menjangkau lima minggu. 
"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik. 
"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira yang mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui yang dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.


ZoOM : Tahniah sekali lagi...dan apa kata anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Pelakon Lelaki Kahwin Di Thailand

Posted: 17 Apr 2012 08:11 AM PDT

Sekadar Hiasan

KL,17 APRIL 2012: Dalam banyak-banyak cerita, perkhabaran yang satu ini memang menjadi perhatian Murai Batu, apatah lagi budaya selebriti tempatan berkahwin di sempadan Thailand bagai sudah menjadi kebiasaan.

Lebih mengejutkan Murai Batu apabila ianya membabitkan seorang pelakon lelaki popular yang Murai Batu sifatkan tidak mempunyai ciri-ciri untuk mengambil keputusan singkat dengan berkahwin di sana.

Namun, Murai Batu terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan. Kalau sudah dinamakan manusia, tiada apa yang mustahil dalam hidup ini sama ada dia seorang selebriti atau tokoh politik berwibawa.

Sama ada tua atau muda, kurus atau gemok, cantik atau tidak. Perkara seperti ini pasti akan terjadi.

Sebenarnya agak berat hati Murai Batu untuk bercerita lebih lanjut berkenaan perihal pelakon lelaki berkenaan yang telah berkahwin di Thailand baru-baru ini kerana difahamkan keadaan kesihatannya ketika ini tidak mengizinkan.

Timbul pula perasaan kasihan Murai Batu terhadap keadaan pelakon berkenaan. Mungkin kerana itu jugalah dia mengambil keputusan untuk berumahtangga, supaya ada orang yang dapat merawatnya ketika sakit.

Walau apapun, Murai Batu doakan supaya pelakon lelaki berkenaan cepat sembuh dan dapat membina hidup baru bersama isteri tercinta dalam keadaan tenang dan bahagia.

Harapan Murai Batu, janganlah pula ada yang salah faham. Bukannya Murai Batu ingin menggalakan budaya kahwin di sempadan Thailand, tapi kalau sudah jodoh mereka, jadi apa salahnya kita mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Jangan pula ada yang menyalah ertikan kenyataan Murai Batu ini sebagaimana lirik lagu Bawa Aku Pergi nyanyian Zizan dan Kakak yang telah menjadi isu hangat baru-baru ini.

Credits: murai.com.my

ZOOM : Siapakah jejaka/artis popular yang sudah bernikah di Thailand tu, jika ikut tips yang diberi oleh Murai berkenaan pelakon ini :

1.Pelakon Lelaki Popular
2.Kesihatan yang tidak mengizinkan
3.Masih Bujang lah kot..

SIAPAKAH DIA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

7 Gambar Perkahwinan Natasha Hudson

Posted: 17 Apr 2012 07:40 AM PDT


Untuk makluman pembaca di ZOoMartis blog dan Facebook, Natasha Hudson dan suami Khalid Kamal @Carleed Khaza yang merupakan seorang komposer selamat dinikahkan pada pagi semalam di Masjid Jalan Duta.




Semoga hubungan yang diikat atas nama cinta dan kasih sayang akan kekal hingga akhir hayat, serta semoga dimurahkan rezeki.




Dan berikut gambar yang ZoOM jumpa dan share untuk anda daripada laman
blog Gua :










Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Informasi : Panduan Pengiraan Zakat

Posted: 17 Apr 2012 07:07 AM PDT

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Kepada sahabat-sahabat yang bergelar penjawat awam, semalam berita baik telah diterima oleh sahabat semua. Syukur alhamdulillah kerana menikmati kenaikan gaji sebanyak 13% di samping kenaikan elaun COLA sebanyak RM 50 bagi kawasan B & C. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki ini.

Walau bagaimanapun, jangan lupa selepas sahaja menerima slip gaji dengan kadar gaji baharu ini, kita terus mengunjungi mana-mana Pusat Zakat terdekat untuk kita menambah kadar bulanan kita. Disini saya sertakan sedikit panduan ringkas mengira zakat pendapatan ya :-

PANDUAN RINGKAS MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN

Umumnya, terdapat 2 kaedah iaitu

  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun ( jika pendapatan tidak kurang dari nisab)
  • 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan asasi setahun dan bakinya hendaklah melebihi nasab.KAEDAH 1 : Contohnya jika pendapatan kasar setahun adalah sebanyak RM 33,800. Maka, kadar zakatnya adalah RM 33,800 x 2.5% : RM 845.00

KAEDAH 2 : Menggunakan kaedah pendapatan bersih
Contoh


A PENDAPATAN
Gaji ( RM 1,500 X 12 bln) RM 18,000.00
Kerja Lebih Masa RM 8,000.00
Elaun RM 5,000.00
Bonus RM 800.00
Lain2 Pendapatan RM 2,000.00
JUMLAH RM 33,800.00

B PERBELANJAAN DIBENARKAN

Diri Sendiri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak-anak (RM 1,000.00 seorang) RM 4,000.00
Pemberian Ibu Bapa RM 2,400.00
Caruman KWSP RM 2,400.00
Caruman Tabung Haji RM 600.00
Caruman kepada institusi yang telah RM 1,200.00
membayar bagi pihak ahli
JUMLAH RM 22,600.00

C PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT

RM 33,800.00 - RM 22,600.00 : RM 11,200.00
(nilai melebihi nisab. contoh nisab 2011 RM 10,670)

Maka, zakit yang wajib dibayar adalah RM 11,200.00 x 2.5%: RM 280 setahun.

RM 280/12, maka kadar bulanannya adalah RM 23.33.

Oh ya, kalau kita tidak yakin dengan kiraan sendiri ini, kita bawa slip gaji baharu kita dan pergi ke mana-mana pusat zakat yang berdekatan. Pihak amil akan mengirakannya untuk kita. Untuk info tambahan bolehlah sahabat semua ke sini.

Jadi, bersama-samalah kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan ummah Islam ini ya. Selamat berzakat.

Sumber 
ZOOM : Semoga info ini berguna bagi anda yang mempunyai niat untuk membayar zakat, dan ia sekadar maklumat dan jika perlukan bantuan sila lawati laman yang boleh menjadi sumber rujukan sebenar anda.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Cerita Seram : Bau Wangi

Posted: 17 Apr 2012 01:48 AM PDT

Nama saya Bob. Saya ada satu pengalaman yang ringkas, terjadi 12 tahun yang lalu. Waktu itu saya berumur 25 tahun. Waktu bujang lagi dan tiada siapa yang nak halang ke mana saya pergi. Saya selalu lepak bersama kawan-kawan yang sekepala dengan saya. Salah seorang kawan saya mempunyai lori sendiri. Kadangkala bersama tiga orang kawan yang lain, kami suka bersiar-siar sehingga lewat malam.

Pada suatu malam, kami bercadang hendak lepak di pantai Changi. Sebelum itu kami pergi mengambil dua orang kawan perempuan yang hendak turut serta. Selepas menjemput mereka kami pun bergerak menuju ke kawasan pantai Changi. Sampai di sana, setelah meletak lori di kawasan meletak kereta yang paling hujung, kami pun berjalan menuju ke tempat duduk di tepi pantai. Waktu itu tiada orang di kawasan itu, maklumlah sudah jam 1:30 pagi. Pada hari biasa mana ada orang yang hendak merayap kecuali yang degil macam kami?

Sambil kami duduk, berbual dan bergurau tiba-tiba salah seorang kawan perempuan yang bernama Lin bertanya pada saya, "Eh kau pakai minyak wangi apa eh? Wangi betul..." Saya terdiam sekejap kerana saya tidak suka menyembur minyak wangi kerana hidung yang sensitif. Saya pun menjawab, "Mana aku ada pakai minyak wangi? Kau ni dah mengantuk ke?" Yang lain ketawa bila saya jawab dengan selamba. Kami teruskan berbual. Selang sepuluh minit kemudian, Lin bertanya soalan yang sama. Kali ini saya dah rasa yang ada benda yang tak kena.


Terus kawan saya yang memandu lori yang bernama Shah mengajak kami beredar dari situ dengan alasan perutnya lapar. Padahal sebelum menjemput kawan perempuan kami tadi saya dan Shah pergi makan terlebih dahulu. Dalam perjalanan balik ke lori, Shah menarik saya ke belakang supaya yang lain berjalan di hadapan dahulu.

Sedang saya dan Shah berjalan dia bertanya pada saya, "Kau tahu tak kenapa Lin tanya kau?" Saya menggelengkan kepala. Shah sambung, "Sebab di sebelah kau ada 'kakak cantik' sedang berdiri tengokkan kau. Sebab itu aku ajak kita beredar..." Saya terdiam seketika. Kawan saya Shah ni memang mempunyai kebolehan melihat dalam perkara ghaib ni. Wallahu'alam Bissawab... 

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu