Khamis, 12 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Panas : Sham Kamikaze Sudah Mempunyai Isteri Kedua Bernama Nurul Halimin !!

Posted: 12 Apr 2012 12:27 AM PDT

ZoOM terbaca dilaman blog hiburan paling panas dan hangat sekarang ini (Rotikaya), yang menyelongkar gossip Sham Kamikaze, dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain (Nurul Halimin) yang merupakan seorang ibu tunggal. Namun ZoOM hanya berkongsi dengan anda daripada sumber yang kini tersebar kencang diluar sana. Dan berikut "Post" yang ZoOM maksudkan :
Lebih sebulan juga kami simpan maklumat ini untuk mendapatkan kepastian dari beberapa pihak & mereka yang berkaitan.

Pertengahan Januari 2012, kecoh juga dunia hiburan dengan kisah yang mengatakan pemuzik & kini pendakwah sudah beristeri dua.

Sham Kamikaze pantas tampil & menafikan dakwaan itu selain berasa kecewa kerana dengan apa yang beliau lakukan sekarang, ada juga gossip yang melanda.

Menurut sumber kami, identiti isteri kedua Sham Kamikaze telah lama di'kenalpasti & wanita itu bernama Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun — mereka sah bernikah 16 Januari yang lalu.


Nurul Halimin atau lebih mesra di'panggil Min ini merupakan kakak kepada penyanyi Maulana dari Akademi Fantasia 8 (AF8) & wanita yang di'dakwa janda anak satu ini merupakan seorang yang aktif di'Twitter.

Menurut sumber kami lagi, pernikahan Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin masih belum di'ketahui oleh isteri pertama & keluarga Sham Kamikaze sendiri.

Bagaimanapun kami puji sikap Sham Kamikaze mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita yang bergelar ibu tunggal untuk membela nasib.

Jika identiti isteri kedua Sham Kamikaze ini benar seperti di'dakwa — menjadi satu persoalan kepada lelaki ini masih mahu merahsiakan perkahwinan kedua beliau sedangkan ia'nya suatu perkara yang baik?
Sumber 

ZoOM : Tidak berani untuk mengiakan kerana empunya diri sudah tampil menafikan gossip ini, namun kita hanya membaca dan kesahihan gossip ini biarlah mereka yang arif melakukannya.

APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Aidil Sah Ceraikan Rita Rudaini

Posted: 12 Apr 2012 12:05 AM PDT

 SEREMBAN – Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.

Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Katanya, dia tidak mahu berselindung mengenai perkara itu dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.

"Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah.

"Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Rita Rudaini, 36, bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan mereka, Aidil Zafuan berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.

Sumber 

ZoOM : Huh....Seorang lagi artis yang bercerai, walaupun suatu ketika dulu percintaan dan perkahwinan yang terjaliln atas dasar cinta. Namun semua itu hanya tinggal kenangan kepada pasangan ini yang kini menunggu mahligai indah runtuh dibadai ombak besar.

Apa komen anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kekasih Siti Saleha Adalah Adney Penjaga Gol Sabah

Posted: 12 Apr 2012 12:01 AM PDT


Siti Saleha, Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.
 
Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang. -Kosmo 


ZoOM : Hendsome juga si Adney ni, patutlah bunga yang layu kini mekar semula. Sudahlah hendsome penjaga gol Sabah pulakkkk tu... "Handsome Bah" (Loghat Sabah).



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Fan Page Zed Zaidi Di Godam Oleh Aaronators Crew !!

Posted: 11 Apr 2012 11:57 PM PDT


http://www.facebook.com/zedzaidifanpage

Setelah beberapa hari kisah panas mengenai post di akaun Twitter Zed Zaidi, akhirnya Aaronators Crew menunjukkan belangnya dengan mengodam Facebook Fan Zed Zaidi.Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan apa yang diluahkan, Aaronators Crew ingin memberitahu kepada anda, terutamanya Fan Zed bahawa mereka tidak selesa dengan komen yang Owner Fan mengenai artis mereka. Dan berikut beberapa ayat yang Aaronators Crew luahkan dalam Facebook Fan Zed Zaidi :
"Hey guys and girls, Aaronators Crew is on air now. What are you doing people? Got anything to say? Tell me, I will choose the best words to post here. By the way, forgot to say that, Zed Zaidi fanpage was hacked by Aaronators Crew. Sekarang... Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok~

Jangan risau, Aaron Aziz tidak ada kena mengena dalam godam menggodam ni, so jangan buruk sangka terhadap artis kesayangan kita tu, kitaorang buat di atas kehendak kitaorang sendiri. Amacam korang nak kitaorang serah balik tak?

Hewhewhew~ -Via

Apa komen anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu