Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Nurul pontianak paling seksi?
- Lisa Surihani Bukan Menyibuk Pada Majlis Orang
- Suami cuba sembelih isteri
- Mohon maaf berulang kali
- Bawa ‘racun’ 24,000 penagih
- Tesco buka cawangan ke-41
- Lufya Akui Pernah 'Dilamar' Anang
- 'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizo
- Syafiq Yusof Tangguh Belajar Untuk Arah filem 'SAM'
- Tegas tetapi berhemah
- Def Gab C Masih bernafas
- Sufian Mohamed Sukar Pandang Wajah Zahiril
- FMKL masih kurang dirasai
- Cubaan rompak gagal, dirakam CCTV
- Orang muda jadi pilihan
- Kahoe Teruja Belajar Di Los Angeles
- Jawablah: Fina bukan mulut jahat
- Filem Terakhir 'Harry Potter' 'Serang' Pawagam Minggu
- Lady Gaga Juri 'So You Think You Can Dance'
- Sting Batal Konsert Di Kazakhstan
- IKIMfm setanding stesen lain
- Toriq Toyyibah
- Keadilan dan kesaksamaan ekonomi Islam
- Medan terbaik dapatkan rumah idaman
- Nostalgia biduanita negara
| Posted: 05 Jul 2011 08:46 PM PDT JELITA...Nurul mahu fokus lebih kepada nyanyian dan lakonan. MENDEBARKAN...babak menarik dari filem Tolong! Awekku Pontianak. BANYAK sebab kenapa penyanyi seksi ini tidak ingin lagi menjaja kisah cintanya. Kata Nurul Wahab semua ini gara-gara dia terlalu jujur bercerita mengenai hal peribadi sehingga ada segelintir pihak mula salah tafsir kenyataannya. Kini, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini berkata, dia mula serik untuk berkongsi cerita sebegitu lagi kepada pihak media. "Secara ikhlas, saya sedar bukan semua orang kenal diri saya dengan sebenar-benarnya. Saya bercerita sebab orang bertanya - bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk. Kesannya orang terus buat tanggapan bukan-bukan.
| ||
| Lisa Surihani Bukan Menyibuk Pada Majlis Orang Posted: 05 Jul 2011 08:45 PM PDT Lisa SurihaniHULU LANGAT: Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2010, Lisa Surihani menjelaskan kehadirannya pada majlis-majlis tertentu yang tiada berkaitan dengan dirinya bukan untuk menyibuk tetapi memberi sokongan sesama rakan artis. Jelas Lisa, dia tidak pernah terfikir untuk meraih perhatian media ataupun sesiapa sahaja ketika berada pada sesebuah majlis. "Setiap majlis kebiasaannya saya datang kerana dijemput dan ada juga majlis terbuka yang saya datang semata-mata untuk beri sokongan kepada kawan-kawan. "Jika ada tuduhan mengatakan saya hendak menyibuk seperti yang diperkatakan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan bagi saya itu bukan perkara yang salah," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem SAM, di sini, Isnin. Lisa menjelaskan ketika ditanya tentang komen pada ruangan gosip sebuah akhbar mingguan yang mempersoalkan tindakan seorang artis yang dilihat muncul pada beberapa majlis hiburan yang tiada kaitan dengannya. Walaupun gosip tersebut tidak menyebut namanya, tetapi beberapa pihak mendakwa ia ada kaitan dengan Lisa. Dia yang dikaitkan bercinta dengan pengarah Yusry Abdul Halim itu juga dikatakan terlalu banyak menonjolkan diri tanpa menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai pelakon popular. Tambah Lisa, tidak mahu niat baiknya untuk bersama-sama menyokong industri seni tanah air disalah ertikan oleh segelintir pihak. Dalam pada itu, dari segi lakonan filem, Lisa berkata dia hanya membintangi tiga buah filem sepanjang tahun ini berbanding enam buah filem ditayangkan pada tahun lepas. "Tahun ini filem saya kurang separuh iaitu hanya tiga buah filem sahaja berbanding tahun lepas enam buah filem. "Mungkin kerana banyak komitmen lain yang perlu saya bahagikan seperti untuk program Mari Menari dan beberapa iklan komersial. "Namun bagi saya ia adalah untuk kebaikan juga kerana saya boleh mengekalkan nilai eksklusif," ujarnya yang turut membintangi filem SAM di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production Sdn Bhd. Bercerita tentang filem terbarunya itu, dia mengaku teruja dan menantikan peluang untuk berlakon di bawah produksi berkenaan. "Saya pernah terfikir dan berangan untuk berlakon di bawah arahan Datuk Yusof, dan ketika mereka tawarkan watak ini saya sangat terharu menerimanya. "Biarpun arahan Syafiq yang juga merupakan pengarah baru, tapi saya yakin dia mampu untuk menghasilkan filem yang terbaik," katanya. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada 'disembelih' bapanya. Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.
| ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:36 PM PDT KETERANGAN...Suzana memberi keterangan ketika ditanya Ishak. HADIR...Erni Dekritawati bersama bapanya, Buhari Mohamed hadir di mahkamah. SHAH ALAM: Panggilan telefon secara tergesa-gesa oleh pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad untuk memohon maaf berulang kali kerana tidak dapat pulang ke rumah selama tiga hari atas alasan mahu menolong jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menimbulkan kemarahan isterinya. Ia menyebabkan Suzana Radin Pangat, 39, menghantar SMS kepada Noorhisham yang dianggapnya sanggup meninggalkan mereka sekeluarga pada Ramadan semata-mata mahu membantu orang lain dan panggilan telefon daripada suaminya itu sejurus pesanan teks itu dihantar, turut diabaikannya. Apa yang Suzana tidak tahu itulah panggilan telefon terakhir daripada Noorhisham, pasangan hidupnya selama 16 tahun sebelum suaminya disahkan meninggal dunia.
| ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:35 PM PDT RAMPAS...anggota polis menunjukkan syabu yang dirampas daripada suspek. SHAH ALAM: Dua Mat Afrika dicekup ketika baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, selepas polis menemui 7.1 kilogram syabu bernilai RM1.8 juta dalam beg pakaian mereka yang dipercayai berupaya menampung keperluan 24,000 penagih dadah di negara ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kedua-dua suspek warga Nigeria berusia 34 dan 24 tahun itu diberkas dalam operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA pada 1 dan 3 Julai lalu selepas membawa beg pakaian dalam keadaan mencurigakan.
"Suspek kedua pula ditahan pada 3 Julai, jam 9.35 pagi yang membawa dadah jenis sama seberat tiga kilogram.
Menurutnya, kedua-dua suspek bekerja sebagai penjual pakaian di negara asal mereka dan pertama kali masuk ke Malaysia.
| ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:34 PM PDT CAWANGAN BARU...Dr Abdul Rahman (tengah) melawat pasar raya Tesco baru di Tanjung Pinang, semalam. TESCO Stores (M) Sdn Bhd (Tesco) melabur kira-kira RM80 juta untuk membuka pasar raya besar terbarunya, Tesco Tanjung Pinang, di Tanjung Tokong sebagai tambahan kepada dua pasar raya sedia ada di bahagian pulau selepas Tesco Jalan Tengku Kudin dan Tesco Extra, Sungai Dua. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tjeerd Jagen berkata, pembukaan pasar raya itu dijangka dapat menjana pendapatan kepada pengusaha tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu serta pada masa sama mampu menarik kira-kira 750,000 pelanggan untuk membeli belah di ketiga-tiga pasar raya berkenaan.
"Ini adalah rangkaian pasar raya Tesco yang ke-41 di negara ini sejak beroperasi 10 tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan setakat ini berjumlah lebih RM4.5 bilion.
Pada majlis itu, Tesco menyumbangkan sebanyak RM5,000 sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tokong sebagai dana aktiviti sekolah itu. | ||
| Lufya Akui Pernah 'Dilamar' Anang Posted: 05 Jul 2011 08:33 PM PDT Lufya tidak pernah patah semangat untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian biarpun berdepan pelbagai rintangan.KUALA LUMPUR: Penyanyi Lutfyah Sheikh Omar, 26, (Lufya) mengakui pernah dilamar penyanyi dan komposer Indonesia, Anang Hermansyah sebagai teman duet dua tahun lalu, sebelum bekas suami penyanyi Krisdayanti itu bekerjasama dengan Syahrini dan Ashanty. Namun, dia terpaksa menolak tawaran keemasan itu disebabkan oleh perselisihan jadual kerjanya yang ketika itu terikat dengan projek lakonan. "Tawaran berduet itu hadir dua tahun lalu ketika Anang mencari pasangan untuk album duetnya. Ia berlaku sebelum Anang berduet dengan Syahrini lagi. "Kami kenal ketika saya berkunjung ke rumah sanak-saudara di Bali dan dia meminta saya hantarkan demo kepadanya. "Mungkin bukan rezeki kami untuk bekerjasama apabila saya terpaksa menolak tawaran itu kerana sudah terikat dengan komitmen drama," katanya yang ditemui pada pelancaran single pertamanya iaitu Diam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa. Bertitik-tolak daripada tawaran itu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini mengakui kian bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam nyanyian walaupun berdepan pelbagai dugaan. "Perjuangan saya dalam nyanyian selepas AF6 penuh dengan rintangan. Kritikan dan kecaman pelbagai pihak memberi kekuatan untuk saya meneruskan minat ini. "Kini saya selesa bergerak dan berkarya atas usaha sendiri. Walaupun ia memakan masa dan mencabar, saya mendapat restu dan sokongan keluarga," katanya. Lufya juga sempat menyampaikan rangkaian lagu popular daripada pelbagai genre pada pelancaran single Diam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.Mengulas tentang melodi lagu Diam yang mula diilhamkan lebih lapan tahun lalu itu, Lufya berkata, dia mengambil masa lebih dua tahun untuk menulis liriknya kerana tidak berkeyakinan untuk tampil sebagai penyanyi sebelum ini. "Selepas AF6, peluang lebih menjurus pada lakonan berbanding nyanyian. Walaupun ketika itu saya sudah memiliki lagu-lagu sendiri tapi saya simpan hasrat itu kerana tiada pihak yang meyakini kebolehan saya. "Pengalaman berlakon selama dua tahun memberi ilham untuk menghasilkan lebih banyak lagu. "Dengan kos penerbitan hasil simpanan sendiri dan tajaan beberapa pihak, kini saya mahu fokus dan serius dalam nyanyian dan lakonan," katanya yang turut tampil dengan klip video lagu itu. Tambah Lufya, seandainya lagu berentak pop rancak itu mendapat respons positif, dia bercadang untuk mengeluarkan lapan hingga 10 lagi lagu ciptaannya secara berperingkat selepas ini. "Apabila lagu Diam dihantar ke stesen radio hujung tahun lalu, ia tidak mendapat sambutan ekoran tiada publisiti. "Saya harap dengan pelancaran single ini akan menarik perhatian stesen radio untuk memutarkan semula lagu ini," katanya. | ||
| 'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizo Posted: 05 Jul 2011 08:31 PM PDT Fizo OmarPETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak,71, yang meninggal dunia, Selasa mengamanahkan "sesuatu" agar dia menyimpan barang tersebut sehingga ke akhir hayat. Fizo yang dihubungi mStar Online, Selasa berkata, ketika dia pulang ke kampungnya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua minggu lalu, ayahnya telah memberikan wasiat berkenaan yang seolah-olah menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya. "Saya terkejut apabila dia berkata macam itu kepada saya. Dia minta saya menyimpan barang itu elok-elok. Pada waktu itu dia sihat tetapi saya sudah rasa lain macam," kata Fizo yang enggan menjelaskan apakah amanah berkenaan. Ayahnya yang berniaga kecil-kecilan di kampung meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan akibat ketumbuhan pada usus. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Melor, Kota Baharu selepas solat Isyak hari yang sama. Menurut Fizo, ketika mendapat berita itu dia berada di Kuala Lumpur dan sememangnya sedang bersiap untuk pulang ke kampung kerana mahu mengotakan janji membawa ayahnya mendapatkan rawatan pakar. Tapi katanya, hasrat tersebut tidak terlaksana kerana dia meninggal dunia pada hari yang dijanjikan itu. "Saya sepatutnya balik ke kampung hari ini (Selasa) untuk membawa dia berjumpa doktor. Tapi saya terkejut apabila kakak saya di kampung memberitahu ayah sudah tiada," ujarnya. Sehubungan itu menurut Fizo dia terpaksa mengambil cuti selama seminggu untuk menguruskan beberapa perkara. | ||
| Syafiq Yusof Tangguh Belajar Untuk Arah filem 'SAM' Posted: 05 Jul 2011 08:30 PM PDT Syafiq YusofKUALA LUMPUR: Pengarah muda, Syafiq Yusof, 18, terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) bagi menjalankan projek filem pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM). Anak bongsu kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam ini berkata, dia berehat selama dua semester bagi memberi sepenuh perhatian pada pembikinan filem tersebut. "Saya tangguhkan dua semester kerana ingin memberi tumpuan kepada filem ini, Ia merupakan filem pertama dan saya mahu berikan yang terbaik. "Pada awalnya, memang saya merancang untuk tamatkan pengajian terlebih dahulu dan selepas itu barulah fokus pada bidang ini, tapi peluang tu datang dalam waktu yang singkat. "Lagi pula bukan senang untuk dapat kepercayaan daripada ayah saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem SAM, di Dataran Karyawan, Finas, di sini, Isnin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan pelakon-pelakon filem tersebut seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, dan Neelofa. Sementara itu, kata Syafiq, dia sudah bersedia untuk mengarah sebuah filem selepas diberi peluang mengarahkan beberapa buah siri drama "Gerak Khas". "Saya sudah dibesarkan dalam keluarga yang bercakap tentang filem setiap hari, saya selalu mengikut setiap pembikinan drama atau filem yang dibuat oleh ayah dan abang. Barisan pelakon filem SAM"Ayah juga telah beri peluang saya untuk mengarahkan drama "Gerak Khas" untuk tiga episod awal tahun lalu," katanya. Tambahnya, dia bersyukur mendapat sokongan penuh daripada ayah dan abangnya untuk menjayakan filem sulungnya itu. "Abang saya akan turut berlakon dalam filem ini, memang kalau boleh saya mahu dia berada bersama saya dan membantu mengarahkan filem ini," katanya yang menganggap Syamsul sebagai idola dan sumber inspirasinya. Dalam pada itu, biarpun bukan genre filem kegemarannya, namun Syafiq yakin suntikan filem cinta kepada "psiko thriller" ini bakal mendapat perhatian penggemar filem. "Saya suka filem aksi komedi dan artistik dan kurang menggemari filem cinta tapi saya anggap ini adalah cabaran," katanya. Filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada 8 Julai ini di sekitar Lembah Klang dan dijangka ditayangkan pada 2012. Filem ini mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:29 PM PDT RESTU KELUARGA...keluarga Seri Dewi turut hadir memberikan sokongan kepadanya ketika menerima Anugerah Ibu Kerjaya Harian Metro dan Softlan di Subang Jaya, baru-baru ini. "CARA untuk mendidik generasi sekarang jauh berbeza dengan apa yang kami terima 40 tahun lalu. Generasi hari ini mempunyai pergaulan yang lebih luas dan pemikiran mereka juga tidak sama. "Jadi, kita tidak boleh mempraktikkan semua cara lama untuk generasi hari ini kerana ada sesetengahnya sudah tidak sesuai lagi untuk mereka," demikian kata pemenang Anugerah Ibu Kerjaya Harian Metro 2011, Seri Dewi Mohd Ibrahim, 48.
Wanita kental ini nyata bijak membahagikan masa dan mampu membezakan antara perkara peribadi dan kerjaya sehingga berjaya mendidik anak-anak dan membawa sekolahnya mencapai kejayaan.Kata Seri Dewi, dalam mendidik anak dan pelajar, dia paling mengutamakan aspek disiplin kerana ia tulang belakang untuk sesebuah kejayaan. Tanpa disiplin, kejayaan sukar dicapai kerana semuanya berkait rapat dengan komitmen. "Saya memang tegas dalam mendidik anak dan pelajar tetapi tidaklah sampai tiada langsung toleransi. Ketegasan perlu bagi tujuan mendidik mereka supaya berdisiplin namun semua itu bergantung kepada situasi.
| ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:27 PM PDT CINTA Sakti, Ibu Kota Cinta dan Marilah Maria adalah antara lagu yang mengangkat nama Def Gab C dalam persada muzik kita, terutama untuk genre pop rock. Nama Def Gab C itu sendiri sudah cukup unik dan seharusnya boleh bertahan lama sekiranya mereka terus berkarya dengan menghasilkan lagu atau single terbaru setiap tahun, kalaupun bukan sebuah album penuh. Namun, agak sayang sekali, riwayat kumpulan ini bagaikan tenggelam timbul. Ada masanya seolah-olah sudah mati selepas gemilang dengan lagu Marilah Maria, Ibu Kota Cinta selain meledak dengan Cinta Sakti. Dan, kini mereka bagaikan bernyawa semula menerusi kemunculan semula album berjudul Neolithic. Hakikatnya, anggota kumpulan ini menegaskan sepi tanpa berita dalam arena rock bukan bererti perjuangan sebagai pemuzik sudah terhenti dengan begitu mudah, walaupun pelbagai dugaan menimpa. Minat yang mendalam dalam dunia seni muzik ini, memangkin semangat supaya terus melangkah ke hadapan, pada masa yang sama memberi imbuhan kepada industri hiburan tempatan. Selepas dua pembikinan album mereka bersama syarikat rakaman Life Records tidak berhasil, Def Gab C tidak mahu memandang ke belakang dan bangkit mencari jalan lain. Hampir lima tahun menyepi tanpa sebarang pembaharuan, kini mereka mahu mahu tampil dengan imej lebih segar dan bertenaga menerusi Neolithic. Ditemui ketika berkunjung ke Studio Hip baru-baru ini, masing-masing kelihatan bersemangat mempromosikan album mereka, setelah sekian lamanya tidak menjalankan aktiviti promosi dengan muncul di dada akhbar hiburan. Asheed atau Mohd Ashid Ahmad, 38 berkata mendiamkan diri bukan bermakna kumpulan ini sudah terkubur, malah mereka giat dengan pembikinan lagu malar segar khas buat peminat dunia hiburan tempatan. "Kami sedar bahawa makin lama, kami makin tenggelam tanpa lagu dan album baru. Diakui pelbagai masalah yang dihadapi selama lima tahun ini, di mana tiga album yang diusahakan, hanya satu album saja yang dipasarkan. "Mungkin nasib baik kurang menyebelahi kami, di mana dua albumnya yang diusahakan bersama syarikat rakaman yang lalu tidak dipasarkan. Tapi kami tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjuangan muzik kami dengan mencari jalan yang lain demi peminat yang disayangi. "Kini dengan usaha sama dengan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia dan Music Valley, kami kembali dengan album baru yang memuatkan enam lagu baru dan empat lagu lama yang pernah hits suatu ketika dulu. Empat lagu lama tersebut iaitu Cinta Sakti, Marilah Maria, Ibu Kota Cinta dan Merah direkod balik dengan susunan muzik yang agak berbeza tapi tidak begitu ketara," katanya. Selain Asheed, kumpulan yang sudah ditubuhkan sejak 1996 ini dianggotai oleh Zahardi Zulbairi (Eddie), 38, Nasyanto Nasib (Ahtonk), 33, dan ahli baru Azhar Abd Ghani (Cha'a) turut hadir sama ke sesi temu bual ini. Cha'a suntik semangat baru Penambahan Cha'a, secara tidak langsung menyuntik semangat serta memberi nafas baru dalam susunan muzik mereka. Cerita Eddie, pemain gitar bass, akui barisan lagu baru mereka kedengaran agak berlainan dan lebih segar berbanding sebelum ini dengan kemasukan Cha'a yang hadir dengan pembawaan yang tersendiri, pada masa yang sama memikul tugas sebagai pemain gitar. "Seorang demi seorang, selepas Lee Space meninggalkan kumpulan ini pada 2003, disusuli dengan Jemboo yang menyertai kumpulan Maharaja untuk meneruskan kariernya, membuatkan kami mengambil langkah untuk mencari anggota baru. "Dari situ, Cha'a, bekas anggota kumpulan Flop Poppy, dicalonkan antara pengganti yang bersesuaian. Selepas kami menyatakan niat kami untuk mengambilnya, kami bernasib baik kerana dia bersetuju dan sejak awal tahun ini, Cha'a secara rasminya menganggotai Def Gab C. "Dengan kehadiran Cha'a, kumpulan ini diinspirasikan oleh gaya yang lebih segar, terutamanya dari segi idea, bunyi dan susunan muzik. Def Gab C tidak mungkin akan terkubur begitu saja, dan kami akan terus memperjuangkan muzik kami biarpun ahli silih berganti," ujarnya pula. Diakui oleh Cha'a juga yang ingin tampil kelainan, penyertaannya dalam kumpulan Def Gab C, memberikan semangat yang baru buatnya, kerana komitmennya lebih dihargai dengan pendedahan yang lebih luas dalam menghasilkan lagu sebagai satu kumpulan. Selain itu, dengan konsep lebih agresif yang dibawa oleh Def Gab C, Cha'a merasakan ia lebih dekat dengan dirinya berbanding dengan kumpulannya sebelum ini yang membawakan konsep pop rock. Sebalik itu, dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka ini, Def Gab C akan turun padang menjelajah ke sekitar negara khusus bagi mendekati peminat tempatan mereka yang sekian lama menanti kemunculan lagu baru mereka ini, di samping mencari peminat baru. Memberi keutamaan kepada industri hiburan tanah air sendiri, Def Gab C akui mereka tidak terkejar-kejar untuk ke luar negara, kerana bagi mereka dikenali di negara sendiri sudah cukup berharga. Menyingkap kembali, sepanjang hampir 15 tahun pembabitan mereka dalam dunia hiburan tempatan, sudah lapan buah album yang dihasilkan, iaitu Cita Rasa pada 1997, Skala (1999), Remifasolatido (2001), Merah (2002), Raw (2004), RWD0106 (2006) dan yang terbaru ialah Neolitik. Terdapat enam lagu baru yang diselitkan di dalam album Neolitik ini iaitu, Kurniaan, Cinta Di Mana, Walaupun, Rinai, Suara Hati dan Tunggu Aku, di samping empat lagu lamanya yang hits hingga kini. Melihat kepada pencapaian kumpulan ini pula, Def Gab C pernah meraih Anugerah Kumpulan Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001, serta Anugerah Ceria Media (2001). INFO: Album Neolithic Memuatkan 10 lagu - enam lagu baru, empat lagu lama 1. Kurnia (Lagu & Lirik: Asheed) 2. Cinta Di mana (Lagu & Lirik: Mala) 3. Walaupun (Lagu & Lirik: Cha'a) 4. Rinai (Lagu: Harun Ahmad, Lirik: Master G) 5. Merah (Lagu: Asheed, Jemboo, Edie/ Lirik: Asheed) 6. Cinta Sakti (Lagu: M Nasir/Lirik: Loloq) 7. Suara Hati (Lagu: Eddie, Asheed, Cha'a, Atong/Lirik: Asheed) 8. Marilah Maria (Lagu & Lirik: Master G) 9. Ibu Kota Cinta (Lagu: Benny Ardjuna/Lirik: Bob) 10. Tunggu Aku (Lagu: Eddie/Lirik: Asheed) | ||
| Sufian Mohamed Sukar Pandang Wajah Zahiril Posted: 05 Jul 2011 08:26 PM PDT Sufian (kanan) bersama-sama para pelakon Tolong! Awek Aku Pontianak iaitu Zahiril (kiri), Liyana Jasmay dan Sazzy Falak ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur.PETALING JAYA: Pelakon filem Tolong! Awek Aku Pontianak, Sufian Mohamed, 25, akui sukar untuk memandang muka pelakon Zahiril Adzim ketika melakonkan babak romantis dalam filem tersebut. Ini kerana, mereka merupakan sahabat baik di luar filem itu dan berperangai 'gila-gila'. Disebabkan itu, mereka terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk membuang perasaan itu. "Semasa menjayakan babak berkenaan, saya dan Zahiril perlu bertentang mata dan berbual dalam nada romantik, kami asyik tergelak kerana sudah biasa bersikap 'gila-gila' dan spontan. "Selepas itu, kami terpaksa membuang perasaan malu dan geli hati untuk menjayakan babak itu," katanya yang melakonkan watak Pian selaku sahabat baik Bob (Zahiril) dalam filem yang ditayangkan pada 7 Julai itu. Biarpun begitu, secara keseluruhannya dia seronok bergandingan buat pertama kali dengan sahabatnya itu kerana memudahkan mereka untuk menimbulkan keserasian antara satu sama lain. "Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam filem lain arahan James Lee iaitu "Sini Ada Hantu". Setelah dia melihat keserasian saya dan Zahiril yang agak gila-gila, James menawarkan kami untuk berlakon dalam filem "Tolong! Awek Aku Pontianak," katanya yang juga bekerja sebagai pembantu peribadi Zahiril. Walaupun lebih banyak terlibat sebagai pelakon aksi lagak ngeri berbanding pelakon biasa, Sufian akui lebih gemar kurang menonjol. "Setiap perkara yang saya lakukan dalam industri seni ini bukan disebabkan untuk mendapat nama sebaliknya kerana kerja. "Saya tidak nafikan, Zahiril merupakan antara orang yang banyak memberikan motivasi dan sokongan dalam setiap kerja yang saya lakukan," katanya yang tidak memilih untuk menjadikan lakonan sebagai pendapatan tetapnya. Kata pelakon aksi lagak ngeri filem Merong Mahawangsa dan Misteri Jalan Lama ini, dia mahu serius dengan perniagaan perkhidmatan, pengurusan acara dan fotografi yang diusahakan bersama-sama kawannya. Pelakon berasal dari Mersing, Johor ini memulakan karier seninya sejak tahun 2008. Dia yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun, dia hanya bertahan selama dua bulan kerana tiada hati untuk meneruskan kerjaya itu lagi padahal dia mengimpikan cita-cita itu sejak kecil. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:25 PM PDT PERSEMBAHAN Khaty (tengah), Dayang dan Aizat di Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL), minggu lepas. SUDAH memasuki tahun ke tujuh penganjuran membuatkan Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 (FMKL) semakin sinonim dikalangan penggiat seni khususnya muzik apabila membabitkan pelbagai agenda seperti bengkel, seminar, pameran, pertandingan mencungkil bakat dan persembahan sepanjang bulan ini. Melihat senarai penyanyi yang mengambil alih pentas, dalam fikiran sudah dapat dijangka sambutannya kerana bukan calang-calang penghibur memeriahkan majlis pembukaan namun sayangnya masih terdapat ruang kosong di kiri dan kanan dewan. Barangkali disebabkan kurang hebahan atau berikutan sikap serta pemikiran sebahagian besar masyarakat yang masih mendambakan konsert percuma sedangkan jika dihitung, hanya persembahan itu dikenakan bayaran agak lebih berbanding acara kesenian FMKL lain iaitu sama ada perlu membayar serendah RM5 atau tanpa caj. Begitu pun, di situlah pentingnya promosi yang bukan hanya menggantung banting di dalam Istana Budaya atau di kawasan sekitar sebaliknya perlu mengeluarkan sedikit modal membeli iklan sekurang-kurangnya di TV, radio mahu pun akhbar yang dirasakan lebih menyeluruh. Ini untuk memastikan festival yang dianjurkan benar-benar meriah seumpama sebuah pesta yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini dan sangat dirasai sekurang-kurangnya oleh warga kota. Bukan semata-mata menghebahkan slot hiburan kerana pengisian FMKL begitu menarik jika diperhalusi terutama pembentangan kertas kerja mengenai aspek penciptaan lagu pemasaran muzik serta hak cipta membabitkan Datuk Ramli MS, Fauzi Marzuki dan Profesor Khairil Johari Johar. Apa pun, kembali kepada malam pertama konsert yang juga pembuka tirai FMKL 2011, kumpulan penari Semai Pahang, Bahbola menghangatkan pentas dengan persembahan bertenaga bersama tarian sewang. Momentum persembahan diteruskan oleh One Nation Emcees bersama dendangan rancak, Raja gelek selain medley Pop Yeh Yeh dan Gelora manakala pilihan terakhir mereka berjudul Psiko. Melihat kepada aksi di pentas, sememangnya trio itu cukup bertenaga dengan diiringi pemuzik orkestra tetapi sesekali vokal mereka seakan kedengaran tenggelam timbul 'melawan' alunan muzik. Tidak melengahkan masa, penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Aizat yang bakal menjelajah Borneo untuk konsert solonya pula mengambil alih pentas dengan memilih lagu popularnya. Memahami kehendak peminat terutama golongan yang hampir seusia dengannya, jejaka itu mengalunkan lagu Pergi sebagai pemanas sekali gus mengundang sorakan ramai. Sesekali berceloteh dan bergurau bagi memastikan penonton tidak merasa terpinggir, khususnya yang berada di aras atas, Aizat mengajak seisi dewan gah itu berdendang bersamanya. Nyata pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan yang baru mencecah usia 22 tahun itu bijak mengambil hati ramai dan sebelum berlalu dia membawakan lagu Sungai Lui serta sebuah nukilan Inggeris, Year From Now yang dipetik daripada buah tangan terbarunya. Kemunculan Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi seterusnya juga tidak mengecewakan. Tampil anggun dengan persalinan hitam, anak jati Bumi Kenyalang itu membawakan tiga lagu iaitu Kasih, Kau Pergi Jua serta Seandainya Masih Ada Cinta. Bagai terlalu singkat masa berlalu, kebanyakan peminat enggan melepaskan penyanyi yang baru tampil bersama album baru, Sayang & Cahaya apabila memintanya terus berdendang di atas pentas. Begitu pun, pengumuman kemunculan penghibur popular, Datuk Khadijah Ibrahim membuatkan sorakan terus bergema apatah lagi peluang mengikuti persembahan eksklusifnya jarang dapat diperoleh. Kesempatan seperti itu tidak mungkin dilepaskan peminat tegar yang membesar dengan lagu-lagunya malah peminat muda juga dilihat teruja sebaik penghibur pujaan ramai itu memasuki pentas. Sudah pasti lagu yang menjadi siulan, Doa Buat Kekasih menjadi ikutan penonton yang bersama-sama menyanyikannya, tidak ketinggalan Ku Pendam Sebuah Duka serta Ku Sangka Siang Kiranya Malam yang dialunkan secara medley. Biar tinggi penghormatan diberikan kepadanya, penyanyi itu tidak melupakan komposer yang menaikkan nama malah meluahkan penghargaan secara terbuka kepada insan istimewa dalam kerjayanya, Datuk Ahmad Nawab. Sebelum meninggalkan pentas, Khadijah atau mesra disapa Khaty turun turut bertemu peminat dan agak mencuit hati apabila tiga remaja lelaki yang ditarik naik ke pentas beraksi bagai penyanyi sebenar. Biar apa pun Khaty masih berdiri sebaris dengan lagenda hidup yang lain kerana walau usia sudah melepasi separuh abad, kelincahan serta vokal mantapnya tetap mempesonakan terutama tatkala membawakan lagu rancak. Selain konsert malam pertama, persembahan di lokasi sama malam seterusnya membabitkan Datuk M Daud Kilau, Najwa Mahiaddin, Suki Low, One Nation Emcees, Jaclyn Victor serta Azlan & Typewriter. | ||
| Cubaan rompak gagal, dirakam CCTV Posted: 05 Jul 2011 08:24 PM PDT GAMBAR dari rakaman CCTV menunjukkan Draper (tengah) dipukul oleh dua perompak itu. DERBYSHIRE: Saat dramatik pergelutan antara seorang bapa dengan dua lelaki bertutup kepala yang menceroboh masuk ke rumahnya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Adrian Draper, 43, bergelut dengan dua lelaki bersenjata itu selepas mereka cuba merompak di rumahnya awal pagi semalam.
"Saya begitu marah kerana kejadian ini berlaku di rumah saya. Anak perempuan saya berusia belasan tahun berada di atas dan dia begitu takut.
Kamera itu merakam kira-kira 20 saat kejadian ketika-tiga lelaki itu bergelut sebelum Draper berjaya merampas senjata itu dan mengejar kedua-dua lelaki itu hingga ke dapur. "Mereka bagaimanapun berjaya merampas pistol itu dan lari keluar menerusi pintu depan. Saya menelefon polis kerana menyedari kejadian itu dirakam sepenuhnya," katanya. Draper luka di belakang kepala sementara matanya lebam. Jurucakap Polis Derbyshire berkata, satu daripada senjata itu, belum diketahui sama ada palsu atau tiruan, ditinggalkan di tempat kejadian. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:24 PM PDT DUA puluh lima tahun bergelar insan seni pastinya detik yang terindah bagi penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram, apabila dia masih mampu bertahan sehingga kini, berkat doa dan sokongan tidak putus-putus peminat setianya. Karier seninya juga makin menyerlah dengan single pertama terbitan kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) dan syarikat rakaman FMC iaitu Cinta Gila yang pertama kali diperdengarkan pada konsert itu. Lagu itu kemudian mula meniti carta lagu stesen radio dan menjadi juara, antaranya di Carta Radio Muzik, selama empat minggu. Walaupun disambut dingin sesetengah stesen radio swasta, lagu Cinta Gila ternyata mengubah corak kerjaya seni pemenang Anugerah Juara Lagu 1988 ini apabila lagu berkonsepkan pop rock itu tetap diterima ramai, malah berjaya kekal lebih 10 minggu dalam carta Muzik Muzik TV3. Kejayaan Cinta Gila juga memberikan semangat buat Ramlah untuk terus mengorak langkah dengan single seterusnya berjudul Benar Mencintai, gandingannya bersama kumpulan Awanband. Single itu kini rancak diputarkan di radio seluruh Malaysia. Semua ini adalah hasil kerjasama pihak RRG yang mahu melihat pembaharuan dilakukan penyanyi kesayangan mereka. Bahkan belum pernah dalam sejarah dunia muzik Malaysia kelab peminat artis tampil menerbitkan album artis kesayangan mereka sendiri dan inilah yang sedang dilakukan RRG untuk kembali melihat penyanyi bersuara emas ini berada pada tahap yang lebih membanggakan. Menyentuh mengenai perkembangan terkininya, Ramlah memberitahu, dia baru saja selesai merakamkan single ketiga berjudul Sesaat Kau Datang yang bakal diperdengarkan kepada umum sedikit masa lagi. Mengakui proses rakaman album terbarunya kali ini amat istimewa kerana selain muncul album kerjasama antara RRG dan FMC, album kali ini juga bakal menampilkan sisi lain naskhah seninya iaitu bekerjasama dengan ramai bakat muda yang belum pernah dilakukannya sebelum ini. Mengenai single Sesaat Kau Datang yang diilhamkan daripada komposer baru, ID Mifzal, dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, manakala susunan muziknya hasil gubahan komposer sedang meningkat naik, Ady 6ixth Sense. Menurut penciptanya, lagu ini juga sememangnya dicipta untuk dinyanyikan secara duet oleh penyanyi baru dan lama. Berkonsepkan muzik pop terkini, Ramlah turut melangkah setapak lagi dengan bekerjasama dengan kumpulan duo rap popular dari Singapura iaitu Sleeq. Lagu ini mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin akan ada yang beranggapan ia ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi Ramlah sendiri selepas lagu Ketentuan yang dikatakan menggambarkan keruntuhan rumah tangganya, namun segala-galanya adalah kebetulan kerana sesebuah lirik yang dihasilkan biasanya ilham atau pengalaman penulis itu sendiri. Bercerita lanjut mengenai single terbaru ini Ramlah memberitahu, lagu itu dirakamkan di studio NAR, Kuala Lumpur dan di sebuah studio di Singapura pada Jun lalu. Ia satu pengalaman berharga buatnya kerana dapat bekerjasama dengan bakat muda yang berkebolehan seperti Mifzal (pencipta), Ady selaku penerbit susunan muzik dan Faris Awanband selaku penjaga vokalnya dalam membantu menyelesaikan proses rakaman. Menurut Ramlah lagi, walaupun masih mengekalkan konsep pop yang selama ini menjadi 'makanannya', tetapi lagu Sesaat Kau Datang lebih cenderung kepada rentak muzik nusantara yang digarap dengan elemen orkestra ala lagu balada dari Korea. Terharu bakat dipercayai MANAKALA Syarif dari Sleeq pula memberitahu, dia dan Ariff amat berbesar hati dan berbangga kerana dapat bekerjasama bersama Ratu Pop bernada tinggi ini. Dia menganggap peluang berpadu suara bersama Ramlah satu pengalaman begitu berharga dan berterima kasih kepada RRG dan Ramlah sendiri kerana percaya dengan bakat mereka berdua. Walaupun proses rakaman dibuat di dua studio berlainan, namun ia tidak memberikan apa-apa masalah untuk berkomunikasi dalam menjayakan proses rakaman. Ramlah menganggap lagu ini hadiah istimewa kepada semua peminatnya yang masih setia menyokongnya dari dulu hinggalah kepada peminat generasi baru yang mula mengenalinya melalui Ketentuan. Jika tiada aral, album penuh penyanyi ini akan menyusul pada penghujung tahun ini, yang juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul Sejadah Cinta. Ia akan dirakamkan tidak lama lagi. Selain lagu yang diberikan peminatnya yang juga ahli RRG, Ramlah juga akan bekerjasama dengan beberapa komposer terkenal tanah air untuk projek album terbarunya nanti. Segala informasi mengenai Ramlah boleh dilayari menerusi laman web rasminya iaitu www.ramlahram.com. Bagi peminat yang ingin turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh RRG pula, bolehlah menyertai akaun Facebook carian Ramlah Ram Group. | ||
| Kahoe Teruja Belajar Di Los Angeles Posted: 05 Jul 2011 08:23 PM PDT Hon Kahoe (kanan) bersama rakannya.PETALING JAYA: Pelakon filem Crayon dan Talentime, Hon Kahoe, 18, berkongsi perasaan seronok dan terujanya apabila berpeluang belajar di New York Film Academy, Los Angeles sejak lima bulan lalu. Dia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang film making di universiti itu tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling memandangkan rakan-rakan dan penduduk tempatan di sana memberikan layanan yang baik kepadanya. "Saya rasa tidak susah untuk berdikari di tempat orang sebab orang di sana baik hati. Saya bergaul dengan pelbagai jenis orang seperti orang Amerika, Mexico, Brazil, Colombia, India, Pakistan, Ghana dan Nigeria. "Bagaimanapun, saya tetap merindui tanah air tetapi setakat ini belum pasti bila boleh pulang ke sana," katanya menyewa sebuah rumah di Burbank, Los Angeles, menerusi e-mel kepada mStar Online. Selain belajar, Kahoe seronok melakukan pelbagai aktiviti kegemarannya di waktu lapang. ![]() "Saya suka bermain luncur air, bermain bola sepak dan membuat filem," ujarnya yang sedang menikmati musim panas di sana. Setelah diselidik, Kahoe sebenarnya belajar di universiti sama dengan pelakon Diana Danielle yang mengambil jurusan lakonan sebelum ini. Dia dijangka menamatkan pengajiannya pada Mac tahun depan. Bercerita tentang pengajiannya, Kahoe baru sahaja menyiapkan filem pendek berjudul No One Knows untuk projek kursusnya itu. "Saya baru menayangkan filem pendek saya di Warner Bros. Saya akan memuat turun filem pendek berdurasi 15 minit ini di laman sesawang YouTube," katanya lagi. | ||
| Jawablah: Fina bukan mulut jahat Posted: 05 Jul 2011 08:22 PM PDT SAKIT hatinya bukan kepalang apabila dituduh mengada-adakan cerita. Tak semena-mena namanya menjadi busuk apabila didakwa bermulut celupar kerana menyampaikan cerita tidak betul sehingga memalukan banyak pihak. Jelas Fina, walaupun mengaku ada terlihat sesuatu namun biarlah perkara itu menjadi rahsia dalam hidupnya dan seboleh mungkin dia tidak mahu terbabit dalam apa juga perkara yang boleh merosakkan masa depannya untuk menjadi seorang artis yang berjaya. Hip: Betulkah Fina yang menyebarkan gosip mengaibkan dua finalis seperti yang ditulis dalam akhbar sisipan B*POP minggu lalu? Fina: Percayalah, Fina sendiri terkejut apabila dikaitkan dengan penyebaran gosip itu. Fina tahu pasal cerita itu pun selepas emak Fina menelefon sambil marah-marah kerana dia tak suka dengan apa yang Fina lakukan. Malam itu juga Fina ke kedai membeli surat khabar untuk melihat cerita apa yang ditulis mengenai diri Fina sehingga emak menjadi begitu marah sekali. Untuk apa Fina menyebarkan cerita yang mengaibkan orang lain. Fina masih baru dalam bidang ini dan tak mahu cerita seperti memberikan gambaran buruk pada masyarakat. Hip: Apakah benar Fina ternampak sesuatu seperti yang dinyatakan dalam beberapa gosip yang sama sebelum ini? Fina: Fina memang ada ternampak kejadian itu. Itupun secara tidak sengaja. Tapi ia tidaklah seperti yang dinyatakan dalam gosip ini. Cuma pada Fina, apa yang berlaku waktu itu memang tidak manis. Bagaimanapun, Fina simpan saja dalam hati dan tidak membocorkan pada sesiapa kecuali kakak Fina, Aida. Cuma pelik, tiba-tiba pihak produksi telefon Fina marah-marah dan bertanya kenapa Fina merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Bukan Fina mahu merahsiakan tetapi tidak mahu terbabit dalam perkara ini dan tak mahu persahabatan kami keruh jika perkara ini tersebar. Dalam pada berahsia itu tiba-tiba terbongkar juga, tapi versi cerita berbeza dan kebanyakannya menyalahkan Fina kerana menjadi puncanya. Hip: Bagaimana dengan pihak yang menjadi mangsa itu? Ada bersemuka dengan Fina? Fina: Itulah yang membuatkan Fina hairan. Selepas kejadian itu, Fina ada juga terserempak dengan dia tapi reaksi yang diberikan biasa saja. Fina tunggu juga jika dia mahu bertanyakan mengenai gosip itu. Sebaliknya dia hanya senyum saja. Kalau betul saya bersalah, kenapa tak selesaikan perkara ini di situ juga. Fina bukan nak memperbesarkan perkara ini tetapi sekadar mahu membersihkan nama. Tak mahu orang melihat Fina sebagai penyanyi baru bermulut jahat. Hip: Apakah tindakan pihak pengurusan Fina untuk menjernihkan situasi ini. Hubungan Fina dengan finalis berkenaan bagaimana? Fina: Setakat ini tiada apa-apa tindakan daripada pihak pengurusan. Bagi Fina, mana yang boleh diselesaikan, Fina selesaikan sendiri. Fina lebih suka jika ada pihak yang bertanya sendiri pada Fina kejadian sebenar yang berlaku. Apa yang berlaku ini Fina anggap sebagai pengalaman yang mematangkan diri. Mengenai hubungan Fina dengan finalis berkenaan, kami biasa saja. Cuma sejak kebelakangan ini Fina jarang dapat bertemu dengan mereka kerana masing-masing sibuk dengan jadual sendiri. Hip: Mengenai dakwaan Fina yang bersikap mengada-ngada ketika sesi fotografi? Fina: Itulah, Fina sendiri terkejut apabila dikatakan buat muka ketika sesi fotografi. Sebenarnya waktu itu, Fina diminta untuk posing dalam keadaan tidak memandang kamera. Fina cuba lakukan yang terbaik tapi biasalah, baru nak belajar bergaya depan kamera. Banyak kesilapan yang berlaku. Fina tak marah dengan teguran itu kerana Fina tahu baru belajar dan perlu berdepan dengan kritikan. Insya-Allah, segala teguran yang datang akan Fina jadikan panduan untuk mengejar kejayaan pada masa hadapan. | ||
| Filem Terakhir 'Harry Potter' 'Serang' Pawagam Minggu Posted: 05 Jul 2011 08:21 PM PDT Daniel Radcliffe (dari kiri) bersama Emma Watson dan Rupert Grint.LONDON: Filem terakhir Harry Potter akan 'menyerang' pawagam-pawagam di seluruh dunia minggu depan sekali gus menutup tirai francais yang membawa penonton kepada dunia khayalan melalui tujuh buah filem yang penuh aksi suspens, rasa cinta dan pilu. "Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 2" bakal menyaksikan bagaimana Potter menentang Lord Voldemort untuk kali yang terakhir. Tayangan Perdana akan berlangsung di kota ini pada Khamis depan dan selepas itu menyusuri pawagam di seluruh dunia pada minggu-minggu berikutnya. Bintang-bintang utama filem tersebut akan disambut dengan hamparan karpet merah di sini. Siri francais filem Harry Potter adalah berdasarkan tujuh novel fiksyen karya J. K. Rowling. Kesemua filem berkenaan telah mengutip hasil jualan tiket berjumlah AS$6.4 bilion (RM19.2 bilion) di seluruh dunia. Pemegang watak utama siri filem berkenaan, Daniel Radcliffe, yang sedang berlakon teater muzikal Broadway telah mengambil cuti pendek untuk sekali lagi bersama-sama dengan pemegang watak Hermione Granger iaitu aktres Emma Watson dan Rupert Grint, yang memainkan watak Ron Weasley untuk hadir ke majlis tayangan perdana nanti. Ketiga-tiga mereka telah menjadi jutawan hanya dengan berlakon dalam siri filem berkenaan tetapi kini terpaksa berhadapan dengan realiti dan cabaran bagaimana hendak keluar daripada kepompong Harry Potter untuk memainkan watak dan karakter lain di luar dunia Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Filem terakhir ini juga akan mencatat sejarah sebagai filem pertama Harry Porter yang akan ditayangkan dalam bentuk 3D. Filem pertama Harry Potter ditayangkan pada tahun 2001 iaitu lebih kurang empat tahun selepas Rowling menerbitkan buku pertamanya itu. Para peminat tegar Harry Potter telah menunggu dengan penuh debaran dan sabar bagaimanakah adegan dalam filem ini akan berakhir selepas bahagian pertama filem terakhir ini dimainkan November tahun lepas. Bahagian kedua meliputi suku terakhir buku berkenaan dan dijanjikan dengan adegan penuh pengembaraan, suspens tetapi pantas - tidak sepertimana dalam bahagian pertama yang agak lembap. Filem terakhir ini terus diarahkan oleh David Yates, yang sebelum ini telah mengarah tiga daripada tujuh filem Harry Potter. Rakaman untuk kedua-dua filem terakhir - Bahagian Pertama dan Kedua selesai pada Jun 2010. Apabila Rowling, seorang ibu tunggal yang sedang bergelut dengan kehidupan sehariannya menerbitkan siri pertama berjudul "Harry Potter and the Philosopher's Stone" pada tahun 1997, beliau tidak sedikit pun menyangka yang beliau akan menggegarkan dunia dengan dunia fantasi rekaannya itu. Bagaimanapun, akhirnya, Rowling telah menjual lebih dari 400 juta naskhah buku Harry Potter di seluruh dunia termasuk diterjemahkan ke dalam 69 bahasa asing. Malah penerbit siri filem berkenaan, David Heyman sendiri berkata, ketika mereka mula-mula menerbitkan siri pertama, tidak ada siapa pun yang menjangkakan filem ini bakal menjadi hit di seluruh dunia. Ia adalah fenomena luar biasa. Kesemua pemegang peranan utama dalam filem berkenaan turut mencipta kejayaan luar biasa termasuklah menjadi kaya raya hanya dengan melakonkan watak yang sama tujuh kali. Radcliffe, 21, telah menerima bayaran sehingga AS$42 juta (RM126 juta) menerusi kesemua lakonannya sebagai Potter manakala Emma Watson,21, pula AS$22 juta (RM66) dan Grint, 22, menerima 20 juta (RM60), demikian menurut akhbar The Sunday Times. Manakala bagi Rowling pula, selepas menamatkan babak terakhir siri itu pada tahun 2007, dia masih belum mencipta sesuatu yang luar biasa lagi. Namun begitu, Rowling seperti tidak dapat melepas pergi watak-watak dalam siri tersebut. Ini kerana pada bulan lalu, Rowling telah memuat naikkan dalam laman web tentang sesuatu yang baru dan ramai melihat ia ada kaitan dengan dunia Potter. Kekayaan terkumpulnya dianggarkan kini berjumlah AS$530 juta (RM1.5 bilion) - menjadikannya penulis novel terkaya dalam sejarah mana-mana penerbitan fiksyen. | ||
| Lady Gaga Juri 'So You Think You Can Dance' Posted: 05 Jul 2011 08:21 PM PDT ![]() DENGAN persembahan yang sentiasa mempunyai identiti tarian tersendiri, Lady Gaga telah dipilih menjadi seorang juri tetap bagi program realiti So You Think You Can Dance musim terbaru. Penyanyi berusia, 25 tahun ini pernah diberi kepercayaan menjadi mentor dalam pertandingan American Idol dan kini diberi tanggungjawab sebagai juri pertandingan tarian popular itu. Penyanyi lagu Born This Way ini akan bekerjasama dengan produser dan juri, Nigel Lythgoe serta beberapa juri lain sebagai tetamu undangan. "Gaga menyumbang markah bagi menentukan juara musim ini dan kehadirannya pasti akan sangat berharga," ujar Lythgoe seperti dipetik Contactmusic.com. | ||
| Sting Batal Konsert Di Kazakhstan Posted: 05 Jul 2011 08:15 PM PDT ![]() LOS ANGELES: Kumpulan Sting membatalkan persembahan mereka di Kazakhstan kerana tidak mahu mempromosikan negara tersebut. Seperti dipetik Pipstream, pembatalan konsert tersebut juga berikutan situasi pergolakan yang berlaku di negara itu. Para pekerja di Kazakhstan dikatakan bimbang dengan serangan daripada pihak militan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara tersebut. Sting membatalkan persembahannya di Festival Day di Astana, Kazakhstan, Isnin. Kenyataan pembatalan konsert dibuat sejurus sahaja kumpulan tersebut mengetahui tentang perkara itu. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:14 PM PDT
TAHUN 2011 adalah tahun penuh bergaya bagi warga Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pada tahun ini sahaja, pelbagai peristiwa bersejarah lagi bermakna berlaku sepanjang 19 tahun kewujudannya. Tambah-tambah lagi pada tarikh 6 Julai, stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-10. Malah jauh sebelum itu, IKIMfm menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai radio Islam pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya (First Fully Digital Islamic Based Radio Station). Kejayaan demi kejayaan yang diraih ini bukan sekadar omong kosong dan terhenti setakat itu sahaja. Pada Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan awal Jun lalu di Masjid Negara, IKIMfm diisytiharkan pemenang Anugerah Inovasi Islam bagi kategori Inovasi Perkhidmatan Agensi Agama Islam. Anugerah ini disandarkan kepada usahanya menyediakan perkhidmatan radio dalam talian (Internet streaming radio) yang beroperasi 24 jam sehari dan didengari sehingga 100 negara di seluruh dunia. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 27 Januari 2011. Menurut Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai IKIMfm dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, pada 6 Julai 2001. Sejak awal lagi IKIMfm merupakan radio Islami yang satu-satunya beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu. Pada asalnya, ramai kalangan penyelidik di IKIM yang menyumbang secara kerap di saluran radio Suara Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Penerangan pada waktu itu, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat merasakan sudah sampai waktunya IKIM perlu ada radio mereka sendiri, kata Nik Mustapha. Lantas mencadangkan kepada kerajaan agar IKIM diberi lesen mempunyai stesen radio Islam sendiri dan ia telah disokong oleh Dr. Mahathir. Bermula dari situlah lesen dikeluarkan dan pada 6 Julai itulah tarikh keramat bagi warga IKIM kerana secara rasminya radio IKIMfm dilancarkan dengan tagline, 'Pilihan Utama Anda'. Menurut Nik Mustapha, perlu difahami bahawa IKIM adalah institusi penyelidikan yang diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 1992 untuk meningkatkan kefahaman semoga Islam dapat difahami sebagai agama menyusun kehidupan individu dan masyarakat sehingga wujudnya sebuah peradaban manusia yang mulia. Justeru, radio IKIMfm adalah satu mekanisme untuk menyampaikan kefahaman tersebut. Sebab itulah tumpuan radio IKIMfm, berkonsep lebih kepada pendidikan yang bertujuan menyampaikan kefahaman Islam dan ini mewakili 70 peratus. "Sementara 20 peratus penyampaian maklumat dan selebihnya adalah program Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris," tambah Nik Mustapha. Sementara itu, Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul Samad berkata, kini, para pengguna iPhone juga boleh memuat turun secara percuma aplikasi mendengar IKIMfm yang boleh didapati di App Store. Selain itu, kemudahan muat turun pelbagai program menarik yang bersiaran di IKIMfm melalui laman web IKIMfm di http://ikimfm.my juga merupakan inovasi dalam penyampaian dakwah Islam. "Kita juga dalam proses membangunkan servis podcasting (penyiaran dalam talian) untuk membolehkan pendengar melanggan terus program yang diminati dan berkualiti di IKIMfm untuk dimuat turun secara automatik ke dalam media elektronik masing-masing," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Malah katanya, kemudahan ini dilihat sebagai suatu inovasi dalam penyampaian dakwah Islami yang membolehkan mesej Islam didengar seramai mungkin pendengar. "Dalam usaha untuk terus relevan dan mampu bersaing dengan radio-radio swasta lain pewujudan laman web sosial Facebook IKIMfm menepati masa dan sasarannya iaitu untuk lebih mendekati golongan generasi muda hari ini. "Kini Facebook IKIMfm sudah diminati oleh lebih 20,000 orang manakala Facebook Warna Pagi IKIMfm pula lebih 15,000 pendengar. "Di samping itu, kita juga bergerak secara On Ground iaitu dengan turun padang bertemu dengan para peminat. Kalau boleh saya namakan sesetengah tempat yang pernah penyampai IKIMfm pergi seperti Sungai Petani, Alor Setar, Johor Bahru, Shah Alam, dan akan ke Terengganu, Sabah dan Sarawak," jelasnya. Pada program Karnival Mahabbah IKIMfm di Bandar Dato' Onn di Johor Bahru, ia berjaya menarik 40,000 pengunjung. Hakikatnya ujar Nik Roskiman, pihaknya sentiasa membuat penambahbaikan dalam segi persembahan para penyampai dan kualiti serta isi kandungan program-program yang ke udara daripada semasa ke semasa. Ia dilakukan menerusi satu jawatankuasa penasihat yang dianggotai oleh pakar-pakar profesional sama ada melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Radio, Mesyuarat Pengisian dan Pelaksanaan Program Radio, Kajiselidik syarikat Nielsen dan maklum balas lain. Yang pastinya, kata beliau, penambahbaikan ini adalah satu budaya dan ia dilakukan secara berterusan di IKIMfm. "Alhamdulillah, IKIMfm terus memperbaiki kedudukannya (ranking) berdasarkan kajian Nielsen Wave 1/2011 apabila meraih 852,000 pendengar berbanding 786,000 pendengar sebelum ini. "Bagaimanapun, pendengar sebenar IKIMfm dijangka melebihi anggaran tersebut kerana ia tidak mengambil kira pendengar dari Sabah, Sarawak, Singapura, Batam, Indonesia, Selatan Thailand dan juga mereka yang mendengar secara dalam talian di seluruh dunia. "Secara keseluruhannya, kedudukan IKIMfm melonjak daripada tangga ke-13 ke tangga ke-11 daripada 34 stesen radio yang sedia ada di tanah air. Dalam kategori stesen radio saluran Bahasa Melayu pula, IKIMfm menduduki tangga ketujuh," jelasnya. Lebih membanggakan kata Nik Roskiman, para pendengar IKIMfm adalah mereka yang sangat setia. Mereka terdiri daripada pelbagai profil pendengar seperti; golongan belia, remaja, yang berpendapatan sederhana dan golongan profesional serta eksekutif. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:13 PM PDT
ISTILAH yang selalu bermain dibibir pembaca al-Quran adalah Toriq Syatibiy dan Toriq Jazari atau disebut juga Toriq Toyyibah. Toriq dalam sudut bahasa bermaksud jalan. Dalam ilmu tajwid atau qiraat, istilah Toriq biasanya diterang maksudnya selepas huraian makna Imam dan Rawi. Bacaan yang dinasabkan kepada Imam di kalangan Sepuluh Imam Qiraat dipanggil qiraat. Bacaan yang dinasabkan kepada perawi yang mengambil bacaan tersebut daripada Imam dipanggil riwayat dan setiap yang dinasabkan kepada yang mengambil dari perawi walaupun di zaman mutakhir dinamakan toriq. Sebagai contoh al-Quran yang ada pada hari ini ialah mengandungi Riwayat Hafs mengikut Qiraat Imam Asim melalui Toriq Syatibiy. Antara cara bacaan Toriq Syatibiy adalah bacaan empat harakat atau disebut tawasut pada hukum mad wajib muttasil seperti dan juga mad jaiz munfasil seperti Bagi mereka yang mendalami secara serius ilmu tajwid mereka selalu berjumpa istilah Toriq Toyyibah atau Toriq Jazari. Antara kaedah bacaan toriq jazari ialah membaca dua harakat atau disebut Qasar pada hokum mad jaiz munfasil. Dinamakan Toriq Toyyibah adalah bersumberkan kitab karangan oleh Imam Ibn al-Jazari (meninggal 833 hijrah) yang bertajuk Toyyibat al-Nasyr. Matn Toyyibah ini disusun dalam bentuk syair berjumlah 1,015 rangkap. Merangkumi usul Sepuluh Qiraat bersama Farsy untuk 30 juzuk al-Quran. Kealiman Ibn al-Jazari dalam ilmu qiraat yang begitu tinggi menjadi rujukan ulama sezamannya, menguasai sanad al-Quran daripada guru al-Quran tersohor di Damsyik, Madinah dan juga Mesir. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang bersifat kreatif dan tidak hanya mengikut atau menukil tulisan ulama terdahulu. Beliau mengkaji sanad Qiraat, adakah menepati bahasa Arab dan menepati nas sebagaimana Mushaf Uthmany. Lantas beliau mendapat natijah bahawa Qiraat Abu Jaafar, Ya'kub dan Khalaf al-Asyir berada dalam kumpulan Qiraat yang mutawatirah sama dengan Tujuh Qiraat yang dipilih Ibn Mujahid (meninggal 324 hijrah). Ulama menamakan Tujuh Qiraat yang terkandung dalam Mayn Syatibiy bersama Tiga Qiraat yang terkandung dalam Matn Durrah al-Mudhiah sebagai Asyarah Sughra. Sementara Matn Toyyibah yang menghimpun sekali gus Sepuluh Qiraat dinamakan Asyarah Kubra. Matn Toyyibah sebenarnya ringkasan dalam bentuk syair yang dikarang oleh Imam Ibn al-Jazari bersumber dari kitabnya al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr. Kitab al-Nasyr ini merupakan satu kitab yang lengkap dalam perbahasan ilmu qiraat merangkumi imam-imam qiraat, perawi dan toriq. Jumlah toriq yang dikumpulkan dalam al-Nasyr secara tahqiq berjumlah 80 toriq. Daripada 80 toriq ia bercambah dan berkembang kepada 980 toriq. Ibn al-Jazari pernah menyatakan barang siapa menyangka ilmu qiraat sudah lupus, katakanlah kepadanya al-Nasyr menghidupkanya kembali. Kenyataan ini menunjukkan perbahasanya meliputi seluruh bab dalam ilmu qiraat dan mampu menghidupkan kembali ilmu qiraat yang lupus dan yang tidak diamalkan lagi. Namun begitu, bagi yang ingin membaca riwayat Hafs dari Toriq Toyyibah perlu kepada talaqqi dan musyafahah dengan guru. Ini kerana terdapat beberapa hukum yang wajib diraikan jika membaca mad jaiz munfasil dengan kadar dua harakat. Selain itu, Sheikh Abdul Fattah al-Mirsafi menyatakan Toriq Toyyibah diamalkan bagi mereka yang mahir dalam ilmu tajwid kerana beberapa hukum yang perlu dilakukan. Kepada orang awam disarankan kepada mereka membaca al-Quran mengikut Toriq Syatibiy. Apabila ditanya kepada bekas Mufti Kelantan, allahyarham Tuan Guru Muhammad Nor yang terkenal alim dalam ilmu qiraat tentang bacaan dua harakat untuk mad jaiz, beliau menjawab: "Setiap mad jaiz yang ada dalam al-Quran ditandakan dengan alamat mad yang membawa maksud membacanya dengan empat harakat". Justeru al-Quran memang dicetak mengikut Toriq Syatibiy yang perlu membaca mad jaiz dengan empat harakat. Jawapan yang ringkas dan tepat ini amat sesuai diaplikasikan oleh umat Islam. Namun bagi mereka yang mempunyai maklumat berkaitan Toriq Toyyibah dan mendalami hukum yang wajib dipelihara ketika membacanya daripada kitab tajwid serta mendapat tunjuk ajar daripada guru yang mahir maka diizinkan kepadanya mengamalkan Toriq Toyyibah. | ||
| Keadilan dan kesaksamaan ekonomi Islam Posted: 05 Jul 2011 08:12 PM PDT
AKHLAK memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ini kerana, manusia hidup secara sosial, iaitu bermasyarakat antara satu sama lain. Akhlak dalam segi bahasa adalah perangai, kelakuan, kebiasaan dan tingkah laku. Seorang ahli falsafah Islam terkenal Ibn Miskawaih mentakrifkan akhlak sebagai keadaan jiwa yang dapat mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali pula menyatakan akhlak adalah suatu keadaan yang tertanam dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jelas, melalui takrifan kedua-dua tokoh Islam itu, akhlak adalah suatu perbuatan yang menjadi kebiasaan. Ia berlaku secara spontan tanpa memerlukan justifikasi terlebih dahulu. Maka, jika perbuatan itu menghasilkan natijah yang baik, maka ia dikira sebagai akhlak yang baik. Sekiranya ia boleh mendatangkan natijah yang buruk, maka ia akan dianggap sebagai akhlak yang buruk. Perlu difahami bahawa baik atau buruk natijah sesuatu perbuatan itu ditentukan mengikut neraca pertimbangan syariah, bukannya pada persepsi manusia. Tanda aras kepada akhlak yang paling tinggi kualitinya adalah akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam: 4) Aspek akhlak itu mendasari semua perkara dalam syariat Islam. Bermula daripada perkara sekecil memotong kuku sehinggalah yang melibatkan pentadbiran semua negara. Islam sangat menitikberatkan aspek akhlak kerana ia adalah agama fitrah yang diturunkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia. Begitulah dengan aspek ekonomi. Dalam Islam yang berbeza dengan sistem ekonomi kufur buatan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sempurna kerana bersumberkan kepada wahyu. Justeru, aspek akhlak merupakan teras yang tidak terpisah daripada semua aktivitinya. Antara prinsip akhlaqiah dalam sistem ekonomi Islam adalah berpaksi di atas keadilan dan kesaksamaan. Prinsip ini dapat dilihat melalui keseragaman nilai yang mewarnai seluruh elemen dalam sistem ekonomi Islam. Ia bukanlah reka cipta minda manusia yang dipenuhi hawa nafsu dan perasaan tamak. Ia tumbuh daripada benih yang diambil dari wahyu Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya, dunia dan akhirat. Maka, sistem ekonomi Islam bukan sahaja mementingkan hubungan dengan Allah SWT, tetapi mengambil kira hubungan manusia dengan manusia serta manusia dengan alam. Dalam kerangka ini, nilai adil dan saksama diterapkan oleh Islam dalam pelaksanaan ekonomi. Ini bermakna, mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tidak dipinggirkan oleh Islam dari terikat dengan adab serta akhlak (ta'dib wa tarbiah) yang dicernakan melalui aturan wahyu. Prinsip ini mengajar manusia berlaku adil kepada manusia yang lain ketika berurusan. Jika seseorang itu menjadi penjual, maka dia perlu meletakkan dirinya sebagai seorang pembeli ketika berurusan. Apa yang diharapkan oleh seorang pembeli perlu dipenuhi dengan sewajarnya walaupun tidak dipinta oleh pembeli berkenaan. Sebarang penipuan dalam urusan ekonomi khususnya yang melibatkan transaksi seperti jual-beli dianggap sesuatu yang zalim. Dengan kata yang lain, mereka sebenarnya memakan harta saudara mereka secara batil. Hal ini dilarang oleh Allah (rujuk ayat 188 surah al-Baqarah). Islam juga mengharamkan judi kerana ia bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Apabila seseorang mendapat keuntungan dalam perjudian, dia sebenarnya telah memakan harta orang-orang lain secara batil walaupun mereka yang terlibat dengan perjudian itu meletakkan harta sebagai taruhan mereka secara sukarela. | ||
| Medan terbaik dapatkan rumah idaman Posted: 05 Jul 2011 08:11 PM PDT
LELONG biasanya membawa konotasi negatif pada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan hal berkaitan dengan lelong ini ia sering dirujuk sebagai kehilangan harta yang dimiliki dengan cara yang kurang menyenangkan. Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar lelong itu juga sebenarnya merupakan satu peluang kepada pihak lain. Apabila sesebuah rumah atau kereta milik seseorang itu dilelong ia sebenarnya membuka ruang kepada orang untuk memilikinya. Kelebihan lelong ialah seseorang itu berupaya memiliki harta tersebut di bawah harga pasaran. Malah ada yang menyertai lelong terutama yang membabitkan rumah dengan tujuan sebagai pelaburan. Tetapi bagaimana sesuatu majlis lelong itu berlangsung? Tanggapan pertama ia mungkin kecoh dan riuh rendah dengan pelbagai gelagat pembeli yang mahukan hartanah di lokasi yang diidamkan. Kesempatan menyertai majlis lelong yang dikendalikan oleh Ehsan Auctioneers Sdn. Bhd. yang terletak di Tingkat 20, Block C, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru itu memberikan pengetahuan baru tentang realiti aktiviti lelong. Ketika memasuki kawasan bilik lelong, jangan terkejut dengan situasi di dalamnya yang agak meriah. Malah marah pembida pula seperti 'berperang' sesama sendiri untuk menawarkan harga terbaik. Mana tidaknya, melihatkan gelagat orang ramai berlumba-lumba mengangkat padel (nombor yang tertera) bagi menawarkan harga yang mereka rasa mampu pasti akan membuatkan semua orang teruja. Rumah lelong mampu dimiliki Jika bernasib baik, rumah yang menjadi idaman pembida tidak diminati ramai maka sudah tentu peluang untuk mendapatkannya lebih tinggi. Bagaimanapun, jika lokasi rumah tersebut strategik dan diminati ramai maka persaingan pasti sengit. Setiap kali pembida mengangkat padel, maka nilainya akan naik sebanyak RM1,000 daripada harga asalnya. Menariknya, harga terakhir rumah yang berjaya dibeli pemilik baru itu menjadi harga baru kepada rumah tersebut mengikut harga pasaran di kawasan itu. Pengarah Urusannya, Abdul Hamid P.V Abdu berkata, proses lelongan itu amat mudah dan tidak mengambil masa yang panjang. "Cara untuk mendaftar bagi menyertai majlis lelong juga amat mudah. Individu yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan dan bank draf sebanyak 10 hingga lima peratus daripada harga rizab rumah yang ingin dibeli," jelasnya. Menurutnya, selepas mereka mendaftar di kaunter pendaftaran, pembida akan diberikan padel yang berbentuk kipas tangan. Nombor pendaftaran pembida itu tertera atas padel tersebut dan pembida akan dipanggil menerusi nombor berkenaan. Selepas itu, pembida akan duduk meneliti skrin yang menayangkan gambar dan harga rumah yang dilelong. Dari situ, pembida akan mula tawar menawar dengan pembida lain yang berminat sehingga ke tahap maksimum. Setiap sebuah rumah biasanya akan selesai dilelong dalam tempoh lima minit. Tetapi bahang dan cara pembida menaikkan bidaan mereka menjadikannya menarik untuk dilihat. Pada masa sama peranan jurulelong juga turut memeriahkan suasana di samping dapat mengurangkan ketegangan di kalangan para pembida. Komunikasi bijak jurulelong dengan pembida juga mampu menaikan harga yang ditawarkan. Akhirnya pembida yang tampil dengan tawaran tertinggi untuk sesuatu hartanah yang dilelong akan menang. Apabila seseorang tampil dengan harga terakhir dan tidak lagi di cabar oleh pembida lain, jurulelong akan membuat kiraan hingga tiga sebelum tukul diketuk sebagai tanda lelongan itu telah berjaya. Abdul Hamid berkata, sebelum berdaftar, mereka yang berminat untuk menyertai majlis lelong boleh menghubungi syarikatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang mereka minati. "Semua maklumat mengenai rumah lelong boleh didapati dalam laman web kami seperti harga pasaran, hutang tidak berbayar, deposit dan cara-cara pembelian. "Biasanya majlis lelong ini diadakan setiap minggu ke tiga dan keempat dalam setiap bulan. Pelbagai hartanah dilelong dari harga RM1,000 hingga yang bernilai lebih tinggi. "Di Ehsan Auctioneers, pelbagai lapisan pelanggan datang. Kami juga menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan seperti pinjaman, urusan peguam dan lain-lain," katanya. Bagi mereka yang tidak berjaya, deposit bank draf tersebut akan dipulangkan. Malah pembida boleh menggunakan deposit tersebut untuk lelongan kali kedua dan seterusnya sehingga berjaya mendapatkan rumah idaman. Tambahnya, beliau menasihati kepada mana-mana individu yang berminat untuk memiliki rumah lelong perlu bijak memilih jenis rumah bergantung kepada kemampuan. "Rumah yang dibeli walau kecil atau besar ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pelaburan di masa hadapan. "Sebab itu ramai individu berminat untuk mendapatkan rumah lelong untuk didiami ataupun sebagai pelaburan," ujarnya. | ||
| Posted: 05 Jul 2011 08:07 PM PDT
ALLAHYARHAMAH Biduanita Negara Saloma merupakan anak seni yang tiada tolok bandingnya. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian dan lakonan, malah pada zamannya beliau merupakan ikon fesyen di kalangan peminatnya. Lihat sahaja baju-baju yang digayakan dalam filem mahupun ketika persembahan pentas, kebanyakannya merupakan kebaya mahupun gaun hasil rekaan beliau sendiri. Di sebalik rekaan yang digayakan oleh Saloma, antara individu yang bertanggungjawab merealisasikan rekaan-rekaan tersebut menjadi busana ialah Nona Asiah. Untuk itu, baru-baru ini bertempat di pusat membeli belah The Twelve, Farenheit 88, Kuala Lumpur, telah diadakan pertunjukkan fesyen koleksi Hari Raya 2011 berinspirasikan biduanita negara itu. Lapan pereka terkenal tempatan daripada Persatuan Pereka-Pereka Bumiputra (BDA) mengambil bahagian dengan menampilkan lebih 30 rekaan termasuk beg tangan. Bukan itu sahaja, kemunculan Nona Asiah yang diterbangkan khas dari Singapura, memberi kejutan apabila beliau turut membawa dua persalinan lama kegemaran Saloma yang masih dalam simpanannya untuk dikongsi bersama para tetamu. Nona Asiah ketika ditemui berasa cukup terharu dengan jemputan yang dilayangkan untuk beliau bersama-sama berhimpun dengan artis-artis, keluarga serta adik beradik Saloma seperti Mariani dan Mimi Loma. Apa yang paling menggembirakan, kehadiran mereka diserikan lagi dengan busana yang cukup sinonim dengan gaya Saloma iaitu mengikut potongan badan, mempamerkan pinggang yang ramping serta potongan tangan kembang. Berbicara mengenai fesyen yang digayakan sewaktu mereka bersama-sama berlakon di Studio Jalan Ampas, Singapura, Nona Asiah memberitahu Saloma sememangnya seorang individu yang cukup kreatif terutama dalam berfesyen. "Jika melihat kembali segala pakaian yang digayakan Saloma ketika zamannya, ia merupakan hasil rekaannya sendiri kerana beliau sememangnya merupakan seorang insan yang begitu kreatif. "Saya amat berbangga apabila Saloma memberi kepercayaan kepada saya untuk menjahit kesemua pakaiannya. "Kesemua pakaian yang digayakan amat bersesuaian pada ketika itu malah Saloma juga amat menitik beratkan pemakaian rambut palsu agar ia kelihatan sepadan dengan busana yang digayakan," ujarnya lagi. Pada petang itu, pereka-pereka fesyen yang mengambil bahagian mempamerkan rekaan masing-masing ialah Wirda Adnan, Amir Luqman, Hazree Wahid, Rizman Ruzaini, Zery Zamry, Rico Rinaldi, Sasha Rowena dan Prettylulu. Sudah pasti masing-masing tampil dengan rekaan yang cukup unik dan sinonim dengan gaya Saloma. Pemilihan fabrik juga dilihat bersesuaian dengan tema yang diketengahkan selain corak-corak yang begitu cantik mengikut perkembangan semasa. Bukan itu sahaja malah rekaan-rekaan yang ditampilkan juga telah diubah suai mengikut masa. Pertunjukan petang itu turut diserikan dengan pelbagai jenis busana yang berwarna-warni mengikut pilihan masing-masing bermula dari warna terang hinggalah warna gelap. Tidak kurang ada juga yang mengetengahkan fabrik satin dan polos. Yang pasti, pertunjukkan fesyen pada petang itu mendapat sambutan yang diluar jangkaan dan pastinya meninggalkan satu kenangan yang cukup indah. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan