| Tunangku pembelot! Posted: 01 Jul 2011 12:56 AM PDT  TAK JADI...Mimi menunjukkan sebahagian barang hantaran perkahwinan yang disediakannya. KUALA LUMPUR: Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka. "Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain," kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25. Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya. "Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan. "Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami," kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.
|
| Memey terguris kata-kata Abby Posted: 01 Jul 2011 12:55 AM PDT IBARAT menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Begitulah perumpamaan mengenai apa dilakukan pelakon Norman Hakim, 35, apabila berdepan kemelut membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Abby Abadi, 34, dan bakal isteri baru, Memey Suhaiza, 23.
MEMEY...tindakannya disalah tafsir. PERJELAS...Norman dan Memey ketika hadir pada majlis di Restoran Riverside. SAMA PADAN...Norman dan Memey bakal bersatu September ini. Sejak bercerai pada Disember 2008, Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon bukan saja perlu berhadapan persepsi negatif masyarakat me�ngenai dirinya dan Memey, malah pelbagai kemelut yang selalu timbul antara mereka berkaitan anak-anak, Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.
Terbaru, Abby meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan Memey membawa dua anak perempuannya menghadiri satu majlis tertutup pada waktu malam, di sebuah hotel di Damansara, pada 19 Jun lalu. Abby mempersoal�kan motif Memey membawa mereka kerana Norman tidak ada bersamanya.Abby mendakwa tindakan Memey itu di luar pengetahuannya dan Memey tidak seharusnya membawa kanak-kanak kecil itu menghadiri majlis pada waktu malam yang khusus untuk wanita dewasa.
Pertemuan dengan Norman dan Memey yang hadir dalam satu majlis Merasa Juadah Berbuka Puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, turut ditanya dengan persoalan itu.
Norman dan Memey pada mulanya enggan mengulas lanjut mengenai luahan Abby dalam akhbar kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ruangan Soseh-Soseh turut pernah melaporkan mengenai kehadiran Memey bersama dua anak-anak Abby dan Norman itu.
Memey hanya mampu meluahkan rasa sedihnya kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku. Memey mengakui menangis apabila membaca kenyataan Abby, tetapi menyerahkan kepada Norman untuk membuat penjelasan.
Norman berkata, dia cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kerana itulah tekadnya apabila anak-anaknya lahir.
Bagaimanapun, katanya, selepas bercerai, dia mengakui tidak mampu menjaga anak-anak seorang diri.
"Mujur ada Memey untuk membantu. Malah, saya bersyukur kerana Memey tidak pernah mengeluh, bahkan begitu sayang dan rapat dengan anak-anak saya.
"Pada hari itu, saya sebenarnya menghadiri satu majlis sukan di sekolah Danish bersama Abby (sebelah pagi) dan ada satu lagi acara pada sebelah tengah hari membabit�kan Dania pula. Bagaimanapun, Abby mengatakan tidak dapat hadir kerana mahu ke luar negara. Jadi, saya bawa Memey menemani saya.
"Kebetulan pada sebelah malamnya, Memey ada undangan menghadiri satu majlis di Damansara dan saya pula ada penggambaran filem Tanda Putera Negara arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba di Studio Finas, Hulu Klang.
"Selepas berbincang, kami memutuskan untuk membahagikan tugas menjaga mereka. Anak lelaki bersama saya ke lokasi manakala dua anak perempuan bersama Memey. Pada petang itu, saya hantar mereka ke Damansara kemudian saya dan Danish pula ke Hulu Klang," katanya.
Kata Norman, dia faham Abby berhak meluahkan rasa terkilannya berkaitan soal anak-anak, tetapi tidak seharusnya cepat melatah dan melenting.
Sebaliknya kata Norman, Abby harus melihat perkara itu dari sudut positif kerana ada orang yang sudi menjaga anak-anak mereka ketika dia keluar bekerja dan bukannya ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa kerana itu lebih berbahaya.
"Kalau saya berada di tempat Abby, saya akan berterima kasih kepada Memey kerana ada orang yang menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya.
"Bagaimanapun, apabila timbul cerita ini, kesian Memey. Bukan salah dia kerana saya perlukan bantuannya menjaga anak-anak apabila Abby tiada.
"Apapun, saya terima apa yang berlaku, tetapi ia bukanlah sengaja untuk menyakitkan hati Abby. Saya juga harap agar hubungan kami tidak sentiasa tegang dengan pelbagai kemelut yang tidak pernah berhenti kerana saya cuba sebaik�nya untuk menjalankan tanggung�jawab sebagai ayah.
"Saya juga kesal apabila dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dari segi nafkah. Hakikat–nya, saya sentiasa pastikan kepentingan anak-anak dengan membelikan barang keperluan dapur setiap 20 hari sekali melalui bantuan pembantu rumah yang memberikan senarai barang-barang yang diperlukan.
"Saya juga bayar bil air dan elektrik, begitu juga duit belanja sekolah dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kami juga tidak terikat dengan peraturan tertentu soal penjagaan anak sebaliknya lebih fleksibel mengikut kesesuaian," katanya.
Norman khuatir untuk berkahwin lagi?
DUA tahun selepas bercerai, baru kini Norman merancang untuk hidup bersama Memey dengan ikatan yang sah. Pasangan yang bertunang pada September tahun lalu, memilih tarikh sesuai untuk melangsung�kan pernikahan pada akhir September nanti.
Norman mengakui inginkan kehidupan tenang dan lebih teratur melalui pernikahannya dengan Memey, tetapi jauh di sudut hatinya, menga�kui takut untuk melangkah detik itu sekali lagi.
"Saya sendiri membuat keputusan untuk berkahwin demi anak-anak, tapi hakikatnya, saya takut dan bimbang sebenarnya.
"Yalah, saya lihat Memey boleh menerima anak-anak saya, malah mampu menjaga mereka dengan baik. Bagaimanapun, timbul juga kebimbangan jika semua itu berlaku hanya sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin nanti keadaan berbeza.
"Itu yang saya takutkan kerana anak-anak menjadi keutamaan saya. Ia menjadi tanggungjawab saya sampai akhir hayat dan itulah juga yang selalu saya katakan kepada Memey dan bertanya kepadanya apakah dia bersedia menerima semua keadaan itu.
"Bagaimanapun kata Memey, perkara itulah juga yang membuatkan dirinya tambah sayang dan yakin untuk hidup bersama saya kerana melihat saya bertanggungjawab terhadap anak-anak dan yakin mampu juga menjaganya dengan baik.
"Mungkin saya bukanlah suami yang baik kerana gagal mempertahankan perkahwinan kami, tapi saya akan cuba memperbaikinya apabila diberi peluang kedua," katanya.
Pasangan ini pada mulanya memilih 11.11.11, tetapi sedar ramai yang memilih tarikh itu lalu memilih sepakat dengan tarikh 24 September.
Kata Norman, persiapan kini berjalan lancar dan majlis hanya berlangsung di sebelah pihak perempuan saja.
"Saya baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem Demi Tuhan Ku Izinkan bersama Eja. Ia satu kisah yang sangat menyentuh perasaan mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi. Filem Tanda Putera Negara pula akan selesai pada 2 Julai ini," katanya.
Kata Norman, selepas berkahwin nanti soal penjagaan anak tetap sama seperti sekarang, cuba bezanya mereka akan dijaga ibu yang ada ikatan yang sah dengannya. Norman amat berharap hubungan kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan segala pertimbangan perlukan mengutamakan soal anak-anak.
|
| Siapa lebih hebat? Posted: 01 Jul 2011 12:42 AM PDT  Carlos Tevez TROFI Copa America bukan satu-satunya ganjaran yang direbut pasukan yang bertanding apabila kejuaraan itu bermula pagi esok. Satu di antaranya adalah tiket untuk menyertai Piala Konfederasi 2013. Begitupun, apa yang lebih penting adalah Copa America kembali ke bumi Argentina buat kali pertama sejak 1987.
Seperti biasa, Brazil menjadi pasukan pilihan untuk meraih gelaran itu biarpun tidak bimbang mengenai kedudukan mereka dalam Piala Konfederasi apabila menempah tempat secara automatik sebaik bergelar tuan rumah Piala Dunia 2014.
Sebaliknya, mereka berhasrat untuk mempertahankan trofi itu yang dimenangi dengan penuh bergaya pada 2007, apabila menumpaskan Argentina, 3-0 di perlawanan akhir. Pada tahun itu, skuad Selecao mencapai kemuncak prestasi mereka dengan Robinho menjaringkan enam gol buat pasukan itu dan kali ini, pasukan yang berwajah baru itu turut kelihatan cukup berbahaya.Julio Cesar mempertahankan gawang dengan penuh wibawa manakala pertahanan yang lebih dikenali dengan keupayaan mencetuskan serangan dengan kehadiran Thiago Silva, Maicon, David Luiz dan Dani Alves.
Di bahagian tengah, Lucas Leiva dijangka diberi tugas untuk bertahan, membuka ruang buat Ramires dan Elano mengkucar-kacirkan lawan.
Jentera serangan pula diperkuatkan dua pemain AC Milan, Alexandre Pato dan Robinho yang mampu merobek pertahanan lawan tetapi mungkin dua pemain Santos, Ganso dan Neymar bakal mencuri perhatian.
Kedua-duanya mengukuh�kan kedudukan mereka selaku pemain terhebat di liga Brazil dan sering dikaitkan dengan perpindahan ke Eropah.
Argentina pula dianggap sebagai pasukan yang hebat seperti Brazil dan tidak sukar untuk menafikannya dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.
Sudah pasti, mereka juga membariskan pemain terbaik. Lionel Messi adalah bintang utama kejohanan ini manakala Angel Di Maria, Javier Pastore, Carlos Tevez dan Sergio Aguero turut mempunyai kehebatan tersendiri.
Jurulatih Argentina, Sergio Batista turut memilih pemain berpengalaman di bahagian pertahanan apabila Javier Zanetti, Gabriel Milito, Nicolas Burdisso dan Pablo Zabaleta dijangka memainkan peranan masing-masing.
Dua pasukan yang bakal memberi kejutan dalam kejuaraan itu adalah Uruguay dan Chile, yang berpeluang bertarung sesama sendiri lebih awal dalam Kumpulan C.
Uruguay yang dibantu trio pe�nyerang hebat iaitu Diego Forlan, Luis Suarez and Edinson Cavani, sementara ayam tambatan Chile, Alexis Sanchez juga mampu membantu pasukannya meraih kemenangan.
Sementara itu, Ecuador turut dikatakan mampu menghasil�kan kejutan tetapi semua itu bergantung kepada keupayaan Antonio Valencia dan Christian Benitez.
Colombia pula secara tradisinya menjadi antara pasukan yang kompetitif di Amerika Selatan tetapi mereka perlu memastikan penyerang Wigan, Hugo Rodallega berada dalam prestasi terbaik jika ingin pergi lebih jauh.
Pemain tengah, Fredy Guarin menarik perhatian pasukan juara Portugal, Porto dan berhasrat memperbaiki prestasi�nya di Argentina.
Bolivia dan Venezuela pula dianggap sebagai pasukan belasahan di rantau itu tetapi masih berharap mampu mendapatkan penghormatan daripada permainan mereka manakala dua pasukan jemputan, Costa Rica dan Mexico turut berhasrat melakukan perkara yang sama.
Tidak mustahil, Mexico juga mampu memberikan cabaran untuk bergelar juara. Bagaimanapun selepas menjuarai Piala Emas Concacaf, mereka memilih untuk menghantar pasukan simpanan dan sukar bagi mereka untuk melakar sebarang kejutan.
Copa America bukan saja satu pesta bola sepak Amerika Selatan tetapi juga membuktikan ia pentas terbaik untuk pemain muda yang berharap dapat berpindah ke kelab lebih besar.
Ketika Messi, Pato, Suarez dan Sanchez dijangka mendominasi tajuk berita, tentunya lebih menarik jika dapat menyaksikan pemain kurang ternama mencetuskan kejutan di Argentina dan meletakkan diri mereka sebagai pemain terhebat Amerika Selatan selepas ini.
|
| Akhiri dominasi Thai Posted: 01 Jul 2011 12:40 AM PDT  KAGUM...Chua (kiri) melihat produk durian sejuk beku keluaran Fama sambil diperhatikan Ahmad (tengah), semalam. MONOPOLI sekian lama pasaran durian Thailand di China berakhir apabila durian klon terkenal Malaysia gred D24 dan D197 (Musang King) bakal dieksport secara besar-besaran ke pasaran negara itu selewat-lewatnya penghujung Ogos depan. Kejayaan memecah tembok pasaran China itu diumumkan selepas durian tempatan mendapat kelulusan akses pasaran daripada General Administration of Quality Supervision, Inspection dan Quarantine in China (AQSIQ) yang memberi kebenaran Malaysia mengeksport durian sejuk beku ke negara itu berkuat kuasa 11 Mei 2011. Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Chua Tee Yong pada majlis seminar persediaan pengeksportan durian sejuk beku ke China kepada kira-kira 150 pengeksport, peladang dan pengilang di Kompleks Terminal Agribisnes Negara (Teman), Gopeng, Perak. Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil kerja keras Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dalam mempromosikan buah-buahan tempatan Malaysia ke China melalui pendekatan menarik selepas betik, rambutan, kelapa muda, tembikai dan nanas berjaya memasuki negara itu. "Saya difahamkan, Jabatan Pertanian, Fama, Mardi dengan kerjasama Kedutaan Malaysia berjaya menawan media China dengan menjamu wakil media terlebih dulu kelazatan durian Malaysia.
"Kebanyakan media China mengakui durian klon D24 dan Musang King Malaysia berkali ganda lebih sedap berbanding durian Thailand," katanya. Menurutnya, susulan itu pihak kementerian menerima banyak pertanyaan berkaitan prosedur pengeksportan durian Malaysia ke China sebelum pihak AQSIQ meluluskan eksport durian beku ke China bulan lalu. "Buat masa ini hanya durian jenis klon seperti D24 dan Musang King sesuai untuk disejuk beku bagi tujuan dieksport ke China. Peladang berminat boleh menggunakan pusat pemprosesan durian sejuk beku yang diluluskan AQSIQ di Pusat Memproses Fama di Batu Kurau, Perak," katanya sambil menambah negara mampu mengeluarkan 300,470 tan durian setahun. "Tahun lalu saja, Malaysia mampu memperoleh keuntungan RM17.05 juta hasil eksport durian ke Singapura, Taiwan, Hong Kong, Australia dan beberapa negara Eropah lain," katanya.Sementara itu Ketua Pengarah Fama, Ahmad Ishak berkata, keperluan mengeksport durian sejuk beku ke China mampu menyumbang pendapatan besar kepada negara melalui nilai eksport menjangkau RM1.5 bilion setahun.
Menurutnya, peladang dan pengeksport yang berminat bagaimanapun perlu mematuhi dua syarat utama iaitu durian mestilah datang dari ladang yang mendapat Sijil Skim Amalan Baik Ladang Malaysia (SALM) selain diproses di pusat Fama, Batu Kurau, Perak.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan