OHBULAN! |
| Erra Fazira & Suami Sah Cerai Talak Satu Posted: 17 Feb 2014 09:24 PM PST Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki dengan status perkahwinannya, akhirnya hari ini menjadi saksi bahawa Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu. Menurut Sinar Harian, perceraian itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Mohd Adib Husin. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah hadir ke mahkamah tersebut bersama teman rapat iaitu Umie Aida dan Erma Fatima sekitar jam 11.45 pagi tadi. Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang dramatis jelita sedang sibuk memfailkan permohonan perceraian. Untuk pengetahuan anda, Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya. |
| Nabila Huda Sedia Berkahwin Lagi? Posted: 17 Feb 2014 09:14 PM PST Lumrah hidup sebagai manusia di dunia ini, siapa yang tak mahu berkahwin, betul tak? Biarpun pernah menghadapi kegagalan dengan perkahwinan terdahulu, pastinya terselit jua perasaan untuk kembali berumahtangga. Buat aktres yang terkenal dengan watak antagonis, Nabila Huda pula kelihatan seperti sedang merancang untuk ke arah itu apabila berkongsi foto gaun perkahwinan idamannya di Instagram. Mungkin ada yang belum mengetahui bahawa anak kepada Amy Search ini dikatakan sedang hangat menjalin cinta dengan seorang jejaka namun identiti lelaki itu masih kekal misteri. Bukan hanya enggan berkongsi dengan media tentang kisah cinta terbarunya, malah Nabila juga tidak pernah memuat naik foto bersama kekasihnya itu di laman sosial. Namun persoalannya, adakah Nabila sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri sekali lagi selepas bertahun bergelar ibu tunggal? Jika perkara ini benar, semoga Nabila kekal bahagia dengan perkahwinan kali ini. Untuk makluman anda, Nabila dan bekas suaminya, Zaidy Zailani bercerai dengan talak satu pada bulan November 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila. |
| You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan