Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kes Serang: 'Tuduhan Lisdawati, Suami Mengarut' - Sharnaaz
- Syazwan Zulkifly & Zalfie Dikata Kembar Seiras
- Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis
- Pencarian 'The Band' Tidak Eksploitasi Wanita
- Arja Lee bijak cari peluang
- Tamatnya penantian Jaclyn Victor
- Jaszle & Shukri tuntut keadilan
- Lazada lancar aplikasi mudah alih e-dagang baharu
- 'Tandatangan saya ditiru'
- Patah kegiatan pecah rumah
- Pahit manis bergelar guru
- Rangka terdampar di tepi pantai
- Tergamak rompak rantai leher kanak-kanak
- Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok
- Sharnaaz pertahan diri
- Minum secawan lama-lama ketagih
- Trauma duduk dalam rumah
- Anugerah penyambung hayat lakonan
- Lisda berdepan 'serangan' Sharnaaz
- Atai letak jawatan demi nyanyian
- Jam pintar ada skrin sentuh
- Relevankah pakaian bulu eksotik?
- Penyempurna rona hitam putih
- Krim penyempurnaan kulit muka
- Restoran halal pertama di New York
| Kes Serang: 'Tuduhan Lisdawati, Suami Mengarut' - Sharnaaz Posted: 24 Feb 2014 08:04 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian. "Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah. "Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini petang Isnin. Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu. Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan. Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri. Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar. "Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis," ujarnya dalam nada tegas. Lisdawati yang dihubungi mStar Online pada Isnin pula berkata, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut. "Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu," tuturnya yang mengandung lapan bulan. | |||
| Syazwan Zulkifly & Zalfie Dikata Kembar Seiras Posted: 24 Feb 2014 08:03 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Zalfie Mohamad Nor mendedahkan, wajahnya yang mirip aktor Syazwan Zulkifly membuatkan banyak pihak terkeliru dan menyangka mereka adalah adik-beradik. Zalfie atau nama sebenarnya Nor Zalfie Mohamad Nor, 36, berkata, sudah beberapa kali pihak produksi menawarkannya peranan dalam sesebuah projek kerana menyangka dia adalah Syazwan. "Kekeliruan itu sudah biasa berlaku malah bukan sahaja kepada saya tetapi juga Syazwan kerana wajah kami yang dikatakan seiras. "Ada produksi pernah memberitahu saya jika mereka ingin membuat sebuah filem atau drama yang memerlukan pasangan kembar mereka akan gandingkan saya dengan Syazwan," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Zalfie, dia tidak berasa hati apabila pihak produksi terkeliru dengan persamaan itu kerana ia adalah satu kebetulan. Malah kata Zalfie, hubungannya dengan pelakon filem Laga itu juga akrab dan mereka sering bertemu jika mempunyai waktu lapang. "Saya tiada masalah kerana ia bukan disengajakan malah ia turut dialami oleh Syazwan dan ada juga kadang-kadang kami bercakap mengenai kekeliruan tersebut," ujarnya. Sementara itu, Zalfie berkata, walaupun sudah enam tahun bergelar pelakon dia mengakui publisiti tentangnya kurang dipaparkan dalam media massa namun ia bukan satu masalah kepadanya. Jelas Zalfie dia bukan mengelak atau melarikan diri daripada pihak media cuma kelibatnya dalam bidang seni masih belum di sedari. "Saya juga jarang menghadiri acara hiburan dan sekiranya ada temu bual dan sesi bergambar yang ingin diadakan saya pula sibuk di lokasi penggambaran. "Bagaimanapun walaupun kurang publisiti tetapi tawaran lakonan diterima cukup banyak sehingga ada kalanya terpaksa saya tolak," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Zalfie baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Chef di samping Aaron Aziz dan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales. | |||
| Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis Posted: 24 Feb 2014 08:01 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mendedahkan kedua-dua anak perempuannya tidak percaya dia merupakan seorang selebriti. Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, anak-anaknya iaitu Adriana, 14 dan Adalia, 9, mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an. "Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon selain tidak pernah menonton atau mendengar lagu-lagu nyanyian saya. "Apabila saya mendedahkan perkara tersebut kepada mereka, kedua-dua mereka tidak mempercayainya dan menganggap saya hanya berjenaka," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Amy, mereka kini semakin mempercayai kata-kata itu selepas wajahnya banyak muncul dalam drama dan iklan di televisyen. "Saya kini sedang mengumpul filem lakonan lama saya untuk ditunjukkan kepada mereka tetapi bukan semua, yang terpilih sahaja," ujarnya. Dalam pada itu, Amy berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada sesetengah pihak menganggapnya seorang selebriti selekeh dan tidak tahu menjaga penampilan diri ketika berada di khalayak. Jelas Amy, sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi lagi dia lebih gemar dengan imej santai jika tidak menghadiri sebarang acara atau pertunjukan pentas. "Kalau keluar rumah saya seorang yang ringkas dan lebih selesa mengayakan baju T dan jean. Tak tahu pula imej macam tu selekeh? "Jika ada yang berpendapat saya begitu tidak mengapa kerana saya juga manusia biasa seperti orang lain," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Amy berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu dalam masa terdekat untuk para peminatnya sebagai usaha mengubat rindu pada kerjaya seni. | |||
| Pencarian 'The Band' Tidak Eksploitasi Wanita Posted: 24 Feb 2014 08:00 PM PST KUALA LUMPUR: Program The Band, yang mencari bakat baharu berkonsepkan kumpulan pop tidak akan mengeksploitasikan wanita dengan memperkenalkan imej seksi untuk menarik perhatian penonton. Naib Presiden Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, walaupun The Bandingin mencari dua buah kumpulan (lelaki dan wanita) terbaik seperti One Direction dan Pussycat Dolls, yang mengutamakan pakej wajah sebagai nilai komersial namun pihaknya tetap akan menjaga batas-batas mengikut budaya Malaysia. "Menerusi The Band, kami ingin cari bakat baru yang berkonsepkan seperti kumpulan di Hollywood iaitu One Direction atau The Pussycat Dolls mahupun seperti kumpulan K-Pop iaitu Girls Generation. "Tetapi pihak kami tidak akan mengeksploitasikan peserta wanita dengan mendedahkan mereka ke arah imej seksi. Ia tidak sesuai dengan budaya kita. "Cuma diakui, kami lebih mementingkan pakej wajah berbanding bakat nyanyian kerana ingin mencari personaliti yang boleh menarik perhatian umum," katanya. Khairul ditemui pada majlis pelancaran program pencarian bakat baharu, The Band di Souled Out, Menara HSC di sini petang Isnin. Tambah Khairul, bagi peserta yang kurang berkebolehan dalam nyanyian, mereka akan diajar teknik nyanyian yang betul dalam program tersebut oleh Damian Mikhail (vokal). Guru tari profesional, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman pula bertindak sebagai perunding imej dan gaya. The Band merupakan program baharu Astro Ria mencari gabungan penghibur untuk membentuk sebuah kumpulan pop lelaki dan wanita. Para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran dan aura dalam menentukan kumpulan pop terbaik yang berjaya ke peringkat akhir di mana seramai enam penyanyi lelaki dan enam penyanyi wanita akan dipilih bagi membentuk dua kumpulan The Band Malaysia. "Setakat ini kami sudah pun membuat uji bakat pada September tahun lalu di mana kami turut membuka peluang ini kepada peserta dari Indonesia dan Singapura. "Ia bertujuan bagi meluaskan pasaran muzik tempatan pada masa akan datang nanti. Dan setakat ini 80 peserta sudah pun dipilih untuk melalui ujian-ujian lain sebelum membuat pemilihan 36 peserta terbaik," ujarnya. Beritahu Khairul, selepas 36 peserta (16 perempuan dan 16 lelaki) dipilih, mereka akan membuat persembahan secara berkumpulan dan setiap minggu ahli-ahli kumpulan akan bertukar ganti. Barisan peserta akan dinilai secara individu dengan menggunakan khidmat iaitu Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat. Pengacara Awal Ashaari pula akan mengendalikan program berkenaan manakala penyampai radio Era FM iaitu Shaw ditugaskan mengacara diari Whazzup The Band bagi memberi laporan aktiviti harian peserta. Bermula 31 Mac depan, The Band akan mula menyiarkan program tersebut dari Isnin hingga Khamis, pukul 9 malam. Ia diikuti pula Whazzup The Band yang akan bersiaran pada setiap Jumaat (pukul 9 malam). Konsert The Band pula akan disiarkan pada hari Sabtu, pukul 10 malam. Program ini disiarkan secara rakaman manakala pada peringkat akhir, ia akan disiarkan secara langsung. Kemuncak acara ini menyaksikan undian penonton sebanyak 30 peratus manakala 70 peratus adalah oleh pihak juri. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:57 PM PST
NAMA Arja Lee yang pernah mengemparkan industri seni suatu ketika dahulu gara-gara lakonan bogelnya menerusi filem Dalam Botol. Biarpun namanya terpalit dengan cerita negatif, namun Arja tidak melihat perkara tersebut sebagai punca yang boleh memusnahkan kerjaya seninya. Bangkit daripada kegagalan lalu, penampilannya menerusi drama mencipta fenomena Ariana Rose, berjaya menaikkan namanya di persada lakonan. Lakonan antagonisnya dalam drama itu, Arja berjaya memikat hati penonton terutamanya golongan wanita dengan karakternya sebagai lelaki metropolitan berkarisma. Selepas drama tersebut berakhir, Arja mengakui jadualnya semakin padat dengan penggambaran yang berterusan sehingga tiada ruang untuknya bercuti. "Alhamdulillah...saya tidak menyangka drama ini telah mencipta fenomena luar biasa sehingga saya turut merasai tempiasnya. "Selepas Ariana Rose, saya akan menjalani penggambaran selama sebulan di Kuala Terengganu bagi drama terbaharu, Tarbiah Cinta. "Drama 21 episod terbitan RTM ini menggandingkan saya dengan pelakon, Memey Suhaiza buat pertama kali," katanya. Selain daripada drama itu, dia juga sibuk dengan penggambaran Misiku Kuza musim kedua yang menaikkan namanya sebelum Ariana Rose. "Saya bersyukur sangat dengan rezeki yang dilimpahkan Ilahi. "Biarpun lambat namun, berkat usaha saya yang tidak pernah putus berjuang dalam industri seni dimakbulkan ALLAH SWT. "Jadual saya sangat pada sehingga penghujung tahun sehingga tiada masa untuk diri sendiri," katanya yang juga akan melancarkan single terbaharu berjudul Cerita Pada Mereka. | |||
| Tamatnya penantian Jaclyn Victor Posted: 24 Feb 2014 07:56 PM PST
NAMANYA sudah dibina sedekad lalu, namun Jaclyn Victor tetap utuh walaupun lambakan artis baharu menghiasi industri. Tidak gentar dengan cabaran itu, dia yakin bakatnya masih diterima ramai dan menjadi pilihan komposer terkenal. Setelah sekian lama menyepi, Jaclyn teruja diberi peluang turut serta dalam persembahan Konsert Stanza Cinta Eksklusif Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) sempena ulang tahun Universiti Utara Malaysia (UUM), awal April depan. Turut sama, Adira, Noh (Hujan) dan Haziq yang akan memeriahkan konsert itu nanti. Penyanyi yang mulai terkenal selepas menyertai program realiti Malaysian Idol musim pertama kira-kira sepuluh tahun lalu, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali dengan panggilan Jaclyn Victor. Namanya usah diperkenalkan lagi kerana memiliki suara yang jarang ada dalam setiap penyanyi. Memiliki suara lantang jelas, anak kelahiran Kepong, Kuala Lumpur itu memulakan kerjaya seninya ketika berusia agak lewat. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang biarpun pernah diuji dengan kontroversi. Digelar 'rasis' ketika mendendangkan lagu Harapan Bangsa pada 2007, Jaclyn tetap tabah dan sabar dengan ujian tersebut. Nyata semuanya tidak benar kerana wanita berusia 36 tahun itu, tidak sesekali rebah dengan persepsi negatif daripada masyarakat. Meniti arus kehidupan penyanyi hitam manis itu pernah dinobatkan sebagai Ikon Malaysia sepanjang pencapaian bergelar anak seni. Selain itu, dia juga menggondol beberapa trofi ketika Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 19 yang berlangsung baru-baru ini termasuklah Vokal Wanita Terbaik, Penyusunan Muzik Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik (Counting Days). Terbaharu, dia turut memenangi trofi kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) lalu, menerusi lagu Ikut Rentakku. Biarpun kerjayanya pernah dilanda badai, namun dia tetap diterima dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat kerana sikapnya yang positif. Menurut Jaclyn, dia bersyukur kerana setiap kali ditimpa musibah atau masalah, keluarga dan peminatnya setia menyokong kerjayanya. "Tanpa peminat siapalah saya. Mereka yang banyak menaikkan nama saya sehingga capai ke tahap ini. "Begitu juga dengan keluarga saya yang tidak pernah putus beri kata semangat untuk saya terus bertahan," katanya. Minat berlakon Sedikit mengenai perkembangan terkini, Jaclyn berkata masa dan waktunya diisi dengan aktiviti nyanyian buat masa sekarang. Katanya, selain tumpuannya terhadap dunia muzik Jaclyn juga minat dalam bidang lakonan. Sebelum ini, dia pernah membintangi beberapa filem Bahasa Melayu dan Tamil seperti Susuk (2008), Talentime (2009) serta Appalam (2010). Biarpun tawaran tetap ada untuknya, dia berkata sekiranya tidak bertindih dengan jadual waktunya dia akan menerima tawaran lakonan. "Buat masa kini, saya lebih suka menumpukan dalam bidang nyanyian. "Lagipun saya mahu melancarkan single baharu, Senafas Baru kepada peminat. "Ia merupakan track kedua dalam album terbaru saya," katanya. Menurutnya lagi, bidang nyanyian dan lakonan mempunyai perbezaan yang sangat besar. "Jika nyanyian saya amat mudah untuk mendapatkan 'feel' untuk menyanyikan lagu, mungkin sudah biasa. "Tetapi lakonan agak sukar pada mulanya kerana saya tidak pandai menjiwai watak atau karakter. "Walaupun begitu, saya amat seronok dapat merasai pengalaman ini dan tidak sabar untuk berlakon lagi," katanya. Lebih semangat Bercerita mengenai persediaannya dalam konsert itu pula, dia berkata masih lagi menunggu kata putus daripada pihak penganjur iaitu Istana Budaya dan UUM berkaitan jadualnya. Konsert tersebut dijadualkan bermula pada 4 dan 5 April depan di Panggung Sari, Istana Budaya bersempena ulang tahun universiti tersebut. "Lagipun pada mulanya penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sepatutnya menyertai kami pada hari tersebut. "Tetapi beliau menarik diri di saat akhir kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. "Namun peluang untuk menyanyi bersama orkestra merupakan satu peluang yang sangat berharga," ujarnya. Tambah Jaclyn, dia bakal mendendangkan lima buah lagu Melayu dan sebarang perubahan jadual tertakluk kepada pihak penganjur. "Saya gembira dan teruja dapat menyanyi bersama live band atau orkestra kerana ia memberikan kelainan dalam persembahan. "Penglibatan mereka nyata beri semangat kepada saya untuk menyanyi dengan lebih baik. "Ia seolah-olah ada kuasa misteri yang membuatkan saya berasa begitu bersemangat dan teruja di atas pentas," katanya yang sudah banyak kali melakukan persembahan bersama orkestra. | |||
| Jaszle & Shukri tuntut keadilan Posted: 24 Feb 2014 07:54 PM PST
SHAHRIZAL Jaszle dan Shukri Yahya merupakan dua anak seni yang memiliki platform tersendiri dalam karier lakonan masing-masing. Buat kali pertama ke dua aktor ini digandingkan bersama-sama dengan pelakon Datuk Eizlan Yusuf, Syarifah Sakinah dan Ana Dahlia sebagai lima beradik yang menuntut keadilan menerusi drama arahan Along Kamaludin, bertajuk Dendam 5 Beradik. Memegang watak sebagai Haniff, Shahrizal memberitahu faktor utama dia menerima tawaran ini kerana jalan cerita yang diketengahkan menarik dan belum pernah dilakukannya lagi. "Jalan cerita mengenai lima beradik ini ada keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri. "Watak yang saya mainkan juga ada kekuatannya di mana dia juga berperanan penting bersama adik beradik yang lain dalam memastikan musuh utama mereka menerima hukuman yang setimpal," ujarnya. Manakala Shukri yang memainkan watak sebagai Mikail, akui lakonan itu beri banyak cabaran memandangkan karakter yang dibawa banyak bermain dengan babak aksi. "Antara kelima-lima watak, Mikail antara karakter yang banyak terlibat dengan babak pergaduhan. "Ini adalah cabaran terbesar buat saya kerana saya memang tidak ada asas dalam seni mempertahankan diri. Saya banyak bergantung pada koreografer untuk hidupkan babak-babak itu," katanya. Drama enam episod ini akan ditayangkan menerusi saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) bermula 1 Mac ini. Sering ditemani ibu - Jaszle SELEPAS beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang memberi impak besar kepada nama baiknya, dia dilihat seakan menyepikan diri. Namun, dia yang dilihat hadir ke majlis pratonton drama ini bersama ibu dan adik lelakinya kini kelihatan lebih teratur. Bertanyakan mengenai perkembangan itu, pelakon yang terkenal dengan drama 'Asmara' ini memberitahu kariernya kini lebih tersusun kerana adik lelakinya kini telah menjadi pengurus peribadinya. "Secara jujurnya, saya hilang kepercayaan pada orang luar sejak apa yang berlaku pada saya sebelum ini. Jadi saya rasa lebih selamat bila adik saya sendiri yang menguruskan karier saya, tambahan pula kami tinggal serumah jadi ia lebih mudah," jelasnya. Tambahnya, sejak perkara yang tidak diingini berlaku, ibunya juga sering menemaninya ke mana sahaja. "Kalau ikutkan memang sejak dulu lagi dia selalu ikut saya ke mana saja tapi lebih kerap selepas kes itu berlaku. Saya pun tidak kisah kerana lebih selesa cuma agak risau dengan kesihatannya," katanya. Ditanya mengenai status kes yang dihadapinya sebelum ini, Shahrizal memaklumkan sebutan kes akan berlangsung semula pada bulan April ini. "Saya perlu positif pada diri sendiri dan apa yang berlaku sebelum ini banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hari dengan keadaan sekeliling," katanya yang merancang untuk mengahwini kekasih hatinya, Redzwani Puteri akhir tahun ini. Bangga di gelar 'Jericho Malaysia' BIARPUN sudah tiga tahun berada dalam industri lakonan, namanya masih belum dikenali secara meluas. Namun, Shukri akui populariti bukanlah perkara utama yang dikejarkan malah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. "Saya tidak kisah kalau ada yang tidak kenal. Bagi saya populariti itu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari. "Apa yang saya ada buat masa ini sudah mencukupi dan populariti itu saya anggap sebagai bonus," katanya yang kini agak selektif dalam memilih tawaran. Sekilas pandang memang tidak dinafikan raut wajahnya seiras pelakon kacak dari Filipina yang terkenal dengan lakonannya menerusi drama 'Pangako Sayo'. Shukri bagaimanapun akui bangga dengan panggilan itu memandangkan Jericho bukanlah pelakon calang-calang. "Bila ramai yang bercakap mengenainya, saya cuba 'google' dan bila lihat kehebatan lakonannya, saya rasa bangga walaupun wajah kami tidaklah sama seperti yang dikatakan," katanya sambil tertawa. | |||
| Lazada lancar aplikasi mudah alih e-dagang baharu Posted: 24 Feb 2014 07:52 PM PST
KUALA LUMPUR - Peruncit e-dagang, Lazada, melancarkan aplikasi mudah alih baharu bagi peranti Androids dan iOS, untuk memanfaatkan perkembangan pesat perdagangan menerusi peranti mudah alih. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maximilian Bittner berkata, sebahagian besar daripada 600 juta pengguna Internet di Asia Tengara kini mengakses laman web melalui telefon pintar mereka. "Syarikat kami sebagai peruncit e-dagang terulung menghubungkan alat peranti mudah alih ke rangkaian beli-belah dalam talian kerana sebelum ini pusat beli-belah fizikal hanya boleh dikunjungi penduduk bandar. "Kami amat yakin dengan perkembangan pesat m-dagang (dagang mudah alih) di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Menurut laporan terkini mengenai "Asia Tenggara: Trend Dalam Talian dan Matlamat", pertumbuhan e-dagang di Asia Tenggara akan mengalami peningkatan tahunan sebanyak 31 peratus sehingga 2015. Menurut Lazada, pertumbuhan mendadak dalam penggunaan e-dagang ini dipacu terutamanya oleh peningkatan infrastruktur teknologi dan peralihan tabiat pengguna, serta kedudukan ekonomi yang bertambah baik di rantau ini. Sebanyak 200 juta pengguna dalam talian dianggarkan antara tahun 2010 dan 2020, yang membina asas kukuh untuk pasaran e-dagang rantau ini pada tahun-tahun yang akan datang. Pengguna dalam talian Asia Tenggara dianggarkan kira-kira 205 juta menjelang 2016, kenaikan ketara berbanding 118 juta pada 2011, dengan kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan negara besar di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Arus Internet yang pesat berkembang mendorong fenomena membeli-belah melalui Internet terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan yang aktif mencari pelbagai produk yang berpatutan di pasaran e-dagang yang serba kompetitif. Tahun ini merupakan tahun yang amat menarik untuk peserta e-dagang di rantau ini terutamanya dengan kemunculan perdagangan menerusi peranti mudah alih yang memperbaharui pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pengguna yang sentiasa sibuk. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:46 PM PST
TAMPIN – Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini nekad membuat laporan polis semalam berhubung salah laku seorang ahli jawatankuasa (AJK) PIBG yang telah meniru serta memalsukan tandatangannya. Bekas YDP PIBG berkenaan, Fadzil A Bakar berkata, segalanya terbongkar apabila dia menghadiri Mesyuarat Agong PIBG ke-37 sekolah berkenaan 15 Februari lalu dan mendapati buku laporan mesyuarat yang diedarkan kepada ibu bapa serta tetamu yang hadir menyelitkan notis panggilan mesyuarat bukan ditandatanganinya. Menurutnya, perkara berkenaan menimbulkan rasa bimbangnya memandangkan maklumat di bahagian laporan kewangan telah menunjukkan beberapa nilaian pinjaman daripada PIBG tanpa pengetahuannya. "Hal ini jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dalam dana PIBG dan apa yang lebih membuatkan saya berasa kecewa ialah apabila tandatangan saya telah sesuka hati ditiru oleh individu tidak bertanggungjawab. "Malah, apabila saya rujuk kes berkenaan kepada pengetua, pengetua menyatakan pihak sekolah ada meminjam dana daripada PIBG bagi kegunaan hoki sebanyak RM5,000 sedangkan di dalam laporan kewangan menunjukkan jumlah pinjaman sebanyak RM8,035," katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini, semalam. Fadzil berkata, rasa bimbangnya itu mulai bertambah apabila terdapat beberapa kegunaan lain dalam laporan kewangan yang di luar pengetahuannya sedangkan setiap pengeluaran wang haruslah melalui pengetahuannya terlebih dahulu. Tambahnya, dalam akta dan bidang kuasa seorang YDP PIBG, mereka berhak untuk mengetahui setiap pengeluaran wang dan individu lain dalam PIBG hanya boleh membuat keputusan sekiranya YDP tiada serta jika perlu sahaja. "Jadi, sebaik melihat laporan kewangan yang baru saya terima semasa menghadiri mesyuarat, saya nekad untuk membuat pengumuman meletakkan jawatan semasa mesyuarat dimulakan iaitu selepas majlis perasmian. "Saya harap agar kes ini menjadi pengajaran kepada individu berkenaan untuk tidak sesuka hati memalsukan tandatangan saya untuk tujuan tertentu. Malah, sekiranya ibu bapa mempunyai sebarang persoalan mengenai dana PIBG, mereka boleh berhubung terus dengan saya atau pengetua sekolah berkenaan. Fadzil berkata, dia amat berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menyiasat kes berkenaan dengan sebaik mungkin dan dia juga tidak teragak-agak untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan kerana tindakan individu berkenaan mencemarkan reputasinya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan kes berkenaan kini dalam siasatan. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:38 PM PST
KUANTAN - Kegiatan pecah rumah sekitar Sungai Soi dan Kempadang dekat sini yang didalangi tiga rakan berjaya dibongkar dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selepas kenderaan dinaiki suspek ditahan untuk pemeriksaan di sini, 12 tengah hari kelmarin. Penahanan kereta jenis Perodua Viva itu membongkar perbuatan jenayah tiga suspek itu apabila mereka sebenarnya sedang melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Berjaya Permai dekat Kempadang dekat sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dua suspek berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan, seorang lagi sempat melarikan diri. Menurutnya, seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan dengan anggota URB manakala dua lagi sempat membolos diri ke dalam semak. "Bagaimanapun bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menahan suspek kedua di Taman Berjaya Permai. "Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, polis menemui satu televisyen bersama dua utas jam tangan serta sebilah pisau Rambo," katanya. Mohd Jasmani berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, mereka mengaku terlibat memecah masuk sebuah rumah dan melarikan barangan. "Siasatan awal mendapati, seorang daripada suspek terbabit dikehendaki polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) a Akta Dadah Berbahaya 1952. "Hasil keputusan ujian air kencing dijalankan mendapati kedua-dua suspek terbabit disahkan positif dadah jenis Methampithamine," katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan reman di Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi suspek sedang dikesan. Mengulas lanjut kejayaan anggota URB itu, Mohd Jasmani berkata, dua anggota URB itu sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan. "Ketiga-tiga suspek dipercayai berkeliaran di taman berkenaan selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Berjaya Permai, di sini, pada jam 2.15 pagi sebelum melarikan televisyen Plasma 42 inci bersama dua utas jam tangan," katanya. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:37 PM PST
MENGKARAK - Setiap kali pencapaian peperiksaan mencatatkan peningkatan atau cemerlang, itulah kenangan terindah bagi bekas Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Salmah Othman, 56 yang bersara mulai semalam. Menurut Salmah, dalam tempoh 24 tahun bergelar guru, tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan para pelajar memperoleh pencapaian cemerlang dalam akademik. "Apa yang lalui di sekolah, semuanya kenangan manis kerana mendidik pelajar perlu dilakukan dengan seikhlas hati. "Walaupun pelbagai dugaan yang menimpa, asalkan kita sanggup berdepan dengan cabaran itu, kita akan puas sebagai seorang pendidik," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Persaraan yang dianjurkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak, semalam. Salmah yang pernah berkhidmat di SMK Bera Bandar 32 selama 16 tahun sebelum menyambung perkhidmatan di sekolah ini memberitahu, cabaran sebagai guru sentiasa meningkat dan berubah-ubah setiap tahun. Katanya, teknik pembelajaran perlu mengikut perkembangan semasa supaya para pelajar tidak ketinggalan berbanding pelajar di kawasan bandar, malah kaedah komunikasi bersama ibubapa juga turut mengalami perubahan. "Jika dahulu, ibubapa membenarkan guru-guru menegur atau merotan pelajar untuk kebaikan mereka tetapi keadaan itu jauh berbeza pada masa sekarang. "Walaupun perkara itu tidak berlaku di sekolah ini, namun beberapa kes yang berlaku di negeri lain sudah menunjukkan perkara itu bukan mustahil berlaku pada masa akan datang, dan pada ketika itu peranan guru akan semakin mencabar," katanya. Menurut Salmah, sekiranya anak-anak mengadu sebarang kejadian di sekolah, ibubapa perlu menghadirkan diri untuk selidik terlebih dahulu sebelum menuduh pihak sekolah atau guru. | |||
| Rangka terdampar di tepi pantai Posted: 24 Feb 2014 07:35 PM PST
RANTAU ABANG – Hasrat seorang penduduk untuk mengambil pelampung hanyut, bertukar cemas apabila dia terjumpa rangka manusia terdampar di tepi laut. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam itu, Yusuf Harun, 54, yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan, terpandang satu objek di atas pasir. Dia yang masih tidak berpuas hati kemudiannya cuba menghampiri lalu mendapati ia merupakan rangka manusia dengan sebahagiannya dipercayai masih mempunyai daging. "Apabila saya mendekati objek itu, ia memang rangka manusia. Saya tak tahu apa nak buat lalu beritahu rakan sebelum memaklumkan kepada polis," katanya. Sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan awal. Rangka berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. | |||
| Tergamak rompak rantai leher kanak-kanak Posted: 24 Feb 2014 07:33 PM PST
KUALA TERENGGANU - Tindakan bodoh seorang wanita merompak seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan melarikan rantai leher yang dipakainya menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Hakim Azhar Othman membuat keputusan itu selepas Rozita Jusoh, 36, dari Jalan Pulau, Seberang Takir, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. Ibu kepada empat anak itu mengaku salah melakukan rompakan dengan melarikan seutas rantai leher milik mangsa yang bernilai RM1,600 di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir, di sini, kira-kira jam 11 pagi, 15 Februari lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala Rozita tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, Rozita datang ke rumah nenek mangsa dengan berlakon sebagai seorang jurujual yang mahu menjual minyak dan pisau. Ketika itu, mangsa turut berada bersama neneknya sebelum Rozita bertindak menarik rantai leher dipakai mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang sedia menunggu di luar. Susulan laporan dibuat, Rozita yang mempunyai rekod jenayah lampau seperti dadah dan curi ditahan tiga hari selepas kejadian berkenaan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Ketika ditahan, polis turut menemui semula rantai leher milik mangsa. | |||
| Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok Posted: 24 Feb 2014 07:29 PM PST SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini. Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui beliau bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit. "Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini. "Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Hari ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut. Katanya arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya. Sementara, pelaksanaan PBS ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:27 PM PST
"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS. "Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan. "Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya. Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya. Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata: "Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat. "Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya. Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya. Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35. Bukan cari kontroversi - Fauzi Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi Zass menegaskan, keputusan dia dan isterinya untuk membuat laporan polis bukanlah kerana mahu mencari publisiti murahan atau kontroversi. Sebaliknya dilakukan kerana mahu melindungi isterinya selepas aktres itu ditengking dan diserang Sharnaaz di lokasi penggambaran. "Saya bukannya artis yang memerlukan kontroversi untuk dikenali. Saya dah berkecimpung dalam industri hampir 18 tahun dan saya tak perlukan kontroversi. Malah saya mahu lari dari kontroversi. "Namun tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisda di lokasi agak keterlaluan, apatah lagi Lisda kini sedang mengandung. Laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk melindungi diri dan memudahkan saya membawa Lisda menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital akibat tindakan Sharnaaz itu. "Dan keputusan pemeriksaan memang sudah dijangka apabila doktor mengesahkan tekanan darah Lisda naik susulan kejadian itu. Sebagai suami dan bapa tentulah saya risau dengan keadaan isteri dan anak dalam kandungan tersebut," jelasnya. Fauzi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, dia sudah cuba mendapatkan penjelasan Sharnaaz termasuk mengajaknya berjumpa. Namun Sharnaaz seolah-olah mahu berjumpa untuk bertumbuk dan membuatkan dia membatalkan keputusan untuk berjumpa Sharnaaz. "Saya bukan budak-budak lagi dan masih waras. Jadi saya ambil keputusan untuk maafkan sahaja tindakannya, tapi dia pula macam tak puas hati," katanya yang turut berpesan agar Sharnaaz tidak terus bersikap ego untuk kebaikannya pada masa akan datang. | |||
| Minum secawan lama-lama ketagih Posted: 24 Feb 2014 07:25 PM PST
ALOR SETAR - Kalau nak air ketum 'power' anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk. Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum. Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan. Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah. Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan. Sebelum ini, ketum tidak begitu popular dan digunakan oleh generasi terdahulu sebagai bahan perubatan tradisional. Antaranya sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita baru lepas bersalin. Daun ketum akan direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Ketum juga dimitoskan mampu merawat ketagihan dadah yang menjadikan seseorang penagih dadah mengambil ketum sebagai bahan alternatif. Bagaimanapun, perkara itu tiada kesahihannya. Seorang pengamal herba, Yusoff Ariffin, 50-an berkata, daun ketum dahulunya turut dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Menurutnya, orang-orang tua dahulu juga mengamalkan makan daun ketum bersama sirih pinang. "Dahulu ketum memang diguna semata-mata untuk dijadikan penawar. Air ketum diminum bila perlu, daun pula dimakan bersama sirih. "Dulu tak ada lagi isu minum air ketum sampai mabuk atau air ketum dicampur dengan bahan lain untuk tujuan memabukkan," katanya yang juga Pengurus Mazidah Foods and Herbs Industries. Ketum mudah didapati Faktor senang diperoleh, mudah ditanam serta penguatkuasaan undang-undang yang ringan dilihat menyebabkan pengambilan ketum secara tidak sihat semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan orang muda. Pokok ketum sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dengan sokongan kesesuaian cuaca khatulistiwa negara ini membolehkan seseorang menanam tumbuhan itu tanpa penjagaan rapi. Di Malaysia pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003. Ia juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana mengandungi mitraginin. Menurut sumber Wikipedia, mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Akta Racun 1952. Dengan itu pokok ketum juga turut diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Dengan pengisytiharan daun ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 itu bererti pokok ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, senario kini mendapati penularan ketum belum dapat dicegah bahkan semakin menjadi-jadi. Di sekitar negeri Kedah, air ketum yang siap diproses dijual pada harga serendah RM2 sebungkus dengan kuantiti kira-kira 200 mililiter padu. Manakala daun ketum yang tidak diproses dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 satu beg plastik kecil. Tinjauan Sinar Harian di sebuah tempat memproses air ketum di Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, mendapati ketum diproses dengan begitu mudah kerana hanya perlu merebus sahaja. Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih 'power' bagi mereka yang sudah ketagih. Difahamkan, antara bahan campuran itu seperti ubat batuk, ubat penahan sakit, minuman cola malah ubat nyamuk. Pengakuan kaki ketum Tujuan 'pecah peluh' atau badan cepat berpeluh supaya berasa lebih segar dan sihat adalah alasan yang biasa diberikan oleh pengamal ketum. Namun, sekiranya sering dijadikan amalan ia akan menjadi satu ketagihan. Malah, air ketum juga boleh mengkhayalkan sehingga seseorang peminum itu berasa ringan kepala atau badan serta berasa lebih tenang. Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat. "Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum. "Bila dah lama, memang jadi ketagihan... setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang," katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi. Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain. "Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani...sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk," katanya. Sementara itu, seorang lagi pengambil ketum, dikenali sebagai Mazri, 53, pula tidak mengamalkan minum air ketum sebaliknya hanya makan daun ketum. Menurutnya, amalan yang diamalkan sejak lebih 10 tahun lalu itu sudah sebati dalam kehidupan hariannya, malah dia akan membawa bekalan daun ketum ke mana-mana sahaja. "Rasa daun ketum seperti daun jambu batu saja, cuma rasanya lebih pahit sedikit. Kalau makan daun ketum tak ada sampai mabuk atau pening. "Pada mulanya saya makan untuk pecah peluh, badan rasa sihat dan sedap buat kerja sebab rasa bertenaga. Lama-lama jadi macam tabiat, setiap hari mesti rasa nak kunyah daun ketum. "Saya ada niat nak berhenti makan, tapi setakat ini gagal. Mungkin sebab daun ketum senang dapat, harga pun murah," katanya. Bagaimanapun Mazri berkata, dia menasihatkan orang lain di luar sana supaya tidak mencuba makan atau minum air daun ketum kerana boleh menjadi satu ketagihan. Penguatkuasaan ketum, banteras penularan Awal bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya daun ketum dimasukkan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan hukuman berat seperti penyalahgunaan dadah dikenakan kepada pemilik, pengedar dan pengguna. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata langkah itu perlu kerana daun ketum iaitu sejenis tumbuhan yang boleh mengkhayalkan seperti dadah, kini mula diseludup ke Thailand dan Singapura. Daun ketum hanya tumbuh liar di Malaysia. Kita tidak mahu Malaysia menjadi hab dadah untuk ketum. Hingga kini pesalah yang mengedar, memiliki dan menggunakan daun ketum itu hanya dikenakan denda sedangkan polis menyifatkan tumbuhan itu sebagai dadah yang boleh membawa kepada ketagihan dan memudaratkan penggunanya. Malaysia menetapkan penjualan daun ketum boleh didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum 4 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Noor Rashid berkata jika daun ketum dimasukkan dalam Jadual Satu ADB, polis boleh mendakwa pesalah berkenaan mengikut Seksyen 39 B Akta ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. "Kini jika pokok ketum itu ditanam seperti ladang di belakang rumah seseorang pun kita tidak boleh ambil tindakan kecuali apabila mereka mengedar dan menjual daun itu kepada pihak lain, barulah ia menjadi kesalahan," katanya. KDN pertimbang perundangan baru atasi isu ketum Susulan itu, KDN turut mempertimbangkan tiga kaedah untuk mengawal penjualan dan pengedaran daun ketum, yang dianggap sebagai tumbuhan mengkhayalkan seperti dadah, termasuk menggubal akta baru untuk mengawal penanaman tumbuhan itu. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menggubal undang-undang, dua lagi kaedah yang boleh diambil ialah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan memasukkan daun ketum sebagai bahan dalam Jadual Satu Akta Dadah Berbahaya atau mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas). "Ketiga-tiga perkara ini masih dalam perbincangan terperinci di peringkat kementerian dan satu kajian sedang dijalankan," katanya. Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga sudah meminta pegawai perundangan daripada kementerian dan Jabatan Peguam Negara untuk turut meneliti perkara itu termasuk mengkaji satu perundangan di Thailand berkaitan penguatkuasaan daun ketum untuk diadaptasikan di negara ini. Beliau berkata, hasil intipan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis juga mendapati daun ketum banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan pihaknya serius untuk menangani masalah penyalahgunaan daun ketum kerana didapati 75 peratus pelaku jenayah menggunakan dadah. Menurutnya, penasihat undang-undang KDN juga sedang meneliti secara terperinci langkah penguatkuasaan berkaitan salah guna daun ketum termasuk undang-undang yang dilaksanakan di Thailand. Kajian itu dilakukan bersama-sama penasihat undang-undang PDRM dan Jabatan Peguam Negara. "Ada tiga langkah yang akan kita lakukan. Pertama, memperkukuhkan undang-undang dadah berbahaya yang ada sekarang atau langkah-langkah pencegahan khas atau mewujudkan undang-undang baharu berkaitan penanaman, pengedaran dan penggunaan daun ketum. "Kita yakin undang-undang yang telah diguna pakai di Thailand adalah berat dan kita akan meneliti undang-undang berkenaan untuk disesuaikan dengan acuan perundangan Malaysia. Penanaman dan salah guna daun ketum banyak melibatkan kawasan di utara Semenanjung Malaysia," katanya. Gesa Parlimen gubal segera akta daun ketum Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menggesa Parlimen menggubal akta bersesuaian berhubung penggunaan daun ketum dan aktiviti menghidu gam, yang disifatkan sebagai ancaman kepada generasi muda, selain penyalahgunaan dadah. Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, perkara itu wajar diberi perhatian kerana kedua-dua bahan terbabit mudah didapati, selain dikenal pasti sebagai langkah awal golongan itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. "Sebelum ini, Pengasih sudah pun menyeru kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu ini, dengan mewujudkan peruntukan undang-undang penggunaan daun ketum dan hidu gam. Saya harap ia disegerakan dan dibawa bincang di Parlimen," katanya. Mengulas ketiadaan peruntukan undang-undang tertentu di mana hanya wujud kesalahan bagi memiliki air daun ketum bawah Akta Racun, Mohd Yunus berkata, Jabatan Peguam Negara dan Parlimen wajar mengkaji semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum agar dipinda kepada Akta Dadah Merbahaya. "Isu ini perlu dikupas lebih lanjut oleh Anggota Parlimen, saya juga harap agar proses penguatkuasaan dipercepat kerana ia serius berbanding isu lain," katanya. Menurutnya, pencegahan melalui perundangan amat perlu selain saluran pendidikan, dengan menganjurkan seminar kepada ibu bapa dan guru agar lebih memahami tentang bahaya kedua-dua bahan berkenaan. "Kebiasaan, penagih dadah akan mencuba bahan-bahan yang mudah didapati seperti daun ketum. Daun Ketum banyak tumbuh di utara terutama di kawasan sawah dan ia masih lagi tiada tindakan dari aspek perundangan atas penanaman pokok ini," katanya. MB Perlis nasihati penduduk musnah ketum Menteri Besar Perlis, Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk di negeri itu yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan di sebalik untuk tujuan perubatan. Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport' ketum berikutan sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand. "Saya menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk berbahaya kepada mereka yang meminumnya. Tanam pokok stevia ganti ketum Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penanaman pokok ketum boleh dihentikan kerana ada tanaman alternatif iaitu stevia yang boleh diproses serta menjana pendapatan lumayan dalam masa singkat. Ia perlu bagi menangani kewujudan ladang ketum khususnya di Kedah. Daun pokok stevia boleh diproses sebagai bahan menggantikan gula dan ini boleh mengelak orang ramai terus menanam pokok ketum. "Kita wajar membangunkan industri tumbuhan stevia khususnya di negeri ini yang mempunyai tanah dan cuaca yang sesuai. Ia boleh bangunkan secara besar-besaran," katanya. Kedah bakal ikut jejak langkah fatwakan peraturan ketum Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perbincangan ke arah memperhalusi fatwa berhubung penyalahgunaan ketum akan dilaksanakan berikutan gejala ketagihan air ketum semakin serius di negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman. "Jika dulu penggunaan daun ketum bertujuan untuk rawatan tradisional namun anak muda sekarang terlebih pandai mengubahsuai ramuan termasuk mencampurkan ubat penahan sakit, ubat batuk. Daun ketum yang direbus walaupun tidak dicampur juga boleh menyebabkan ketagihan kerana mengandungi getah," katanya. Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Majlis Fatwa Negeri Kedah juga pernah membincangkan mengenai pengharaman air daun ketum. Mesyuarat pada 3 Oktober 2005 telah memutuskan bahawa meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan yang lain, hukumnya haram. "Ketum pada asal hukumnya adalah harus kerana masyarakat menggunakannya untuk perubatan herba atau tradisional. Tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat ," katanya. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:23 PM PST
ALOR SETAR - Daif. Begitulah keadaan sebuah keluarga di Kampung Gunung Sali yang terpaksa mendiami rumah hampir roboh. Pengalaman pahit nyaris dihempap kayu alang dan kekuda bumbung rumah sukar dilupakan mereka sekeluarga, malah seakan-akan menimbulkan trauma dalam kehidupan empat beranak ini. Saadiah Ibrahim, 57, berkata, suaminya nyaris ditimpa kayu alang patah sewaktu melalui tingkat atas kediaman mereka pada 2012, mujur anaknya sempat menahan bapa mereka. "Manakala dua anak perempuan, Nur Jaswani Syarlyati, 20, dan Nur Jazmiza, 28, turut mengalami nasib serupa setahun kemudiannya. "Ketika mereka berdua tidur dalam bilik di tingkat atas, kekuda bumbung hampir jatuh menghempap diri mereka. Nasib baik, masing-masing sempat mengelak," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, beberapa insiden hampir mencederakan dirinya sekeluarga menyebabkan mereka sentiasa berhati-hati dan memutuskan untuk tidak lagi menggunakan tingkat atas, kerana bimbang kejadian tidak diingini berulang kembali. Suaminya, Jusoh Hassan, 68, berkata, kediaman berusia sekitar 60 tahun itu mengalami kerosakan teruk kerana dimakan anai-anai, malah ia semakin teruk jika ribut melanda. Katanya, keadaan kewangan dan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan rumah itu tidak dapat dibaiki. Menurutnya, meskipun tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka, namun dia sekeluarga tetap terpaksa bergantung hidup sepenuhnya dengan gaji anak sulung lebih kurang RM1,000 sebulan. Justeru, dirinya merayu pihak berkaitan membantu membaiki kediamannya, kerana dia sudah bingung memikirkan cara menangani masalah itu. Orang ramai boleh menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka melalui akaun Maybank milik Jusoh (152095655094) mahupun menghubungi anak perempuannya menerusi talian 012-5204062. | |||
| Anugerah penyambung hayat lakonan Posted: 24 Feb 2014 07:19 PM PST MUNGKIN ada yang melihat anugerah Pelakon Wanita Pilihan yang diraih Nur Fathia Abdul Latiff, 26, ketika Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini adalah satu tempias daripada populariti drama rantaian Ariana Rose yang baru menamatkan siaran dua minggu lalu. Tambahan pula penjurian anugerah yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kumpulan TV3 dan TV9 itu memberikan peluang kepada penonton untuk mengundi calon yang dirasakan layak menerusi undian secara dalam talian dalam durasi 1 Januari hingga 21 Februari lalu. Mengulas mengenai kemenangan itu, kata Fathia, dia tidak melihat impaknya yang mendukung peranan utama dalam drama bersiri Ariana Rose yang disiarkan dalam slot Akasia TV3 adalah faktor pemangkin undian kali ini. "Ada dua buah drama lakonan saya dicalonkan dalam anugerah kali ini iaitu Dalam Setiap Sujud dan Diandra. Kedua-dua naskhah itu menampilkan dua karakter saya yang sangat kontra. "Dalam Setiap Sujud saya melakonkan watak Jannah dan saya akui pembawaan saya dalam drama itu hampir sama seperti drama Ariana Rose. "Bagaimanapun untuk drama Diandra pula memaparkan saya memegang watak tomboy yang sekali gus telah membuka mata penonton dan mungkin peminat saya selama ini. "Kemenangan ini kerana naskhah Diandra itu sendiri, bukan kerana penangan Ariana Rose yang saya yakin telah menjadi fenomena sepanjang siarannya di TV3," katanya yang ditemui usai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Fathia telah mengalahkan empat pesaing terbaiknya Siti Saleha menerusi lakonan dalam drama Ruby, Tiz Zaqyah (Sebenarnya Saya Isteri Dia), Nabila Huda (Janji Shirah) dan Zara Zya ( Love You Mr. Arrogant). Kontroversi Menanti untuk ditawarkan watak antagonis pula selepas ini, kata Fathia, anugerah yang diberikan kali ini benar-benar menghargai sumbangannya selama lima tahun dalam industri. "Memang berbaloi penantian saya. Anugerah ini bukti bahawa peminat saya menghargai bakat lakonan saya selama ini. "Ia juga kembali memberikan nafas kepada saya untuk kembali bernyawa dalam industri kerana ada ketika saya berasa kesulitan untuk mengekalkan survival dengan persaingan yang semakin sengit," tambahnya. Ironi, melalui Ariana Rose yang cukup gah, Fathia rupanya kembali diseret dengan sensasi mengenai sikap kurang profesionalnya.
Menerusi tulisan dalam sebuah ruangan gosip hujung minggu, Fathia didakwa bersikap tidak profesional dan sempat bertelagah dengan salah seorang kru produksi. Selain didakwa tidak mahu melakukan promosi untuk drama rantaian tersebut, dia turut dikatakan menyusahkan rakan pelakon lain apabila gagal menghafal skrip. Ini jawapan Fathia. Ujarnya, perselisihan faham antara dia dan produksi drama itu berlaku memandangkan mereka duduk bilik berasingan selama tempoh lapan hari di kota London. "Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. "Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali. "Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan. "Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran. "Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. "Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya," ujarnya yang diwajibkan terbabit dengan penggambaran telefilem tambahan di London. Kontroversi yang tercetus itu umpama ulangan kepada kontroversi yang tercipta pada tahun 2011. Selain kontroversi termasuk insiden membaling telefon kepada seorang pengarah terkenal ketika di set penggambaran, dia juga tidak lari daripada masalah disiplin, khususnya pengaturcaraan dan pengurusan jadual peribadi. Dalam masa yang sama, Fathia turut diburu dengan gosip yang mengaitkannya dengan golongan kenamaan dan kerabat. "Setiap pelakon ada sejarah masing-masing dan tidak akan dapat melarikan diri daripada gosip tapi apa yang penting adalah bagaimana seseorang artis itu mengawal setiap situasi di sekelilingnya dan hadapi dengan tenang. "Pokoknya saya sendiri perlu atasi dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang individu yang lebih baik. "Sebagai seorang manusia, silap itu akan tetap berlaku tapi saya menolak ketepi semua itu. "Tekad saya adalah melakukan seratus peratus terbaik apabila diberikan kepercayaan oleh penerbit atau pengarah dan selagi saya tidak puas saya sendiri yang akan meminta agar babak saya diulang berkali-kali," jelasnya tenang.
Bakat Fathia mula dikesan menerusi lakonannya dalam drama rantaian Hani pada tahun 2010 yang menjayakan peranan Ummu Hani. Kegemilangan mutu lakonan Fathia dipersembahkan dalam drama bersiri seperti Stanza Cinta, Mahabbah, Dalam Setiap Sujud, Diandra dan terkini Ariana Rose. Fathia juga pernah membintangi tiga buah filem iaitu Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas yang masih menanti tarikh tayangannya. Selain itu, Fathia turut membuktikan kredibilitinya beraksi di pentas teater menerusi pementasan teater bangsawan Bidasari di Istana Budaya yang baru berakhir 17 Februari lalu. Berehat Selepas badai populariti Ariana Rose, penuntut jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu akan berehat seketika untuk memberikan fokus kepada pelajaran. "Alhamdulillah selepas diumumkan keputusan semester lepas baru-baru ini, semangat untuk kembali fokus dalam pelajaran semakin membara. "Insya-Allah tahun ini akan tamat pengajian saya dalam bidang tersebut. Justeru, buat seketika ini saya mahu berehat untuk memulihkan mental dan fizikal yang terlalu penat bekerja," ujarnya. Diminta mengulas mengenai insiden dirasuk dan pengsan ketika pertengahan aksi dalam teater bangsawan Bidasari baru-baru ini, Fathia enggan memanjangkan cerita. "Saya tidak pasti saya dirasuk ketika itu tapi apa yang boleh dikongsikan, saya tiba-tiba pengsan ketika menari di atas pentas dan tidak sedarkan diri. "Ketika sedar saya nampak dua orang ustaz di tepi saya dan kawan-kawan saya cakap mereka nampak kelibat saya di belakang pentas. "Selain itu macam-macam cerita mistik lagi timbul. Tapi apa yang pasti badan saya berbekas lebam kebiru-biruan selepas tamat teater itu. "Nak kata Kak Engku pukul saya rasanya tidak, sebab dia cuma acah-acah saja tapi saya yang mengembangkan pergerakan seperti dipukul betul-betul dan tak rasa sakit pun," ceritanya. | |||
| Lisda berdepan 'serangan' Sharnaaz Posted: 24 Feb 2014 07:18 PM PST
AGAK jarang dikaitkan dengan sebarang cerita kontroversi, kali ini nama Lisdawati kembali menjadi sebutan ramai berhubung pendedahannya tentang masalah yang melanda dirinya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Lisdawati dan suaminya iaitu Fauzi Nawawi terpaksa membuat laporan polis setelah mendakwa diugut oleh Sharnaaz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketika dihubungi Kosmo! semalam, pelakon itu turut meluahkan rasa hairannya apabila ditempik Sharnaaz tanpa sebarang alasan munasabah ketika penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Menurut Lisdawati, sehingga laporan polis dibuat olehnya bersama suami sejak tiga hari lalu, belum ada lagi sebarang penjelasan yang diberikan Sharnaaz atas tindakan yang dilakukannya itu. Kosmo!: Bolehkah anda ceritakan tentang kontroversi yang berlaku dengan Sharnaaz? LISDAWATI: Perkara ini berlaku sewaktu hari terakhir penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 19 Februari lalu. Semuanya bermula ketika penggambaran yang membabitkan babak antara Sharnaaz dan Iqram Dinzly. Ketika itu ada babak Iqram menyergah Sharnaaz sehingga membuatkan dia terkejut sehingga babak itu tidak jadi dan terpaksa dibuat semula. Jadi, saya dan kru produksi yang ketawa dengan aksi terkejut Sharnaaz itu. Kemudian, saya lihat wajah Sharnaaz terus berubah dan dia terus datang dan menengking ke arah saya secara tiba-tiba. Ternyata tindakannya itu agak mengejutkan dan membuatkan kru yang lain terus terdiam. Anda rasa apakah yang membuatkan Sharnaaz tiba-tiba menengking anda? Sehingga kini saya tidak tahu puncanya dan masih tertanya-tanya dengan tindakan yang dilakukannya itu. Lagipun bukan saya seorang sahaja yang ketawa, malah kru produksi lain turut ketawa. Lebih menghairankan lagi selepas bertindak sedemikian, boleh pula dia bergurau dengan Nelydia Senrose. Saya pula tidak mampu berkata apa-apa dan menggigil serta beristighfar akibat ketakutan. Kalau ada sebarang perkara yang membuatkan dia berasa tidak puas hati dengan saya, sepatutnya dia datang berjumpa saya dan menjelaskan perkara sebenar. Bukannya dengan cara menengking saya di hadapan pelakon dan kru produksi lain. Apakah yang membuatkan anda membuat laporan polis? Selepas kejadian itu saya ada menceritakan perkara tersebut kepada suami. Kemudian suami ada menghubungi Sharnaaz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan penjelasan tentang tindakannya menengking saya. Bagaimanapun, laporan polis terpaksa dibuat pada 22 Februari lalu setelah Sharnaaz menghantar SMS berbaur ugutan dan ia terpaksa dilakukan demi keselamatan keluarga setelah berbincang dengan suami.
Dengarnya anda akan ke Mekah pada 28 Februari ini. Apakah yang membuatkan anda berhasrat menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga? Sebenarnya ia langsung tidak dirancang sama sekali kerana pemergian saya pada kali ini atas ajakan rakan baik saya iaitu Lana Nodin. Pemergian kali ini juga selain untuk melakukan ibadah, saya juga ingin menemani rakan saya itu. Sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk menjejakkan kaki di kota Mekah pada tahun 2012. Ketika pergi ke sana pada dua tahun lalu, saya berdoa agar hasrat Lana tercapai. Adakah anda tidak risau apabila pergi ke sana dalam keadaan sarat hamil? Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya serah semuanya kepada Allah. Lagipun pemergian saya ke sana turut ditemani suami, malah dia langsung tidak menghalang saya menunaikan ibadah umrah lagi. Berkenaan dengan keadaan kesihatan pula, saya sudah mendapat nasihat daripada doktor dan diberitahu kandungan saya ini berada dalam keadaan sihat. Usia kandungan saya pun baru sahaja masuk enam bulan dan tidak mendatangkan sebarang risiko yang besar. Berkenaan hubungan anda dengan Lana, adakah dia merupakan rakan anda yang paling rapat sekarang? Kami mula saling mengenali ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Takdir Qismah pada tahun 2012 dan sejak itu hubungan kami mula akrab sehinggalah ke hari ini. Apakah yang membuatkan anda selesa berkawan dengan Lana? Saya senang berkawan dengan Lana kerana dia begitu faham dengan status saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Misalnya, kalau saya ingin meluangkan masa bersama keluarga, kami tidak akan berjumpa dan dia akan menghubungi saya sekiranya ada perkara penting yang ingin diceritakan. Adakah anda sudah mula berehat seketika daripada aktiviti lakonan memandangkan keadaan anda yang sedang sarat hamil? Selagi ada tawaran lakonan yang diberikan, saya akan menerimanya dan tiada terfikir untuk berehat. Sebagai pelakon sudah tentu ini sahaja satu-satunya punca rezeki saya sekarang. Perkara ini sudah saya bincang bersama suami dan dia tidak menghalang, asalkan watak yang diberikan sesuai dengan keadaan saya. Apabila anak semakin bertambah, pastinya perbelanjaan harian juga semakin meningkat. | |||
| Atai letak jawatan demi nyanyian Posted: 24 Feb 2014 07:15 PM PST
"SAYA meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Pos Malaysia untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang penyanyi," demikian kata-kata Atai, anak saudara kepada penyanyi tersohor negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Kul It di Restoran Puteri, Kuala Lumpur baru-baru ini. Atai atau nama sebenarnya, Razman Azrai Zainudin, 41, berkata, dia begitu yakin dengan keputusannya untuk kembali beraksi dalam dunia nyanyian walaupun sudah meninggalkan bidang tersebut selama lebih 25 tahun. "Setelah lama meninggalkan bidang nyanyian, saya begitu rindu untuk kembali menyanyi. Saya juga percaya dengan kata-kata arwah pak cik saya yang mengatakan saya mempunyai bakat untuk pergi lebih jauh dalam industri seni. "Jika dia percaya pada saya, mengapa saya tidak yakin dengan diri sendiri? Justeru, selepas beberapa tahun berfikir untuk meneruskan hasrat tersebut, akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu," ujarnya. Menurut bekas graduan Universiti Staffordshire, United Kingdom ini lagi, kemunculan semulanya dalam industri seni bukan untuk meraih populariti dan wang ringgit semata-mata, tetapi untuk meneruskan apa yang telah dimulakan bersama dengan bapa saudaranya. "Setelah pemergian bapa saudara saya, hidup saya berasa kosong. Saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dengan meneruskan tugas di syarikat lama tempat saya berkhidmat, tetapi saya tetap mahu menyanyi. "Justeru, setiap perancangan yang melibatkan karier nyanyian saya perlu dijalankan dengan teliti agar hasilnya nanti berbaloi dan dapat diterima ramai," ujar Atai yang baru sahaja dilantik sebagai duta minuman kesihatan Yakult bersama penyampai radio dan pengacara terkenal, Fara Fauzana. Pilih Kul It Atai yang pernah muncul dengan sebuah album solo pada tahun 1985 berjudul Sahabat sengaja memilih lagu Kul It sebagai single pertamanya. Kata Atai, Kul It merupakan sebuah lagu yang berkualiti tetapi kurang mendapat sambutan pada zaman kegemilangan Sudirman. "Ketika lagu tersebut muncul di corong-corong radio, ia tidak berapa diminati ramai. Peminat-peminat Sudirman lebih meminati lagu-lagu berentak balada berbanding lagu-lagu rancak seperti Kul It. "Bagi memberikan penghormatan kepadanya, saya mengambil keputusan untuk merakamkan semula lagu tersebut dengan sususan muzik baharu. Tetapi, struktur lagu tersebut tidak berubah," jelasnya yang turut merakamkan klip video singlenya itu bagi tujuan promosi. Single tersebut turut mengukir sejarah apabila menjadi lagu Malaysia pertama yang boleh dikirim sebagai hadiah dalam bentuk poskad. Hasil kerjasama Sudirman Asset Management dan Trinerva Technology, poskad yang berharga RM9 itu boleh dibeli secara online menggunakan aplikasi telefon pintar iprinz. Suara mirip Sudirman Ketika sesi pra dengar lagu tersebut, suara Atai yang menyanyikan versi baharu Kul It kedengaran mirip suara Sudirman. Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Atai memberitahu, memang vokalnya kedengaran mirip dengan suara penyanyi yang pernah popular dengan lagu Merisik Khabar itu. "Tidak dinafikan, vokal saya memang mirip suara arwah bapa saudara saya. Walaupun ia mungkin mengelirukan, tetapi saya menganggapnya sebagai satu perbandingan yang positif. "Tetapi, jika pendengar meneliti suara saya dengan betul, saya pasti mereka dapat membezakan kelainan suara saya dengan Sudirman," jelas Atai yang menyifatkan pelancaran single ini sebagai batu loncatan untuknya menghasilkan banyak lagu-lagu baharu pada masa akan datang. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:09 PM PST BENTUK jam Ibis yang dilengkapi skrin sentuh. BARCELONA, Sepanyol - Sebuah studio teknologi di Finland, Creoir mencipta jam pintar yang bernama Ibis dan dipamerkan buat kali pertama pada Kongres Dunia Alat Mudah Alih di sini semalam. Jam tersebut dilengkapi dengan kemudahan tanpa wayar, perkhidmatan Bluetooth 4.0 dan skrin boleh sentuh . Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bahan-bahan kristal. "Kami percaya permintaan untuk jam pintar akan didorong menerusi jenama sukan dan fesyen. Ibis merupakan produk yang kami cipta untuk jenama fesyen," kata Ketua Pegawai Eksekutif Creoir, Pekka Vayrynen. Bagaimanapun, harga jam pintar itu tidak didedahkan. | |||
| Relevankah pakaian bulu eksotik? Posted: 24 Feb 2014 07:03 PM PST PAKAIAN menggunakan bulu haiwan membuat kemunculan semula secara besar-besaran di atas pentas peragaan utama di dunia. Kerancakan industri yang berkembang maju di negara-negara Nordic ini sekali gus menyebabkan kekecewaan kepada aktivis hak asasi haiwan yang tanpa henti berusaha menghalang tindakan yang dianggap menyeksa haiwan dan tidak beretika itu. Pada era 1990-an, model-model terkemuka seperti Claudia Schiffer, Cindy Crawford dan Naomi Campbell melibatkan diri secara aktif bersama sebuah gerakan hak asasi haiwan, Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) dengan melaungkan slogan, 'Saya lebih rela berbogel daripada memakai bulu haiwan'. Bagaimanapun, dua dekad kemudian, bulu-bulu haiwan seperti cerpelai dan musang telah mendominasi sepenuhnya pertunjukan fesyen yang paling berprestij. Trend Menurut laman web www.fashionista.com, sebanyak 70 peratus daripada pereka fesyen dunia menggunakan bulu tulen dalam koleksi musim luruh/sejuk tahun lalu. Ia dilihat menjadi satu trend yang akan berterusan dalam tahun-tahun mendatang. Sesetengah pakar dalam bidang fesyen berpendapat, kemunculan semula penggunaan bulu haiwan dalam arena fesyen mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang sedang melanda dunia. "Jika anda berada dalam situasi ekonomi semakin merundum, ahli-ahli politik akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting iaitu bagaimana untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan," kata Ketua Pelobi Fur Europe, Bo Manderup. AKTIVIS hak asasi perlindungan haiwan menolak semua jenis fesyen yang membabitkan pengorbanan haiwan. Tambahnya, pertimbangan keadilan mungkin hilang bersama krisis kewangan yang dihadapi. Menurut rumah lelongan dari Finland, Saga Furs, dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pengeluaran bulu cerpelai global telah bertambah sebanyak dua kali ganda sehingga mencapai 66 juta kulit pada tahun lalu. Di sebalik peningkatan pengeluaran dari China, rantau Eropah masih mendahului kedudukan pengeluaran bulu haiwan dunia dengan Denmark menduduki tempat pertama. Sekitar 1,400 petani di Denmark dikesan mengeksport bulu cerpelai bernilai AS$2.4 bilion (RM7.91 bilion) pada tahun lalu, menjadikannya eksport pertama Denmark ke China yang menjadi lokasi pemprosesan kulit-kulit tersebut. Mengikut cadangan Majlis Eropah, yang mensyaratkan saiz sangkar minimum 0.8 meter persegi bagi musang dan 0.225 meter persegi untuk cerpelai, industri itu turut mencipta label pengesahan asal-usul dan maklumat kesejahteraan haiwan. Beretika Inisiatif tersebut dilabel sebagai green-washing, satu percubaan yang diusahakan oleh persatuan hak asasi haiwan di Austria, Vier Pfoten. Persatuan yang sama juga bertanggungjawab menyebarkan sebuah rakaman video yang didakwa dari sebuah ladang pengeluar bulu musang utama di Finland. Ladang bulu di Finland yang menggunakan label Saga Furs sepatutnya menegakkan amalan penggunaan kulit bulu yang beretika. Bagaimanapun, persatuan Austria itu menyatakan syarat-syarat yang dikenakan dalam operasi ladang boleh diklasifikasi sebagai 'penyeksaan'. Rakaman itu mendedahkan musang yang ekornya putus, kemungkinan disebabkan pergaduhan sesama sendiri, sebab-sebab lain seperti berpunca daripada obesiti kerana kurangnya aktiviti fizikal atau tempat tinggalnya di atas timbunan najis.
"Ini menunjukkan tidak ada amalan mesra haiwan yang dipraktikkan di sini," kata pakar haiwan Vier Pfoten, Thomas Pietsch. Selain aspek kesejahteraan haiwan, aktivis hak asasi haiwan berpendapat adalah wajar peladang membunuh haiwan menggunakan kaedah gas untuk cerpelai dan kejutan elektrik untuk musang. "Sesetengah orang suka makan daging, manakala yang lain pula tidak suka. Tentu sekali saya menghormati pilihan mereka kerana ia adalah pilihan peribadi. Begitu juga dengan bulu haiwan. Ada yang suka, ada yang tidak. "Haiwan itu tidak kisah, sama ada ia dimakan atau dipakai," kata Manderup. Teknik yang diperbaiki dan usaha pemasaran telah memberi imej tersendiri kepada fesyen pakaian berbulu. Nafas baharu Kot bulu cerpelai berwarna gelap yang panjang telah ditinggalkan. Bulu haiwan diberi nafas baharu dalam rekaan berbentuk aksesori, kolar, tali pinggang atau selendang. Dalam pasaran Rusia dan China yang pesat berkembang, pemakaian bulu menjadi simbol status, seperti kereta mewah Jerman atau beg tangan berjenama. Akibatnya, harga cerpelai meningkat secara drastik pada tahun-tahun kebelakangan ini sekali gus menarik penglibatan usahawan-usahawan baharu. Buat kali pertama dalam 20 tahun, Sweden telah melibatkan diri dalam operasi ladang pengeluaran bulu. Golongan petani muda dilihat berminat memulakan perniagaan mereka sendiri. Kulit haiwan seperti babi dan haiwan tenusu turut menjadi pilihan sekali gus menggandakan lagi pendapatan mereka. Pada musim lelongan Disember lalu, berikutan musim sejuk sederhana di China, lebihan bulu membawa kepada penurunan harga sehingga 26 peratus. Menurut pusat lelongan Kopenhagen Fur di Denmark, syarikatnya gagal menjual 80 peratus daripada produk mereka. BULU haiwan seperti beruang dilihat mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan pengguna. Pakar dalam bidang itu berharap harga kembali stabil dengan sedikit di bawah rekod harga tertinggi sebelum ini. Dalam pada itu, pengkritik dan aktivis yang menentang penggunaan bulu haiwan dalam fesyen tidak pernah berputus asa termasuk mengadakan demostrasi jalanan. Tindakan mereka juga boleh menjurus kepada kesudahan yang ganas. Misalnya di Sweden, para petani ladang ternakan diserang dan beberapa pemilik telah diancam dan dipukul. "Mereka adalah aktivis radikal," kata Profesor Sosiologi, Universiti Gothenburg di Sweden, Kerstin Jacobsson. "Mereka menghadapi kesukaran untuk memahami bahawa masyarakat arus perdana tidak memahami penderitaan ini." Sesetengah negara mengambil garis panduan yang tegas terhadap aktiviti perdagangan bulu haiwan, yang dilihat menyebelahi kumpulan hak asasi haiwan. Belanda, pengeluar bulu cerpelai keempat di dunia, pernah menyatakan akan mengharamkan aktiviti tersebut menjelang tahun 2024. Seorang pakar pemerdagangan bulu haiwan menyifatkan kenyataan itu sebagai satu tamparan hebat kepada industri bulu. Norway yang mengeluarkan bulu cerpelai dan musang masing-masing satu dan empat peratus di dunia telah menetapkan tarikh akhir pada Disember 2014 sama ada untuk merombak atau memperkenalkan satu undang-undang penggunaan bulu haiwan. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:02 PM PST
PAKAIAN berona hitam atau putih adalah kegemaran majoriti individu. Selain mudah disuai padan, ia juga mampu mencipta gaya sederhana, santai namun elegan. Begitupun, rintangan kotoran yang lemah dua warna itu acapkali mencacatkan keseluruhan penampilan. Bawah lengan atau ketiak adalah bahagian yang sering menjejaskan kebersihan pakaian hitam dan putih, terutama apabila deodoran yang dipakai meninggalkan kesan pada fabrik. Kesan kuning pada baju berwarna putih dan tompok keputihan yang melingkari pakaian gelap khususnya hitam adalah masalah biasa kepada ramai orang. Ia bukan sahaja merosakkan imej luaran malah meruntuhkan keyakinan individu. Berpandukan masalah tersebut, jenama dandanan diri Nivea mewujudkan deodoran invisible for black & white. Produk yang diperkenalkan pada tahun 2012 itu juga merupakan deodoran antikesan pertama di dunia. Ia dilengkapi dengan tiga perlindungan bagi menyingkirkan peluh, bau dan bakteria. Justeru, kesan keputihan atau kekuningan pada pakaian hitam dan putih dapat dielakkan. Sejajar dengan kejayaan produk tersebut, Nivea telah bekerjasama bersama butik dalam talian terkemuka Asia, Zalora. Menerusi kolaborasi itu, beberapa pereka fesyen tempatan dan label antarabangsa dikumpulkan bagi mencipta koleksi dengan nama Black & White. JAKET hitam yang digandingkan bersama baju T santai telah menjadi paduan sempurna sejak sekian lama. Antara pereka tanah air yang terlibat ialah Amir Luqman dan Joe Chia. Terarah kepada gaya kasual dan klasik, setiap helaian pasti menepati cita rasa fesyen lelaki dan wanita. Rekaan segarnya pula menjadi cerminan kepada para pengguna Nivea yang bijak bergaya, aktif dan berkeyakinan. Sempena kerjasama itu juga, pengguna setia Nivea turut menerima manfaat istimewa. Menerusi pembelian sebarang deodoran Nivea di kedai terpilih, pengguna akan menerima baucar diskaun 20 peratus. Baucar tersebut boleh dibelanjakan di laman web www.zalora.com.my bermula sekarang sehingga 13 April 2014. Para pengguna turut berpeluang memenangi hadiah menarik apabila melayari laman rasmi Facebook Nivea Malaysia di www.facebook.com/mynivea dan menyertai cabaran dalam talian Stay Stain Free with Nivea Black & White. | |||
| Posted: 24 Feb 2014 07:01 PM PST KRIM BB mampu mengatasi masalah tona kulit tidak sekata dan menutup garis-garis kedutan. SEORANG wanita berkerjaya mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum bersiap ke tempat kerja, sehinggakan ada kalanya mereka terpaksa bersiap dan melakukan pembetulan pada solekan semasa dalam perjalanan. Namun demikian, sebenarnya terdapat pilihan yang lebih bijak agar wajah kelihatan sempurna sepanjang masa. Penggunaan krim kecantikan yang dikenali sebagai krim BB merupakan solusi bagi kebanyakan wanita memandangkan kesemua ketidaksempurnaan pada wajah dapat diperbaiki dalam satu sapuan sahaja. Ini sekali gus menghasilkan wajah yang kelihatan lebih sihat dan menarik. Krim pelbagai guna ini menjanjikan keajaiban dalam satu tiub yang diidam-idamkan oleh wanita masa kini. Berguna sebagai pelembap, krim rawatan muka, penyamar noda (concealer) dan sapuan asas, krim BB dilihat sebagai krim revolusi dunia kecantikan. Ia boleh digunakan secara tersendiri sebagai pelembap berwarna, selepas sapuan serum wajah atau sebelum pemakaian bedak, bergantung kepada liputan yang diingini pengguna. "Idea asal penghasilan krim BB ini ialah sebagai satu krim untuk semua," demikian kata seorang pakar kimia Makmal Englewood di New Jersey, Amerika Syarikat, Ni'Kita Wilson. Walaupun tidak disarankan sebagai satu pilihan yang muktamad, Krim BB turut mempunyai elemen tambah nilai seperti kemampuan melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan kandungan faktor perlindungan mentari (SPF) 30 atau lebih. CELA pada wajah dapat disembunyi dan diperbaiki dengan efektif. Antara keupayaan umum krim BB: - Mempunyai komponen antipenuaan termasuk peptid dan antioksida seperti vitamin A, E dan C - Melembut kulit. - Menyamaratakan tona kulit. - Memberi seri tambahan kepada wajah. - Menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Dalam pada keajaiban yang dikongsi mengenai Krim BB, terdapat juga cabaran dalam pemilihan krim ini agar warnanya berpadanan dengan warna kulit si pengguna. Lazimnya ia didatangkan dalam beberapa bayangan warna iaitu antara tiga hingga lima bayangan. Namun demikian, warna yang paling gelap juga kelihatan agak cerah kerana itu sifat krim BB itu sendiri. Jadi, usah terkeliru dengan pemilihan anda. Terdapat segelintir pakar dermatologi yang menyarankan agar krim 'ajaib' ini tidak digunakan bersama krim pencegah jerawat kerana boleh memudaratkan keadaan kulit. Oleh itu mereka yang mempunyai jenis kulit biasa kepada berminyak dan warna kulit sederhana hingga cerah serta yang tidak memerlukan pelembap yang terlalu banyak sesuai mengaplikasi krim ini. | |||
| Restoran halal pertama di New York Posted: 24 Feb 2014 06:58 PM PST
KURANG setahun beroperasi dan bersaing dengan restoran ternama lain di kota New York, Amerika Syarikat (AS), restoran Mamak Malaysia mencipta nama apabila menerima pengiktirafan satu bintang daripada Michelin Guide iaitu buku panduan antarabangsa bagi hidangan menarik dan menyelerakan. Dimiliki oleh Nani Rahayu Yusof Hughie, bekas wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), restoran berkenaan menyajikan hidangan popular masyarakat India Muslim, Melayu dan Cina di Pulau Pinang. Penarafan satu bintang menunjukkan kehebatan sesebuah restoran itu dalam menawarkan hidangan bertaraf tinggi dengan keenakan yang konsisten. "Saya terkejut dan berbesar hati dengan pengiktirafan ini kerana saya bukannya seorang chef profesional, begitu juga dengan pasukan di restoran saya. Malah, saya masih baharu dalam perniagaan ini," kata Nani Rahayu. Menurutnya, pengiktirafan itu diterima pada 23 Disember tahun lalu. Nani Rahayu, 42, yang juga seorang penulis bebas berkata, hidangan-hidangan yang ditawarkan di restoran berkenaan bukan sahaja menampilkan hidangan popular Malaysia tetapi ada antaranya tidak ditawarkan di restoran-restoran Malaysia lain di New York. Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, Nani Rahayu menubuhkan Mami Penang Cooking Inc., iaitu sebuah syarikat berdaftar yang mengendalikan Mamak Malaysia. Restoran itu merupakan restoran Malaysia pertama yang halal sepenuhnya di New York. Sejak berpindah ke New York pada tahun 2005 kerana mendirikan rumah tangga dengan pakar pemakanan warganegara Amerika Syarikat, Nani Rahayu telah membina dua perniagaan yang berjaya iaitu Masakan Mami PG yang terkenal dengan hidangan nasi lemak dan kandar dan Melayu Cookies yang popular dengan kuih tart nanas dan samperit bunga. Sementara restoran Mamak Malaysia pula terkenal dengan hidangan nasi kandar udang, nasi kandar daging lembu, nasi kandar sotong, bendi goreng dan kambing rendang. UDANG sambal antara menu yang terkenal di Restoran Mamak Malaysia. Banyak cabaran Sejak dibuka pada bulan Mei tahun lalu, restoran itu bukan sahaja mendapat perhatian media massa dan blog-blog makanan tempatan serta liputan akhbar dari Malaysia, malah ia juga menarik kerabat diraja, orang kenamaan dan selebriti. Selain itu, Mamak Malaysia juga memberi perkhidmatan kepada pejabat rangkaian televisyen National Broadcasting Company (NBC), studio Warner Brothers, portal pesanan makanan dalam talian, Seamless dan Tourism Malaysia. Memandangkan perniagaannya semakin berkembang, Nani Rahayu turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Queens untuk membangunkan produk jenama syarikatnya bagi pasaran AS. Namun, katanya perkara ini tidak mudah kerana pihaknya perlu mematuhi prosedur ketat dan undang-undang negara itu dalam memasarkan produk yang terlibat."Membuka restoran juga memerlukan kerja keras, perancangan dan komitmen tinggi. "Keadaannya lebih sukar di luar negara memandangkan pelbagai cabaran dan halangan besar yang perlu saya hadapi. Saya perlu tabah dan bersemangat tinggi untuk melakukannya," kata ibu kepada sepasang anak berusia lima dan tiga tahun ini. Sehubungan itu, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi mempromosikan restorannya selain saling berhubung dengan rakan dan pelanggan yang datang ke Mamak Malaysia. Nani Rahayu berkata, kemahiran keusahawanannya disemai sejak remaja dengan menjual mi rebus mamak semasa Hari Kantin di sekolahnya setiap tahun. "Ketika di kolej pula, saya menjual burger. Perniagaan itu kemudian diteruskan oleh adik saya di kampung," kata wanita yang berdarah campuran Punjabi, India Muslim, Belanda, Thailand dan Nyonya ini. Dibesarkan dalam masyarakat majmuk di Georgetown, Pulau Pinang, Nani Rahayu didedahkan dengan dunia masakan asli negeri tersebut sejak berusia 10 tahun. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
BalasPadamAnda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.