Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Julia Ziegler Rasa Diperdaya Produksi 'Aku Akan Muncul'
- Dituduh 'Lelaki Lembut', Kritikan Paling Teruk Bagi Azhael
- Tidak Percaya Orang Luar, Shahrizal Jaszle Lantik Adik Jadi Pengurus
- Norish Karman dilamar?
- Nelydia cintai pemuda mualaf?
- Kelebihan bersuami boroi, gemuk
- BR1M masuk awal, rakyat suka hati
- Kasih tak sampai Erra Fazira
- Spider-Man adiwira Earth Hour
- Izzue terkejut, Anzalna nafi penggoda
- Tujuh anugerah jadi rebutan dalam Anugerah Drama Festival
- Beri atau ambil apa sahaja
- Buta bukan penghalang kejayaan
- Khasiat kunyit, teh hijau
- Cara buat duit paling Masyuk dengan H12 Media
| Julia Ziegler Rasa Diperdaya Produksi 'Aku Akan Muncul' Posted: 21 Feb 2014 02:02 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler membuka mulut dengan menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap hasil filem lakonannya, Aku Akan Muncul, terbitan RM Vision Film Production Sdn Bhd. Julia berkata, dia berasa diperdaya kerana sebelum menerima tawaran lakonan tersebut, dia dijanjikan pelbagai perkara namun ia sekadar sebuah janji kosong. "Saya menerima berlakon filem itu selepas meneliti skrip yang dihasilkan oleh Qash Aris yang dianggap bagus dan menarik. "Tetapi tak sangka pula hasilnya tidak seperti yang dijangkakan termasuklah mereka tidak mengikut perjanjian menggunakan skrip asal, sebalik menggunakan skrip yang telah diubah. "Lain yang diharapkan lain pula yang terjadi," katanya kepada mStar Online. Tambah Julia, hasil pembikinan filem tersebut yang kurang memberangsangkan ia turut menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon. Selain Julia, filem Aku Akan Muncul arahan Roy Krishna dibarisi pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, Liza Abdullah, Emma Akma dan Musly Ramli. Barisan pelakon- pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura. Filem seram itu mengisahkan mengenai Kesuma, lakonan Julia yang ingin menjadi wanita paling cantik di kampungnya. Kerana begitu taksub untuk cantik, dia sanggup menggunakan ilmu hitam dengan membunuh beberapa penduduk kampung sebagai memenuhi syarat ilmu hitam tersebut. Sementara itu, Julia berkata, melihatkan profil lakonannya, dia mengakui agak sukar untuk dirinya mendapat watak-watak yang bagus dan kebanyakan watak yang diterima sekadar ingin membina namanya sebagai seorang pelakon. "Entah kenapa memang saya susah nak dapat watak filem yang bagus. Tidak dinafikan, ada beberapa watak yang diberikan sebelum ini memang bagus tetapi tak banyak. "Biasanya saya mesti diberi watak hantu atau wanita jahat. Entahlah, saya hanya menganggap ia sebahagian daripada rezeki saya," tuturnya. Sementara itu, penerbitnya, R.Mohanadas, yang dihubungi mStar Online berkata, Julia tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian memandangkan dia merupakan antara bintang terlibat dalam penghasilan filem ini. Mohanadas berkata, sebelum ia dipertontonkan kepada pihak media Rabu lalu di e@Curve, di sini, pihaknya telah membuat tontonan sebanyak lima kali di mana ia telah ditonton oleh golongan yang meminati filem Melayu seram. "Saya rasa, hasil pembikinan filem ini dikira bagus, tambah pula kami telah membuat pra tonton sebanyak lima kali untuk memperbaiki mutu filem itu sendiri. "Jadi saya tak tahu mengapa Julia berkata filem ini tidak bagus. Lebih-lebih lagi suntingan CGI (teknik pengimejan berkomputer) dibuat di India. Bagaimanapun saya anggap ia sekadar pandangan peribadinya sahaja," ujarnya. Filem Aku Akan Muncul bakal ditayangkan bermula 27 Februari ini. | ||
| Dituduh 'Lelaki Lembut', Kritikan Paling Teruk Bagi Azhael Posted: 21 Feb 2014 02:01 AM PST PETALING JAYA: Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay. Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, berkata, mereka tidak melenting sebaliknya menunjukkan sikap profesional seperti yang pernah diajar ketika berada di AF2013. "Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay. "Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar," kata Azhar kepada mStar Online. Mereka juga lebih senang untuk berdiam diri dan enggan melayan tuduhan yang tidak berasas berkenaan. Sementara itu, Azhar berkata, sejak beberapa bulan bergelar anak seni, dia mengakui berasa janggal apabila segala pergerakannya diperhatikan masyarakat. Malah dia perlu sentiasa menjaga penampilan apabila keluar dari rumah. "Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati. "Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," katanya. Sementara itu, kata mereka, setiap kritikan yang membina daripada semua pihak dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih bagus. | ||
| Tidak Percaya Orang Luar, Shahrizal Jaszle Lantik Adik Jadi Pengurus Posted: 21 Feb 2014 02:00 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle menggunakan khidmat adiknya sebagai pengurus kerana tidak mempercayai orang luar selepas peristiwa dia ditangkap khalwat tahun lalu. Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, berkata, kerjayanya diuruskan oleh adik lelakinya sejak beberapa bulan lalu dan dia lebih selesa dengan kehadiran ahli keluarga di sisinya. "Terus terang saya katakan saya tidak lagi mudah percaya pada orang luar dan sebab itu saya mengambil adik sendiri sebagai pengurus bagi memudahkan urusan kerjaya seni saya. "Setakat ini semuanya berjalan lancar dan jadual saya juga diatur dengan baik selain dia sentiasa menemani saya ke majlis hiburan atau penggambaran drama," katanya kepadamStar Online. Shahrizal ditemui selepas majlis pra tonton drama bersiri Dendam Lima Beradik yang diadakan di TGC One Utama di sini, Khamis. Drama bersiri sebanyak enam episod itu diarahkan oleh Along Kamaludin dan turut dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan, Ana Dahlia, Shukri Yahya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar. Ia akan ditayangkan menerusi saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) bermula 1 Mac ini. Dalam pada itu, Sharizal berkata, ibunya, Zaleha, 68, juga sentiasa bersamanya tidak kira ke lokasi penggambaran atau acara hiburan kerana dia mahu lebih berhati-hati selepas apa yang telah menimpanya sebelum ini. Bagaimanapun kata Shahrizal, dia tidak kisah ibunya berbuat demikian kerana dia juga lebih selesa wanita berkenaan sentiasa bersamanya. "Dari dulu lagi dia sentiasa ikut saya ke mana juga saya pergi dan apabila terjadi kes itu (khalwat) dia lebih berhati-hati dan kerap ikut saya. "Saya sebenarnya bimbang kerana dia tidak begitu sihat dan terpaksa menunggu lama sekiranya berada di lokasi penggambaran," jelasnya. Sementara itu, Shahrizal berkata, dia masih belum membuat persiapan perkahwinan untuk mengahwini Redzwani Putri, 26, yang dijadualkan pada akhir tahun ini. "Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar akhir tahun ini saya akan berkahwin dan doakan saya cepat bertemu jodoh," katanya. | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:57 AM PST
Aktres berusia 39 tahun itu turut mengakui ada menerima pinangan daripada jejaka yang jauh lebih muda daripada usianya. Bahkan, katanya, ada juga jejaka-jejaka yang menghantar ibu bapa mereka untuk meminang dirinya. Bagaimanapun, kata pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, dia terpaksa menolak semua pinangan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. "Saya menolak semua pinangan mereka dengan baik. Fokus saya kini adalah pada anak-anak dan soal kerjaya. Buat masa ini, saya tak mahu mencari pengganti lagi," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013). Meskipun begitu, katanya, dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, dia sering diusik oleh anak-anaknya supaya mencari teman hidup yang baharu. "Sesiapa saja boleh jadi calon suami saya. Asalkan dia seorang yang ikhlas menerima saya dan anak-anak. Cuma, buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya kini," jelas pelakon drama Spa Q ini. Lebih selektif Beralih kepada soal kerjayanya pula, pelakon cantik ini mengakui kini dia lebih selektif dalam menerima tawaran berlakon. Jelasnya, keputusan itu diambil lantaran dia tidak mahu dilabel sebagai stereotaip kerana asyik membawa watak yang sama dalam drama atau filem. "Skrip dan watak itu biarlah seiring dengan usia saya. Saya tak mahu lagi memegang watak dengan karakter yang lebih kurang sama. "Bila hal itu terjadi, saya tidak perlu melakukan sebarang kajian. "Saya mahukan cabaran, saya mahu tawaran yang saya terima itu memerlukan saya buat sedikit kajian seterusnya menjayakan watak itu," kata pelakon drama Mahar Untukmu ini. Pemilik nama Nor'asikin Karman ini bukan saja sangat berbakat dalam lakonan, tetapi juga dalam bidang nyanyian. "Saya kini sudah kembali aktif menyanyi. Sekarang, saya banyak menyanyi menerusi jemputan majlis makan malam," katanya turut sibuk dengan perniagaan katering yang diusahakannya. | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:53 AM PST Meskipun terhalang dek keluarga jika sudah jodoh tetap bertemu biar pun jarak memisahkan. Menggandingkan pelakon Nelydia Senrose dan Mah Kit Wai, drama bertajuk Sesuci Cintamu disiarkan TV1 mengisi slot Panggung 1 pada 3 Mac depan, jam 2 petang turut dibintangi oleh Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin, Syawal dan Shakila oriri. Drama arahan Harris Fadzillah ini bermula di mana Aisyah, seorang penuntut tahun akhir universiti yang mempunyai latar belakang keluarga yang begitu prihatin berkenaan pengisian Islam menerima undangan makan daripada rakan seuniversiti iaitu Jason Chong yang telah lama meminatinya. Aisyah tanpa pengetahuan ibu bapanya menerima undangan keluar makan bersama Chong dengan syarat ia ditemani oleh sepupunya yang juga kawan rapatnya di universiti yang sama. Perjumpaan itu membibitkan perasaan yang lebih mendalam di antara mereka tambahan pula Chong merasakan keunikan keperibadian Aisyah berbanding dengan remaja wanita lain yang pernah ditemuinya. Chong dan Aisyah sering berhubung melalui Internet. Dalam diam Aisyah yang tertarik dengan Chong cuba sedaya upaya untuk tidak menampilkan perasaan itu kerana tahu hubungan mereka tidak akan dipersetujui ibu bapanya terutama sekali bapanya, Haji Shafie. Haji Shafie juga sebenarnya telah berura-ura untuk menjodohkan Aisyah dengan Azman, anak kepada saudara jauh mereka, Haji Misnin. Untuk memastikan Chong keluar daripada hidup anaknya, Haji Shafie berjumpa Chong dan menyatakan perkara sama. Tuan Haji Shafie yang berprasangka buruk terhadap Chong agak terkedu apabila melihat keperibadian Chong yang baik. Chong bagaimanapun akur menerima permintaan Tuan Haji Shafie dan memahami maksud di sebalik permintaan untuk melupakan Aisyah. Aisyah yang tidak tahu tentang perjumpaan bapanya dengan Chong pula merasakan seperti Chong meninggalkannya dalam dilema dan tidak sanggup menyahut cabaran cinta mereka. Malang tidak berbau, tidak lama selepas itu, Aisyah mengalami kemalangan dan akibatnya sebahagian dari urat sarafnya yang terluka di bahagian trakea, Aisyah tidak boleh lagi bersuara. Hampir dua tahun berlalu, Aisyah masih belum pulih. Ibunya memberitahunya yang Chong telah kembali ke tanah air tetapi Aisyah hanya menangis apabila mendengar berita tersebut. Satu pagi yang indah, loceng rumah Aisyah berbunyi. Ibunya tergesa-gesa membuka pintu dan alangkah terkejutnya Aisyah apabila Chong muncul bersama ibunya dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Lalu masihkah ada jodoh di antara mereka? | ||
| Kelebihan bersuami boroi, gemuk Posted: 21 Feb 2014 01:51 AM PST BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang. Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an. Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam. Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan. Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan. Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah? Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap? Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami. Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti terbaik. Sesiapa yang tidak fahami metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya! Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi. Itu berkaitan dengan boroi. Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus. Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin. Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk. 23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus. Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita. Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita. Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang. Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap! Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia. Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk! | ||
| BR1M masuk awal, rakyat suka hati Posted: 21 Feb 2014 01:49 AM PST
Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial. Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut. "BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan. "Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya. "Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya. Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam. Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya. "Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia. "Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya. Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongso telah menerima bantuan BR1M semalam. "BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," tulisnya. Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200. "Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya. | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:47 AM PST SELASA, 18 Februari 2014 barangkali satu tarikh yang tidak akan pernah luput dari ingatan seorang wanita bernama Fazira Wan Chik. Pada tarikh itu, hanya sehari sebelum semuanya berubah, beliau baru mengetahui bahawa 18 Februari 2014 akan menjadi tarikh yang penting dalam kehidupannya. Pada tarikh itu, beliau dijatuhkan talak satu oleh lelaki yang pernah menjadi separuh daripada belahan jiwanya selama tujuh tahun, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Sebaik talak dijatuhkan, rasmi wanita yang menggunakan nama pentasnya sebagai Erra Fazira menjadi ibu tunggal buat seorang cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran, 5. Dengan rasminya juga, beliau memikul status seorang wanita berdikari buat kali kedua. Satu hal yang tidak mudah dijalani oleh seorang wanita yang tidak punya semangat luar biasa untuk meledani hari mendatang. "Ya, sebenarnya saya hanya tahu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga kami dengan bercerai sehari sebelum naik mahkamah. Hanya pada tarikh itu bekas suami saya mempunyai masa terluang, tetapi saya sebenarnya sedang sibuk. "Namun, saya fikir seperti ini adalah aturan Tuhan yang paling sempurna tentang rumah tangga saya, maka kami sama-sama ke mahkamah pada hari tersebut. Dan kemudian, ya, kami berpisah secara baik," ujar Erra tenang. Sebenarnya, pada pertemuan kami di set rakaman program Primadona musim baharu malam Rabu lalu, Erra baru sehari menjalani tempoh edah sebagai seorang wanita berdikari. Beliau sambut kami dengan ikhlas, biar kecamuk di dalam hatinya, hanya beliau seorang yang tahu. Beliau cuba membuah senyum semanisnya, namun di sebalik senyuman tersebut, dapat dirasa carik hatinya. Lantas, dalam kebanyakan masa pertemuan tersebut, kami lebih banyak saling berpandangan. Tersenyum sendirian serta menghela nafas panjang yang seperti tidak tahu mana untuk dihumban, Erra tetap ramah melayan setiap persoalan. Dijawab setiap persoalan dengan cermat dan rasional.
Begini jawapan yang diberi pada persoalan bagaimana rasanya apabila bangun pagi sehari selepas dilepaskan dari tanggungjawab menjadi seorang isteri. "Saya tidak boleh cakap saya lega atau bersyukur atau perkara-perkara yang kelak akan menimbulkan salah faham pada pemahaman banyak orang lain. Apa yang boleh saya katakan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. "Cuma, saya percaya aturan Tuhan buat fasa hidup saya selepas berpisah ini elok. Saya terlalu sibuk sehingga bangun pagi saya tidak fikir tentang hari semalam (hari diceraikan) dan terus bersiap untuk melakukan kerja yang menanti," katanya. Namun, kata Erra, tipu jika beliau menafikan tidak langsung terlintas dalam mindanya tentang penceraian tersebut. Dipersenda Katanya: "Ada. Ada teringat, macam sewaktu saya sedang bekerja tadi (mengendali program Primadona) sewaktu semua dalam keadaan bersedia, saya ada terfikir tentang penceraian yang terjadi, tapi saya tepis cepat-cepat. Saya tidak mahu larut dengan emosi." Jelas wanita yang kini sedang mempersiap diri untuk Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya pada 3 Mac ini lagi, beliau meminta jasa baik khalayak agar lebih sensitif dan tidak mempersenda kisah penceraiannya seperti yang dilakukan oleh segelintir pihak sebaik berita tersebut tersebar. Sebagai individu yang sedang melalui perit sebuah keruntuhan rumah tangga, hatinya sedikit tercuit dengan jenaka dan kata-kata sinikal yang ditulis di internet. "Saya sedikit terkilan apabila ada yang mempersenda tentang penceraian saya. Saya kira ini adalah hal yang sensitif dan tentang kehidupan saya, jadi apabila ia dipersenda saya terasa," katanya perlahan. Pengakuannya itu sekali gus menepis tanggapan khalayak tentang dirinya yang dilihat kuat mengharungi takdir jodoh yang tidak kesampaian ini. Erra hanya tersenyum tawar dan sesekali menggeleng kepala saat diasak bahawa dirinya seorang yang kuat dan tabah. Jelasnya: "Jika kalian menganggap saya seorang yang kuat, maka kalian belum benar mengenali diri saya. Orang boleh berfikir tentang 'oh kuatnya Erra'. "Sejujurnya, saya seorang yang melankolik. Seorang yang suka melayan perasaan. Sebab itu saya bersyukur kerana aturan Tuhan buat saya selepas bercerai sangat sibuk sehingga membuatkan saya tidak sempat mahu melayan perasaan dengan lebih dalam." ERRA hanya mahu membahagiakan anaknya, Engku Aleesya pada masa akan datang. Fobia Lantas kepada siapa semua rajuk hati diluahkan? "Kepada Tuhan," katanya ringkas sebelum menyambung: "Saya selalu percaya, wanita yang terlalu kuat pun tidak boleh juga. Ada pada saat-saatnya yang rapuh dan perlu muhasabah diri. Maka kepada Ilahi tempat yang paling hakiki." Ditanya tentang frasa fobia kasih tidak kesampaian, Erra lama terdiam. Beliau menarik nafas yang cukup dalam sebelum memberitahu beliau tidak mahu bercakap tentang hal tersebut. Hanya pintanya, pada saat ia harus mengalir pergi seperti air, biarlah ia mengalir deras. Dan pada persoalan tentang adakah beliau ada memberitahu atau menjelaskan kepada Aleesya tentang situasi yang dilaluinya dan mantan suaminya itu, Erra memilih untuk tidak mahu memberi jawapan. Sebaliknya, jelas Erra: "Saya minta maaf kerana saya telah membuat keputusan untuk tidak mahu bercerita tentang bekas suami dan anak saya. "Saya tidak berhasrat untuk berkongsi tentang bagaimana saya menangani anak saya, kehidupan saya bersama dia atau sebagainya. "Matlamat saya sekarang hanya mahu membahagiakan dia. Segala kesedihan yang saya lalui mahu saya lipat kemas dalam buku saya sendiri yang tidak mahu saya kongsikan bersama sesiapa." Justeru, selain membahagiakan cinta hatinya si Aleeysa, apa lagi yang Erra impikan? Jawab Erra mengakhiri bicara kami: "Saya mahu fokus terhadap karier saya. "Saya rindu untuk menyanyi dan menghiburkan khalayak. Insya-Allah yang paling hampir menerusi Konsert Teaterikal Suara Kita. "Jadual lakonan saya juga sudah padat sehingga bulan Jun dan saya berharap agar syarikat saya, Fresis Sdn. Bhd. juga akan menerbitkan lebih banyak projek pada masa akan datang." | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:46 AM PST ACARA Earth Hour Blue bakal berlangsung secara besar-besaran di peringkat global menjelang 29 Mac depan. BERSEMPENA dengan pelancaran Earth Hour Blue (e) baru-baru ini, World Wide Fund for Nature (WWF) dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment mengumumkan pelantikan watak Spider-Man sebagai duta adiwira pertama pergerakan global tersebut. Earth Hour Blue yang dilancarkan sebagai platform digital baharu crowdfunding (usaha dengan mengutip dana daripada sebilangan besar golongan orang awam melalui internet) dan crowdsourcing (mendapatkan maklumat atau mengenai sesuatu tugasan atau projek) bertujuan untuk mengalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam acara bertaraf dunia itu pada pukul 8.30 malam, 29 Mac depan. Menurut teraju utama siri filem bikin semula The Amazing Spider-Man, Andrew Garfield, dia berasa cukup bangga dan teruja apabila watak yang diadaptasi daripada siri komik terkenal itu dipilih sebagai duta Earth Hour. Adiwira dalam diri "Saya berasa bangga apabila Spider-Man telah terpilih sebagai jurucakap bagi acara Earth Hour. Ini menunjukkan bahawa kita semua mampu untuk menjadi adiwira dengan kekuatan yang kita ada. "Sejak dianjurkan, Earth Hour merupakan sebuah pergerakan yang mendapat sambutan ramai. Bayangkan apa yang mampu dilakukan tahun ini apabila Spider-Man sama-sama menyokong pergerakan tersebut," katanya. Dalam masa yang sama, menurut teman wanita Andrew, Emma Stone yang turut berlakon dalam filem arahan Marc Webb itu, pergerakan seumpama ini mampu menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penduduk bumi tanpa mengira golongan dan batas waktu. "Earth Hour merupakan satu pergerakan yang memberikan kekuatan bagi menyuntik inspirasi kepada semua penduduk di muka bumi ini. "Perjalanan Earth Hour bukan hanya tertumpu pada satu jam penganjurannya sahaja. Ia lebih daripada itu. Banyak projek yang berguna bakal dibangunkan untuk keselesaan penduduk dunia," katanya.
Memelihara hidupan liar Bahagian crowdfunding dalam platform baharu itu mampu menarik penyertaan orang ramai untuk mendermakan pelbagai barangan kepada orang yang memerlukan seperti membina perahu yang diperbuat daripada kaca fiber untuk menahan taufan di Filipina serta mengutip derma bagi membaik pulih Table Mountain National Park di Afrika Selatan. Menurut Marc, Earth Hour dilihat sebagai sebuah medium terbaik bagi menyediakan peralatan-peralatan baharu yang mencukupi untuk keperluan Ranger WWF di Indonesia untuk memelihara dan memulihara hidupan liar di sana seperti harimau Sumatra, gajah, badak sumbu dan Orang Utan. "Earth Hour merupakan sebuah pergerakan yang penuh dengan adiwira. Adiwira-adiwira ini merupakan orang awam yang menggunakan kuasa antara mereka untuk memberikan inspirasi antara satu dengan lain supaya dapat memberikan kebaikan pada perubahan planet bumi," jelasnya. Sementara itu, Sony Pictures Entertainment akan turut serta bersama WWF-China dan projek Earth Hour Blue untuk menyediakan peralatan memasak bagi mengelakkan penebangan pokok secara berleluasa dan mengganggu habitat semulajadi panda. Melalui usaha itu, studio berkenaan bakal menerima ofset karbon Gold Standard yang dibina berdasarkan rupa bentuk produksi fizikal The Amazing Spider-Man 2. Mereka turut menerima carbon-neutral untuk kegunaan jelajah publisiti. "Idea Earth Hour telah berkembang di luar jangkaan. Tahun ini, dengan kemunculan Spider-Man, kita membawakan pergerakan ini ke peringkat yang lebih tinggi. "Kami berharap agar watak adiwira ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada setiap individu untuk bergelar adiwira planet dan menggunakan suara atau wang untuk membantu menjayakan projek ini. "Inilah matlamat Earth Hour Blue yang sebenar," kata Ketua Pengawai Eksekutif dan merangkap Pengasas Bersama Earth Hour, Andy Ridley. | ||
| Izzue terkejut, Anzalna nafi penggoda Posted: 21 Feb 2014 01:45 AM PST
DUA pelakon muda, Anzalna Nasir dan Izzue Islam dikatakan kini sedang bermasam muka kerana timbul salah faham berhubung babak lakonan mereka yang terlalu romantik dalam drama Aku Bukan Mistress yang sedang menjalani penggambaran. Anzalna didakwa terlebih mesra pada adegan yang melibatkan dirinya perlu bersentuhan dengan Izzue. Situasi itu mengundang rasa tidak selesa Izzue dan isterinya, Awin Nurin sehingga menegur tindakan Anzalna yang didakwa terlebih menjiwai watak. Menurut laporan daripada sebuah portal hiburan Rabu lalu, selepas kejadian terbabit, Anzalna tidak bertegur sapa dengan anggota kumpulan Forteen itu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna menjelaskan situasi sebenar. Kosmo!: Khabarnya Anzalna kini bermasam muka dengan Izzue Islam kerana didakwa terlebih menjiwai babak romantik hingga mengundang salah faham isterinya. Apakah komen anda? ANZALNA: Tidak ada adegan romantik hingga membabitkan kami bercumbu atau berpelukan, malah untuk saya memegang tangannya pun saya takut. Babak itu ada dalam skrip dan saya mengikut arahan pengarah untuk menjayakan watak saya sebagai perempuan simpanan. Apabila timbul dakwaan sedemikian, mungkin ramai yang beranggapan Anzalna cuba menggoda suami orang. Benarkah? Romantik yang digembar-gemburkan tidak seperti yang disangka. Untuk buat berlebih-lebih saya pun tahu saya orang Melayu, perlu jaga adab dan batasan. Saya tidak senang jatuh hati dengan orang terutama pasangan saya dalam lakonan dan tak mungkin perkara itu akan terjadi. Ingin saya tegaskan saya bukan perempuan kaki penggoda.
Bagaimanakah agaknya cerita ini boleh tersebar? Adakah ia sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan drama itu? Saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh sampai ke pengetahuan umum dan saya tidak tahu pula ia adalah sebahagian daripada promosi untuk drama itu. Benarkah Anzalna dan Izzue kini sedang bermasam muka? Banyak lagi babak yang membabitkan kami berdua belum diselesaikan. Bagi saya, urusan kerja perlu profesional. Jadi, bagaimanakah hubungan sebenar antara Anzalna dan Izzue sekarang? Saya enggan komen kerana tidak mahu memanjangkan isu ini. Tapi saya hormat mereka sebagai pasangan suami dan isteri seperti mana saya menghormati pasangan Aaron dan Adi Putra yang saya pernah berlakon bersama sebelum ini. Adakah mungkin perkara ini membabitkan pihak lain contohnya pengarah atau penerbit drama ini? Masing-masing bertindak profesional dan cuba selesaikan sendiri tanpa perlu memanjangkan hal ini. Saya hanya boleh komen daripada pihak saya saja. Mungkin Anzalna boleh kongsikan sedikit sebanyak perjalanan drama Aku Bukan Mistress? Drama ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd.. Saya memegang watak Mya Arlisa, seorang perempuan kepada lelaki bernama Mikail yang hubungan mereka sebenarnya pasangan suami isteri yang sah. | ||
| Tujuh anugerah jadi rebutan dalam Anugerah Drama Festival Posted: 21 Feb 2014 01:44 AM PST
MALAM esok merupakan hari yang paling mendebarkan buat calon-calon yang terpilih dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Tujuh anugerah dipertandingkan dalam tujuh kategori dan hanya tujuh pemenang akan dipilih berdasarkan undian pilihan penonton. Antara tujuh anugerah yang dipertandingkan malam itu ialah, drama pilihan, pelakon lelaki pilihan, pelakon wanita pilihan, pengarah pilihan, penulis skrip pilihan, barisan pelakon drama pilihan (berkumpulan) serta hero dan heroin pilihan. Drama-drama yang tercalon dalam anugerah tersebut ini adalah antara drama yang mempunyai tontonan paling tinggi menerusi slot-slot drama di TV3 dan TV9. Mungkinkah nasib akan menyebelahi drama popular Love You Mr. Arrogant? Drama tersebut berjaya meraih jumlah penonton paling tinggi sehingga mencecah 4.6 juta penonton dan menjadi bualan hangat dalam laman sosial. Tidak ketinggalan drama Diandra yang dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia mungkin berjaya menggondol anugerah malam itu berdasarkan populariti drama yang ditonton lebih tiga juta penonton. Bagaimanapun, semuanya ditentukan oleh peminat kerana mereka mempunyai kuasa menentukan pemenang. Buat peminat, mereka masih boleh mengundi artis kesayangan mereka di www.dfkl.com.my, kerana hari ini merupakan tarikh akhir untuk undian. Anugerah Drama Festival pertama dan terbesar di Malaysia itu dibawakan istimewa oleh L'oreal Paris akan disiarkan secara langsung pada hari Sabtu ini, pukul 9 malam di TV3. Sementara itu, penonton di rumah juga berpeluang untuk menyaksikan penampilan hebat pelakon kesayangan mereka menerusi acara karpet merah menerusi program Hip TV yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam selama setengah jam. | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:36 AM PST KESEMPITAN hidup Salbiah Manap, 43, semakin bertambah apabila suaminya lari meninggalkan keluarga sejak tiga tahun lalu. Ibu kepada lima orang cahaya mata itu kini bekerja sebagai pembantu gerai menjual hidangan nasi kukus di pasar raya Giant, Batu Caves, Selangor. Pendapatan sebanyak RM30 sehari digunakan sebaiknya oleh Salbiah untuk mengatur perbelanjaan kehidupan sehariannya bersama tiga orang anak yang masih bersekolah. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Salbiah bersyukur kerana dia tidak putus-putus menerima bantuan daripada orang ramai. Selain itu, dia yang tinggal di Kampung Padang Balang, Gombak, Selangor juga merupakan golongan miskin yang berhak menerima zakat atau asnaf. Kunjungan Salbiah dan tiga orang anaknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Kasih Tauhid dan golongan asnaf dari Gombark ke pasar percuma FreeMarketTTDI baru-baru ini ternyata mampu membuatkan senyuman terukir pada bibirnya. "Saya tidak pernah membeli pakaian untuk anak-anak. Pakaian harian kami sekeluarga semuanya pemberian orang ramai. Di pasar ini, kami diberi peluang untuk mengambil barangan yang diletakkan secara percuma. Saya dan anak-anak mengambil pakaian yang kebanyakannya kelihatan seperti masih belum digunakan," ujarnya sambil menunjukkan dua helai baju dan seluar sukan yang diambil untuk anaknya. Bersyukur Bagi golongan asnaf seperti Salbiah, dia amat bersyukur kerana diberi peluang berkunjung ke pasar percuma FreeMarketTTDI. Pengalaman pertama kali itu memberi peluang kepadanya untuk mengambil barangan keperluan untuk kegunaan keluarganya. PENGUNJUNG mula memenuhi setiap gerai pameran FreeMarketTTDI seawal pukul 9 pagi untuk melihat dan mengambil barangan yang menarik perhatian mereka. Pasar percuma FreeMarketTTDI dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh lima orang belia di Cafe Al-Ghufran, Masjid Al-Ghufran, Taman Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada hari ahad lalu. Konsep pasar percuma FreeMarketTTDI berbeza dengan kebanyakan pasar lambak lain yang dianjurkan di negara ini. Sesuai dengan konsepnya, pengunjung FreeMarketTTDI digalakkan mengambil dan membawa pulang barang-barang yang dipamerkan oleh kira-kira 100 penyumbang secara percuma. Pihak penganjur yang terdiri daripada belia dari Taman Tun Dr. Ismail hanya membenarkan barangan yang masih elok dan boleh digunakan dipamerkan sepanjang acara selama dua jam itu. Antara barangan yang diberi percuma kepada pengunjung ialah pakaian, perabot, buku, permainan kanak-kanak, televisyen dan barangan keperluan bayi. Selain itu, terdapat juga individu yang memberikan makanan dan minuman percuma kepada pengunjung yang hadir. Menurut penganjur dan ketua projek FreeMarketTTDI, Ahamad Emran Anwarrudin, 33, acara tersebut merupakan sebuah projek sukarela tanpa melibatkan wang ringgit. Menurutnya, pihak masjid Al-Ghufran memberi kerjasama dengan tidak mengenakan sebarang bayaran kepadanya untuk menggunakan Cafe Al-Ghufran sebagai lokasi acara itu. "Ramai yang memberi cadangan agar barangan yang dikumpulkan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim atau rumah jagaan warga emas. Bagi saya, hanya barangan tertentu yang bersesuaian untuk diagihkan kepada kedua-dua rumah itu. Selain itu, ramai yang ingin mendermakan barangan keperluan mereka kepada masyarakat. Cuma, mereka tidak tahu medium untuk menyalurkan barangan itu. "Di pasar percuma FreeMarketTTDI, mereka yang terlibat atau penyumbang boleh meletakkan pelbagai barangan. Sekiranya pengunjung merasakan barangan itu bersesuaian dan memberi manfaat, mereka boleh mengambilnya," ujar perancang strategik di salah sebuah agensi pengiklanan di Shah Alam, Selangor itu.
Idea Tambahnya, dia mendapat idea untuk menganjurkan FreeMarketTTDI selepas menyertai sebuah pasar percuma di Shah Alam pada bulan Ramadan tahun lalu. Selain barangan asas, terdapat khidmat pemeriksaan tulang belakang, kesihatan, nasihat perundangan dan kewangan secara percuma kepada pengunjung. Sepanjang acara yang menarik kira-kira 1,000 pengunjung itu, pihak penganjur menyarankan kepada mereka untuk mempraktikkan nilai-nilai murni terutama ketika meminta barangan yang dipamerkan oleh penyumbang. "Sepanjang acara ini, kami membuat pengumuman menerusi pembesar suara agar pengunjung memberi salam dan meminta kebenaran daripada penyumbang sebelum mengambil barangan yang dipamerkan. Ia merupakan kaedah sopan untuk meminta kebenaran dan dalam masa yang sama merapatkan silaturrahim sesama insan," tambah Ahamad Emran. Selain Ahamad Emran, FreeMarketTTDI juga berkolaborasi bersama komuniti #tamakpahala yang dikendalikan oleh Syed Azmi Alhabshi, 37 yang mempromosikan aktiviti berkonsepkan nilai-nilai murni di sekitar kawasan Taman Tun Dr. Ismail. Tidak hanya tertumpu kepada masyarakat yang beragama Islam, pasar percuma FreeMarketTTDI juga berjaya menarik minat pengunjung berlainan kaum dan agama ke pekarangan Masjid Al-Ghufran. Manfaat Seorang pengunjung FreeMarketTTDI, Reza Akashah, 21, dari Taman Saujana Impian, Kajang memberitahu, acara tersebut memberi manfaat kepada orang ramai dengan mendermakan barangan yang masih boleh digunakan kepada masyarakat. "Bagi saya, acara ini memberi peluang kepada seluruh masyarakat tidak kira kaya atau miskin. Bagi penyumbang yang mempunyai barangan berlebihan, mereka boleh memberi sumbangan melalui cara ini. Selain menderma secara ikhlas, pasar ini merupakan salah satu penyelesaian untuk mengelakkan pembaziran," ujarnya yang turut membantu ibu bapanya di salah sebuah gerai di pasar itu. Dengan slogan Beri Atau Ambil Apa Sahaja, FreeMarketTTDI tidak menjalankan aktiviti menggunakan sistem barter atau pertukaran barangan. Setiap barangan yang dipamerkan boleh diambil oleh para pengunjung dengan syarat perlu meminta secara baik daripada pemiliknya. USAI mengambil barangan, pengunjung diberi peluang menjalankan pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh agensi swasta. Sementara itu, seorang penyumbang yang terlibat di salah sebuah gerai dalam acara itu, Norbasheerah Amir Hamzah, 44, memberitahu, dia dan rakan-rakannya telah menyediakan pelbagai barangan untuk didermakan di pasar percuma itu. Menurut Penolong Pengurus Universiti Asia E itu, FreeMarketTTDI merupakan acara amal terbesar yang pernah disertainya. "Kami menyediakan barangan seperti pakaian sekolah, barangan bayi, pinggan mangkuk dan televisyen. Barangan peribadi milik kami sebanyak 10 kotak besar habis diambil oleh para pengunjung dalam sekelip mata. Selain itu, lokasi di kafe di kawasan pekarangan Masjid Al-Ghufran juga mampu menarik segenap masyarakat untuk menyertai acara ini. "Saya dan rakan-rakan memberi sumbangan khas berupa barangan kelengkapan peribadi kepada golongan asnaf yang memakai riben berwarna biru. Bagi saya, ia merupakan peluang terbuka untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang," ujarnya ketika ditemui Kosmo!. | ||
| Buta bukan penghalang kejayaan Posted: 21 Feb 2014 01:34 AM PST "TUHAN tarik deria penglihatan dan berikan saya gerak hati yang sangat kuat". Itulah kata-kata pengasas syarikat Pengurusan Rekaan PSA Sdn. Bhd. (PSA), Azan Hassan, 56, apabila ditanya tentang kejayaan yang dicapai meskipun cacat penglihatan. Sejak kecil Azan didiagnosis menghadapi penyakit Retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh kerosakan di bahagian retina. Retina merupakan lapisan tisu di bahagian belakang dalam mata yang mengubah imej cahaya ke bentuk isyarat saraf yang dihantar ke otak. Bagi lelaki ini, penyakit itu merupakan satu penyakit warisan daripada ibu bapa dan telah menyebabkannya buta. Sebelum ini, Azan memberitahu, dia masih mampu melihat tetapi dalam jarak yang sangat terhad dan hanya diisytiharkan buta sepenuhnya oleh pakar perubatan pada tahun 2000. Begitupun, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini tidak pernah berputus asa dan melupakan tanggungjawab kepada isteri dan empat orang anak mereka. Sebaliknya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai perkhidmatan awam di syarikat penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) sejak tahun 1977 bertindak dengan "menyediakan payung sebelum hujan". Peletakan jawatan Menurut lelaki yang kini hanya boleh melihat bayang-bayang pada jarak satu meter, penglibatannya dalam dunia perniagaan percetakan bermula pada tahun 2001, susulan peletakan jawatan di MAS atas faktor keselamatan. "Saya membuka kedai percetakan di Jalan Zirkon, Shah Alam, Selangor dengan bermodalkan wang pampasan perubatan kesihatan MAS dan insurans diri iaitu kira-kira RM120,000.
"Lokasi strategik berdekatan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Selangor dan Universiti Teknologi Mara membantu memajukan syarikat percetakan berkenaan dan membawa kepada pembukaan cawangan kedua di Universiti Kuala Lumpur, Sepang pada tahun 2002," katanya sambil memaklumkan perniagaannya terus mengukuh dengan pembukaan dua lagi cawangan di Universiti Malaya dan Jalan Plumbum, Shah Alam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pencetakan asas, pencetakan bunting, kain rentang dan rekaan grafik. Azan memberitahu, perjalanan perniagaannya banyak dibantu oleh isteri, Sahrizan Aminuddin, 53, selain tiga anak lelakinya, Amirul Haikal, 28, Aezhan Haikal, 26 dan Aiman Haikal, 22. Sokongan "Isteri sememangnya tahu tentang penyakit ini sebelum kami berkahwin. Dia mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dan sentiasa memberi sokongan tanpa belah bagi. "Begitu juga dengan anak-anak. Mereka banyak memberi dorongan dan turut terlibat dalam pembukaan cawangan-cawangan lain walaupun dua daripada mereka terpaksa mengorbankan cita-cita menjadi jurutera kapal terbang," katanya. Mengulas lebih lanjut tentang perancangan hidupnya, Azan berkata, sebelum menceburi bidang percetakan, dia telah menjalankan perniagaan kargo dan logistik sejak tahun 1993. "Sebelum berhenti kerja, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran barang di Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. "Ia adalah langkah persiapan saya yang pertama dalam menghadapi saat-saat sukar pada masa hadapan dan pada 2008, saya telah mengembangkan perniagaan tersebut sehingga ke United Kingdom," katanya sambil memaklumkan perniagaan itu masih lagi diteruskan dengan bantuan rakan niaga di sana. PERNIAGAAN PSA terus mengukuh dengan penyediaan kepelbagaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. Tulang belakang Dalam pada itu, anak sulungnya, Amirul, memberitahu perniagaan percetakan ayahnya kini dioperasikan sepenuhnya oleh dirinya. "Sebelum ini, saya menuntut di Universiti Manchester Metropolitan, United Kingdom (UK) di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Aeroangkasa pada tahun 2007. Saya pulang ke Malaysia pada 2011. Sebelum itu, perniagaan ini dijaga sepenuhnya oleh ayah dan dua adik lelaki saya. "Kini, saya memantau empat kedai milik PSA selain dua lagi cawangan di Bandung, Indonesia," jelasnya yang menjadi tulang belakang keluarga berkenaan. Amirul berkata, semasa ayahnya berulang-alik ke UK atas urusan perniagaan kargo, dia banyak memberi tunjuk ajar kepadanya. Di UK, Amirul menjadi 'mata' perniagaan ayahnya denga memantau segala operasi penghantaran barang. Menurut beliau, pengukuhan perniagaan PSA bukan sekadar penyediaan perkhidmatan terbaik, malah pembukaan cawangan lain di lokasi strategik turut memberi sumbangan besar. Selain itu, pertukaran cawangan di Jalan Zirkon, Shah Alam sebagai kedai yang beroperasi selama 24 jam turut memberi impak besar. "Cawangan ini telah dijadikan ibu pejabat PSA atas permintaan para pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan di luar waktu operasi biasa. Premis perniagaan ini juga terkenal dengan nama kedai cetakan orang kelainan upaya (OKU)," jelasnya. Menjawab pertanyaan tentang pemilihan nama kedai tersebut, Azan berkata, dia pernah menggaji tiga orang OKU di kedai tersebut, namun dua daripada mereka mendapat tawaran bekerja sebagai kakitangan kerajaan, manakala seorang lagi yang cacat pendengaran berhenti ekoran mengalami kesukaran memahami pesanan pelanggan. AMIRUL kini menjadi tulang belakang Azan dalam menguruskan perniagaan PSA. Berbicara tentang ayahnya, Amirul memberitahu, ayahnya itu mempunyai penderiaan yang sangat tinggi, mampu menyediakan rekaan grafik sendiri dan membantu kerja-kerja di kedai. "Walaupun tidak dapat melihat, ayah boleh membayangkan imej-imej yang dibentuknya semasa membuat rekaan grafik, cuma kadangkala muka surat kertas yang diikat terbalik," katanya. Pelanggan setia Seorang pelanggan setia kedai percetakan OKU, Mohd. Khaililullah Osman, 32, berkata, dia datang dari Klang semata-mata ingin mendapatkan perkhidmatan mencetak kain rentang. "Kedai ini menyediakan perkhidmatan 24 jam, jadi saya tidak mengalami kekangan masa untuk membuat tempahan sekali gus tempahan dapat disiapkan lebih cepat. "Harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding kedai lain. Kedai ini menawarkan setiap 0.3 meter kain rentang pada kadar bayaran RM1 berbanding kedai lain RM2 dengan kualiti yang standard," jelasnya. | ||
| Posted: 21 Feb 2014 01:33 AM PST CURCUMIN daripada pigmen kunyit merupakan antara bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. KITA sering mengambil mudah bila diceritakan tentang kehebatan kunyit. Mungkin kerana ia bahan yang sering kita temui di dapur. Namun bahan yang digunakan nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Kehebatan herba ini terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin. Curcumin melawan kanser Curcumin adalah antara bahan penyembuh yang terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Menurut pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, curcumin mempunyai keupayaan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser. Radikal bebas merupakan bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polifenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser. Antiradang Selain kanser, curcumin juga sangat baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Kepada yang mengalami sakit-sakit artritis yang disebabkan juga oleh radikal bebas, curcumin adalah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone. TEH hijau dipercayai mampu melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Malah, kajian mendapati, para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Khasiat teh hijau Salah satu lagi herba tradisional yang turut mendapat perhatian masyarakat dunia ialah teh hijau. Ia adalah daun teh yang masih hijau dan belum diproses untuk dijadikan serbuk untuk minuman. Daun teh hijau kaya dengan pelbagai komponen aktif yang baik terutamanya polifenol baik untuk kesihatan dan juga kecantikan. Lagi hijau daun teh itu, lagi tinggi kandungan polifenolnya. Menurut pakar nutrisi di Boston, AS, Dr. Beth Reardon, teh hijau turut mengandungi bahan aktif katekin yang mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan. Teh hijau juga turut dipercayai mampu melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolesterol. Ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi selain baik untuk otak. Satu kajian MRI di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plag yang menjadi punya kepada penyakit Alzheimer. Menurut Reardon, teh hijau juga boleh diambil oleh penghidap kencing manis bagi menstabilkan paras gula dalam darah. Ubat sebelum sakit Kombinasi curcumin yang diekstrak daripada kunyit dan teh hijau merupakan kombinasi terbaik bagi melawan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dengan mudah. Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin dan teh hijau harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel-sel badan. Pendek kata, kombinasi ini adalah seumpama ubat untuk sebelum sakit. | ||
| Cara buat duit paling Masyuk dengan H12 Media Posted: 21 Feb 2014 12:11 AM PST Cara buat duit paling Masyuk dengan H12 Media
Assalamualaikum Siapa kata menulis blog tidak mendatangkan keuntungan? Tapi jika anda mengambil peluang yang ada pasti anda boleh buat duit paling masyuk dengan hanya menulis blog. Bagaimana cara buat duit paling masyuk? Anda hanya perlu mendaftarkan website anda di syarikat pengiklanan yang menawarkan produk iklan mereka untuk para blogger. Mudah saja kan? Tapi yang susahnya kebanyakkan syarikat pengiklanan ini akan memberi terma dan syarat yang berat untuk kita lakukan. Jadi disini aku nak kongsikan Komuniti http://www.h12-media.com/pub/?ref=4870137 - cara buat duit paling masuk untuk para blogger. Anda tidak perlu turuti sebarang syarat yang berat, malah lebih murah, cepat dan lebih Masyukk !! Apa itu H12 Media Ads
Bagaimana H12 Media berfungsi ?
Cara buat duit Masyuk dengan H12 Media Jadi apa tunggi lagi, ayuh sertai H12 Media dengan hanya mengikut langkah yang dijelaskan dibawah ini. Menulis sambil buat duit itu adalah langkah yang bijak.
|
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan