Rabu, 19 Februari 2014

borak kosong

borak kosong


Balas dendam cara ‘kotor’

Posted: 19 Feb 2014 07:41 PM PST

Washington: Seorang pembantu rumah yang tertekan dengan majikannya membalas dendam dengan cara yang menjijikkan.
Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas. 
Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka "menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa." 

"Saya membalas dendam dengan menyelinap masuk ke bilik air mereka dan mencelup berus gigi mereka ke dalam tandas," katanya.

Menurut sumber, wanita itu melakukan beberapa lagi "kerja gila" untuk membalas dendam sebelum berhenti kerja.

"Isteri majikan saya selalu meletakkan botol air di tepi katil dan saya juga mencampurkan air itu dengan air dari lubang tandas. Ia membuatkan saya rasa puas ketika itu," kata wanita itu. 

Menurutnya, perbuatannya mungkin memberi kesan buruk terhadap majikannya. 

"Saya mendapat tahu dari seorang kenalan yang mereka kini mengalami masalah kesihatan, tetapi saya tidak tahu penyakit apa dan saya risau saya menjadi penyebabnya," katanya. - Agensi
sumber : mymetro

Anjing ‘makan’ kepala anak

Posted: 19 Feb 2014 06:00 PM PST

London: "Anjing itu makan kepala anak saya!"
Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.
Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital. 

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.

Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.

Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, "Saya tak tahu apa nak buat. 

"Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu," kata Patricia. 

"Sharon tergamam dan terus menjerit "anjing itu makan kepala anak saya." 
"Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu," katanya ketika ditemui. 

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35. 

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital. 

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik. 

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur. 

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, "Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku." - Agensi
sumber : mymetro

‘Geram’ lihat janda muda

Posted: 19 Feb 2014 05:00 PM PST

Labuan: Terangsang melihat seorang janda muda berusia 23 tahun sedang tidur, seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita berkenaan apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Saguking Laut, Ahad lalu, suspek yang juga sepupu mangsa berusia 30 tahun turut bertindak mengugut mangsa apabila perbuatannya terbongkar. 
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan terjaga apabila menyedari suspek memasuki biliknya. 

"Suspek kemudian menolak mangsa di atas katil lalu menutup mulut mangsa sebelum mencabulnya.

"Suspek yang turut membawa pisau mengugut akan menikam mangsa jika menjerit.

"Namun, perbuatan suspek disedari bapa mangsa yang curiga dengan bunyi bising lalu masuk ke dalam bilik anaknya," katanya.
sumber : mymetro

Kahwin ekspres mencanak

Posted: 19 Feb 2014 04:11 PM PST

Pengkalan Hulu: Aktiviti 'kahwin senyap' oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.
Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.
Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan 'tidak menang tangan' bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.

Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.
Foto
PEJABAT Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala, Betong kini menjadi pilihan pasangan dari Malaysia untuk berkahwin.

Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari.
sumber : mymetro

Ini baru cara yang hebat untuk menurunkan muatan

Posted: 19 Feb 2014 08:15 AM PST

Ini baru cara yang hebat untuk menurunkan muatan 



Sumber

Apa pulak nama fesyen kakak ini?

Posted: 19 Feb 2014 08:00 AM PST


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu