Rabu, 8 Mei 2013

Zon Artis

Zon Artis


Jimmy Shanley Mahu Bekas Isteri Dipenjarakan

Posted: 08 May 2013 06:54 AM PDT

Jimmy Shanley Mahu Bekas Isteri Dipenjarakan

Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley baru-baru ini dilihat kerap turun naik mahkamah walaupun kes perceraiannya dengan bekas isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimi telah selesai.

Persoalan akhirnya terjawab apabila mStar Online hari ini melaporkan yang Jimmy sedang memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk memenjarakan bekas isterinya.

Perkara ini dikatakan terjadi apabila Jimmy tidak mendapat hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania yang telah dipersetujui bersama dengan pihak Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu.

GAMBAR ANAK JIMMY SHANLEY

Beritahu Jimmy kepada media, dia masih gagal membawa pulang anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama kerana Nursuhaila tidak mahu memberi kerjasama. Seperti kata Jimmy:-

"Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara"

BEKAS ISTERI JIMMY SHANLEY KENA PENJARA

Respon dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila pula memfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah dan kes itu khabarnya akan dibicarakan pada Khamis iaitu esok (9 Mei 2013).

Jika anda sudah terlupa, Jimmy dan Nursuhaila berkahwin pada 1 Oktober 2010 dan telah tinggal berasingan selepas 20 hari mereka bernikah. Mereka kemudiannya bercerai pada 10 Oktober 2012.

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu