Selasa, 7 Mei 2013

Zon Artis

Zon Artis


‘Sakinah’ Dakwa Isteri Ashraf Muslim Rela Dimadu

Posted: 07 May 2013 11:20 PM PDT

ASHRAF MUSLIM KAHWIN LAGI DAN ISTERI RELA DIMADU

Nampaknya kisah rumahtangga pelakon Ashraf Muslim semakin menjadi perbualan ramai apabila seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi penjelasan mengenai kesahihan bahawa adakah benar aktor kacak itu mahu berkahwin buat kali kedua.

Sakinah membuat pendedahan menerusi Harian Metro hari ini dengan mengatakan yang dirinya sudah lama mengenali Ashraf sebelum pelakon itu berkahwin dengan isterinya, Noor Dayana dan mengakui pernah bersemuka dengan isteri Ashraf itu.

Seperti kata Sakinah:-

"Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.

"Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.

"Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf,"

Ura-ura sebelum ini menyebut, Ashraf telah berkunjung ke sebuah Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua atas sebab setelah hampir tiga tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahayamata.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Sakinah itu, kami harap agar Ashraf dan isterinya dapat membuat perbincangan sewajarnya dan harapnya keputusan yang dibuat kelak dapat membahagiakan semua pihak yang terlibat.

Artikel terdahulu: Ashraf Muslim Enggan Komen Isu Kahwin Dua

Related Posts with Thumbnails

Foto-Foto Romantis Pra Perkahwinan Beego & Linda Hashim

Posted: 07 May 2013 12:33 AM PDT

GAMBAR KAHWIN BEEGO DAN LINDA HASHIM

Berikut beberapa gambar pra perkahwinan Beego dan Linda Hashim yang akan melangsungkan perkahwinan pada 6 Jun nanti. Gambar-gambar yang mengambil inspirasi serta tema 'oldies' zaman 50-an ini dirakamkan oleh Ryaniez Moments Photography yang juga merupakan jurugambar rasmi perkahwinan Beego dan Linda. Cekidaut~

GAMBAR KAHWIN BEEGO DAN LINDA HASHIM

GAMBAR KAHWIN BEEGO DAN LINDA HASHIM

GAMBAR KAHWIN BEEGO DAN LINDA HASHIM

GAMBAR KAHWIN LINDA HASHIM DAN BEEGO

GAMBAR KAHWIN LINDA HASHIM DAN BEEGO

GAMBAR KAHWIN LINDA HASHIM DAN BEEGO

GAMBAR KAHWIN LINDA HASHIM DAN BEEGO

Kredit: Facebook Ryaniez Moments Photography

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu