Isnin, 6 Mei 2013

Zon Artis

Zon Artis


Ashraf Muslim Enggan Komen Isu Kahwin Dua

Posted: 06 May 2013 10:54 PM PDT

ASHRAF MUSLIM KAHWIN DUA

Pelakon, Ashraf Muslim enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dikeluarkan di sebuah forum yang mengatakan dia telah berkunjung ke sebuah Mahkamah Syariah baru-baru ini atas tujuan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Desas-desus yang bertebaran mengatakan Ashraf mengambil tindakan itu ekoran tidak memperolehi zuriat dengan isterinya setelah dua tahun mendirikan rumah tangga dan kehadirannya ke mahkamah itu dikatakan bertujuan untuk membuka fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama.

Menjelaskan perkara itu, Ashraf yang dihubungi oleh Kosmo mengakui yang dia sememangnya ada ke mahkamah syariah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai sebab dia ke sana dan Ashraf juga enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus yang bertebaran itu. Seperti kata Ashraf ringkas:-

"Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang."

Bercakap mengenai cahaya mata pula, Ashraf yang merupakan pengamal perubatan Islam itu sudah mencuba beberapa ikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional tetapi nyata rezeki masih belum menyebelahi mereka walaupun perkahwinan mereka hampir memasuki usia tiga tahun.

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu