Rabu, 1 Mei 2013

Zon Artis

Zon Artis


Jehan Miskin Bakal Kahwin Dengan Gadis Korea

Posted: 01 May 2013 09:12 AM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN DAN PERNIKAHAN JEHAN MISKIN

Woot! Ini berita yang sedikit mengejutkan. Takde angin takde ribut, tup-tup Jehan Miskin akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini. Lebih mengejutkan, bakal isteri Jehan Miskin tu berasal dari Korea.

Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan Miskin dan gadis Korea yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun. Dalam diam, rupa-rupanya dah ada buah hati si Jehan Miskin ni.

Namun begitu, walaupun sudah memaklumkan yang dia akan berkahwin pada Sabtu ini, Jehan masih enggan bercerita lanjut mengenai bakal isterinya itu dan hanya akan melakukannya selepas majlis pernikahan.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,"

Jehan memberitahu, majlis akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat. Majlis juga akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini,"

Jehan turut memberi sedikit info mengenai aturcara majlis yang dijadualkan akan bermula pada pukul 2 petang itu dimana ia akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang.

* * *

Psstt: Ini cara pengemis di China buat luka untuk meraih simpati

Related Posts with Thumbnails

“Zain Hanya Membodohkan Diri Sendiri” – Chef Adu

Posted: 01 May 2013 07:56 AM PDT

CHEF ADU MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

Walaupun pelakon, Zain Saidin telah disingkirkan dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia 2, namun kontroversi kelantangannya mengkritik juri yang juga chef masih lagi hebat diperkatakan.

Rata-rata yang mengikuti perkara tersebut menyalahkan kekasih aktres jelita, Rozita Che Wan ini dan menganggap tindakannya terlalu biadab serta tidak menghormati juri dan tenaga pengajar yang lebih berusia.

Malah, Zain secara terbuka turut membuat kenyataan yang dirinya telah dipergunakan oleh pihak produksi untuk tujuan tertentu dan menjadikannya sebagai watak jahat dalam drama itu.

KONTROVERSI ZAIN SAIDIN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

Enggan mengambil pusing mengenai situasi itu, chef yang juga merupakan juri untuk rancangan tersebut iaitu Chef Adu Amran meminta agar perkara ini tidak terus diperbesarkan. Seperti kata Chef Adu:-

"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Zain ataupun peserta lain. Dalam situasi itu, Zain hanya bertikam lidah dengan Chef Joe. Namun, sebagai barisan juri, saya perlu menjernihkan keadaan. Janganlah memperbesarkan hal ini lagi kerana ia hanyalah perkara yang remeh. Lagipun, tindakan Zain itu hanya membodohkan diri sendiri dan seharusnya menerima kesilapan itu,"

Sebagai info, Zain merupakan selebriti ketiga yang terpaksa meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia 2 selepas Yassin dan Keroz Nazri yang disingkirkan pada minggu sebelumnya.

KONTROVERSI ZAIN SAIDIN MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu