Ahad, 12 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LARI

Posted: 12 May 2013 05:33 PM PDT

Filem penuh aksi terbaru dari buah tangan pengarah Ahmad Idham, LARI lakonan Aaron Aziz akan menemui penonton mulai 6 Jun 2013 ini.

Anda mahu jadi orang yang terawal menontonnya! Ya, Budiey memberi peluang untuk anda untuk sama-sama menonton bersama pelakon filem LARI.

Jom saksikan kehebatan filem aksi ini & jadilah orang yang pertama menonton filem LARI, Terima kasih kepada Excellent Pictures!

Filem Lari adalah filem sentuhan sutradara terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang menelan belanja lebih RM2 juta ini telah menjalani penggambaran lebih 90% di Perlis dan selebihnya di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Filem LARI dihasilkan dari lakonan hebat Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi yang akan ditayangkan di pawagam bermula 6 Jun 2013.

Ada 20 keping tiket Malam Gala Filem LARI untuk diberikan kepada pembaca budiey.com sekalian.

Bersempena dengan tayangan filem LARI ini, Budiey dengan kerjasama Excellent Pictures mahu menjemput anda ke Malam Gala Filem LARI pada 16 Mei 2013, hari Khamis, jam 8 malam di TGV Sunway Pyramid.

Nak tak? Nak tak?

Poster LARI

Sinopsis Filem Lari

Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Malam Gala Filem LARI

Tarikh:  16 Mei 2013, hari Khamis
Tempat: TGV Sunway Pyramid
Masa: 8.00 malam

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

20 keping tiket PERCUMA perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem LARI di TGV Sunway Pyramid.

Ingat hashtag ini: #Lari2013

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Malam Gala ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #Lari2013. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #Lari2013 bersama @budiey & @ExcellentPic_My kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #Lari2013 bersama @budiey & @ExcellentPic_My kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LARI

Tarikh tutup peraduan:
14 Mei 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Excellent Pictures di atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jom LIKE:
https://www.facebook.com/lari2013
https://www.facebook.com/excellent.pictures

Follow Twitter: https://www.twitter.com/excellentpic_my Ikuti Hashtag: #Lari2013

Komen via Facebook

Komen

Menyingkap Keunikan New Majestic Hotel di Singapura

Posted: 12 May 2013 08:26 AM PDT

Kedudukan bandaraya Singapura sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara telah membawa kepada pembinaan ratusan hotel di negara tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya. Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik tempatan berbintang lima yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Hotel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah New Majestic Hotel yang terletak di kawasan Chinatown kota Singapura.

Premier Garden_I Am upside down because of you (2)

Hotel ini yang terinspirasi dari unsur-unsur seni dan budaya merupakan sebuah bangunan rumah kedai lama yang diberi nafas baru. Ia mempunyai 30 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalamannya tersendiri mengikut tema-tema yang ditentukan. Terdapat empat konsep utama bagi setiap bilik iaitu bilik Mirror, Hanging Bed, Aquarium serta Loft. Selain itu, setiap bilik mempunyai karya seni sentuhan sembilan orang pelukis terkenal serta idea-idea senireka daripada lima orang insan kreatif Singapura. Ini termasuklah pereka fesyen, pereka grafik, pengarah filem dan juga penata gaya rancangan realiti Asia's Next Top Model, Daniel Boey.

Dari dinding bilik, sehinggalah posisi katil dan juga bentuk bilik mandi, semuanya benar-benar unik dan sangat chic. Tidak dilupakan juga senireka dalaman restoran, kolam renang dan taman kecil hotel ini benar-benar membangkitkan rasa keseronokan kala bermalam di sini. Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel berbintang lima, kesemua perabot di hotel ini sangat mewah lagi eksklusif dan berkualiti tinggi.

Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, set stereo dan pemain cakera padat yang boleh mencaj peranti Ipod, dan semestinya sambungan wi-fi percuma. Ini diperhebatkan lagi dengan barangan bilik mandi yang mewah daripada Kiehl's bagi memanjakan setiap tamu yang menginap di sini.

Kesimpulannya, New Majestic benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kelainan dalam penginapan kala bercuti. Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain. Andai berpeluang ke Singapura, bermalamlah di New Majestic untuk mengalami keunikan mewahnya!

Oleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu