OHBULAN! |
Seo In-young Berikan Kelainan Dalam Album Terbaru Posted: 08 May 2013 10:39 PM PDT Penyanyi, penari, model, pelakon dan pengacara TV kelahiran Korea Selatan ini telah membuat pengumuman untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Seo In-young yang sebelum ini popular dengan lagu-lagu bergenre electro-dance telah membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada rentak balada di dalam album terbarunya yang bakal bertemu peminat pada 15 Mei ini. Penyanyi ini nampaknya teruja dengan kemunculan semulanya apabila dia telah berkongsi video latihannya menyanyikan lagu terbaru berjudul 'Let's Break Up'. Seo In-young juga bersungguh-sungguh menjalani latihan vokal bersama guru vokal, Park Sun Joo. Jom tengok teaser di bawah. |
Ramona Zamzam Doakan Kebahagiaan Fouziah Gous Bersama Bakal Suami Posted: 08 May 2013 10:20 PM PDT Berkenaan dengan kenyataan Fouziah Gous yang mengesahkan dia bakal berkahwin pada tahun ini, timbul pula cerita lain yang mengatakan Fouziah sebenarnya merampas teman lelaki Ramona Zamzam. Fouziah menafikan perkara itu dengan kenyataan yang berbunyi begini:
Melalui laporan Sinar Harian pula, Ramona Zamzam enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Namun, dia mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu bersama Fouziah Gous kerana tidak mahu mengungkit kisah lama.
Ramona menghabiskan masa selama sebulan bercuti di Eropah kerana mahu menenangkan fikiran dan baru sahaja pulang seminggu yang lepas. Kami juga mendoakan yang terbaik buat Fouziah Gous dan kekasihnya dan semoga Ramona Zamzam bertemu pengganti secepat mungkin. Dah takde jodoh nak buat macam mana kan? Fouziah Gous dengan bakal suaminya |
You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan