Selasa, 7 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Dayana Redha Jika Ashraf Muslim Kahwin Lain

Posted: 07 May 2013 08:18 PM PDT

Ashraf Muslim

Susulan daripada isu rumahtangga Ashraf Muslim yang dilaporkan sedang mengalami masalah semalam, hari ini timbul pula isu baru apabila seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah telah tampil mengaku sedia menjadi isteri kedua pelakon tersebut dan difahamkan telah mula mengenali Ashraf sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap hal ini, cuma dia pesan elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun jika ia berlaku, dia redha.

Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.

Artikel Berkaitan :

Dalam pada itu, Sakinah turut melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu isu berkanaan mula tersebar di internet dan memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sejujurnya saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum dan kecoh di internet. Kalau diikutkan saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai perkara ini ialah Ashraf. – Harian Metro

Aeril Zafrel Guna Isu Agama Untuk Perdaya David Teo

Posted: 07 May 2013 05:01 PM PDT

Aeril Zafrel & David Teo

Pelakon yang terkenal menerusi filem 7 Petala Cinta, Aeril Zafrel didakwa telah memperdaya penerbit terkenal, David Teo sehingga melibatkan isu agama semata-mata untuk menamatkan kontraknya lebih awal bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG).

Menurut David Teo, dia bersetuju untuk menamatkan kontrak Aeril kerana menghormati keputusan pelakon tersebut yang ingin mendalami bidang agama dan menganggap soal agama adalah satu isu yang sensatif.

Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif.

Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian. – Ujar David Teo menerusi laporan mStar Online.

Menerusi laporan yang sama, David Teo turut melahirkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Aeril mula membintangi sebuah filem di Hollywood sekitar akhir tahun lalu.

"Tiba-tiba saya dapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini.

"Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah 'kacang lupakan kulit.'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu