Isnin, 6 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Jessica Dan Eun Ji-won Sertai Running Man

Posted: 06 May 2013 11:14 PM PDT

Running_man_Jessica (1)

Jessica daripada kumpulan K-pop terkenal, Girls' Generation dan rapper, Eun Ji-won dikatakan menyertai episod terbaru Running Man!

Kedua-dua selebriti terkenal ini bersama dengan peserta yang lain difahamkan menyertai episod istimewa yang dipanggil 'Animal Kingdom'. Mereka menjalani penggambaran di taman tema Everland Resort yang terletak di Gyeonggi, Korea Selatan.

Apa yang menarik, taman tema itu merupakan habitat kepada harimau, beruang kutub, kuda, badak sumbu, zirafah, burung-burung, singa laut, penguin dan banyak lagi.

Sebagai cabaran, peserta-peserta perlu memilih seekor haiwan untuk dijadikan pasangan dan mereka diharuskan memakai penutup kepala berkonsepkan haiwan yang betul-betul menggambarkan personaliti mereka.

Running_man_Eun Ji-won (1)

Eun Ji-won dengan penutup kepala panda

Jessica, yang teruja dengan penyertaan kali ketiganya memilih penutup kepala berbentuk arnab manakala Eun Ji-won yang baru pertama kali menyertai memakai penutup kepala panda.

Running_man_Jessica (2)

Jessica memilih penutup kepala arnab

Jangan lupa saksikan Running Man pada hari Jumaat ini bersamaan 10 Mei pada jam 11.45 malam di saluran ONE dan ONE HD untuk melihat aksi comel dan lawak yang dilakukan oleh Jessica dan Eun Ji-won. Kami sangat yakin mereka akan membuatkan penonton tergelak sakan sampai tak kering gusi.

Insta Aku Bukan Sekolah Kau Ya – Lana Nordin Respon Komen Peminat

Posted: 06 May 2013 09:45 PM PDT

Lana Nordin

Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh pelakon, Lana Nordin di akaun Instagram-nya.

Komen seorang peminat terhadap sekeping gambarnya di Instagram telah menyebabkan selebriti ini tersinggung lantas menyebabkan dia membalas dengan respon yang sedikit keras kami kira. Isu ini telah berlaku sekitar 3 minggu lepas.

Berikut adalah komen yang dihantar oleh peminat tersebut kepada Lana :

Screen Shot 2013-05-07 at 12.22.19 PM

Lana kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya tidak perlu hipokrit dalam kehidupan sehariannya.

Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.00 PM

Tak cukup disitu, Lana turut melahirkan perasaan geram dan mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu membuang masa dengan mengambil tahu atau mengumpat hal orang lain disekelilingnya.

Screen Shot 2013-05-07 at 12.18.10 PM

Maria Farida

Lana bersama pelakon jelita, Maria Farida.

Jom layan lagi 8 foto Lana Nordin selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Lana Nordin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu