Isnin, 13 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Video: One Direction Menyanyikan Lagu ‘My Heart Will Go On’

Posted: 13 May 2013 11:32 PM PDT

One-Direction-Full-HD-Wallpaper-2

Siapa peminat One Direction kat sini? Jika sebelum ini One Direction ada menyanyikan lagu 'I Want It That Way' sewaktu membuat persembahan konsert di Stockholm, baru-baru ini kumpulan itu juga telah mempersembahkan lagu terkenal dari filem Titanic berjudul 'My Heart Will Go On'.

Walaupun mereka cuma menyanyikan rangkap pertama dan korus sahaja, penonton nampaknya sungguh teruja dengan persembahan mereka yang seperti professional.

Screen Shot 2013-05-14 at 14.17.40

One Direction mengajak peminat turut sama menyanyi

Screen Shot 2013-05-14 at 14.18.47

Penuh perasaan mereka menyampaikan lagu 'My Heart Will Go On'

One Direction telah mempersembahkan lagu asal nyanyian Celine Dion itu sewaktu konsert mereka di Berlin pada 11 Mei yang lepas.

Boleh tahan sedap juga persembahan mereka ni. Jom tonton video rakaman di bawah.

Foto : Majlis Pernikahan Anak Rosyam Noor, Arniesha Azureen

Posted: 13 May 2013 10:08 PM PDT

Pernikahan anak Rosyam Noor 8

Baru-baru ini pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Noor telah mengadakan majlis pernikahan buat anak perempuannya, Arniesha Azureen bersama jejaka pilihan Hafiz, bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan bertamah menarik apabila Rosyam Noor telah menikahkan sendiri pasangan mempelai tersebut.

Untuk merakamkan detik-detik indah kedua pasangan mempelai ini, mereka telah memilih perkhidmatan jurufoto profesional, Ryaniez Moments Photography sebagai jurufoto rasmi untuk majlis bersejarah itu.

Pernikahan anak Rosyam Noor 12

Kegembiraan terserlah di wajah pengantin lelaki.

Pernikahan anak Rosyam Noor 7

Debaran menunggu saat diijabkabulkan.

Pernikahan anak Rosyam Noor 23

Rosyam Noor & isteri bersama pasangan mempelai.

Bagi anda yang belum puas menatap gambar-gambar pernikahan anak Rosyam Noor, jom layan lagi 23 foto selepas ini.

Kredit Foto : Facebook Ryaniez Moments Photography

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu