Ahad, 12 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Astro B.yond IPTV-Maxis Gabungan Terbaik Menonton TV & Melayari Internet

Posted: 12 May 2013 09:18 PM PDT

Screen Shot 2013-05-13 at 12.05.29 PM

Selepas Astro On-The-Go berjaya meraih sambutan hangat daripada pelanggan yang inginkan fleksibiliti bagi menonton rancangan kegemaran, Astro kali ini memperkenalkan produk terulung dengan kerjasama Maxis dikenali sebagai Astro B.yond IPTV.

Untuk pengetahuan umum, Astro B.yond IPTV ini membolehkan pelanggan menikmati nilai terhebat dalam hiburan dengan menggunakan rangkaian tanpa wayar dan gentian berkelajuan tinggi pada bila-bila masa, di mana jua dan pada sebarang alat peranti.

Bukan itu sahaja, melalui produk terbaru ini juga, pelanggan berupaya menikmati Astro TV, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan 'home voice' terbaik! Hebat kan?

Objektif utama penghasilan Astro B.yond IPTV dengan Maxis ini adalah untuk membolehkan para pelanggan menikmati pengalaman menonton yang berbeza dengan menyediakan pilihan meluas dalam kandungan dan jalur lebar berkelajuan tinggi serta nilai saranan terbaik.

Screen Shot 2013-05-13 at 12.05.19 PM

Selain daripada itu, kelajuan berganda yang ditawarkan Astro dan Maxis dapat memberi pengalaman membeli belah dalam talian, memuat turun fail dengan pantas dan menikmati pelbagai permainan dalam talian tanpa gangguan.

Jika anda merupakan pelanggan Astro yang sedia ada, anda boleh memilih perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10, 20 atau 30Mbps dan menikmati penjimatan dari RM53.30 sebulan, atau memilih dari salah satu pakej Astro B.yond IPTV-Maxis sama ada ValuePack atau SuperPack dengan kelajuan jalur lebar pilihan anda yang membenarkan anda menikmati penjimatan sehingga RM3,000 dalam tempoh 2 tahun.

Bagi yang berminat untuk melanggan, anda boleh layari laman web rasmi Astro atau Maxis untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej Astro B.yond IPTV-Maxis yang ditawarkan serta tawaran-tawaran lain yang lebih menarik.

Screen Shot 2013-05-13 at 12.06.10 PM

Lisdawati Tidak Tolak Tawaran Berlakon Yang Memaksanya Buka Tudung

Posted: 12 May 2013 09:03 PM PDT

Lisdawati-bertudung

Mungkin ramai belum tahu yang Lisdawati kini telah mengikuti jejak langkah selebriti lain yang tampil dengan imej bertudung.

Namun apa yang menjadi perbualan hangat ialah apabila Lisdawati sendiri tidak kisah untuk membuka tudungnya jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dia berbuat begitu.

"Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai faham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima tawaran kerana itu adalah mata pencarian saya untuk membesarkan anak-anak dan keluarga."

"Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh."

Menurut laporan Murai, Lisdawati menjelaskan lagi bahawa niat murninya untuk kekal bertudung mungkin akan termakbul kerana sekarang dia sedang berjinak-jinak dengan perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang.

Dia juga tidak menghebohkan berita dia bertudung kerana tidak mahu peminat salah anggap apabila melihat dia tidak menutup aurat di kaca televisyen.

Syukurlah Lisdawati telah terbuka hati untuk ke arah yang lebih baik dan diharapkan peminat tidak mengecam keputusan yang dibuat Lisdawati berkenaan tawaran berlakon yang diterimanya.

Kita kena bagi peluang kepada mereka untuk berubah dengan perlahan. Tak bolehlah kita harapkan dia berubah dengan drastik dan terus menghakimi, betul tak?

Jom lihat beberapa keping gambar terbaru Lisdawati yang manis bertudung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu