Isnin, 8 April 2013

Zon Artis

Zon Artis


Enot Fail Perceraian, Sedia Teruskan Hidup Tanpa Suami

Posted: 08 Apr 2013 10:56 PM PDT

ENOT BERCERAI

Pelakon yang sinonim dengan panggilan Enot menyatakan yang dia sedia meneruskan hidupnya tanpa suami, Zainul Abidin Mat Noor, 42, selepas merasakan kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai keserasian dan persefahaman di dalam rumah tangga.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 33, memberitahu kepada media yang dia telah membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Pejabat Agama Kajang pada awal Mac lalu selepas bertahun-tahun cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri. Saya harap, dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak. Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak,"

Tambah Enot, proses tuntutan cerai masih lagi berjalan memandangkan Zainul telah menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan sudah dua kali suaminya itu gagal hadir ke mahkamah.

ENOT BERCERAI

Sedikit info – Ini merupakan perkahwinan kedua Enot selepas bercerai pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Andriana Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6. Perkahwinan terbaru tidak dikurniakan cahaya mata.

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu