Selasa, 23 April 2013

Zon Artis

Zon Artis


Penangan Ustaz Bollywood, Jualan Zikir Zindagi Mencecah 15 Ribu Unit

Posted: 23 Apr 2013 11:07 PM PDT

ALBUM ZIKIR ZINDAGI USTAZ BOLLYWOOD

Walaupun baru dilancarkan sebulan yang lalu, album di bawah label UNIC Records, Zikir Zindagi telah pun mencecah angka jualan sehingga 15,000 unit setakat ini. Satu angka yang cukup memberangsangkan bagi sebuah album zikir tempatan dan kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh UNICDOTMY PRO SDN BHD sendiri selaku syarikat penerbitan rasmi album Zikir Zindagi baru-baru ini.

Album yang menampilkan personaliti terkenal, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood ini mengandungi 19 track zikir munajat dan tazkirah pendek yang dialunkan bersahaja mengikut irama ala Bollywood. Di samping itu juga, album ini turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai khususnya di kalangan peminat Ustaz Haslin.

Sehubungan dengan itu, untuk memudahkan orang ramai mendapatkan album ini, UNICDOTMY PRO dengan berbesar hati telah melantik Inteam Records sebagai pengedar rasmi keseluruh Malaysia bagi album-album di bawah terbitan UNIC Records. Selain itu, orang ramai juga turut boleh mendapatkan album ini dengan lebih mudah dan selamat melalui kedai online, unicmyshop dengan melayari laman web eshop.unic.my.

ZIKIR ZINDAGI USTAZ BOLLYWOOD

Di samping itu, kepada orang ramai yang masih lagi tercari-cari bagaimanakah cara untuk mendapatkan album ini dengan lebih efektif, datang sahaja ke gerai atau booth jualan Inteam Records di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan diadakan bermula 26 April hingga 5 Mei ini bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Album ini boleh didapati di pasaran denga harga RM19.90 seunit.

Sebarang pertanyaan mengenai album ini, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN BHD di talian 03 – 6186 4300 atau layari facebook rasmi UNICDOTMY PRO di www.unic.my. Untuk makluman, pihak UNICDOTMY kini menghentikan sementara sebarang promosi album atau produk di bawah label UNIC Records bagi memberi laluan kepada PRU ke-13. Aktiviti promosi akan disambung semula selepas pilihan raya tamat.

FACEBOOK: UNIC | UNIC RECORDS | UNICDOTMY PRO

ONLINESHOP: unicmyshop (eshop.unic.my)

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu