Rabu, 10 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua

Posted: 10 Apr 2013 06:59 PM PDT

Pada hari Selasa lalu, 9 April lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media & Pelancaran Program Realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang di restoran The Bee, Publika, Solaris Mont Kiara.

Senarai 19 orang selebriti atau peserta yang menyertai MasterChef Selebriti 2 ialah Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang, Datuk Aznil Nawawi, Zain Saidin, Norish Karman, Cat Farish, Celina Khor, Sathiya, Yassin Yahya, Afiq Muiz, Rozita Che Wan.

Atas cetusan fenomena, penerimaan dan sambutan yang sangat menggalakkan, Astro Ria pastinya mahu meneruskan legasi untuk membawa program hiburan sambil beramal yang berteraskan bidang masakan ini ke kaca TV sekali lagi. Menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan menarik, malah dikatakan lebih menarik dari apa yang dipaparkan di musim pertama.

Pemilihan 19 peserta program pertandingan realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua dibuat berdasarkan kepada perwatakan menarik yang dimiliki mereka tanpa perlu melalui sebarang uji bakat.

Masterchef Selebriti Malaysia

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, pemilihan cara itu dilakukan bukan kerana ingin mewujudkan elemen drama mahupun kontroversi dalam program pertandingan realiti itu.

"Pemilihan selebriti pada kali ini lebih kepada karakter mereka di mana program MasterChef Selebriti kali ini akan tampil lebih ceria dengan perwatakan 'gila-gila' mereka. Tetapi sebelum ditawarkan menyertainya sudah pasti pihak kami telah bertanyakan mengenai kepakaran mereka memasak. Lagipun menjadi perkara biasa dalam sebuah program realiti di mana akan ada elemen-elemen drama."

Rozita Che Wan

Zain Saidin (kiri) bersama kekasihnya Rozita antara yang dijangka bakal mendapat perhatian.

Tambah Raqim, bagaimanapun, program itu masih lagi mengekalkan kualiti yang memberi fokus terhadap persembahan masakan di mana 80 peratus selebriti yang dipilih sememangnya pakar dalam masakan manakala 20 peserta lain perlu digilap bakat mereka.

MasterChef Selebriti 2 setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Masterchef Selebriti 2 masih lagi mengekalkan konsep serupa di mana barisan selebriti akan diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan mental dan fizikal di dapur. Bersiaran selama 10 minggu dan 40 episod kesemuanya dengan mengekalkan pengkritik dan juri tetap yang sama.

Selain daripada konsep dan juri yang dikekalkan, Budiey juga mendapat tahu ramai penaja yang hebat-hebat tampil untuk menaja program ini termasuklah Panasonic yang menjadi penaja utama program ini.

Program ini juga akan disiarkan selama empat kali seminggu dan akan bersiaran selama 10 minggu dengan mengekalkan barisan juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir, dan Chef Adu Amran.

"Kami percaya, para penonton akan lebih teruja melihatkan kepakaran selebriti memasak pada musim kedua ini. Apatah lagi, apabila melihat keletah spontan mereka ketika diberi tugasan memasak." kata Raqim.

Selain itu, antara inisiatif terbaru musim kali ini adalah menampilkan peraduan drama dalam talian yang mengajak peminat rancangan ini memuat naik video di laman sosial Masterchef Selebriti Malaysia. Video ini menonjolkan bakat mereka meniru gaya artis sambil memasak dan pada akhir musim pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah menarik dari Astro.

MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Komen via Facebook

Komen

Filem KIL & Pecah Bakal Menanti Penonton

Posted: 10 Apr 2013 12:50 AM PDT

Selepas filem Bisikan Syaitan, filem KIL lakonan Redza Minhat dan Christina Suzanne serta filem Pecah akan menemui penonton. Filem KIL akan menemui penonton pada 30 Mei 2013 manakala filem Pecah pula akan ditayangkan pada 13 Jun 2013. Budiey tak sabar nak tonton kedua-dua filem ini.

grand brilliance

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu