Selasa, 9 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Muara Hati Duduki 10 Tangga Teratas Di iTunes Malaysia

Posted: 09 Apr 2013 10:55 PM PDT

Screen Shot 2013-04-10 at 1.50.36 PM

Muara Hati gandingan vokal Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz menduduki tangga 10 teratas paling banyak terjual dalam kategori Top 10 Tracks di laman iTunes Malaysia berdasarkan laporan terkini, sebentar tadi.

Populariti lagu ini tak perlu disangkalkan lagi apabila ia telah pun disaksikan hampir 5 juta penonton di laman Youtube. Malah, ia turut menduduki di tangga ke-9 dalam Video Trending Teratas (Malaysia), Youtube Rewind 2012 yang diumumkan sekitar 3 bulan lalu.

Menduduki tangga pertama bagi kategori Top 10 Tracks ialah single 'If I lost Myself – One Direction' diikuti dengan 'Diamonds – Rihanna' & 'Putih-Putih Melati – ST12′.

Screen Shot 2013-04-10 at 1.29.23 PM

Bagi kategori Top 10 Albums, kompilasi Lagenda Hit – Rock Cinta (24 Lagu Hit Kenangan Abadi 90′an) menduduki tangga pertama diikuti oleh 'First Love – Aska Yang' & 'Native – One Republic'.

Screen Shot 2013-04-10 at 1.31.37 PM

Manakala kategori Top 10 Videos pula menobatkan selebriti korea terkenal, PSY menduduki carta teratas melalui lagu fenomena Gangnam Style.

Screen Shot 2013-04-10 at 1.46.07 PM

Untuk kategori Top 10 Mobile, 'Diamonds – Rihanna' menduduki tangga pertama diikuti dengan 'Scream & Shout – Will.I.Am' & 'I Knew You Were Trouble – Taylor Swift'.

Screen Shot 2013-04-10 at 1.49.40 PM

Jay Park Lancarkan Muzik Video Baru, “Joah”

Posted: 09 Apr 2013 10:09 PM PDT

Jay Park

Nama Jay Park rasanya sudah tidak asing lagi bagi kita kerana Mizz Nina pernah berkolaborasi bersama penyanyi ini untuk lagunya, "Around The World".

Penyanyi berketurunan Korea yang dilahirkan di US ini merupakan bekas ketua kumpulan 2PM dan dia baru-baru ini telah melancarkan muzik video barunya yang berjudul "Joah". Disamping itu, Jay Park turut melancarkan album singlenya yang mengandungi 3 buah lagu iaitu, "1Hunnit", Welcome dan juga "Joah" sendiri.

Menariknya, muzik video berdurasi 4.06 minit ini menampilkan krew B-Boy Seattle, AoM (Art Of Movement). Jom tengok MV "Joah" selepas ini!

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu