Jumaat, 5 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Edisi Khas Hari Ibu, Ziana Zain Hiasi Muka Depan NONA

Posted: 05 Apr 2013 01:10 AM PDT

150778_10151425641499724_1489071312_nSempena Hari Ibu yang bakal tiba pada bulan Mei ini, pihak majalah Nona bakal menampilkan'Hot Mama' iaitu Ziana Zain sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Menerusi Foto yang dipaparkan, Ziana Zain kelihatan begitu anggun menggayakan busana gaun labuh rona unggu dan diselitkan dengan sedikit aksesori penyeri seperti anting-anting, cincin serta gelang tangan.

Meskipun busana yang digayakan oleh Ziana kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya sedikit taburan perincian berunsurkan manik-manik dibahagian bahu serta potongan gaun yang sedikit berombak di bahagian kaki, ia mampu menaikkan lagi aura pesona buat 'Hot Mama' ini.

Untuk edisi bulan Mei kali ini pelbagai isu-isu menarik bakal dikupas oleh majalah Nona, antaranya adalah ketahui rahsia kecantikan yang diamalkan oleh Ziana Zain, ikuti laporan khas bayi tabung uji dan 'baby hatch,' ketahui apakah punca wanita enggan menyusukan bayi serta pelajari bagaimana untuk mendapatkan fesyen vogue dan chic khusus untuk para ibu di luar sana.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan majalah Nona edisi bulan Mei ini di pasaran akan datang.

Tags: , , ,

Remy Ishak Didakwa Timbulkan Masalah?

Posted: 05 Apr 2013 12:32 AM PDT

Screen Shot 2013-04-05 at 3.50.57 PM

Baru-baru ini Remy Ishak, 31, telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater "M.Butterfly" yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Pelakon ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk dia memainkan naskah "M.Butterfly" yang mempunyai elemen seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah digantikan dengan Benjy, 35.

Kesan daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula.

Persoalannya, sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu? Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini?

Untuk info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu.

Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

Bagi yang tidak tahu, "M.Butterfly" pernah dipentaskan di Euqene O'Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem "M.Butterfly" juga pernah memenangi dua anugerah iaitu "Cerita Terbaik" di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Kredit foto : Feeq Photography

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu