Rabu, 17 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Aizat Lancarkan Teaser Duet Pertama Dengan Yuna, “DwiHati”

Posted: 17 Apr 2013 10:40 PM PDT

Aizat Wahhh! Anda masih ingat lagi tak ketika Aizat membawakan lagu 'Terukir Di Bintang" mewakili Yuna di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)?

Ketika itu, semua orang bersorak apabila Aizat membawakan tema ala-ala romantik dengan gaya lelaki kacak. Lebih bergaya apabila lagu tersebut berjaya merangkul trofi Juara Lagu bagi AJL edisi ke 27.

Dan sejak dari itu, ramai yang tertanya-tanya termasuklah para peminat samada Aizat ada merancang untuk berduet bersama Yuna atau pun tidak.

Akhirnya segala persoalan telah terjawab kerana Aizat dan Yuna melalui laman Twitter telah mengumumkan pelancaran 'teaser' lagu terbaru mereka berdua yang berjudul "DwiHati".

Screen Shot 2013-04-18 at 1.32.15 PM

Screen Shot 2013-04-18 at 1.32.22 PM

Teaser selama 26 saat ini menampilkan muzik yang lebih relax dan lirik yang kami rasa bakal menjadi siulan anda tidak lama lagi.

Apa pun, mari kita dengarkan teaser "DwiHati", duet oleh Aizat dan Yuna selepas ini.

Tags: ,

Keek : Nas-T Ucap Sayang Pada Nabila Huda

Posted: 17 Apr 2013 10:06 PM PDT

Nabila Huda & Nas-T

Sebentar tadi, Nabila Huda telah memuat-naik sebuah video Keek dimana dia dan Nas-T sedang bercuti di Australia.

Menerusi video tersebut, mereka berdua kelihatan bahagia bersama dan kalau dikira masanya, kini mereka sedang berada di Gold Coast selepas menghabiskan masa di Sydney Opera.

Namun, apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah pada dialog terakhir mereka. Nabila tiba-tiba bertanya pada Nas-T, "Sayang saya tak?"

Wahhh, bukan main 'sweet' lagi pasangan ini ya. Para peminat turut sama meluahkan rasa gembira melihat hubungan cinta antara Nabila dan juga Nas-T.

Apa pun, semoga Nabila Huda dan Nas-T cepat membawa perkara gembira ini ke jinjang pelamin. Biasalah, takut nanti awal-awal elok dipandang, lama kelamaan ada pula yang mengata. Kan.

Jom tengok video Keek mereka berdua selepas ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu