Khamis, 11 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Neelofa Sudah Bersedia Untuk Majlis Pernikahan?

Posted: 11 Apr 2013 11:35 PM PDT

Neelofa

Wah, sungguh anggun dan ayu pelakon serta pengacara jelita, Neelofa tatkala menggayakan persalinan untuk ke majlis pernikahan hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.

Menerusi foto yang dipaparkan, Syaiful Baharim lebih gemar menampilkan potongan yang bertemakan baju kurung moden serta kebaya untuk setiap helaian rekaan terbarunya dan kesemua busana tersebut telah diilhamkan dengan penggunaan fabrik seperti kain kasa, renda Perancis, cifon, taffeta serta renda Prada.

4112013_neelofaamnikah6-a

Meskipun busana yang digayakan oleh Neelofa ini kelihatan ringkas, akan tetapi dengan adanya sedikit perincian sarat seperti eleman manik serta renda di bahagian dada, ia mampu menonjolkan aura pesona dan ayu buat si gadis apabila menunggu saat-saat diijabkabulkan.

4112013_neelofaamnikah10-a

Busana berpotongan kebaya ini sangat sesuai untuk digayakan sewaktu majlis pernikahan, dengan adanya elemen renda serta manik-manik sarat dibahagian belakang busana, ia mampu menyuntik aura elegan buat si gadis. Bahagian kain busana yang direka sedikit beralun ini juga mampu menampilkan sedikit kelainan ketika menjelang hari bahagia.

Berikut kami lampirkan beberapa lagi foto Neelofa dengan persalinan pernikahan untuk tatapan anda semua. Sungguh cantik Neelofa dalam persalinan ini kan?

Kredit Foto : Murai.com

Tags: , ,

Foto : Siwon (Super Junior) Di Malaysia, Nazim Othman Ambil Peluang

Posted: 11 Apr 2013 09:30 PM PDT

Screen Shot 2013-04-12 at 12.14.40 PM

Haaa! Pasti para peminat-peminat K-Pop diluar sana sudah mula cemburu kan? Apa tidaknya, Nazim Othman dapat ambil gambar secara eksklusif bersama ahli kumpulan Super Junior, Siwon.

Melalui laman Twitter selebriti berwajah tampan ini, Nazim meluahkan rasa gembiranya apabila akhirnya impian untuk bersemuka dan berbual dengan Siwon telah pun tercapai.

Screen Shot 2013-04-12 at 12.17.24 PM

Bagi yang tidak tahu, Siwon berada di Malaysia hari ini untuk sidang akhbar pengumumannya sebagai duta aplikasi Line di Asia Tenggara. Kehadirannya ke Malaysia juga adalah untuk sebahagian dari promosi aplikasi ini.

Anda boleh mengikuti perkembangan semasa penyanyi kumpulan Super Junior ini melalui Twitter dengan hashtag (#Siwon).

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu