Isnin, 1 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer : “Paku”, Sebuah Filem Seram Adaptasi Kisah Benar

Posted: 01 Apr 2013 09:49 PM PDT

Screen Shot 2013-04-02 at 12.36.02 PM

Bukan sekadar filem seram biasa, menerusi trailer 'offline', kami sendiri dapat rasakan filem ini mampu menjadi sebuah lagi filem seram yang bakal menarik ramai penonton ke panggung wayang.

Menggandingkan dua orang pelakon berbakat sebagai suami isteri, Johan A'sari dan juga Aisyah memberikan satu pengalaman baru buat penonton filem seram. Kerana cinta, Fahmi (Johan A'sari) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati.

Melalui ilmu hitam, Riana kembali ke dunia. Namun, adakah dia akan kembali menjadi manusia? Adakah kebahagiaan akan muncul hanya kerana cinta abadi seorang suami terhadap isterinya? Kami sendiri sudah tidak sabar menunggu filem ini ditayangkan di pawagam.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar yang pernah berlaku sebelum ini. Turut sama berlakon dalam filem ini termasuklah, Kamal Adli, Azad Jasmin dan beberapa orang lagi pelakon terkenal.

Apa pun, mari kita tonton trailer 'offline' filem Paku selepas ini!

Tags: , , ,

Khabir Bhatia Tak Tahu Adegan “Panas” Tersebar Di YouTube

Posted: 01 Apr 2013 08:26 PM PDT

20130319mstar-4

Susulan daripada kontroversi video 'panas' yang melibatkan pelakon Diana Danielle dan Remy Ishak yang telah tersebar di lama YouTube baru-baru ini, pengarah filem "Sembunyi" iaitu Khabir Bhatia telah tampil untuk menjelaskan segala spekulasi yang timbul dikalangan peminat industri filem tempatan.

Menurut Khabir Bhatia, dia sendiri tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimut naik dilaman YouTube dan pihak produksi filem yang terlibat juga dikatakan tidak berbincang apa-apa dengannya mengenai trailer video berkenaan.

"Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini.

"Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai 'traile' adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit."

Mengulas lebih lanjut mengenai video tersebut, pengarah berbakat ini turut menfikan dakwaan yang kononnya dia sengaja menyelitkan eleman seksual dalam filem arahannya dan menyatakan bahawa, dia merakamkan adegan 'panas' itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat beberapa filem tempatan lain yang menyelitkan adegan sebegitu diluluskan untuk ditayangkan kepada umum.

"Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik," – komen Khabir menerusi laporan akhbar Harian Metro

Tags: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu