Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Wings Terbangkan Gitaris Ian Antono Untuk Wings Rockestra 2013 Posted: 27 Mar 2013 02:38 PM PDT Sidang Media Kedua Konsert Wings Rockestra 2013 telah pun berlangsung di Istana Budaya pada 26 Mac lalu di mana Wings secara sahnya telah mengumumkan kolaborasi perdana bersama dua orang pemuzik jemputan iaitu Hillary Ang dan seorang lagi pemuzik gitaris dari Indonesia terkenal iaitu Ian Antono. KLIK SINI: Video Show Wings – Lagu Awang Trasher di Sidang Media Wings Rockestra 2013 Dua nama ini bukan calang-calang orang dalam industri muzik serantau. Budiey kira nama Hillary Ang memang kita sedia maklum memang kental dan sebati dengan kumpulan Wings dan portfolio Ian Antono sebagai gitaris kumpulan God Bless memang tak boleh disangkal lagi. Mereka berdua cukup profesional dan sangat handal dengan reputasi kerja yang memang jitu bagi menjayakan konsert Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan nanti. Ian Antono merupakan gitaris dari Indonesia bakal berpadu tenaga menggerakkan tona dan irama konsert ini bersama Hillary dan Wings percaya sesuatu yang lain bakal dinikmati oleh peminat Wings yang hadir. Semasa sidang media ini, Wings telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu lagu slow rock, Sayap Ilusi dan sebuah lagu rancak, Awang Trasher di hadapan media. Budiey telah rakam kedua-dua persembahan dan anda nilai sendiri corak persembahan yang dipadukan dengan Hillary Ang dan Ian Antono dalam showmanship memukau. Banyak lagi lagu akan dinikmati di konsert yang akan berlangsung pada 26,27,28,30 April 2013 selama 2 jam 30 minit. Pastinya memuaskan hati penggemar muzik Wings. Wings bakal mengegarkan Istana Budaya dengan 20 rangkaian lagu dengan muzik yang lebih matang dan penuh dengan kelainan. Yang pasti, sebuah single terbaru juga turut digemakan, lagu dari album Menakluk Kosmos. Pasti mantap! Budiey dah tak sabar untuk menontonnya. Bayangkan bila Joe Wings bergabung dengan alunan gitar dari kedua pemuzik rock otai ini, pastinya gempak bukan? Segalanya akan dapat dirasakan selama 20 minit untuk segmen bersama artis jemputan ini. Tiket konsert boleh dibeli di www.ticket2u.biz Komen via Facebook |
| Siar Drama Terbaik Sempena Hari RTM ke-67 Posted: 27 Mar 2013 12:40 PM PDT Tiga Drama Khas Tayangan Hari RTM Di TV1 Sambutan Hari RTM ke-67 pada 1 April ini dimeriahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan pilihan tiga drama menarik khas untuk tontonan penonton setia salurannya yang berkongsi plot kisah bertemakan kekeluargaan untuk seisi keluarga. Disiarkan setiap hari mengisi slot popular saluran TV1 termasuklah Panggung Satu, Nurani dan Panggung Ahad yang sememangnya tidak pernah gagal dalam membawakan drama-drama terbaik dengan menampilkan lakonan berkesan pelakon tanah air, saksikan drama bertajuk Hadiah Untuk Ayah (5 April 2013, jam 10.30 pagi), Kerapu Tiga Luka (6 April 2013, jam 3.05 petang) dan diakhiri tayangan Cucu Wan Lebar (7 April 2013, jam 10.00 pagi). Eratkan jalinan hubungan kekeluargaan antara seorang anak dengan ayah dengan mengikuti babak-babak menarik menyentuh hati dalam drama bertajuk "Hadiah Untuk Ayah" menampilkan gandingan mantap pelakon Aman Graseka, Latif Borgiba, Airis Yasmin dan Danial Boboi. Ia mengisahkan Helmi dan Lukman ingin memberikan hadiah kepada ayah mereka sempena ulang tahun ayah mereka. Namun keduanya tidak berkemampuan untuk membelikan hadiah yang mahal buat ayah mereka itu. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menghadiahkan ayah mereka seutas tasbih yang pernah mereka putuskan sewaktu masa dahulu. Umpama kata pepatah terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa, kemudiannya kongsikan drama sarat pengajaran yang di sampaikan secara santai kepada penonton bertajuk "Kerapu Tiga Luka" lakonan Mustafa Kamal, Qazem Nor, Jaafar Onn, Sharifah Sakinah, Puteri Sarah, Adam Shah dan Airis Yasmin. Menariknya drama arahan Asri Alias FDAM ini mengangkat kisah watak dua utama Haniff dan Nazran yang juga pasangan anak dan bapa. Kedua-duanya berjaya mencapai cita-cita menjadi chef yang sangat terkenal seperti yang diimpikan. Namun kedua-duanya mula alpa dengan kejayaan yang dicapai hingga mengabaikan isteri masing-masing yang selama ini menjadi pendorong utama di sebalik kejayaan mereka. Mampukah mereka memperbetulkan keadaan atau pun sebaliknya terpaksa berserah dengan takdir? Seterusnya usah ketinggalan berkongsi kenakalan dan aksi mencuit hati telatah cucu-cucu opah Wan Lebar mengetengahkan lakonan Khatijah Tan, Kazar, Ard Omar, Halim Sabir, Ramasundram dan Pakcu Raja Lawak. Drama "Cucu Wan Lebar" berkongsi kisah 10 orang cucu dan yang paling menonjol watak Pudin, yang banyak mengetuai aktiviti mereka. Satu petang Pudin dikejar lembu milik Muthusamy. Dalam cubaan melarikan diri, dia memanjat pokok namun terjatuh dan patah kaki. Doktor mengesahkan kaki kiri Pudin retak dan urat saraf kaki kanan pula rosak. Kos 'baik pulih' kaki Pudin dianggarkan mencecah tiga ribu ringgit. Bila Pudin patah kaki, sepupunya yang lain juga "patah kaki". Segala aktiviti mereka tergendala. Misi pertama mereka cuba mendapatkan kerusi roda. Mereka bekerja 'part time' dengan Muthusamy. Cukup duit, mereka membeli kerusi roda terpakai. Misi seterusnya mencari duit untuk kos pembedahan kaki Pudin. Satu petang Najmi ternampak poster Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah yang hadiah utamanya seribu ringgit. Mereka menubuhkan W.L FC. (Wan Lebor FC). Semak samun tepi rumah dibersihkan untuk dijadikan padang latihan mereka. Mereka berlatih dalam serba kekurangan, tetapi meriah dengan sokongan. Apatahlagi ramai yang sudi menaja jersi, sarapan dan sepanduk untuk mereka. Cucu-cucu perempuannya menubuhkan pasukan sorak yang dianggotai Cu Leha, Pak Ngah Sudin dan Muthusamy anak beranak. Oleh kerana Pudin ketua pasukan sorak yang berkerusi roda, jadi dia mencipta gerakan sorak secara duduk. Tiba hari pertandingan, seisi kampung datang memberikan sokongan. Lori Muthusamy digunakan untuk membawa pemain, Mereka bermain bersungguh-sungguh, namun mereka tewas. Mereka kecewa, tetapi Wan Lebor tetap tersenyum bangga. Wan Lebor bangga dengan semua cucunya, walaupun mereka tidak sehebat anak orang lain tetapi berjiwa besar dan sanggup bersusah senang bersama. Kekecewaan mereka didengari penaja utama pertandingan, Datuk Kassim. Kagum dengan ikatan kasih sayang cucu-cucu Wan Lebor, dia akhirnya bersetuju untuk menaja kos 'pembedahan' kaki Pudin. Itulah kemenangan sebenarnya buat mereka. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan