Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Video Interview With Backstreet Boys Concert Twin Towers Alive 2013 Posted: 22 Mar 2013 11:17 PM PDT Video Interview With Backstreet Boys Concert Twin Towers Alive 2013 Sidang media sempena persembahan Twin Towers @Live 2013 di Hotel Hilton Sentral telah berlangsung pada jam 3 petang semalam. Kumpulan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Backstreet Boys (BSB) berjanji untuk kembali ke Malaysia bagi mengadakan siri jelajah konsert jelajah mereka pada tahun hadapan. Salah seorang anggotanya, Brian Littrell berkata, perancangan itu dibuat bersempena kemunculan album terbaharu mereka yang dijangka akan berada di pasaran penghujung tahun ini.
Selain Brian, BSB turut dianggotai oleh AJ McLean, Howie Dorough, Kevin Richardson dan Nick Carter. Kumpulan yang terkenal dengan lagu As Long As You Love Me itu bakal membuat persembahan untuk acara itu pada malam ini, Sabtu di Plaza KLCC di samping artis seperti 2NE1, Mizz Nina, Caprice dan K-Town Clan. Dalam pada itu, Brian berkata, pada persembahan selama satu jam itu mereka akan menyampaikan semua lagu terbaik BSB buat peminat mereka.
Dalam perkembangan lain, Nick memberitahu mereka teruja apabila bakal dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame pada 22 April depan di Los Angeles. Menurut Nick, ia adalah penghargaan terbesar buat mereka sepanjang 20 tahun terlibat dalam industri hiburan.
Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan