Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Drama Bersiri Tanah Merah Lakonan Zara Zya Posted: 22 Mar 2013 09:39 PM PDT MISTERI TRAGEDI DAN CINTA DALAM Drama bersiri Melayu penuh kelainan di ntv7 Siapa bilang ntv7 ketandusan drama bersiri Melayu? Buktinya, bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Barisan pertama: Kabir Bhatia (Penerbit Tanah Merah), Wan Raja & Norman Hakim, Barisan kedua: Hakim Yazid, Cik Emilya Ab Rahim (Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Komunikasi Jenama, Projek dan Acara Khas, ntv7), Nazeera Sardi, Aishah Hoo, Zara Zya & Hafreez Adam Hasil produksi Filmscape Sdn Bhd, penggambaran Tanah Merah yang diadakan di lokasi utamanya di Ayer Keroh Country Resort, Melaka diharapkan bakal menjadi sebuah lagi drama ikutan ramai penonton Malaysia yang tercari-cari drama yang sarat dengan elemen penyiasatan dan plot keberanian seorang wartawan gadis muda. Sifat ingin tahu, ingin mencari keadilan dan kesahihan sesuatu fakta pastinya menjadi antara tugas penting buat seseorang yang bergelar wartawan untuk dikongsikan bersama. Di situlah bermulanya pencarian Johanna (Aishah Hoo) seorang wartawan muda dan berani tetapi terperangkap dengan batasan dan tekanan daripada editornya. Namun semuanya berubah apabila Maryam (Nazeera Sardi) ingin mendapatkan pertolongan Johanna untuk menyiasat tentang misteri kematian ayahnya, Hassan (Mior Fareez) pada 10 tahun lalu di sebuah kawasan peranginan, Tanah Merah. Lebih tragis sejurus pertemuan itu Maryam dilaporkan menghilang dan dikhuatiri meninggal dunia dalam cara yang hampir sama dengan arwah ayahnya. Walaupun mendapat tentangan daripada editornya, Encik Roslan (Rahim Omar), Johanna tetap tekad untuk membongkar pembunuhan misteri di Tanah Merah dan siasatan itu bakal bermula dengan rentetan diari Maryam yang ditemuinya. Misi baru Johanna tidak semudah yang disangkakan apabila kehadirannya di Tanah Merah mula kurang disenangi penduduk di situ. Tiada siapa yang tahu apakah yang sebenarnya terjadi dengan Hassan apatah lagi Maryam. Mulut mereka bagaikan terkunci ataupun memang tiada rahsia di sebaliknya. Namun itu sesuatu yang mustahil. Setiap tragedi pasti ada alasan disebaliknya. Semakin hari pelbagai perkara aneh dan tragedi ngeri berlaku. Malah satu per satu kes kematian dan pembunuhan mula terjadi dan menghantui kawasan peranginan tersebut. Tanah Merah yang kelihatan aman sebelum ini mula berubah sekelip mata. Setiap daripada mereka mempunyai sesuatu rahsia yang sukar diungkapkan dan Johanna akan terus bermain dengan pelbagai persoalan dan menanti saat segala yang tersirat itu dibongkarkannya sendiri. Namun di dalam detik sukar itu jugalah Johanna dipertemukan dalam kisah cinta segi tiga bersama seorang jejaka tampan dan egoistik, Ibrahim (Wan Raja) yang berjaya menyentuh hatinya dan anak pemilik Tanah Merah, Shah Amran (Hakim Yazid) yang sangat mesra dan tahu mengambil hatinya. Apakah yang sebenarnya terjadi di dalam tragedi 10 tahun dahulu? Mengapakah kehadiran Johanna seolah-olah membangkitkan sesuatu yang terpendam? Mampukah segala misteri dibongkar dan siapakah bakal memiliki hati Johanna? Karya penuh misteri Tanah Merah pastinya mempunyai cabaran yang besar kerana elemen-elemen kejutan amat penting dalam menyampaikan drama sebegini. "Merealisasikan drama bersiri Tanah Merah memang sesuatu yang mencabar kerana bukan mudah untuk memastikan unsur-unsur misteri dan kejutan dapat digarap dengan baik. Oleh sebab itu pasukan kami banyak mengambil masa dalam penghasilan skrip bermutu dan mengembangkan kreativiti kami agar ia mampu memberikan impak yang diharapkan," kata Kabir Bhatia. Berita baik bagi mereka yang tidak sabar mengetahui kisah lanjut drama bersiri ini, Tanah Merah akan disiarkan secara perdana menerusi portal video no.1 Malaysia – Tonton – tujuh hari lebih awal pada 28 Mac 2013 (Khamis) sebelum siarannya di Saluran Ceria Anda. Stesen ntv7 yang mengorak langkah baru tahun ini mensasarkan penontonnya yang mempunyai pemikiran urban dan global melalui arah tuju Modern Urban Progressive Adults atau ringkasannya MUPAS. Menerusi pendekatan baru ini, ntv7 pastinya menjanjikan kelainan melalui drama ini dengan jalan cerita berbeza, konsep misteri dan pelbagai kejutan menarik buat tatapan para penonton Tanah Merah. Menurut Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Tanah Merah merupakan drama bersiri Melayu berbeza kerana sentuhan dan garapan drama itu menepati kehendak stesen itu yang menjurus kepada penonton urban. "Kehadiran drama bersiri Melayu urban tahun ini merupakan sebuah lagi bukti bahawa ntv7 menjurus kepada usaha kami dalam mensasarkan kelompok sasaran stesen ntv7 yang rata-ratanya inginkan kelainan dan pengalaman baru dalam mengangkat karya menarik seperti Tanah Merah yang penuh dengan kejutan," kata Airin. Selain itu, drama percaturan ntv7 ini juga bakal mengadakan rangka promosi sempena drama bersiri itu menerusi road show mini mereka yang dijadualkan bermula April nanti. Saksikan drama bersiri penyiasatan menarik Tanah Merah di ntv7 bermula 4 April, setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7 atau ikuti drama ini di dalam talian seawal 28 Mac ini menerusi portal video Tonton di www.tonton.com.my tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman sesawang ntv7 di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook mahupun Twitter. Komen via Facebook |
| Telemovie Lukisan Kasih Lakonan Safura Yaacob Posted: 22 Mar 2013 09:16 PM PDT Kegigihan Seorang Wanita Menyuntik Kejayaan Anak OKU Dalam Telemovie "Lukisan Kasih" Di TVi Amran dilahirkan cacat kerana tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan Puan Hasnah, ibunya telah mengambil alih tugas suaminya yang meninggal lapan tahun yang lalu. Oleh kerana, Amran sering jatuh sakit dan pendapatan yang tidak seberapa, Hasnah terpaksa meminjam duit daripada jiran-jirannya untuk menghantar ke klinik. Kisah memgenai cabaran, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya bakal mewarnai telemovie Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Lukisan Kasih menemui penonton pada 30 Mac 2013 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari menerusi saluran TVi. Dibarisi pelakon Safura Yaacob, Zulkifli Ariffin, adik Mohd Azhari, Delimawati, Ridzuan Hashim dan Azhar Sulaiman, telemovie ini mengetengahkan plot cerita mengenai kegigihan dan kesabaran Puan Hasnah dalam menghadapi liku-liku kehidupannya tanpa seorang suami. Walaupun hasil pendapatannya tidak seberapa tetapi Puan Hasnah tidak mengendahkannya asalkan Amran sentiasa sihat. Amran adalah seorang anak yang pendiam dan gemar memerhatikan para pelajar lain apabila ada aktiviti melukis. Cikgu Bakhtiar, guru lukisan disekolahnya perasan akan kehadiran Amran dan telah menghadiahkannya satu set peralatan melukis. Bermula dari situ, Amran telah menghasilkan satu lukisan yang amat menarik perhatian Cikgu Bakhtiar sehingga mengambil keputusan untuk mengajarnya dengan teknik yang betul. Disebabkan oleh peningkatan dan perkembangan dalam lukisannya, Cikgu Bakhtiar telah menggantung lukisannya di bilik guru untuk dijadikan paparan kepada para pelajar lain. Cikgu Bakhtiar telah mencadangkan kepada Puan Hasnah untuk menghantar Amran ke sekolah pendidikan khas dan memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana masa depannya akan lebih terjamin. Puan Hasnah bersetuju dengan cadangannya dan Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang untuk melihat keadaan kehidupan Puan Hasnah. Amran gembira apabila dibenarkan bersekolah di sekolah pendidikan khas kanak-kanak cacat dan Puan Hasnah pula menerima bantuan dari pihak kebajikan masyarakat sebanyak RM 300 sebulan untuk menampung persekolahan Amran. Dua tahun kemudian, Puan Hasnah telah membuka perusahaan sendiri dengan membuat makanan sejuk beku yang telah mendapat tempahan dari pasaran Malaysia dan luar negara. Saksikan kecekalan, kegigihan serta kesabaran seorang ibu tunggal dalam menyara kehidupan anaknya yang cacat serta mampu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik hanya di TVi. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan