Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013 Posted: 20 Mar 2013 07:29 AM PDT Kumpulan rock Wings tidak perlu Budiey perkenalkan lagi, mereka merupakan salah satu grup rock otai paling lama bertahan di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1985. Tersenarai diskografi yang cukup teguh lagi unggul, hingga kini Wings mempunyai 17 buah album studio, 10 buah album kompilasi dan 4 buah album rakaman live. Satu pencapaian yang sukar untuk digugat lagi. Album pertama Wings diterbitkan pada tahun 1987 dengan tajuk Belenggu Irama yang terangkum lagu-lagu seperti Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Taming Sari. Ini diikuti dengan album Hukum Karma yang memberikan lagu-lagu hits seperti Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma, Taman Rashidah Utama dan Orang Kita. WINGS akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April 2013 di Istana BudayaAlbum Naga Kramat diterbitkan pada tahun 2002 dan buah tangan akhir tersebut telah membuahkan kerinduan buat para peminat Wings. Kumpulan ini dengan secara rasminya telah menjadi artis naungan KRU Music Group pada tahun lalu dan akan keluar dengan sebuah album studio baru yang diberi judul Menakluk Kosmos. Selama 28 tahun terbang di ruang muzik rock Malaysia, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti kumpulan Wings. Sudah banyak kejayaan dikecapi termasuklah mencipta rekod penjualan tiket paling laris di Istana Budaya semasa Konsert Opera Hidup dua tahun lalu. Kembalinya Wings dengan sayapnya yang semakin lebar dan utuh di Istana Budaya dalam rangka pengembaraan Konsert Wings Rockestra 2013 pastinya bikin hati peminatnya tak mahu duduk diam dan keterujaan semakin memuncak. Meenjanjikan lagu-lagu yang belum pernah dipersembahkan depan khalayak di samping kelainan dari segi susunan muzik yang cukup eksklusif bila mana bergabung dengan para pemuzik handalan dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan kejutan untuk peminat di mana bakal menerbangkan seorang legenda rock dari Indonesia, bakal diabadikan di kotak minda peminat setia Wings. Yeah! Awie, Joe, Eddie dan Black bakal menggegarkan sekali lagi Istana Budaya dengan lagu-lagu hit mereka! 80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang dan tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok. Nama Konsert: Wings Rockestra 2013 Bukan hanya enak di telinga, konsep yang segar dan meyakinkan visual akan mengiringi senarai repertoire Wings yang luas. Kumpulan ini akan beraksi, menjelajah jiwa dan rasa khalayak selama 2 jam 30 minit dengan sorotan lagu yang berisi momen-momen tersendiri buat khayalak yang sudah sekian lama mengikuti perjalanan seni mereka. Grup rock pertama yang masuk ke dalam istana ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan mantap dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan. Harga Tiket RM499 (Golden Seat), RM399 (Front Stall) RM299 (Middle Stall) RM249 (Grand Circle Center) RM199 (Grand Center L&R) RM149 (Grand To End) RM99 (Upper Circle/Center)Rm69 (Upper Circle) Jadi untuk mereka yang berminat untuk ke konsert Wings Rockestra ini, Boleh dapatkan tiket anda di http://www.ticket2u.biz Hashtag #WingsRockestra2013 Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #WingsRockestra2013. Jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh grup Wings & geng @Sayap2Wings, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Wings yang rasmi iaitu www.facebook.com/groups/95161378829/ Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013 Salam kepada semua pembaca Sensasi Selebriti, Budiey kira, ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi sepasang tiket Konsert Wings Rockestra 2013Sebagai Blog Rasmi Konsert Wings Rockestra 2013 ini, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat tegar Wings untuk berhibur dengan alunan lagu-lagu mantap dari Wings. Budiey ada dua keping tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya! Apa yang korang perlu buat ialah: 1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. 3. Sila LIKE & join group Rasmi Wings: www.facebook.com/groups/95161378829/ 2. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan. Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #WingsRockestra2013. Follow @sayap2wings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf. Slogan: Saya mahu ke #WingsRockestra2013 dgn @budiey & @sayap2wings kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca. Jawap soalan di bawah ini: Soalan 1: Soalan 2: Lengkapkan slogan ini dengan kreatif: Sertakan juga maklumat peribadi: Hantarkan jawapan anda kepada: dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Konsert Wings Rockestra 2013 Tarikh tutup peraduan: SYARAT & PERATURAN:
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait? Terima kasih kepada Anggerik Event Sdn Bhd dan kumpulan Wings kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com. Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Jom ikuti temubual eksklusif Budiey Bersama Wings, klik SINI. Komen via Facebook |
| Penampilan Aaron Aziz & Lisa Surihani di Oh My English Musim Kedua Posted: 20 Mar 2013 06:07 AM PDT OH MY ENGLISH! KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA DI ASTRO TVIQ & MUSTIKA HD Oh My English! (OME!) kini kembali untuk musim kedua. Oh My English! Musim Ke-2 menjanjikan keseronokan dan pembelajaran berganda kepada para penonton dengan menampilkan para pelakon yang baru, jalan cerita yang menarik dan pastinya lebih ilmu pengetahuan dan kosa kata dalam menguasai Bahasa Inggeris. Para peminat rancangan ini boleh menyaksikan tayangan musim kedua pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam, bermula daripada 31 Mac di Astro TVIQ (saluran 610) dan untuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran 134). Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap Oh My English! pada tahun lepas, musim kedua ini memperkuat komitmen Astro untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan generasi muda Malaysia dengan menggabungkan pendidikan dan hiburan. Rancangan ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memperbaiki pertuturan dalam Bahasa Inggeris melalui pendekatan 360 darjah pelbagai medium yang merangkumi siri TV Oh My English!, butang merah interaktif di alat kawalan jauh Astro, video klip pendek, laman sesawang, permainan, bengkel pembelajaran di sekolah, majalah ilmiah, kapsul radio, laman media sosial dan banyak lagi. Yasmin Megat, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro berkata "Astro sangat komited dalam menawarkan pengisian pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran menyeronokkan yang meliputi kesemua platform kami, dari Astro TV ke perkhidmatan satelit percuma NJoi sehinggalah Astro-on-the-Go untuk memperkaya ilmu rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan Kementerian Pendidikan bagi membawa pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam Oh My English! merentasi sekolah-sekolah di Malaysia." Oh My English! dilancarkan buat kali pertama pada Mei 2012 dan telah menerima sambutan dan sokongan yang luar biasa bagi sebuah program pendidikan. Rancangan ini telah memenangi hati peminat dan ditonton oleh berjuta rakyat Malaysia, malah tajuk program ini juga telah menjadi ungkapan harian yang popular di kalangan golongan belia Malaysia. Oh My English! Musim Pertama telah mencatatkan jumlah penonton televisyen seramai lebih daripada 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan terdapat 430,000 peminat di Facebook. Selain itu, rancangan ini merupakan rancangan yang paling banyak ditonton di Astro-On-The-Go sambil turut menarik ramai pelawat ke laman sesawang pendidikan Oh My English!. Ungkapan Oh My English juga menjadi salah satu topik 'trending' teratas di Twitter pada tahun 2012. Malah, lagu tema Oh My English! yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay dan Altimet turut menjadi lagu yang begitu popular dan mengungguli carta radio tanah air. Kejayaan rancangan bersiri ini telah mendorong kepada penghasilan majalah Oh My English! dan sebanyak 70,000 salinan edisi pertama telah dicetak dan diedarkan. Tambah Yasmin Megat, Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro.
Oh My English! Musim Ke-2 yang menampilkan 20 episod serba baru ini akan meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris. Para peminat siri ini pasti teruja dengan penampilan kembali karakter-karakter kegemaran mereka daripada kelas 3 Merah seperti Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran), Farouk (Amer Sharrif bin Rashid), dan tidak dilupakan guru-guru yang mendidik mereka di dalam rancangan ini seperti Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) serta juga Mr. Os yang memegang watak sebagai tukang kebun sekolah, Pak Sham yang akan kembali menggamatkan suasana. Oh My English! Musim Ke-2 kali ini pastinya akan menjadi lebih hebat dengan penampilan karakter-karakter baru yang akan didukung oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air. Pemenang ABPBH, Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut. Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu. Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani. Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan apabila karakter-karakter sedia ada bertemu dengan karakter-karakter yang baru. Para peminat siri ini juga pasti akan lebih teruja dengan penampilan khas ramai lagi selebriti popular. Lisa Surihani dan Rozita Che Wan akan membuat penampilan sekali lagi dalam rancangan ini atas permintaan ramai. Dalam musim kedua ini, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nur Fazura, Rykal, Joe Chang, Gabriella Robinson, Yus Jambu (Raja Lawak) dan penyampai radio hitz.fm iaitu Jin dan Ryan akan turut memeriahkan lagi sesi pembelajaran Oh My English! Berbekalkan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita yang padat dengan jenaka, Oh My English! Musim Ke-2 pastinya menghiburkan para penonton. Namun, di sebalik hiburan yang diberikan, unsur ilmiah yang diketengahkan masih menjadi fokus utama. Astro sekali lagi bergandingan bersama pakar Bahasa Inggeris global iaitu British Council dalam menghasilkan pengisian berunsur ilmiah dan juga elemen animasi dalam kapsul pembelajaran yang lebih baik untuk diterapkan di dalam Oh My English!. Para penonton boleh menambah baik kemahiran dalam Bahasa Inggeris melalui kapsul ini yang merangkumi kosa kata, tatabahasa, pertuturan, peribahasa dan pelbagai lagi. Kepada para peminat yang ingin mempelajari ilmu Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam, sila layari laman sesawang Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my yang padat dengan bahan-bahan ilmiah, permainan dan aktiviti yang menarik. Selain itu, bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran Bahasa Inggeris terbesar di negara ini boleh menyertai www.facebook.com/ohmyenglish atau www.twitter.com/oh_my_english. Di sini, mereka boleh menjadi sebahagian daripada komuniti Oh My English! yang mesra sambil berkongsi pengalaman mempelajari Bahasa Inggeris. Pada pertengahan tahun ini, para peminat Oh My English! juga dapat menikmati lebih banyak aktiviti dalam ruang digital. Seiring dengan pelancaran Oh My English! Musim Kedua, pihak Astro telah pun menyediakan beberapa aktiviti eksklusif. Program ganjaran kesetiaan Astro, Astro Circle ingin menjemput para pelanggan Astro ke tayangan perdana Oh My English! Musim Ke-2 bersama dengan barisan pelakonnya. Untuk mengetahui cara memenangi jemputan eksklusif ini, layari laman sesawang www.ohmyenglish.com.my. Tarikh tutup penyertaan adalah 24 Mac 2013. Bukan itu sahaja, para peminat juga boleh menonton "Di Sebalik Tabir" istimewa Oh My English! Musim Ke-2 pada hari Ahad, 24 Mac jam 7.30 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Mustika HD (saluran 134). Sebagai persediaan untuk kedatangan musim kedua, TVIQ akan menayangkan kembali Oh My English! Musim Pertama secara berterusan pada 30 & 31 Mac, pukul 10 pagi – 10.30 malam. Oleh itu, para peminat berpeluang untuk menonton kembali mana-mana episod yang tidak sempat ditonton daripada musim pertama. Ini diikuti dengan tayangan perdana Oh My English! Musim Ke-2 pada hari Ahad, 31 Mac jam 7.30 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Mustika HD (saluran 134). Musim kedua akan terus bersiaran pada setiap hari Ahad jam 7.30 malam pastinya di saluran Astro TVIQ dan Astro Mustika HD. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan