OHBULAN! |
| Fuh! Apabila Nora Danish & Rusdy Ramli Berpelukan Atas Katil… Posted: 25 Mar 2013 09:26 PM PDT Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, 'Mencari Cinta'. 'Mencari Cinta', sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan. Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran. Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan? Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan. Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar. Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya. Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek. Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer selepas ini. |
| Pernikahan Pertama Siti Fazurina Tak Sah Posted: 25 Mar 2013 05:00 PM PDT
Pernikahan keduanya telah berlangsung pada 20 Mac lepas, selepas 3 bulan mereka menjadi pasangan 'suami isteri'. "Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini." – Zubaidah Abu Bakar, ibu Siti Fazurina. Menurut ibu Fazurina, pelakon ini telah memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang. Dalam pada itu, walaupun sudah bernikah kali kedua berwalikan adik kandungnya sendiri, ibu Fazurina ketika ditemubual memberitahu bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina. "Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu." Apa pun, semoga Fazurina dan suami hidup bahagia dan tak salah jika ibu memahami anak pula. Perkara yang lepas kan tak elok jika dikenang. Sumber : mStar Online |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan