OHBULAN! |
| Astro On-The-Go : Kini Rancangan Kegemaran Anda Hanya Dihujung Jari Posted: 24 Mar 2013 10:18 PM PDT Pernah terfikir untuk menikmati drama-drama kegemaran anda seperti 'Adam & Hawa' atau mungkin menonton rancangan hiburan seperti 'Meletop' dan juga 'Fear Factor' namun tidak mempunyai kesempatan kerana sentiasa sibuk? Ya, Astro On-The-Go (AOTG) adalah satu platform yang memberikan anda peluang untuk menonton drama & filem, acara sukan tempatan serta berita walau dimana saja anda berada. Walaupun ia nampak seperti biasa, namun anda takkan tahu sehingga anda sendiri merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan AOTG. Dulu, kami selalu terlepas siri-siri drama kegemaran, namun dengan adanya AOTG, pengalaman menonton tv menjadi lebih bermakna. Bayangkan, ketika menunggu bas dan juga ketika menaiki bas menuju pulang ke kampung, kami sempat menonton drama Adam & Hawa. Awesome kan? Tak cukup disitu, baru-baru ini ketika terpaksa bekerja diluar kawasan Kuala Lumpur, kami ingatkan sudah terlepas untuk menyaksikan sebuah perlawanan bola kelab Chelsea, namun dengan adanya AOTG, perlawanan bola itu hanya dihujung jari. Anda mungkin tak percaya apa yang kami cakap ini. Tapi, anda percaya tak, anda boleh ubah telefon pintar, tablet, atau komputer riba anda menjadi peranti yang juga mampu menyiarkan siaran-siaran dari Astro? Bukan sekadar itu, anda juga boleh menikmati pengalaman menonton yang lancar secara peribadi dan dapat mengakses kandungan-kandungan terbaik daripada televisyen, radio dan juga Video-On-Demand? Mudah saja, dengan aplikasi Astro On-The-Go, anda boleh tukarkan iPhone, iPad atau mungkin telefon pintar Samsung anda menjadi tv mini. Menarik kan? Nak tahu apa yang lebih 'double' menarik? Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) baru-baru ini juga telah melancarkan perkhidmatan AOTG di Melbourne yang mempunyai lebih kurang 150 ribu orang rakyat Malaysia disana. Dan sebagai rakyat Malaysia, anda boleh menikmati perkhidmatan AOTG ini sekarang dengan hanya mendaftar sahaja. Antara faedah yang dapat dinikmati ialah prebiu percuma Astro Awani, saluran berita dan informasi 24-jam Malaysia yang pertama dan menonton acara sukan terpilih di Astro Arena. Di Malaysia, para pelanggan Astro boleh melanggan perkhidmatan AOTG dan menikmati sehingga 21 saluran TV, menonton acara-acara sukan secara langsung dan program-program terbaik menerusi Catch-up dan Video On Demand hanya dengan RM25 setiap bulan. Belum pernah melanggan Astro? Jangan risau kerana perkhidmatan AOTG juga disediakan untuk anda. Segmen baru ini akan membolehkan pelanggan untuk mengakses kandungan Astro pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Pelanggan Astro juga boleh memilih untuk melanggan sama ada Pek 1 atau Pek 2. Kedua-dua pek tersebut terdiri daripada 4 saluran, masing-masing untuk RM30/pek sebulan, RM5/pek sehari atau boleh juga memilih untuk melanggan satu saluran dalam setiap dalam pek termasuk Vaanavil dari RM10 ke RM15 / saluran sebulan. Mudah bukan? Dengan sistem jalur lebar dan internet tempatan yang semakin maju, kini tiada lagi istilah, 'alamak, aku terlepas la pula perlawanan bola hari tu." |
| Foto : Fasha Sandha Anjur Majlis Sambut Bakal Anak Pertama Posted: 24 Mar 2013 10:06 PM PDT Hampir bergelar ibu kepada anak pertamanya yang dijangkakan lahir tidak lama lagi, Fasha Sandha baru-baru ini telah menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan berita gembira yang bakal menyusul tidak lama lagi. Bertemakan warna biru, majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang lagi rakan selebriti lain seperti Eizlan Yusof, Amanda Misbun, Faradhiya, Zizan dan juga beberapa orang lagi artis popular lain. Melalui foto yang dilihat dilaman Instagram Fasha, pelakon ini juga telah menerima banyak hadiah dari rakan-rakan. Tahniah pad Fasha dan juga Jejai yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Jum lihat beberapa keping foto Fasha Sandha yang semakin berseri-seri selepas ini ya! |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan