OHBULAN! |
| Foto : Intan Ladyana Di Cameron Hinglands Posted: 20 Mar 2013 10:28 PM PDT Pada 18 Mac lalu, pelakon cantik Intan Ladyana telah berada di Cameron Highlands bagi menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul "Aku Pilih Kamu." Menerusi foto yang dimuat naik melalui laman Instagram milik aktres ini, kelihatannya dua pelakon terkenal iaitu Fezrul Khan dan Zain Hamid (Ruffedge) turut terlibat dalam penggambaran filem tersebut. Nampaknya hari ini sudah masuk hari ke-empat Intan Ladyana berkampung di Cameron Higlands dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, Intan Ladyana telah sempat melawat beberapa tempat menarik seperti di Rose Cottage, ladang strawberry dan taman kaktus. Seronoknya… jom layan foto-foto Intan Ladyana selepas ini :) Kredit Foto : Instagram Intan Ladyana |
| Tuduhan Ini Mencalar Reputasi Baik Saya – Rita Rudaini Posted: 20 Mar 2013 08:32 PM PDT Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan semalam yang menyatakan dia kecewa kerana menantunya, Rita Rudaini gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah Seremban, Selasa lalu, hari ini Rita telah tampil untuk menjelaskan segala-galanya. Menurut Rita, dia tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak mengetahui bahawa kes perbicaraan mereka sudah ditunda ke tarikh lain dan bertegas pihaknya bakal menghantar wakil untuk kes pendamaian tersebut.
Dalam laporan yang sama, Rita turut menyatakan yang dia tidak harus dipersalahkan dalam hal ini kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan