Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Zain Hapuskan Akaun Instagram Kerana Maruah Rozita
- Hubungan Siti Nurhaliza Lebih Romantik Selepas Suami Kemalangan
- Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'
- Rita Rudaini Minta Jangan Burukkan Namanya
- Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring'
- Rozita: Seksi tu hak saya
- Emelda tutup mulut
- Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas
| Zain Hapuskan Akaun Instagram Kerana Maruah Rozita Posted: 21 Mar 2013 02:46 AM PDT Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, keputusan itu dibuat semata-mata untuk menjaga maruah, nama baik serta imej yang dibawa oleh kekasihnya itu. "Ya... Saya padam akaun (Instagram) kerana tidak mampu untuk mengawal orang yang beri komen dan kutukan pada setiap gambar yang saya muat naik. "Gambar-gambar itu hanyalah sekadar gambar biasa sahaja, bukannya gambar tidak sopan. Kalau ada pun mungkin hanya skirt (Rozita) tertarik sikit semasa sedang duduk," ujarnya kepada ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Oh My English! musim ke 2 di Sekolah Wawasan, USJ 16, Subang Jaya di sini pada Rabu. Dia menamatkan akaun tersebut pada malam Isnin lalu selepas gambar bersama Rozita, 40, dikecam kerana wanita itu dituduh berpakaian seksi. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas berumah tangga kelak, Zain berkata dia tidak pernah merancang untuk mendapat anak memandang faktor usia Rozita. "Selepas berkahwin nanti saya merancang untuk buat bisnes agar kehidupan kami lebih stabil. Kalau boleh biarlah Rozita berehat dan kerja ikut kemampuan dia. "Dari segi perancangan keluarga dan anak pula saya tidak meletakkan harapan atau perancangan, kita hanya serahkan kepada Allah," katanya. Dalam pada itu menerusi Oh My English! musim kedua ini, Zain tetap memegang peranan serupa iaitu sebagai cikgu Henry Meddleton . Rancangan itu akan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam bermula 31 Mac ini menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Terdahulu media sebelum ini melaporkan Zain dan Rozita, telah membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan mereka dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Pasangan ini memberitahu akan mengadakan sidang media tentang perkahwinan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. | ||
| Hubungan Siti Nurhaliza Lebih Romantik Selepas Suami Kemalangan Posted: 21 Mar 2013 02:45 AM PDT Siti, 34, berkata, keadaan itu berlaku sejak dia menjaga dan menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu. "Sejak suami cedera akibat kemalangan, saya cuti beberapa bulan semata-mata untuk menjaga suami. Saya tak menyangka, kemalangan yang berlaku itu memberi hikmah besar buat saya. "Bukan nak kata sebelum ini saya dan suami tak romantik. Dia memang seorang yang romantik dan penyayang sejak dulu lagi. "Tetapi apabila kami lebih kerap meluangkan masa bersama, suasana romantik dan rasa sayang itu menjadi berlipat kali ganda. Berbanding dahulu, kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu. Malah beliau juga bersyukur apabila melihat perubahan suaminya yang semakin sihat dan memerlukan beberapa rawatan fisioterapi agar pulih sepenuhnya. "Alhamdulillah, kejadian yang telah berlaku merupakan cabaran dan dugaan hidup. Saya sangat bersyukur kerana Allah tidak mengambil terus nyawa suami saya. "Biasalah menjaga orang sakit ini macam-macam dugaannya. Bagi yang pernah berada dalam situasi seperti saya, mereka mesti akan faham. "Memandangkan tangan suami cedera, banyak pergerakan yang tidak boleh dilakukannya dan hal itu membuatkan dia tak senang duduk. "Kalau tidak... ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kadang-kadang perabot dalam rumah yang dirasakan tidak kena dengan cita rasanya pun hendak diubah sendiri," seloroh penyanyi jelita ini. | ||
| Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English' Posted: 21 Mar 2013 02:44 AM PDT Mereka terdiri daripada Aaron Aziz, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi dan Nur Fazura. Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Yasmin Megat berkata, pemilihan beberapa artis popular adalah berikutan permintaan daripada penonton melalui maklum balas yang diberikan pada siri pertama. "Selepas tamat musim pertama kita terima maklum balas baik dari penonton yang mahu beberapa artis popular menyertai program ini. "Seperti yang kita tahu artis seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani, Fazura, Tiz Zaqyah mempunyai pengikut yang ramai dan ia dapat menarik lebih ramai penonton," katanya pada sidang media pelancaran program Oh My English! musim ke2, di Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya di sini pada Rabu. Tambahnya, disebabkan sambutan hangat terhadap rancangan tersebut, pihaknya perlu melipatgandakan komitmen untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan generasi muda menerusi medium berkenaan. "Pada musim pertama lalu OME! telah mencatatkan jumlah penonton seramai lebih 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan 430,000 peminat di Facebook. "Kami sangat terharu dengan respons positif yang kami terima daripada pelajar sekolah, ibu bapa sehinggalah guru-guru, bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Brunei, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan Korea," katanya. Menerusi program 20 episod itu, OME! meneruskan formulanya menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris. OME! bakal menemui penonton pada setiap Ahad pukul 7.30 malam menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula 31 Mac depan. Bagaimanapun Di Sebalik Tabir istimewa OME! dapat diikuti pada Ahad ini menerusi saluran yang sama. | ||
| Rita Rudaini Minta Jangan Burukkan Namanya Posted: 21 Mar 2013 02:43 AM PDT Rita, 37, menjelaskan dia tidak sepatutnya dipersalahkan kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah. "Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir ke mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi saya. "Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013," katanya kepada Kosmo! dalam laporan pada Khamis. Tegas Rita, pihaknya akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai itu. Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita. Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah. Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu. | ||
| Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring' Posted: 21 Mar 2013 02:42 AM PDT Natasha Hudson Langgar, yang disifatkan agak 'panas' dan 'daring'. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi. Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip. "Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas. "Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas penagih dadah dan dia berperwatakan seperti lelaki sebelum ini. Dia ada sejarah hidup dia sendiri. Apabila dia menjadi teman wanita kepada ketua gangster bernama Radzi (Namron) bererti Radzi boleh buat apa saja kepadanya," katanya yang ditemui di pelancaran filem terbitan Tayangan Unggul, bertempat di Carney Vino, Kuala Lumpur. Selain Natasha, turut berlakon dalam filem ini ialah Adi Putra, Khir Rahman, Zul Huzaimy, dan Hans Isaac. Bagaimanapun, aktres kacukan Melayu-Australia ini bersedia untuk menerima apa saja reaksi daripada penonton apabila filem ini ditayangkan pada 11 April depan. "Saya tahu, setiap orang akan ada pandang dan pendapat masing-masing apabila menonton filem ini kelak. Cuma saya berharap penonton boleh berfikir positif setelah menonton filem ini nanti," ujarnya. Rela dipukul Bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya menjayakan watak Amanda, Natasha berkata, dia merelakan Namron memukul dan melakukan kekasaran terhadapnya. Katanya, biarpun pada mula Namron enggan berbuat demikian, namun dia tetap bertegas untuk merasai sendiri seolah-olah betul dipukul bagi menghayati wataknya. "Masa kena pukul, adalah beberapa kali benjol dan bengkak sebab Namron pakai banyak cincin berbatu. Tapi saya tak kisah kerana dengan cara itu, kami juga boleh cepat mendapatkan keserasian," katanya. Tatkala ditanya mengenai penerimaan suaminya, Carleed Khaza, 34, berhubung lakonannya itu, Natasha berkata, dia bertuah kerana memiliki seorang suaminya yang bersikap profesional dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. "Sejak awal lagi, dia memahami kerjaya saya dan begitu juga saya memahami kerjaya dia. Kalau dari awal dia tak faham, mungkin susah jugalah buat saya," katanya yang kini sarat hamil lapan bulan. Kejutan anak kedua Menyentuh mengenai kandungannya pula, Natasha berkata, pengalaman hamil anak kedua berbeza ketika dia hamil anak sulungnya, Neesa Helena, 5. Katanya, kali ini, dia lebih aktif dan tidak boleh duduk diam dan masih sibuk dengan perniagaan dalam talian dan program bersama TV Al Hijrah. "Mengenai jantina, saya memang tidak mahu tahu dan menganggap ia sebagai kejutan. Persiapan juga saya buat ala kadar saja dan banyak lagi baju Neesa semasa bayi masih belum digunakan. "Selagi saya larat, saya akan aktif sehinggalah nak dekat bersalin nanti. Rutin saya tetap sibuk dengan keluarga, perniagaan karier. Apatah lagi Neesa juga sudah mula bersekolah tahun ini. "Bagaimanapun, semenjak usia kandungan mencapai lima bulan, saya tidak lagi menerima tawaran lakonan dan projek terakhir saya adalah filem Mamat Cupcake," katanya yang masih menanti tayangan dua lagi filem lakonannya iaitu Halilintar dan Lemak Kampung Santan. | ||
| Posted: 21 Mar 2013 02:41 AM PDT Rozita Che Wan dan Zain Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi. Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan. Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing. "Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam. Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'. Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti. "Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya. Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua. "Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya. | ||
| Posted: 21 Mar 2013 02:35 AM PDT
MASIH menyembunyikan identiti dan gambar anak angkatnya, Edra Rafael yang kini memasuki usia dua tahun, Emelda tetap dengan pendiriannya sampai sekarang. Kata Emelda atau nama sebenarnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 33, kehidupannya sebagai seorang ibu, pelakon dan pelajar separuh masa kini dilimpahi keceriaan setiap hari. "Saya minta maaf, buat masa sekarang saya belum bersedia untuk menceritakan atau mendedahkan anak angkat saya kerana takut perkara yang tidak diingini berlaku kepadanya kalau saya berbuat demikian. "Harap semua pihak menghormati keputusan saya kali ini," ujar Emelda atau mesra disapa Mel yang ditemui ketika tayangan perdana filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. KABIR BHATIA (tiga dari kanan) dan Emelda (kiri) bersama barisan karyawan filem Sembunyi: Amukan Azazil. Mahu anak Emelda menegaskan, dia bukan seperti artis lain yang perlu berkongsi semua cerita peribadi dan tidak merasakan adalah perlu untuk mendedahkan identiti anak angkatnya. "Biarlah anak saya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain kerana dia juga berhak untuk hidup sedemikian," ujar Emelda yang mahu mengunci mulut daripada membicarakan soal anak. Sebelum ini, Emelda dan suaminya, Adlin Aman Ramlie pernah membawa anak angkatnya yang ketika itu berusia lima bulan sekitar Ogos tahun 2011 ke majlis akikah cucu penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman namun mereka enggan disiarkan gambar mereka bersama. Dalam pada itu, katanya dia dan suami masih berusaha untuk memiliki zuriat sendiri dan tidak putus-putus berdoa. "Saya tidak pernah putus asa, setiap hari kami mencuba dan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata. Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi dan kami menunggu rezeki dari Allah. "Kami tidak merancang dan dalam masa sama kami turut menjalani rawatan di hospital atas nasihat doktor untuk memudahkan saya hamil. "Tapi entah kenapa sampai sekarang belum dikurniakan cahaya mata, mungkin Tuhan mahu kami bermanja-manja dan bercinta terlebih dahulu," tambahnya. yang mengahwini Adlin pada 22 Mei 2009 di Ipoh, Perak.
Pengajian tahun akhir Sementara itu, Emelda tidak lokek untuk berkongsi kehidupannya bergelar pelajar yang sudah hampir bergraduasi tidak lama lagi. Emelda kini sedang mengikuti pengajian tahun akhir dalam bidang Ijazah Komunikasi di kampus luar Universiti Utara Malaysia (UUM). "Tidak susah untuk membahagikan masa untuk rumah tangga, karier dan pelajaran kerana saya bukan pelajar sepenuh masa. Insya-Allah bulan Oktober ini saya akan menamatkan pengajian saya. "Jadi, selain waktu kuliah itu saya gunakan untuk berlakon dan uruskan keluarga," ujar lulusan Diploma Senireka Grafik itu. Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu juga berkongsi pengalamannya berlakon dalam produksi Sembunyi: Amukan Azazil yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Mac nanti. Emelda melakonkan watak Melur, seorang wanita kampung yang bertukar sifatnya apabila terlalu dikongkong oleh suaminya, Atan (lakonan Sharnaaz Ahmad). "Suami saya dalam filem ini sangat garang dan Melur merupakan seorang isteri yang akur dengan arahan suami. Berlakon dalam filem ini banyak cabarannya terutama apabila penggambaran dilakukan di dalam hutan pada bulan Ramadan. "Tambah memenatkan apabila penggambaran tamat beberapa hari sebelum Hari Raya Puasa dan menerusi filem ini saya perlu menari dan menyanyi," ujar Emelda yang pertama kali digandingkan bersama Sharnaaz. | ||
| Syazwan nafi punca perpisahan Keith, Tyas Posted: 21 Mar 2013 02:34 AM PDT
RUANGAN pojok sebuah akhbar tempatan Ahad lalu menyiarkan laporan mengenai perpisahan pelakon dan model terkenal yang mencipta nama di Indonesia, Keith Foo dan Tyas Mirasih yang dikatakan berpunca daripada orang ketiga iaitu pelakon Syazwan Zulkifly. Syazwan, 26, sebelum ini bergandingan dengan Tyas menerusi filem Laga. Syazwan yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini mengulas lanjut berkenaan gosip yang mengaitkan dirinya sebagai punca perpisahan dua pelakon itu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Syazwan yang menjawab tentang kontroversi terbabit. Kosmo!: Mungkin Syazwan boleh komen mengenai kontroversi yang mengaitkan nama anda sebagai punca perpisahan Keith Foo dan Tyas Mirasih? SYAZWAN: Saya, Tyas dan pihak produksi filem Laga tahu apa yang terjadi dan sepanjang penggambaran tiada masalah antara kami. Apabila timbul cerita sebegini, saya rasa tidak selesa dan kisah percintaan atau perpisahan mereka pun saya dengar daripada Tyas sendiri memandangkan kami masih berhubung sebagai kawan sampai sekarang. Sejauh manakah perkenalan antara Syazwan dengan Tyas secara peribadinya? Menerusi filem Laga, Tyas melakonkan watak kekasih saya dan tiada sebarang babak romantik antara kami berdua pun. Saya seronok mengenali dia kerana kami boleh jadi sekepala dan saya sering menumpangkan dia menaiki kereta saya bersama dua orang pembantu peribadinya sepanjang berada di Kuala Kangsar, Perak. Kali terakhir kami bertemu pun tiga minggu lalu ketika dia berada di Kuala Lumpur. Bagaimanakah pula hubungan Syazwan dengan Keith Foo? Saya tidak salahkan Keith dan saya juga tidak mengenalinya secara personal. Tapi sebelum ini saya pernah satu kali bercakap dengannya menerusi telefon ketika terdengar khabar angin mengenai hubungan mereka yang semakin renggang melalui Tyas. Tiada kes saya merampas kekasih Keith dan tidak rasa kenapa saya perlu jadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Kami tiada masalah dan insya-Allah kami akan digabungkan bersama dalam sebuah drama adaptasi novel pada awal bulan Mei nanti yang turut dibintangi Farid Kamil, Nabila Huda dan Izara Aishah. Adakah wujud unsur sabotaj yang ingin memecahbelahkan hubungan Syazwan, Keith dan Tyas? Saya tidak fikir orang dalam produksi yang boleh menyampaikan cerita begini kepada Keith atau Tyas, pastinya pihak terbabit mempunyai akses yang cepat untuk berhubung dengan pihak Keith atau Tyas di Indonesia ketika itu. Apabila timbul gosip sebegini, adakah ia menjejaskan karier atau kehidupan peribadi Syazwan? Saya tidak merasakan ia menjejaskan kerjaya atau kehidupan saya cuma gosip sebegini akan 'menambah nasi' terhadap kata-kata orang sebelum ini bahawa saya kaki perempuan. Memang betul saya kenal ramai perempuan dan secara peribadinya, saya rasa tidak salah kerana saya juga masih solo. Apakah tindakan Syazwan selepas ini? Saya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan buat masa sekarang dan biarlah masalah ini diselesaikan sendiri oleh Keith atau Tyas. Cuma saya tertanya-tanya kenapa perlu cakap saya menjadi punca mereka putus cinta? Apakah perkembangan terkini Syazwan? Saya baru selesai penggambaran drama bersiri Karlos dan sedang menjalani penggambaran telefilem Wisalah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bersama Zamarul Hisyam dan Lisdawati, kemudian akan ke set telefilem Ad-Din bergandingan dengan Talha Harith. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan