Jumaat, 26 Oktober 2012

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


6 GAMBAR - RAGAM LISA & YUSRY DI AIDILADHA

Posted: 26 Oct 2012 08:57 AM PDT


"Singgah rumah mummy daddy yusry for Aidiladha," ujar Lisa Surihani beberapa jam yang lalu.

Inilah yang dikatakan bercinta selepas kahwin. Meskipun mereka sudah bergelar suami isteri, namun kemesraan dan gurau senda tetap tidak pernah suram. Bak kata orang, setiap hari bagi mereka adalah 'first night'. Heh.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

5 GAMBAR - KAD PERKAHWINAN DIANA & FARID KAMIL

Posted: 26 Oct 2012 08:11 AM PDT


Kad jemputan pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bakal berlangsung pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor. Ia nampak ringkas, tetapi penuh gaya dan pastinya memberi seribu makna yang sukar dilupakan oleh pasangan ini nanti.

Untuk info, ia direka oleh pembuat kad berpengalaman KadLawo.com khas untuk Diana dan Farid. Rasanya... ia sudah diedarkan kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat handai kerana tarikh nikah mereka sudah terlalu hampir.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BETTY BANAFE NIKAH JEJAKA INGGERIS 8 DISEMBER

Posted: 25 Oct 2012 03:19 PM PDT


Betty Banafe yang kelihatan agak lambat bertemu jodoh berbanding rakan artisnya yang lain akhirnya memilih jejaka Inggeris sebagai bakal suami. Betty dan Bruce Dargus bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 8 Disember ini.

Manakala majlis resepsi pula bakal dilangsungkan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, empat hari selepas nikah.

Untuk info, bakal suami Betty merupakan jejaka kacukan Britain-Lubnan dan mereka telah bertunang pada 14 Jun lalu. Katanya, kebijaksanaan Bruce berjaya menambat hatinya berbanding jejaka lain.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PERKAHWINAN APEK & LEUNIEY TUTUP TIRAI 2012

Posted: 25 Oct 2012 03:03 PM PDT


Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada bulan Disember ini (kemungkinan 28 haribulan). Malah khabar gembira tersebut sudah diwar-warkan melalui media apabila mereka bergambar mesra umpama merakamkan gambar perkahwinan layaknya.

Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi bakal melangsungkan pernikahan sahaja. Majlis persandingan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MASTERCHEF AUSTRALIA POPULARKAN ALVIN QUAH

Posted: 25 Oct 2012 01:46 PM PDT


Alvin Quah, peserta berbakat besar dalam MasterChef Australia Musim Kedua yang merupakan anak kelahiran Malaysia mengagumkan ramai pihak dengan masakan kreatif beliau berteraskan inspirasi elemen-elemen Asia, berkonsep ringkas dan unik.

Kini, AYAM Brand Australia telah bekerjasama dengan Alvin Quah untuk mempromosikan masakan Malaysia menerusi bahan-bahan dan sos Asia daripada rangkaian jenama tersebut.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu