Khamis, 25 Oktober 2012

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


MAKAN MALAM KHAS BERSAMA JAMAL ABDILLAH

Posted: 25 Oct 2012 04:35 AM PDT


Pada 24 November ini, raja pop Jamal Abdillah akan membuat persembahan khas dalam satu majlis makan malam bertajuk "Malam Penghujung Rindu bersama Jamal Abdillah" di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (HSPJ).

Persembahan tersebut dijangka memukau kira-kira 600 hadirin dengan lagu-lagu popularnya yang pasti memikat jiwa. Ia bertujuan menyediakan platform untuk penyanyi dan penghibur itu menghiburkan peminat setia yang rindukan suaranya.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ADELIA HANYA ANAK ANGKAT - ADI PUTRA

Posted: 25 Oct 2012 03:49 AM PDT


Jika semalam ada yang terkejut apabila Adi Putra memuat naik gambar baby bernama Adelia Haadi yang disangka anak kandungnya, hari ini dia tampil menjelaskan bahawa Adelia sebenarnya hanya sekadar anak angkat.

Kata Adi Putra melalui Instagram, dia telah mengambil anak angkat menjadi anaknya sendiri. Tambahnya, ia adalah satu kurniaan Allah yang amat istimewa yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SEPARUH SEDAR - LAGU TERKINI JIPIE PESAWAT

Posted: 24 Oct 2012 03:13 PM PDT


Bersempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha, vokalis dari band PESAWAT iaitu Jipie, telah melancarkan sebuah projek solo dengan lagu berjudul 'Separuh sedar'.

Berbeza dengan muzik PESAWAT sendiri, lagu 'Separuh sedar' merupakan lagu yang berkonsepkan kerohanian. Ia adalah lagu sepenuhnya hasil nukilan Jipie sendiri dan ia sudah mula diputarkan di corong-corong radio dewasa ini.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu