Isnin, 15 Oktober 2012

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


HANS ISAAC AKUI 'SERIUS' DENGAN NEELOFA

Posted: 15 Oct 2012 06:57 AM PDT


Akibat sindiran segelintir pihak yang mengibaratkan pelakon dan pengacara Nona, Neelofa seperti 'perigi mencari timba', akhirnya tanpa diduga Aktor dan produser Hans Isaac, 41, mengakui hubungannya dengan Neelofa 'serius'.

Bagaimanapun, Hans masih mahu bermain teka-teki mengenai kisah cintanya itu kerana bimbang 'pisang berbuah dua kali' apabila sering gagal dalam percintaan. Katanya, biarlah kali ini ia menjadi rahsia peribadinya kerana sebelum ini dia sudah banyak berkongsi kisah cinta dengan peminat.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR - BIRTHDAY LEUNIEY DISAMPING APEK

Posted: 15 Oct 2012 12:00 AM PDT

Selepas heboh dengan isu kontrak RM3 juta dalam arena bolasepak, pasangan yang mengaku sedang bercinta iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan Leuniey Natasha kelmarin telah meraikan hari lahir dalam suasana cukup mesra.

Majlis yang berlangsung secara kecil kecilan pada 13 Oktober itu merupakan majlis sambutan hari lahir Leuniey sendiri. Ia telah dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga tanpa kelibat pihak media. Happy Birthday diucapkan buat Leuiney..!

Klik untuk imej besar...


KREATIF X-PRESS - KERJASAMA KRU & MOSTI

Posted: 14 Oct 2012 07:04 PM PDT


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan kerjasama KRU Academy baru-baru ini telah melancarkan program "Kreatif X-Press" di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Program ceramah kerjaya dan bengkel bergerak bagi memperkenalkan Industri Kreatif ini merangkumi lapan buah bandar di Semenanjung Malaysia, dengan destinasi terakhirnya dijadualkan berlangsung di Pekan, Pahang pada 8hb November 2012.

Matlamat penganjuran Kreatif X-Press, yang selaras dengan visi MOSTI, adalah:-

1. Menggalakkan pemikiran kreatif serta mempromosikan inovasi, dan pada masa yang sama mencungkil bakat-bakat baru di Malaysia;

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MUZIK VIDEO: 'PENGHUJUNG' OLEH NAWI

Posted: 14 Oct 2012 02:35 PM PDT


Lagu 'Penghujung' ini diterbitkan oleh Tripdisz yang juga merupakan penerbit dan penggubah lagu yang tidak asing dikalangan pengemar muzik tahanair seperti, 'Aku Maafkan Kamu' (Malique / Jamal Abdillah), 'Teman Pengganti' (Malique / Black), 'Bawaku Pergi' (Zizan / Kaka) dan banyak lagi.

Lagu ini juga dipersembahkan secara kolaborasi bersama Frequensi dari kumpulan NtahSape2Ntah dan Lady D. Untuk indo, Lady D yang pernah dikenali dengan lagu 'B.O.M.O.H' dari album Too Phat dan 'Everything Changes' oleh Poetic Ammo.

Suntingan dan adunan lagu ini dilakukan oleh Al-Z di IBP Studio manakala adunan 'mastering' dilakukan oleh CL Toh. Lirik lagu, idea dan konsep asal ditulis oleh Nawi sendiri manakala lirik tambahan ditulis oleh Frequensi dan Lady D.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu