Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 'Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?' - Tasha Shilla
- 'Meletop' Gandingan Nabil, Neelofa Bukan Program Gosip
- Ahmad Idham Bangga Angkat Isu 'Mat Rempit'
- Rosyam Terbit Telefilem Guna Judul Karya P.Ramlee
- Jennifer Aniston Tak Percaya Amalan Diet
- Cari teman hidup pandai masak
- Terpesona lirikan mata
- Perlukan darah, dapat kopi susu
- Bercerai di usia tua
- Kempen Let's Take 5!
- Tarikan industri spa
- Zuridah sering disalah anggap
- Idea pereka muda
- Milikiproduk berjenama
- Cantik wajah tujuh malam
- Tahfiz, usahawan ternakan berjaya
- Misi melahirkan jaguh dunia!
- Lexus Malaysia lancar varian LS terbaharu
- Festival untuk pengguna media sosial
- Bapa dera kerana mahu didik anak dijel 12 bulan
- 11 suspek menyamar kerabat diraja Kedah direman
- MLM 2012 tawar RM500,000
- 2NE1 gegar Malaysia Disember ini
- Keluarga jadi keutamaan
- Apek-Leuniey nikah Disember ini
| 'Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?' - Tasha Shilla Posted: 24 Oct 2012 07:18 PM PDT Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, perasaan itu semakin memuncak apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan mengarut apabila dituduh memakai pakaian yang mempunyai lambang salib rekaan Hazwani Osman pada pelancaran sebuah anugerah, baru-baru ini. "Memang saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada melenting tetapi pada masa yang sama saya juga berasa jelak dan bosan kerana terus dikaitkan dengan gosip remeh-temeh dan tidak berasas. "Padahal, sepanjang menceburi bidang seni sejak dua tahun lalu, saya tidak pernah kacau orang. Mungkin tuduhan itu timbul kerana perasaan iri hati atau salah faham oleh segelintir pihak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu. Kata Tasha, dia sendiri bingung dan tidak pasti mengapa perasaan dengki dan tidak puas hati harus wujud di kalangan segelintir pihak terhadap dirinya. "Kenapa perlu dengki dengan saya? Mungkin sudah resam masyarakat kita yang mudah iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain walaupun saya tidak mengganggu mereka. "Saya pelik kenapa orang masih tuduh saya wanita yang liar dan jahat kerana cerita-cerita yang belum tentu kesahihannya?" luahnya dalam nada terkilan. Justeru itu, aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, dia perlu bekerja keras bagi mengimbangi kontroversi yang bertandang agar khalayak umum dapat melihat kesungguhan dan komitmennya menceburi bidang seni. "Apabila pelbagai kontroversi terus melanda, saya tiada pilihan melainkan bekerja dengan lebih keras dan fokus pada lakonan bagi mengimbangi cerita-cerita negatif yang timbul. "Jika saya sendiri pun jelak dengan gosip-gosip itu, tidak mustahil peminat turut merasainya. Keadaan itu yang paling membimbangkan jika orang terus melihat saya sebagai lambang kontroversi berbanding kisah kerjaya," katanya. Dalam perkembangan lain, Tasha baru sahaja dilantik sebagai wajah kepada kempen 'I Love Malaysian Designers' anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun. "Saya bertindak sebagai wajah atau duta kempen ini bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka-pereka baru tanah air dan mempromosikan nama mereka. "Sepanjang tempoh itu, saya boleh memakai mana-mana pakaian mereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian," hurainya. Tasha baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku untuk ditayangkan di RTM pada Ramadan tahun depan. Selepas itu, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 28 episod iaitu Cinta Bertamu Di Abu Dhabi untuk slot Akasia di TV3. Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini dihujani kontroversi seawal tahun pertama pembabitannya dalam bidang lakonan antaranya dakwaan 'dibela' VIP dan gemar bersosial di kelab malam. | ||
| 'Meletop' Gandingan Nabil, Neelofa Bukan Program Gosip Posted: 24 Oct 2012 07:17 PM PDT Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, program yang disasarkan untuk penonton berusia 15 hingga 25 tahun itu mengetengahkan pengisian isu dan topik sensasi yang menjadi trend di kalangan golongan muda hari ini. "Pengisian Meletop memaparkan pengisian yang menjadi bualan, ikutan dan trend golongan muda hari ini termasuklah dunia siber dan laman sosial, gosip, muzik dan filem. "Ia bukan mengenai paparan gosip dunia hiburan semata-mata. Elemen itu hanya sebahagian kecil daripada pengisian keseluruhan. "Pendek kata, apa sahaja topik atau isu yang menjadi trend dan ikutan semasa orang muda akan dipaparkan," katanya ketika ditemui pada pelancaran program itu di sebuah hotel di sini, petang Rabu. Ia bakal disiarkan bermula 30 Oktober ini pada setiap Selasa pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro-On-The-Go. Mengenai pemilihan Nabil dan Neelofa, Raqim berkata, mereka menjadi pilihan berdasarkan populariti, keaktifan dan pengaruh mereka menggunakan laman sosial. "Mereka masih baru dan segar. Gandingan ini juga menarik kerana Nabil dikenali dengan komedinya dan Neelofa pula lebih serius dan formal. Elemen ini akan mewarnai persembahan program iTU nanti," katanya. Nabil dan Neelofa yang julung kali disatukan sebagai pengacara berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk mengendalikan program secara langsung itu kerana sering bekerjasama dalam beberapa acara pentas dan majlis rasmi sebelum ini. "Ini adalah platform untuk saya tonjolkan sisi berbeza yang lebih ceria dan santai. Selama ini saya sudah dikenali dengan gaya yang feminin, sopan dan formal sebagai pengacara," kata Neelofa. Nabil pula berkata: "Sudah lama saya tidak mengacarakan program televisyen. Kalau tidak silap kali terakhir adalah dua tahun lalu. Saya sangat rindu dan teruja untuk mengacarakan program ini kerana bakat saya mula diasah dan dikenali menerusi program televisyen (Raja Lawak)." "Selaku pengasas idea dan konsep, pemilihan pengacara dan kandungan Meletop memakan masa yang panjang, bermula sejak awal tahun ini. "Hasil perbincangan dan kumpulan fokus di kalangan muda-mudi, kami terpaksa memilih hanya beberapa idea daripada 40 segmen yang dicadangkan dari awal," katanya. Program ini terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu 'Gosip Meletop' mengenai gosip hangat, 'Carta Meletop' (carta lagu 40 di Era FM) dan 'Filem Meletop' (filem terlaris dan sketsa parodi babak daripada filem). Selain tiga segmen kekal itu, terdapat beberapa segmen istimewa seperti 'Birthday Meletop', 'Arena Meletop' dan 'Lokasi Meletop' yang dipaparkan secara bergilir-gilir berdasarkan isu paling hangat pada minggu tertentu. | ||
| Ahmad Idham Bangga Angkat Isu 'Mat Rempit' Posted: 24 Oct 2012 07:16 PM PDT Ahmad Idham berkata, banyak perkara positif yang boleh diketengahkan mengenai mereka yang sering dikaitkan dengan dunia perlumbaan haram itu. "Saya tidak kisah jika masyarakat mengatakan saya pengarah filem 'mat rempit' malah saya berbangga dengannya kerana tema yang saya angkat bukanlah untuk menghina mereka tetapi melihat kepada sisi positif yang mungkin tidak diketahui masyarakat. "Menerusi filem terbaru saya iaitu Apa Celop Toqq saya cuba mengetengahkan sisi positif mereka dan impian mat rempit yang sering dipandang serong oleh masyarakat," ujarnya kepada mStar Online. Filem yang membariskan pelakon seperti Hazama Azmi, Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar dan Azad Jazmin itu mengisahkan mengenai seorang anak muda yang sering terlibat dengan mat rempit namun memasang impian untuk menjadi penyanyi. Apa Celop Toqq bakal di tayangkan di 68 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula Khamis (hari ini). Dalam pada itu, Idham berkata, dia mengambil keputusan untuk menerbitkan filem tersebut selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat drama bersiri Apa Celop yang pernah menjadi fenomena ketika disiarkan di TV3 awal tahun ini. "Saya menghasilkan filem ini mengikut permintaan penonton yang menyukai drama bersirinya sebelum ini namun untuk memberikan kelainan cuba lari daripada apa yang pernah mereka tonton sebelum ini. "Bagaimanapun plot dan jalan ceritanya sangat ringan untuk hiburan penonton," katanya. Tambah Idham, dia juga berazam untuk menjadikan Apa Celop sebagai jenama dan akan menghasilkan lebih banyak filem dengan menggunakan tajuk itu pada masa hadapan. | ||
| Rosyam Terbit Telefilem Guna Judul Karya P.Ramlee Posted: 24 Oct 2012 07:15 PM PDT Rosyam berkata, setiap telefilem itu memaparkan plot cerita dan tajuk yang kesemuanya diambil daripada tajuk lagu dan skripnya berdasarkan seni kata lagu yang pernah dicipta atau dinyanyikan oleh P. Ramlee. "Sebelum ini program berbentuk muzikal sering diadakan bagi memperingati P.Ramlee dan pihak kami telah memberi idea untuk menghasilkan telefilem berdasarkan lagu beliau sebagai salah satu cara untuk menghargai jasa dan sumbangannya terhadap industri perfileman dan muzik. "Saya melihat jenama P.Ramlee sangat besar dan boleh diperluaskan dengan pelbagai cara dan ini adalah salah satu cara untuk terus memperingati beliau," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Tribute P. Ramlee' di sini pada Rabu. 10 drama berkenaan akan disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam. Projek tersebut adalah usaha sama di antara RTM, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. Dalam pada itu, Rosyam berkata, pihaknya telah mengumpul hampir 30 buah lagu seniman agung itu sebelum memilih 10 lagu terbaik untuk diolah menjadi skrip. Katanya seramai 10 pengarah terkenal telah dipilih bagi mengarahkan telefilem tersebut mengikut kepakaran masing-masing. "Pengarah diberi kebebasan untuk memilih tajuk lagu untuk telefilem yang diarahkan selain pemilihan pelakon, lokasi serta krew. "Bagaimanapun lagu latar bagi setiap karya itu mestilah menggunakan tajuk lagu yang dipilih," jelasnya. Antara nama-nama besar yang dipilih untuk mengarahkan telefilem tersebut seperti Aziz M Osman, Michael Ang, Erma Fatima, Along Kamaluddin. Rashid Sibir dan Osman Ali. Sementara itu, Rosyam berkata, semua drama berkenaan melalui proses penilaian oleh lapan juri profesional yang akan diumumkan kemudian bagi membolehkan karya mereka dipertandingkan sempena Malam Anugerah P. Ramlee yang akan diadakan pada 26 Januari tahun hadapan. Menurut Rosyam, malam anugerah itu bagi menghargai usaha dan kesungguhan pengarah, pelakon dan krew yang bertungkus lumus menyiapkan drama tersebut. "Pelbagai kategori akan dipertandingkan seperti drama terbaik, pengarah filem terbaik dan pelakon terbaik. "Pada majlis itu juga kami berhasrat untuk menjemput semua pelakon veteran untuk memeriahkan majlis," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Rosyam memberitahu pihak RTM menerusi radio Klasik FM dan Nasional FM akan mengadakan pelbagai kuiz menarik dan soalan mingguan terkumpul dari 1 November sehingga 13 Januari depan untuk penonton bersempena 'Tribute P. Ramlee' itu. Berikut adalah sepuluh tajuk drama yang bakal ditayangkan bersempena 'Tribute P. Ramlee': 1) 4 November 2012 : Tunggu Sekejap (Arahan Along Kamaluddin) 2) 11 November 2012 : Getaran Jiwa (Arahan Michael Ang) 3) 18 November 2012 : Miang Buluh Keladi Birah (Arahan Bade Hj Azmi) 4) 25 November 2012 : Dimana Ku Cari Ganti (Arahan Osman Ali) 5) 2 Disember 2012 : Siapa Tipu Siapa (Arahan Aziz M Osman) 6) 9 Disember 2012 : Jodoh Kita (Ismail Yaaakob) 7) 16 Disember 2012 : Titisan Kasih (Rashid Sibir) 8) 23 Disember 2012 : Pelamin Di Pusara (Arahan Murali Abdullah) 9) 30 Disember 2012 : Hanya Dikau (Amie Maziah) 10) 6 Januari 2012 : Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima) | ||
| Jennifer Aniston Tak Percaya Amalan Diet Posted: 24 Oct 2012 07:13 PM PDT Bekas bintang siri Friends itu berkata, mengamalkan kehidupan yang sihat lebih bagus daripada menahan kelaparan. "Saya mula berhenti mengamalkan diet selepas merasakan kita sebenarnya mesti makan pada waktu yang tepat dengan pemakanan yang betul. "Dan apabila saya dapat merasai sendiri perbezaannya selepas menjalani rutin harian yang lebih sihat termasuklah bersenam, saya tidak mahu percayakan amalan diet lagi. Ia sangat seksa," katanya kepada majalah OK!. Dalam pada itu, bekas isteri Brad Pitt itu juga berkata, amalan berjemur di bawah matahari dan sentiasa berfikiran positif juga dapat mengekalkan kesihatan badan sekali gus mengekalkan wajah yang lebih awet muda. Sementara itu Jennifer akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Justin Theroux pada hujung tahun ini. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 07:12 PM PDT Whitney Miller Begitulah gambaran dapat diperkatakan mengenai pemenang musim pertama Masterchef Amerika Syarikat, Whitney Miller. Dia berada di Malaysia selama empat hari menjayakan demonstrasi dan melancarkan produk 'oven air' dikenali Sous Vide Supreme (SVS) di Harvey Norman di Ikano Damansara, Kuala Lumpur, minggu lalu. Nama Whitney bukan saja popular, malah dikenali di kalangan tukang masak profesional dan amatur serata dunia mengikuti program masakan kompetitif dihoskan oleh Gordon Ramsay itu. Setakat ini, Whitney sudah memiliki kelompok peminat tersendiri daripada pelbagai latar dan peringkat usia di seluruh dunia. Cinta wanita ini terhadap keunikan 'pencuci mulut' turut mendorongnya menghasilkan buku bertajuk Modern Hospitality Simple Recipes with Southern Charm (Rodale) dengan kata-kata aluan ditulis oleh Ramsay. Kata Whitney, Malaysia mempunyai banyak jenis masakan menarik. "Saya merasai pelbagai masakan negara ini terutamanya sate dan mata melihat itu, ini, cuba itu, ini. Saya juga merasai durian, tetapi tidak akan meletak buah kuning itu dalam penyediaan pencuci mulut saya, tidak sama sekali kerana tidak tahan baunya," katanya sambil ketawa dalam temu ramah sewaktu sesi makan tengah hari bersamanya. Kata Whitney, dia sudah menggunakan teknologi masakan oven SVS sejak tiga tahun lalu kerana proses penyediaan makanan lebih sihat. "Banyak kawasan di selatan Amerika Syarikat menggunakan teknik menggoreng dengan mentega (deep fried). Jadi, saya cuba mengubah mencari jalan menyediakan makanan lebih kurang berminyak dan menyegarkan. "Malah, jika di New Orleans, saya juga sedang memperbaiki kaedah menyediakan pencuci mulut klasik dikenali Bananas Foster dengan menggantikannya dengan keledek yang banyak terdapat di bahagian selatan. "Memandangkan saya tinggal di kawasan berpenduduk tidak ramai sekitar 4,000 orang, jadi saya perlu kerap keluar ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencuba pelbagai menu dan mencari idea menyediakan masakan baru," katanya. Apakah SVS? Ia adalah 'oven air' pertama di dunia. Dalam bahasa Perancis, Sous Vide bermaksud 'under vacuum'. Apa saja sayur, ikan, ayam dan daging diletak dalam plastik vakum dimasak dalam air dalam suhu yang tepat dan konsisten. Ditanya apakah sikap buruknya terhadap makanan? Whitney membalas: "Terlalu sukakan pencuci mulut. Kepala saya sentiasa memikirkan pencuci mulut paling sedap dan membawa inovasi baru terhadap perkara itu." Mengenai teman lelaki, Whitney berharap satu hari nanti dia bertemu seseorang yang boleh memasak. "Jika dia boleh memasak, saya mahu rehat sekurang-kurangnya sehari dan tidak mahu masak". Whitney berkata, dia bermain tenis untuk menjaga tahap kecergasan sejak zaman kolej. Seperkara lagi, dia tidak akan meletak televisyen di dapur kerana ia akan mengganggu fokus ketika menyediakan masakan. "Ada masanya seseorang perlu mengajar orang lain untuk memasak kerana masakan satu seni yang sentiasa berkembang. "Saya mahu orang lain tidak ada sikap takut apabila berada di dapur sebaliknya mencuba apa saja penyediaan makanan baru," katanya, meminati lagu-lagu 'oldies' diwarisi daripada bapanya. Menurut Whitney, dia hanya mendengar The Platters atau Boney M daripada bapanya. "Ia pasti menjadi satu cabaran baru buat saya mengenali mereka yang bukan zaman saya. Saya suka semua jenis muzik." Apa yang paling menggembirakannya di Asia Tenggara, penulis untuk artikel majalah di Atlanta ini berkata: "Sudah tentu Robbie Fowler, bekas penyerang kelab Liverpool itu mengatakan masakan kentang saya sediakan paling sedap pernah dinikmati. Beberapa orang menemani saya meminta pelbagai menu apa saya mahu, saya hanya mahukan ubi kentang dan daun ' rosemary'. Lalu saya masak saja dan Robbie suka." Setakat ini, Whitney sudah mengendalikan banyak demonstrasi masakan seperti Chicago Home and Housewares Show 2011 bersama chef selebriti seperti Paula Deen dan Guy Fieri. Dia juga mengendalikan program masakan bersama majalah wanita Women's Health Chicago dan New York City 'Are You Game? Selain itu juga banyak menjayakan simposium kesihatan persendirian dan korporat di Mississippi, Alabama, Florida dan Georgia. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 07:10 PM PDT MENAWAN...tumpuan pada bahagian mata untuk menyerlahkan gaya. Apa tidaknya, melalui teknik yang betul bentuk mata kecil boleh dibesarkan dan mata yang besar pula mampu dikecilkan melalui gabungan teknik dan kombinasi warna pembayang mata. Siapa yang tidak tertawan dengan lirikan mata menawan dan bagi menghasilkan riasan mata lebih menyerlah, gabungan tujuh warna pembayang mata boleh digunakan. Malah, kombinasi ini juga dapat memberikan ilusi mata yang menarik. Untuk riasan mata kali ini, penggunaan warna dasar bagi menonjolkan bahagian diingini amat penting justeru, gunakan pembayang mata warna hitam, perak, biru gelap, coklat, emas, biru firus dan tembaga. Menariknya, gabungan setiap warna itu berubah mengikut sudut pandangan individu yang melihatnya. Tip solekan mata: | ||
| Perlukan darah, dapat kopi susu Posted: 24 Oct 2012 07:09 PM PDT REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil. Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan. Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu. Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan. "Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru. "Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman," katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo's Fantastico, semalam. Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu. Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro. Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya. "Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu," katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. "Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik," katanya. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:34 PM PDT WALAUPUN rumah tangga yang dibina sudah memasuki separuh abad, tetapi itu bukan satu jaminan untuk perkahwinan itu kekal sehingga ke penghujung usia. Tempoh tersebut bukanlah satu jangka masa yang pendek kerana pelbagai dugaan dan cabaran hidup perlu dilalui setiap pasangan suami isteri. Begitulah yang berlaku kepada Azura (bukan nama sebenar), 56, apabila terpaksa bercerai pada usia perkahwinannya telah mencecah lebih 30 tahun. Tambahan ketika itu, kesemua anak-anaknya telah berjaya memasuki universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Azura dan suaminya juga telah dikurniakan lima orang cucu. Jelas Azura, pada usia perkahwinan menjelang 25 tahun, dia dan suaminya pernah bercerai untuk beberapa bulan. Mereka mengambil keputusan untuk merujuk kembali kerana tidak ingin hubungan yang dibina berakhir begitu sahaja selain memikirkan usia perkahwinan mereka yang sudah lama. Bercerita mengenai perjalanan hidupnya, sebagai seorang isteri, Azura telah banyak bersabar dengan perangai dan kerenah suami yang panas baran. Azura berkata, mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ketika itu masing-masing masih muda. Dia menerima sahaja pilihan ibubapanya kerana yakin pilihan tersebut adalah terbaik untuknya. "Hidup dalam rumah tangga pasti ada pasang surut. Kesabaran yang tinggi perlu ada untuk menghadapi semua dugaan yang mendatang. "Mengenali suami sebagai anak ketiga dalam keluarganya, dia seorang yang bertanggungjawab, tetapi dalam pada masa yang sama mempunyai sikap panas baran," katanya. Katanya, suaminya yang bertugas sebagai seorang tentera adalah seorang yang tegas dan garang sehinggakan perwatakannya itu terbawa-bawa dalam rumah tangga. "Sikap mudah baran menyebabkan suami saya ini sering melenting apabila ada perkara yang dia rasa tidak puas hati. "Pernah beberapa kali saya dipukul jika berlaku pertengkaran antara kami. Kadang-kadang anak yang tidak bersalah juga menjadi mangsa," katanya. Ujarnya, selain garang, suaminya juga seorang kaki botol. Pernah beberapa kali dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mulut berbau arak. "Bukan tidak pernah saya mempersoalkan perangainya itu, tetapi setelah beberapa kali ditengking dan dimarahi menyebabkan saya takut untuk mempertikaikan perangainya itu. "Bukan itu sahaja dugaan yang perlu saya terima, saya juga pernah dikhabarkan, suami saya pernah berkahwin lain dengan seorang wanita di utara tanah air. "Pernah saya menyoalnya tentang berita tersebut, tetapi dia tidak mengakuinya," tambah Azura lagi. Azura berkata, pada waktu itu ingin sekali dia meminta cerai dari suaminya, tetapi apabila memikirkan nasib anak-anak, dia terpaksa pendamkan sahaja perasaan itu. "Segala masalah yang dihadapi saya pendamkan seorang diri demi melihat anak-anak berjaya dan membesar dengan baik. " Bukan anak-anak tidak mengetahui tabiat ayah mereka itu, tetapi mereka sudah lali dan tidak mahu memperbesarkan lagi masalah yang sedang ditanggung," katanya. Tambah Azura, dia pernah bersyukur apabila semakin meningkat usia, suaminya mula meninggalkan tabiat kaki botol. "Selepas suami saya pencen, banyak juga masa kami habiskan bersama. Sifatnya juga semakin hari semakin berubah kecuali sifat barannya yang tidak pernah surut," katanya. Harapkan langit cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kata Azura. Segala-galanya berubah selepas sebulan keluarganya menyambut Syawal pada tahun lepas. "Hubungan yang saya pertahankan lebih 30 tahun akhirnya terputus juga apabila suami telah menceraikan saya dengan talak satu. "Dia tidak dapat mengawal marahnya ketika itu hanya kerana pertengkaran kecil dan dengan mudah dia melafazkan talak," katanya. Azura menambah, perasaan sedih tidak dapat dibendung ketika itu. "Sepatutnya dalam usia seperti ini, kami banyak masa habiskan masa bersama mendekatkan diri kepada Allah dan hidup gembira bersama keluarga. "Namun sebaliknya berlaku. Saya pasrah dengan musibah ini kerana saya tahu mesti ada hikmah di sebalik setiap kejadian," katanya mengakhiri bicara. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:34 PM PDT Lau Beng Long dan Nadiah Wan menunjukkan menu yang perlu diambil pesakit diabetes dalam Kempen Let's Take 5!. Walaupun ramai yang menyedari tentang bahaya penyakit ini, tetapi sebahagian mereka masih mengabaikan kepentingan perlunya mengambil makanan yang berkhasiat dan gaya hidup sihat. Pengambilan makanan yang sesuai dan sihat bagi pesakit diabetes bertujuan memastikan kesihatan pesakit sentiasa terkawal. Sebagai langkah memberi kesedaran terhadap penjagaan kesihatan kepada pesakit diabetes, Pusat Perubatan Sunway (Sunway Medical Centre) telah melancarkan kempen Hari Diabetes Sedunia, Let's Take 5 !, selama lima tahun berturut-turut. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Lau Beng Long berkata, sebagai salah satu pusat penjagaan kesihatan terulung, pusat ini berhasrat mempelopori sambutan hari diabetes sedunia sebagai cara untuk menarik perhatian kepada kesan diabetes. "Kempen Let's Take 5! akan memberi tumpuan kepada komplikasi diabetes tertentu setiap tahun iaitu, strok (otak), jantung, buah pinggang, mata dan kaki untuk pendekatan yang menyeluruh bagi memastikan pencapaian yang maksimum. "Strok telah dipilih menjadi tumpuan utama untuk memulakan kempen Let's Take 5! kerana ia menjejaskan ramai kesihatan rakyat Malaysia dan merupakan salah satu penyebab utama rakyat di negara ini dimasukkan ke hospital," katanya. Ujarnya lagi, kempen tersebut turut mendapat sokongan daripada pelbagai inisiatif yang bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia. "Salah satu daripadanya adalah program Sunweight iaitu program yang diperkenalkan untuk menggalakkan warga kerja syarikat Kumpulan Sunway sebagai cara mempromosi dan menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui berat badan yang sihat dan ideal," katanya. Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat, Nadiah Wan berkata, satu lagi inisiatif di bawah kempen tersebut iaitu Kem Kesihatan Pusat Perubatan Sunway yang bertujuan mendekati masyarakat dalam meningkatkan kesedaran tentang diabetes. "Kem tersebut akan di adakan di Sunway Carnival Mall Pulau Pinang, Sunway Giza Mall Kota Damansara dan juga Kem Kesihatan di SACC Mall Shah Alam, Selangor. "Selain itu, bermula 13 hingga 16 November 2012, satu pengenalan program Sajian sihat diusahakan bersama Sunway Resort Hotel & Spa bagi menggalakkan pemakanan sihat kepada orang ramai dan pesakit diabetes," katanya. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:33 PM PDT MASYARAKAT sudah biasa dengan perkataan 'spa' tetapi masih ramai juga yang sebenarnya tidak begitu faham dan mengetahui apakah maksud sebenar di sebalik sebutan itu. Spa atau 'Solus Per Aqua' (bahasa Latin) sebenarnya bermaksud terapi menggunakan air. Rawatan spa adalah sesuatu yang unik dan eksklusif yang mana ia berkonsep 'penyembuhan dengan air' iaitu satu kaedah perawatan yang diperkenalkan sejak berkurun-kurun dahulu. Ketika itu air dari kolam air panas semula jadi digunakan bagi penyembuhan luka dan meningkatkan kesihatan badan. Masyarakat umum di Malaysia semakin menyedari pentingnya aspek 'hidroterapi' atau penyembuhan menggunakan air dalam meningkatkan tahap kesihatan. Kini masyarakat mula menjadikan spa sebagai satu daripada tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan. Jika melancong ke Thailand mahupun Indonesia, pasti tidak akan melepaskan peluang mencuba sendiri rawatan dan urutan badan di spa-spa di sana. Bagaikan pelengkap percutian, ia terapi yang sukar dilepaskan bagi menghilangkan lenguh-lenguh badan setelah puas berjalan atau membeli-belah. Tarikan industri spa di Indonesia dan Thailand telah merancakkan industri pelancongannya dengan membantu menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan penduduk. Kesan industri itu juga mengangkat nama urutan Thai dan Bali yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing. Begitu juga dengan industri spa di Malaysia. Seperti di negara lain, pelancongan adalah penyumbang penting kepada ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan memperluaskan jaringan perniagaan. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen telah menyatakan keyakinan beliau tentang industri spa negara akan menjadi daya tarikan utama pelancong serta mereka yang inginkan perkhidmatan spa berkualiti tinggi dan berpatutan. Katanya, menyedari potensi besar industri itu, Kementerian Pelancongan turut menganjurkan Program Latihan Terapi Spa bagi membangunkan kemahiran juruterapi spa tempatan di samping mengatasi masalah kekurangan pekerja. Menurut Yen Yen, program latihan tersebut diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap juruterapi spa asing di mana daripada 1,650 jawatan terapi spa, hanya 1,300 dapat diisi. Daripada jumlah itu 40 peratus atau 520 juruterapi spa terdiri daripada warga tempatan. Sehingga Mei 2012 sebanyak 147 premis spa sudah dikelaskan dan daripada jumlah itu, 101 premis sudah diberikan penarafan tiga hingga lima bintang oleh kementerian. Peningkatan Menurut Penolong Setiausaha 2, Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan Malaysia, Nadia Monira Mohamed Taib, peningkatan perniagaan rawatan spa yang begitu memberangsangkan sejak kebelakangan ini dikatakan mampu memberi pulangan pendapatan lumayan kepada negara melalui pakej pelancongan kesihatan. Malaysia juga mempunyai potensi menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Jumlah kedatangan pelancong dari Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura untuk rawatan spa di Malaysia pada tahun 2000 adalah sebanyak 175,000 orang, iaitu meningkat sebanyak 127 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut laporan berita, industri spa di Malaysia dijangka menyumbang RM666.2 juta kepada pendapatan tahunan negara selain mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan bagi pengamal terapi spa menjelang 2020. Bagaimanapun persepsi negatif terutama dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap kerjaya terapi spa menyebabkan industri spa di Malaysia lambat berkembang berbanding perkembangan industri tersebut di negara jiran seperti di Indonesia dan Thailand. Menurut Penolong Setiausaha 2, Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan Malaysia, Nadia Monira Mohamed Taib, sehingga kini Malaysia memerlukan 1,650 pengamal terapi spa tetapi hanya dapat diisi sebanyak 1,300 jawatan. Malahan 60 peratus daripada pengamal terapi spa ini adalah warga asing. Kerjaya Menurut Nadia Monira, pihak kementerian mahu mengubah persepsi kerjaya juruterapi spa sebagai satu bidang profesional seperti mana penerimaan masyarakat dalam bidang kerjaya penjagaan kesihatan dan perubatan seperti jururawat. "Bidang terapi spa ini juga sama seperti bidang jururawat, di mana mampu memberi rawatan kepada mereka yang memerlukan serta membantu memberi ketenangan minda dan menghilangkan tekanan. "Persepsi negatif timbul dan berlegar apabila juruterapi spa perlu memberi rawatan kepada mereka yang berlainan jantina. "Namun jika melihat kerja itu sebagai satu bidang profesional untuk memberi rawatan sepertimana yang dilakukan oleh seorang jururawat yang perlu merawat pesakit tanpa mengira jantina, persepsi itu akan berubah," jelas beliau. Beliau sendiri pernah berhadapan dengan situasi ibu bapa yang datang 'menyerang' ke pusat latihan kerana tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang hadir untuk mengikuti program yang dijalankan. Namun setelah dibawa melihat sendiri keadaan perjalanan kursus serta dijelaskan tugas dan peranan sebagai juruterapi spa, akhirnya mereka bersetuju. "Ia memerlukan masa untuk memperjelaskan kepada masyarakat bagi menghilangkan persepsi negatif tersebut dan dalam masa yang sama kementerian meneruskan usaha secara serius bagi mengangkat industri spa ke tahap yang profesional," katanya. Cara memohon Tidak memerlukan sebarang kelulusan akademik, hanya dengan sedikit perwatakan dan penampilan yang bersesuaian, mereka yang berkelayakan terutama datang dari keluarga berpendapatan rendah di bawah RM3,000 sebulan layak memohon. Ia terbuka kepada mereka yang berminat, berumur 18 hingga 40 tahun, lulus pemeriksaan kesihatan serta sanggup menandatangani perjanjian untuk bekerja selama dua tahun dengan bakal majikan. "Mereka layak mendapat biasiswa penuh kerajaan yang membayar segala yuran dan pembiayaan sebanyak RM7,000 sepanjang kursus tersebut yang merangkumi yuran pembelajaran, pemeriksaan kesihatan, makan minum, penginapan dan pengangkutan," katanya. Kementerian Pelancongan juga menyediakan biasiswa separuh kerajaan yang terbuka kepada mereka yang mempunyai pendapatan lebih RM3,000 sebulan yang mana kerajaan menyediakan RM4,000 manakala RM2,500 dibayar oleh bakal majikan yang memerlukan khidmat mereka. Pelatih hanya perlu membayar RM500 sebagai yuran komitmen untuk mengikuti kursus tersebut. Sama seperti syarat mereka yang mendapat biasiswa penuh, pelatih juga perlu menandatangani kontrak dengan bakal majikan selama dua tahun. Sementara itu, bagi mereka yang tidak mahu menandatangani kontrak kerja dan hanya memerlukan sijil sebagai juruterapi spa, boleh membayar sendiri yuran kursus sebanyak RM7,000. "Mereka yang membayar sendiri tidak dikenakan sebarang syarat kontrak pekerjaan. Hanya perlu berumur 18 tahun dan lulus pemeriksaan kesihatan," katanya. Menurut Nadia, prospek sebagai juruterapi tidak hanya terhenti di situ sahaja, sebaliknya mereka boleh memajukan diri dengan mengikuti kursus lanjutan untuk menjadi juruterapi senior, penyelia spa, pengurus spa, pengarah spa serta pemilik spa. Mereka yang berminat boleh memohon dengan mengisi borang di laman web www.motour.gov.my. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:31 PM PDT Tambahan pula namanya Zuridah binti Merah dan secara tidak langsung seperti mengesahkan lagi tanggapan orang ramai mengenai anutan agamanya. Maka tidak hairanlah sekiranya ucapan salam sering dilontarkan kepadanya oleh individu yang terserempak dengannya. Tetapi benarlah bak kata pepatah, jangan menilai buku daripada kulitnya. Setelah mengenali Zuridah dan berbual lanjut, jangan terkejut sekiranya dikhabarkan bahawa gadis kelahiran Pekan, Pahang, ini sebenarnya bukanlah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Dia yang merupakan anak kepada pasangan Merah bin Kepot dan Rahmah a/p Awang adalah Orang Asli dari keturunan Jakun. Tidak menganuti mana-mana agama, bagi Zuridah, dia lebih senang begitu malah bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang sekatan. Beberapa jam bersamanya ternyata memberi satu pengalaman baru apatah lagi Zuridah atau lebih senang disapa Zu ini sememangnya seorang yang berpegang kuat pada kumpulan etniknya. Ini kerana anak gadis yang baru berusia 26 tahun ini ternyata ingin mengekalkan tradisi serta meneruskan kesinambungan keturunannya. Katanya, disebabkan itu jugalah dia seboleh-bolehnya akan mencari pasangan yang sama kumpulan etnik dengannya. "Buat masa sekarang saya tidak pernah terfikir untuk menganuti mana-mana agama malah selesa dengan situasi dan keadaan hari ini. "Malah kedua orang tua pun kalau boleh ingin mengekalkan kumpulan etnik yang sedia ada ini hingga ke akhir hayat. "Untuk itu juga saya seboleh-bolehnya akan mencari pasangan hidup yang sama keturunan dan suku kaum agar ada kesinambungannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Begitupun, anak sulung daripada tiga beradik ini tidak menolak sekira jodohnya dengan lelaki yang berlainan bangsa ataupun agama. Berbicara lanjut mengenai kehidupannya sebagai anak Orang Asli, jelas Zu, walaupun pada dasarnya golongan ini telah diberikan penempatan baru serta bantuan untuk merasai kehidupan lebih moden dan tidak ketinggalan, usaha tersebut masih belum banyak kejayaannya. Ini kerana walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak, golongan ini masih lagi di takuk lama terutama dari segi pemikiran. Kerana itu jugalah Zu berazam untuk membantu masyarakatnya (Orang Asli) untuk keluar dari kepompong lama seterusnya memajukan diri masing-masing. Ternyata apa yang diinginkan Zu selaras dengan pengalamannya apabila membuktikan menerusi semangat yang tinggi disusuli usaha yang bersungguh-sungguh dia kini mampu memiliki segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Pelancongan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Begitupun katanya, dia tidak pernah menyangka dapat menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi memandangkan dahulu dia tinggal bersama keluarga yang suka berpindah- randah apatah lagi dia tidak pernah dihantar ke tadika sebelum memasuki sekolah rendah. Yang penting, hari ini dengan adanya ijazah tersebut dia berharap dapat berbakti kepada keluarga selain masyarakatnya di mana-mana juga di perkampungan Orang Asli. Walaupun memiliki kelulusan dalam bidang Pengurusan Pelancongan, Zu tidak pernah terfikir untuk bekerja di dalam sektor yang berkaitan malah dia amat berterima kasih kepada Asyik FM kerana memberinya peluang untuk menyertai stesen tersebut. Sejak bergelar penyampai radio di stesen tersebut, ulas Zu, pun bukanlah glamor yang dicari-cari tetapi lebih kepada peluang untuk membantu masyarakat Orang Asli. "Asyik FM merupakan stesen radio khusus untuk pendengar masyarakat Orang Asli dan disebabkan itu jugalah saya memilih untuk berkhidmat di sini. "Melalui saluran ini saya boleh membantu masyarakat Orang Asli menyalurkan maklumat-maklumat terkini serta menyampaikan berita-berita semasa. "Sekurang-kurangnya melalui Asyik FM saya dapat memulakan apa yang dicita-citakan selama ini," tambahnya lagi. Katanya lagi, biarpun kerjayanya menyebabkan dia 'terkurung' seharian di konti, namun ada ketikanya dia juga 'turun padang' bersama-sama menjayakan pelbagai program yang melibatkan masyarakat Orang Asli. Di sinilah dia berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan pelbagai suku kaum Orang Asli dan peluang tersebut tidak pernah dipersiakan begitu sahaja. Ternyata apa yang dicita-citakan Zu amat tinggi dan sehingga kini dia masih lagi berfikir bagaimana hendak membantu masyarakatnya menikmati kehidupan yang lebih moden. Mengulas lanjut mengenai kekeliruan masyarakat yang sering menganggapnya sebagai seorang Islam, Zu memberitahu dia sudah lali dengan situasi tersebut. "Perkara ini boleh dikatakan selalu terjadi yang mana mereka sering memberi salam kepada saya tetapi saya tidak pernah marah malah memberitahu mereka bahawa saya bukanlah orang Islam seperti yang disangkakan. "Malah ketika bulan puasa saya sering menjadi sasaran mereka yang berpuasa kerana mereka ingat saya tidak berpuasa tetapi saya masih menghormati orang Islam dengan tidak makan di khalayak ramai. "Begitupun, sebenarnya saya gembira dengan apa yang dilalui malah akan meneruskan cita-cita untuk 'memodenkan' pemikiran masyarakat Orang Asli agar tidak terus ketinggalan," katanya sebelum menutup bicara. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:31 PM PDT LIMA pereka muda berbakat (dari kiri) Jason Yek, Pearly Wong, Zakwan Anuar, Yasmin Ramli dan Yiing yang menunjukkan rekaan fesyen masing-masing di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mereka merupakan antara pereka muda yang semakin meningkat naik dewasa ini. Baru-baru ini, hasil kreativiti anak-anak muda ini telah dipamerkan dalam satu pertunjukan fesyen yang diadakan di Seethrough Concept Store, Bangsar, Kuala Lumpur. Bukan sahaja menyajikan koleksi-koleksi yang ideal buat golongan muda malah turut menyediakan seleksi busana kasual dan dres yang dimodenkan mengikut peredaran zaman. Tidak terlalu bermain dengan warna, koleksi daripada pereka-pereka muda ini dilihat mampu memenuhi cita rasa si pemakai bahkan rekaan yang digarap daripada idea masing-masing mampu menampilkan busana yang cukup elegan dan moden. Sudah pasti setiap rekaan mempunyai sentuhan yang istimewa dan kreatif, secara tidak langsung menunjukkan identiti masing-masing. Menampilkan busana yang mampu menceriakan hari-hari anda, mereka juga dilihat sepakat menggunakan fabrik polos dengan warna-warna asas seperti hitam dan putih. Begitupun pemilihan warna seperti merah, coklat dan juga merah pulasan tidak ketinggalan untuk menaikkan lagi seri rekaan yang dihasilkan. Koleksi yang mempesonakan ini boleh digayakan dalam apa jua majlis dan juga sesuai digayakan oleh anak-anak muda. Jason Yek, seorang anak muda yang tidak lagi perlu diperkenalkan dalam industri fesyen tanah air kerana individu ini sememangnya cukup terkenal di kalangan pencinta-pencinta fesyen hari ini. Cukup sinonim dengan pakaian pengantin dan juga gaun petang, Jason telah dilatih oleh ibu tersayang yang juga merupakan seorang tukang jahit. Setiap rekaan yang dihasilkan Jason pastinya memikat sesiapa sahaja malah rekaan-rekaanya cukup feminin, kontemporari dan elegan. Pearly Wong, satu lagi nama yang tidak asing dan sering menghasilkan rekaan yang boleh digayakan baik lelaki mahupun wanita. Sememangnya sukakan sesuatu yang cantik dan kelihatan cantik apabila digayakan, kesemua rekaannya dilihat boleh digayakan ke mana jua kerana rekaannya dilihat cukup moden dan terkini. Bagi Yasmin Ramli pula, rekaan yang ditampilkan kali ini bertemakan 'When Our Eyes Met'. Mengetengahkan warna-warna gelap, konsep yang diketengahkan kali ini lebih dipengaruhi gaya punk. Begitupun, rekaan Yasmin dilihat ringkas, moden dan menawan bagi sesiapa sahaja yang menggayakannya. Cukup terkenal dengan penghasilan fesyen yang ringkas, moden dan elegan, Zakwan Anuar merupakan antara pereka muda tempatan yang namanya semakin meningkat. Mengilhamkan rekaannya melalui kecantikan yang diwarisi setiap wanita, Zakwan dilihat begitu teruja untuk menjadikan si pemakai kelihatan begitu bergaya dan canggih. Yang pasti, rekaan yang dihasilkan Zakwan adalah rekaan yang segar dan menarik untuk digayakan setiap masa. Yiing merupakan seorang pereka yang dikesan bakatnya melalui persembahan Konvokesyen Raffles pada tahun 2009. Sememangnya kaya dengan idea-idea segar dan terkini, Yiing cukup terkenal dengan rekaan yang menampilkan kemahiran serta teknik menganyam. Hari ini sebaris dengan pereka-pereka muda tanah air, Yiing dilihat mampu pergi jauh dengan rekaan yang dihasilnya dan yang terbaharu Yiing tampil dengan rekaan yang diolah bersama potongan kelelakian ke dalam reka bentuk feminin. Sudah pasti rekaan Yiing ini kelihatan anggun apabila digayakan. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:30 PM PDT Bergaya... (dari kiri) Mayjune, Yasmin Hani dan Atilia menggayakan beg tangan koleksi Reebonz. Bagi sesiapa sahaja yang dapat menggayakan barangan berjenama tidak kiralah baju, seluar atau pun aksesori seperti beg tangan pastinya dikaitkan dengan perasaan bangga. Jika dahulu sebelum membeli sesuatu barangan berjenama seseorang individu itu bukan sahaja perlu membuat perancangan tetapi mereka juga perlu membuat simpanan terlebih dahulu memandangkan harganya yang lumayan. Tetapi hari ini bagi sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan barangan berjenama boleh mendapatkannya dalam sekelip mata tanpa perlu berfikir panjang. Melalui lawan sesawang www.reebonz.com pelbagai jenis barangan berjenama boleh diperoleh dan mereka turut menawarkan pembelian melalui kad kredit dengan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa sebarang bayaran tambahan. Menawarkan pelbagai jenis barangan berjenama yang mewah, segala-galanya boleh diperoleh dengan hanya satu 'klik' melalui Internet. Dalam tempoh empat hari waktu bekerja barangan tersebut dihantar ke destinasi pelanggan. Bagi ketiga-tiga selebriti tanah air, Yasmin Hani, Atilia dan juga Mayjune Tan, dengan adanya laman sesawang tersebut bukan sahaja memudahkan proses pembelian malah secara tidak langsung ia turut menjimatkan masa. Mereka juga yang baru sahaja mengenali laman sesawang tersebut tidak menafikan pelbagai barangan yang ditawarkan amat memikat hati di samping produknya yang begitu berkualiti. Telah pun memiliki barangan idaman melalui laman sesawang tersebut, ketiga-tiga selebriti ini begitu teruja untuk mendapatkan barangan seterusnya masa akan datang. "Tidak dinafikan, di Reebonz kami boleh memilih pelbagai barangan berjenama yang terdiri daripada pelbagai jenis produk dan sudah pasti menggembirakan hati semua peminat-peminat barangan berjenama terutama sekali wanita. "Tambahan kini laman sesawang tersebut menawarkan pembayaran secara ansuran melalui kad kredit dan memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk memiliki barangan berjenama kegemaran masing-masing. "Berbaloi dan tidak rugi mendapatkan barangan di sini walaupun harganya mahal kerana tahan lama," ujar Atilia ketika ditemui pada majlis pelancaran laman sesawang tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagi Yasmin Hani pula, kehadiran laman sesawang tersebut secara tidak langsung memberi satu lagi alternatif kepada mereka yang gemar membeli belah secara dalam talian. Ini kerana menurut Yasmin, di laman sesawang tersebut kesemua barangan yang terdapat di Pavillion boleh diperoleh di situ. "Kebanyakan barangan yang terdapat pada laman sesawang ini saya boleh andaikan seolah-olah satu Pavillion. "Selain menjimatkan masa dan tenaga, secara tidak langsung memudahkan kita untuk membeli. "Yang pasti, harga yang ditawarkan juga murah jika hendak dibandingkan dengan luar," katanya lagi. Sementara itu, Mayjune juga tidak menafikan kehadiran laman sesawang tersebut sedikit sebanyak membolehkan dirinya mendapatkan beg tangan yang digemarinya dengan mudah. Begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan setakat ini, dia juga memberitahu bahawa laman sesawang tersebut merupakan satu laman sesawang yang lengkap untuk 'dijelajahi'. "Setelah kita menjadi ahli, segala maklumat mengenai jualan ataupun potongan harga akan dihantar untuk makluman. "Dari situlah kita mendapat tahu apakah barangan yang diberikan potongan harga selain aktiviti yang dianjurkan. "Tidak rugi sebenarnya menjadi ahli laman sesawang ini dan secara tidak langsung ia turut memberi manfaat kepada kita," jelas Meijune. Dibuka keahlian secara percuma kepada semua, anda cuma perlu mendaftar diri melalui laman sesawang tersebut. Jadi layarilah laman sesawang tersebut hari ini untuk mendapatkan barangan berjenama yang diminati. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:29 PM PDT Olay Regenerist Night Resurfacing mencantikkan wajah anda dalam tujuh malam. Menurut Saintis Senior Penjagaan Kulit Olay, David Khoo, semua individu mempunyai jam biologi tersendiri yang mengatur fungsi semula jadi pada waktu siang dan malam. "Ini dikenali sebagai ritma circadian dan pengkaji telah menemui bahawa kulit mengalami kekurangan separuh fungsi pengelupasan, perlindungan, pelembapan dan pH di waktu malam yang seterusnya meningkatkan keperluannya," katanya ketika pelancaran produk Olay di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sehubungan itu, Olay Regenerist Night Resurfacing Essence diinspirasikan oleh Chronopharmacology, satu bentuk kajian yang mengoptimumkan kesan rawatan dengan mengaitkannya menerusi caranya bertindak dengan ritma circadian semula jadi tubuh. "Penemuan ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan produk baru daripada Olay yang direka khusus untuk membaiki lapisan kulit muka ketika anda tidur," tambah David. Diuji dalam kajian melibatkan 50 wanita, Olay Regenerist Night Resurfacing Essence dibuktikan lebih memberi kelembapan pada kulit pada waktu malam daripada tiga krim malam yang lebih mahal. Ia diperkayakan dengan kandungan yang seimbang dan mengandungi tiga jenis humektan, bahan anti penuaan, antioksidan (teh hijau dan ekstrak biji anggur), kondisioner kulit (vitamin B5 dan allantoin) serta formulasi pH dan konsentrasi asid glikolik yang seimbang untuk memberi faedah kulit licin tanpa merengsakan. Asid glikolik daripada tebu merupakan medium terbaik dan rawatan cepat merangsang proses pengelupasan dengan meresap jauh ke dalam kulit, melonggarkan sel-sel kulit mati serta memecahkan sehingga menyebabkan berlakunya proses pengelupasan dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Dalam pada itu, David berkata, pemakaian produk tersebut sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit akan menghasilkan kulit yang lebih tegang dan licin dalam hanya tujuh malam. Formulasi yang berkesan pada perubahan kulit yang berlaku pada waktu malam, kandungan serum akan meresap ke bawah kulit untuk melembab dan menjadikan kulit tegang di waktu pagi selepas bangun tidur. 'Promosi wang kembali' turut dijanjikan kepada pengguna yang tidak berpuas hati dengan produk tersebut bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini. Olay Regenerist Night Resurfacing Essence boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka dengan harga RM99.90. | ||
| Tahfiz, usahawan ternakan berjaya Posted: 24 Oct 2012 06:26 PM PDT Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini. Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan. Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya. Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005. Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini berkata, biarpun mengambil alih perniagaan orang tua sejak tahun 1986, dia hanya mewarisi sebuah kandang yang kosong. "Memang bapa memelihara lembu sebelum itu. namun sejak awal tahun 2000 kesihatannya merosot dan bapa lebih banyak berehat menyebabkan perniagaan sedikit merosot. "Melihat keadaan tersebut, saya nekad untuk mengambil alih perusahaan ternakan dan bermula dari bawah," katanya ketika ditemui di ladang lembu miliknya di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor baru-baru ini. Mengenali dunia keusahawan sejak kecil menjadikan Sallehuddin tidak kekok menguruskan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Ujarnya, jika mahu berjaya, tauke mestilah turun padang dan menguruskan semuanya dari awal, bukan hanya duduk di dalam pejabat berhawa dingin semata-mata. Ujar Sallehuddin, untuk menjadi penternak lembu yang berjaya perlu bermula seawal kerja-kerja mencuci najis lembu di kandang lagi. "Rata-rata kita lihat ramai pengusaha ternakan lembu terpaksa gulung tikar dalam perniagaan akibat ketidakcekapan dalam menguruskan perniagaan. "Sebagai generasi baharu, kita patut bersyukur kerana dengan kemudahan serta teknologi sedia ada memudahkan perniagaan dilaksanakan," katanya. Sebagai contoh, jelas Sallehuddin, penggunaan laman web untuk mempromosi haiwan ternakannya dilihat berjaya mengembangkan perniagaannya. Menggunakan nama Best Farm Enterprise, ladang milik Sallehuddin kini mampu memuatkan hampir 300 ekor lembu dan 150 ekor kambing dalam satu-satu masa. Kebanyakan lembu dan kambing yang dipelihara dibawa masuk dari Thailand, Myanmar, dan Australia. Sallehuddin menggunakan fidlot kerana mendapati sistem tersebut lebih mudah. Namun katanya, jika terdapat pembekal dalam negara, projek akan lebih mudah diusahakan. Ini kerana, apabila negara terlalu bergantung kepada sumber ternakan dari luar negara seperti Thailand dan Australia, pembekal dari negara-negara luar sering memanipulasi harga. "Perkara ini berlaku hampir setiap tahun. Tahun ini adalah yang paling ketara apabila Thailand telah menaikkan harga lembu RM400 seekor. "Musim perayaan merupakan antara waktu kemuncak di mana pembekal haiwan ternakan ini akan mengambil kesempatan menaikan kadar harga sesuka hati mereka," katanya. Terdapat beberapa gred bagi lembu yang dijual oleh Sallehuddin iaitu bermula daripada Gred A yang berharga RM3,000 seekor sehinggalah kepada Gred C, RM 2,500 seekor. Ujarnya, harga tersebut meningkat dengan pantas berbanding pada awal pembabitannya iaitu pada tahun 2005 hanya RM1,900 sahaja seekor. Kebanyakan lembu yang dibawa dari Thailand dan akan dikuarantin terlebih dahulu di Rantau Panjang selama 10 hari untuk memastikan ternakan bebas daripada sebarang penyakit. Selepas itu, lembu-lembu yang dibawa masuk akan di pelihara selama tiga bulan sebelum dijual kepada pelanggan yang berminat. Selain menawarkan lembu atau kambing untuk tujuan ibadah akikah dan korban, Sallehuddin turut menyediakan perkhidmatan penyajian makanan serta kambing golek untuk majlis-majlis keramaian. Kambing golek dengan resipi dan rempah istimewa daripada Best Farm Enterprise adalah segar dari ladang. Antara yang sering menempah kambing golek Sallehuddin termasuk Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan, agensi-agensi kerajaan, pihak media dan orang perseorangan. Setelah hampir tujuh tahun berkecimpung dalam perusahaan ternakan, kini Sallehuddin sedang membesarkan ladangnya. Terletak di Hulu Yam, Selangor, ladang yang bakal dibuka pastinya lebih besar dan selesa dilengkapi bersama rumah sembelih, rumah pekerja serta kilang pemprosesan daging. Sallehuddin yang tertarik dengan kejayaan negara Thailand dalam bidang ternakan berharap beliau dapat memajukan bidang tersebut setanding dengan negara itu. Namun katanya, usaha tersebut perlu dilakukan secara berdikit-dikit bagi memastikan impian tersebut berjaya dilaksanakan. Tidak pernah mendapatkan sebarang pinjaman menjadikan Sallehuddin benar-benar berdikari dalam memajukan perniagaannya. Prinsipnya mudah, biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Katanya, ladang yang menelan belanja hampir jutaan ringgit tersebut akan memulakan pembinaannya pada tahun hadapan dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. "Saya bukan sombong dengan tidak melakukan pinjaman perniagaan. namun daripada pemerhatian saya, kebanyakan usahawan yang meminjam sukar menghargai kemudahan yang diterima dan mudah putus asa. "Seperti yang saya katakan dari awal, perniagaan dalam sektor ternakan ini nampak mudah di atas kertas (teori) namun secara praktikalnya amat sukar," katanya. Terakhir, beliau berharap agar kerajaan dapat melonggarkan beberapa peraturan atau kerenah birokrasi agar sektor penternakan dapat berkembang dengan baik di dalam negara setanding dengan negara-negara jiran. Untuk maklumat lanjut berkenaan Best Farm anda boleh menghubungi sallehuddin di talian 012-222 8030, 019-233 8030 atau layari laman web akikahqorban.blogspot.com. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:24 PM PDT IKA kamu pernah memasang angan-angan untuk menjadi pemandu Formula 1 (F1), mungkin sukan go-kart adalah pilihan terbaik untuk menuju ke arah tersebut. Tak percaya? Lihat sahaja sejarah pembabitan dalam dunia pemotoran Michael Schumacher, Lewis Hamilton mahupun Fernando Alonso yang bermula daripada sukan go-kart. Sebelum menjadi juara F1 sebanyak tujuh kali, Micheal Schumacher memulakan kerjaya sebagai pemandu kereta lumba dengan memandu go-kart yang direka bapanya sendiri. Setelah 10 tahun terlibat dalam sukan go-kart, beliau akhirnya muncul sebagai juara dunia remaja Jerman. Micheal Schumacher memenangi kejuaraan dunia pertamanya sebagai pemandu F1 selepas tiga tahun menyertai go-kart. Meskipun go-kart boleh dilabelkan sebagai 'sukan orang kaya' kerana memerlukan perbelanjaan besar, namun jangan jadikan perkara itu sebagai alasan untuk mematikan impian kamu. Buat kamu yang berminat untuk menyertai sukan ekstrem ini, tetapi masih ragu kerana bimbang pelajaran bakal terabai, jom baca hasil temu ramah .com bersama pemandu go-kart terbaik Malaysia yang mungkin seusia atau lebih muda daripada kamu. Mana tahu, melaluinya kamu mendapat semangat untuk meneruskan cita-cita menjadi pemandu F1 dan seterusnya, mengharumkan nama negara ke peringkat dunia. Setiap kejayaan pastinya bermula dengan langkah pertama. Pesanan .com, jangan takut memulakan langkah pertama ke arah impian tersebut walaupun untuk mencapainya bukan suatu kerja yang mudah! NAZIM AZMAN MELIHAT anak kecil ini riang bermain air bersama teman-teman lain, membuatkan penulis terlupa seketika dia baru sahaja merangkul juara keseluruhan Rotax Mikro Max (kategori kadet) Malaysia. Lebih membanggakan, Nazim Azman berjaya menduduki tangga ketiga peringkat Asia untuk kategori sama di kejohanan Cabaran Rotax Max Challange Asia dan Malaysia yang berlangsung di Sepang pada minggu lalu. Siapa sangka, kanak-kanak berusia 11 tahun itu baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan go-kart mulai Januari lalu. "Bagi saya, sukan go-kart penuh cabaran dan kerana itu saya tertarik untuk mencuba sukan ini. Daripada sekadar mencuba, akhirnya saya jatuh cinta terhadap sukan ini. "Mungkin disebabkan saya dan bapa berkongsi minat yang sama dalam dunia pemotoran menyebabkan bapa begitu memahami hobi baru saya ini," katanya. Sementara itu, Tan Sri Azman Yahya iaitu bapa kepada Nazim, berkata, mereka sekeluarga sentiasa menyokong minat anaknya itu. Baginya, hobi baru anaknya itu juga secara tidak langsung mendidik Nazim menjadi lebih positif, berdisiplin dan menepati waktu. NAZIM AZMAN 11 tahun COMMA Motorsports NIK AZRI SYAZWI NIK HAMDAN PENYERTAAN dalam dunia go-kart masih setahun jagung, tetapi pencapaian yang diperolehi sememangnya boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia. Nik Azri Syazwi Nik Hamdan, 18, mulai mengenali sukan go-kart ketika berusia 15 tahun setelah didedahkan oleh rakan bapanya. Selain cabaran yang perlu ditangani ketika berlumba, katanya, minat yang mendalam terhadap jentera pemotoran membuatkan dia memilih untuk serius dalam bidang ini. "Memandu go-kart bukan sekadar menekan minyak. Paling penting bermain go-kart ini perlu mengetahui cara mengendalikan dan memahami fungsi jentera itu. "Saya tidak menafikan sukan ini adalah sukan yang mahal, tetapi perkara ini tidak menjadi halangan kepada saya untuk beraksi di litar. "Selain mendapat suntikan dana daripada bapa, saya juga mendapat tajaan daripada PBJV Group. "Melalui tajaan seperti itu, bolehlah saya menyertai perlumbaan di luar negara bagi menguji kemampuan sebenar saya," katanya yang bakal mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia Rotax Max untuk katogeri Rotax Senior. NIK AZRI SYAZWI NIK HAMDAN 18 tahun Pasukan CRG Zanardi PADA pertemuan itu, .com berkesempatan menemu ramah seorang lagi wakil Malaysia yang akan beraksi di Portimao, Portugal pada akhir November ini untuk kategori Rotax Junior, Syazwan Mohd. Noor, 16. Menurut pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya itu, pertama kali dia memandu go-kart ketika berusia tujuh tahun. Bagaimanapun, ketika berusia 11 tahun, dia mengambil keputusan untuk berhenti bermain go-kart kerana ingin memberi tumpuan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah berhenti sepenuhnya daripada dunia go-kart selama tiga tahun, Syazwan kembali beraksi di litar. "Apabila saya melihat sukan go-kart semakin banyak saingan di negara ini, saya berasa tercabar. "Minat yang saya pendam selama ini, kembali membara untuk berada di litar seperti kawan-kawan lain. "Lebih-lebih lagi, setelah saya mengambil keputusan untuk menjadikan sukan pemotoran ini sebagai karier pada masa hadapan. "Jika tidak menjadi pelumba pun, saya berharap dapat menjadi jurutera pemotoran pada suatu hari nanti," katanya yang hanya menjalani latihan pada hujung minggu sahaja. SYAZWAN MOHD. NOOR 16 tahun Pasukan Rook Racing | ||
| Lexus Malaysia lancar varian LS terbaharu Posted: 24 Oct 2012 06:23 PM PDT Dua model mempekenalkan Lexus LS 460L pada majlis pelancaran kereta itu di Petaling Jaya, semalam. Melalui pengenalan itu, Lexus Malaysia kini menawarkan empat model LS iaitu LS 460 dengan harga-atas-jalan tanpa insurans RM788,000, LS 460 F Sport (RM818,000), LS 460L (RM878,000) dan LS 600h L (RM1.06 juta) Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, model baharu itu menampilkan sedikit perbezaan daripada segi reka bentuk yang tampak lebih sporty berbanding model LS keluaran sebelum ini. Katanya, hal ini sekali gus berupaya meluaskan lagi pasaran LS yang telah menggabungkan ciri mewah dan sporty melalui model-model baharu tersebut. LS 460, LS 460 F Sport dan LS 460L didatangkan dengan enjin 4.6L V8 petrol manakala LS 600h L pula dengan enjin 5.0L V8 hibrid yang dipacu oleh dua motor elektrik. Enjin 4.6L V8 didatangkan dengan transmisi automatik yang berupaya mencapai kuasa maksimum 380bhp@6,400rpm dengan kuasa kilasan maksimum 493Nm@4,100rpm. Sementara model 5.0L V8 hibrid mempunyai kuasa maksimum 389bhp dan dengan bantuan motor elektrik, enjin itu mampu mencapai sehingga 438bhp. Ia sekali gus menjadi model hibrid paling berprestasi di dunia dengan hanya menggunakan bahan api sebanyak seliter untuk jarak 11.6 kilometer. Varian LS mula diperkenalkan di negara ini pada Disember 2006. Lexus dimiliki oleh Toyota yang mengkhususkan keluaran kereta dalam kategori mewah dan berprestasi tinggi. | ||
| Festival untuk pengguna media sosial Posted: 24 Oct 2012 06:21 PM PDT PERSEMBAHAN daripada kumpulan ukulele malaysia memeriahkan lagi suasana festival jalanan churpout 2012. Menurut Pengasas Bersama ChurpChurp, Timothy Tiah, tujuan festival itu diadakan adalah untuk membawa seluruh pengguna media sosial di Malaysia berkumpul dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. KEMPEN kesedaran tentang kanser payu dara turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan muda. Menariknya, festival ChurpOut 2012 telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu permainan, acara pentas, kedai jualan dan inspirasi untuk membawa pengunjung ke dimensi berbeza pada hari tersebut. KEBANYAKAN peniaga yang berniaga di festival ini terdiri daripada blogger tempatan. Tidak ketinggalan, selebriti YouTube seperti JinnyBoyTV, DanKhoo Productions, the Ming Thing, Joseph Germani, GrimFilm and BryanLim TV turut memeriahkan festival ChurpOut 2012. Bukan sekadar hiburan, sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan pada festival jalanan tersebut akan didermakan untuk tujuan kempen kanser payu dara. | ||
| Bapa dera kerana mahu didik anak dijel 12 bulan Posted: 24 Oct 2012 06:12 PM PDT Norrizam Sapuan dibawa keluar dari kawasan mahkamah. Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias dalam keputusannya berkata, alasan mendidik sehingga mencederakan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu melampaui batasan. Norrizam Sapuan, 40, mengaku bersalah atas dakwaan menganiaya Nazirul Mubim Norrizam, 9, di rumahnya di 0301, Blok G, Flat Pekaka, Jalan Pekaka 3, Taman Perling, di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, Nazirul Mubim merupakan anak kandung tertuduh dikatakan dipukul dengan menggunakan tali pinggang yang dipakai Norrizam kerana tidak melayan adiknya berusia lima tahun. Perkara tersebut disedari guru sekolah Nazirul Mubim apabila mangsa menangis lalu menceritakan insiden yang berlaku. Mohd Azlan menetapkan hukuman terhadap Norrizam bermula dari tarikh tangkapan iaitu 18 Oktober lepas. Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. | ||
| 11 suspek menyamar kerabat diraja Kedah direman Posted: 24 Oct 2012 06:09 PM PDT Sebahagian daripada suspek yang direman kerana menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah . Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan mengeluarkan perintah berkenaan ke atas 11 lelaki berusia antara 38 tahun hingga 61 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes berkenaan. Mereka tiba di mahkamah dengan kenderaan polis kira-kira jam 2 petang sebelum dibawa masuk ke bilik reman mahkamah untuk mendapatkan perintah berkenaan. Semalam, sepasukan anggota polis menyerbu dan menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai kerabat diraja Kedah,ketikamengadakan perhimpunan pelantikan ahli majlis sebuah pertubuhan di sebuah hotel di sini. Dalam serbuan jam 4 petang itu, polis turut menahan 12 lagi individu dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis melakukan serbuan hasil maklumat orang ramai yang curiga dan mahu memastikan kesahihan dakwaan dibuat suspek. Majlis pentauliahan dan pelantikan yang sepatutnya di bawah naungan sebuah pertubuhan amal Islam itu didapati turut dihadiri kaum lain, menimbulkan keraguan kerana perjumpaan diadakan bersama beberapa pemilik kelab malam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 419 kanun sama kerana menyamar dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan kerana mempunyai logo tidak dibenarkan. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:06 PM PDT BARISAN peserta MLM 2012 yang akan berentap bermula 16 November ini menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). PROGRAM pencarian pelawak terunggul di rantau Asia Tenggara, Maharaja Lawak Mega atau MLM yang masuk musim kedua cuba membuat kelainan dengan menampilkan pula pelawak-pelawak veteran yang tidak pernah menyertai pertandingan itu sebelum ini. Selain juara pertandingan akan membawa pulang sebanyak RM500,000 berbanding RM300,000 pada tahun lepas, beberapa pertukaran kumpulan dan muka baharu ditonjolkan pada musim kali ini. Kumpulan Dadidu misalnya, menampilkan pelawak veteran AR Badul yang disertai pelawak dari Singapura, Arif Sudin dan Bobo. Kesemua mereka termasuk AR Badul yang berasal daripada Singapura akan memberi saingan kepada para pelawak baharu kali ini. AR Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 62, ketika ditemui pada majlis sidang program MLM 2012 di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini berkata, walaupun paling senior dalam program tersebut, dia merasakan seperti orang baharu. "Saya dan kumpulan Dadidu terpanggil untuk menyertai program ini kerana merasakan ia juga gelanggang kami yang sememangnya golongan pelawak. Tiada istilah lama atau baharu, kami semua sama," jelasnya. Badul menambah, dia merasakan satu penghormatan apabila ditawarkan sebagai kumpulan jemputan kerana sebelum ini hanya melihat program berkenaan di kaca televisyen sahaja. "Saya mahu beri saingan kepada kumpulan jemputan negara lain dan bukan hanya menyaingi kepada kumpulan tempatan," ujarnya yang pernah menjadi juri program Raja Lawak musim pertama. Sementara itu, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik bakal tampil dengan ahli baharu mereka iaitu Nabil yang sebelum ini tampil solo dalam MLM musim pertama. Kata Nabil, dia menyertai Boboi kerana merasakan adalah terlalu sukar untuk membuat lawak setiap minggu secara solo. "Saya rasa dapat pergi jauh dengan menyertai Boboi," ujarnya yang pertama kali bersama Boboi dalam pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya baru-baru ini. KUMPULAN Saywho yang terdiri daripada Eko, Bocil dan Vicha juga mahu mencuba nasib merebut gelaran juara MLM 2012, sekali gus membawa pulang habuan RM500,000. Satu lagi kelainan pada musim kali ini ialah apabila salah seorang anggota Osbon yang menjuarai Raja Lawak Mega musim pertama iaitu Abon kini bersama Sathia muncul dengan kumpulan baharunya yang dikenali sebagai Sabon. Kata Abon, Osbon yang turut dianggotai Mr. Os tidak menyertai program itu kerana kumpulan itu pernah menjadi juara Raja Lawak Mega musim pertama. Abon juga menafikan wujud masalah antara dia dan Os. "Tidak wujud sebarang permasalahan antara saya dan Os. Sabon muncul untuk buat kelainan dan saya tiada masalah bersama Sathia kerana kami sudah kenal lebih 20 tahun," jelasnya. Boboi, Dadidu dan Sabon bakal bersaing dengan tujuh buah kumpulan pelawak tempatan lain iaitu Pimai (Imuda dan Mat Over), Jozan (Johan dan Zizan), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez), Shiro (Shahrol dan Ajak). Mereka akan turut menerima saingan daripada kumpulan jemputan luar negara, masing-masing dari Indonesia dan Filipina iaitu The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dan Saywho (Eko, Bocil dan Vicha). Tiga kumpulan lain yang telah memenangi peluang yang dikenali sebadengan istilah 'kerusi panas' baru-baru ini iaitu Balas, Kecik dan Mamu pula akan menyertai sebuah lagi pertandingan pada 14 November ini bagi menempatkan diri mereka dalam kalangan 10 kumpulan terpilih. Sementara itu, menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, program itu masih mengekalkan sistem pemarkahan juri sebanyak 70 peratus dan selebihnya undian penonton. "Juri tetap pula akan ada empat orang yang dirahsiakan sehingga program berkenaan, tetapi dua dari negara ini dan dua lagi masing-masing dari Indonesia dan Singapura," ujarnya. MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November ini, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Ia akan di adakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor. | ||
| 2NE1 gegar Malaysia Disember ini Posted: 24 Oct 2012 06:05 PM PDT 2NE1 BERITA baik buat para peminat K-pop di Malaysia apabila kumpulan popular 2NE1 bakal membuat persembahan di Malaysia dalam satu konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 8 Disember ini. Kehadiran kumpulan tersebut ke negara ini diumumkan sendiri oleh Pengarah Kreatif Running Into The Sun, Beatrice Chia Richmond selaku penganjur 2NE1 Global Tour - New Evolution Concert. "Sudah tentu kami sangat berbesar hati kerana berjaya membawa 2NE1 membuat persembahan di Malaysia memandangkan ini kali pertama mereka berpeluang menghiburkan para peminat di sini. "Pihak kami percaya kumpulan tersebut juga sangat teruja dan bakal menampilkan satu persembahan yang menarik kerana Malaysia merupakan salah satu lokasi yang menjadi pilihan dalam siri jelajah mereka pada tahun ini," ujar Beatrice. Dianggotai empat orang gadis jelita iaitu Lee Chae-rin (CL), Sandara Park (Dara), Park Bom (Bom) dan Gong Minji (Minzy), 2NE1 merupakan antara kumpulan K-pop yang sukses di Korea Selatan serta sudah merangkul pelbagai anugerah. Menurut Beatrice, tiket untuk menyaksikan konsert tersebut akan mula dijual pada 27 Oktober ini. Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook www.facebook.com/runningintothesun. | ||
| Posted: 24 Oct 2012 06:05 PM PDT
KREDIBILITINYA sebagai seorang penghibur di atas pentas nyanyian memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kualiti vokal, lenggok alunan suara yang unik serta bakat yang dikurniakan kepadanya menjadi kunci utama kejayaan yang diterima sebagai seorang anak seni sehingga ke hari ini. Tidak hairan jika bakat nyanyian dan hasil kerja Krisdayanti atau KD sering kali mendapat pengiktirafan pada majlis-majlis anugerah tempatan mahupun antarabangsa. Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi oleh penyanyi yang popular dengan lagu Cobalah Untuk Setia ini tidak mungkin datang tanpa sebarang kontroversi. Sejak beberapa tahun lalu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini kerap menjadi sasaran utama ruangan-ruangan gosip akhbar dan majalah ekoran isu penceraiannya dengan bekas suami, Anang Hermansyah. Setelah isu penceraiannya selesai, KD akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Raul Lemos. Hasil daripada perkongsian hidupnya dengan usahawan yang berasal dari Timor Leste itu, KD dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ariannha Amora Lemos. Ketika ditemui pada acara Persembahan Konsert Diraja dan Majlis Penutupan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2012 minggu lalu, KD kelihatan sungguh anggun dalam persalinan serba mewah hasil rekaan Anne Avanthi, pereka yang sama mereka busana perkahwinannya dengan Raul tahun lalu. Menambahkan seri, wanita itu kini sedang sarat hamil tujuh bulan. Ia merupakan anak kedua baginya bersama Raul. Berasa amat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, KD mengaku tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata keempatnya itu. "Kandungan saya kini sudah menjangkau usia tujuh bulan dan insya-Allah dengan izin-Nya, Ariannha bakal mendapat seorang adik lelaki pada hujung tahun ini," katanya penuh teruja ketika membuka bicara. Ditanya mengenai pengalaman hamil anak kedua bersama Raul, KD memberitahu, dia berasa sedikit penat dan sering mengalami kesakitan pada bahagian belakang badannya. Begitupun, perkara remeh-temeh itu tidak menghalangnya daripada memenuhi sebarang undangan nyanyian. "Ketika mengandungkan anak pertama iaitu Aureile, saya masih boleh menyanyi walaupun pada waktu itu usia kandungan telah mencecah sembilan bulan. "Berbeza sekarang, saya cepat berasa letih dan keadaan ini memaksa saya untuk tidak melakukan tugas-tugas yang berat selain memperlahankan sedikit aktiviti seni saya," katanya yang ditemui usai menghiburkan pengunjung konsert tersebut dengan rangkaian lagu-lagu popularnya. Menyorot kembali saat-saat manis ketika mendapat tahu dia hamil untuk kali yang kedua, KD berkata, dia yang sedang menghabiskan masa dengan keluarga mertuanya di Timor Leste ketika itu sering menjadikan gabungan buah mangga, kicap masin dan cili sebagai salah satu pilihan menu hariannya. "Pembantu rumah di sana (rumah mertua) sungguh hairan kerana saya sering meminta mereka membelikan buah mangga. Ketika itu, saya sedang berdiet dan tidak terfikir langsung akan hamil buat kali yang kedua. BAHAGIA. Krisdayanti atau KD bersama suaminya, Raul Lemos dan anak sulung mereka, Ariannha Amora Lemos. "Bagaimanapun, lama-kelamaan, saya mula merasakan perubahan yang ketara pada tubuh saya. Justeru, saya nekad untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah. Alhamdulillah, selepas itu memang sah, saya hamil lagi," ujarnya tersenyum lebar. KD juga memberitahu bahawa suaminya begitu terkejut ketika dikhabarkan mengenai berita gembira tersebut. Jelasnya: "Raul seperti tidak percaya ketika itu kerana julat masa kehamilan pertama dengan yang kedua adalah sangat singkat. Dia ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran putera pertama kami." Rawatan tradisional Jika ditanya mengenai persiapan dan rawatan selepas bersalin, sudah pasti adik kepada penyanyi Yuni Shara yang berusia 37 tahun ini mempunyai cara yang tersendiri dalam menyediakan diri untuk melalui proses berpantang. "Sama seperti sebelum ini, saya akan menghabiskan tempoh berpantang selama 40 hari dengan mendapatkan rawatan tradisional. "Rawatan-rawatan seperti lulur seluruh badan dan bengkung bersama ramuan akar kayu berserta herba tradisional merupakan antara rawatan yang wajib untuk saya ketika melalui tempoh berpantang," katanya. KD juga berkata, dia harus mengamalkan cara pemakanan yang seimbang agar mampu untuk menghabiskan proses itu dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, dia mahu kembali cergas bagi menyambung semula aktiviti seninya yang tergendala. "Cara pemakanan juga perlu dititikberatkan, terutamanya selepas bersalin. Saya tidak boleh memilih makanan dan perlu mengikut jadual pemakanan yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan tradisional di sana. "Doktor juga ada menasihati saya supaya mengambil beberapa jenis suplemen tambahan ketika ini agar saya kekal bertenaga, tidak mudah letih dan senang ketika melahirkan bayi kelak," katanya lagi. | ||
| Apek-Leuniey nikah Disember ini Posted: 24 Oct 2012 06:03 PM PDT
KOTA BHARU – Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini. Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam. Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan. "Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. "Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya," jelasnya. Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama. Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan