Isnin, 22 Oktober 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nafi bercinta dengan pemilik Lotus

Posted: 22 Oct 2012 10:05 PM PDT



"SAYA masih lagi solo, tetapi saya ramai kawan, banyak dapat kerja, banyak tempat melancong tetapi masih belum ada teman lelaki." Itu penegasan yang diberikan pemilik seraut wajah jelita dikenali dengan nama Maya Karin ini.
Berkongsi kisah peribadinya, kata Maya, selepas bercerai dengan bekas suaminya, Steven David Shorthose pada pada tahun 2010, dirinya masih belum menemui cinta baharu walaupun dia telah digosipkan dengan beberapa lelaki.
Ia termasuklah gosip terbaharu dengan aktor sasa yang pernah bergandingan dengannya dalam filem Cun dan pementasan teater Natrah, Remy Ishak.
Namun, Maya tidak ketinggalan dihambat gosip cinta lain pula apabila baru-baru ini dia bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula Satu di Singapura.
Bukan calang-calang orang boleh memasuki kawasan itu yang sebenarnya tidak boleh dimasuki biarpun dengan membeli tiket.
Spekulasi timbul mengatakan dia dibawa oleh 'pihak tertentu' untuk berada di situ, namun Maya menepis gosip berkenaan dengan memberitahu, orang kuat Lotus itu hanya kenalannya sahaja.
"Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ.
"Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan," ujarnya yang mengakui dia gemar meluangkan masa dengan mendaki gunung termasuk di Switzerland.
Maya menjelaskan, disebabkan dirinya kini solo, dia tidak hanya akan berada di Kuala Lumpur dan menunggu jodoh.
Sebaliknya, dia akan melancong ke serata dunia untuk membuat perkara-perkara yang digemarinya.
Dia juga tidak menolak kemungkinan akan bertemu sesiapa sahaja jejaka yang mungkin jodohnya ketika melancong itu.
"Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu.
"Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin lagi biarlah ia berlaku secara semulajadi," jelasnya yang kini berada di Nepal selama 10 hari sejak Khamis lalu bersama bapanya untuk mendaki gunung di Katmandu.

MAYA merakam foto kenangan di garaj pasukan Lotus, Formula Satu di Singapura baru-baru ini.


Selektif
Menyentuh mengenai karier lakonannya, nama Maya sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan watak Izzah, lakonannya menerusi filem pecah panggung, Ombak Rindu.
Ia nyata masih meraih bualan hangat dan kadangkala menjadi parodi kepada bahan lawak jenaka dalam beberapa program hiburan disebabkan impak kuatnya kepada masyarakat.
Selepas filem itu, Maya tidak lagi muncul dengan filem baharu selain filem adaptasi novel Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina yang bakal menjengah pawagam seluruh negara menjelang 29 November ini.
Dia yang merupakan teraju utama filem itu dengan memegang watak Katerina yang sebelum ini dilakonkan oleh aktres Nur Fazura dalam filem Lagenda Budak Setan 1, menyatakan dirinya kini agak selektif dalam memilih watak yang ditawarkan.
Baginya, 2012 merupakan tahun yang paling banyak dia menolak tawaran berlakon filem dan dia tidak kesal berbuat demikian kerana mahukan satu watak yang memberi kesan dan impak kepada dirinya dan penonton.
Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke, 31, yang ditemui pada majlis pelancaran muzik video dan trailer filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui, selepas berlakon dalam Ombak Rindu, dia telah menolak 10 tawaran berlakon filem lain.
"Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi," katanya.
Kata Maya, dia tidak kisah kurang muncul di layar perak jika sebuah filem lakonannya dapat memberi impak kepada masyarakat.
"Pada tahun 2010, saya hanya muncul dalam satu filem sahaja iaitu Magika, itu pun untuk tiga minit sahaja, saya tidak kisah semua itu," ujar aktres kacukan Melayu-Jerman ini.
Tambah Maya, tawaran lakonan yang ditolaknya itu disebabkan dia hanya menerima watak yang tidak memberi impak kuat seperti watak mirip bohsia.
"Saya ada ditawarkan watak ala-ala seperti karakter bohsia, hanya tampil untuk cakap 'hello-hello', selepas itu habis begitu sahaja. Tiada gunanya kalau macam itu sahaja. Saya mahu penonton puas walaupun hanya muncul selama tiga minit," jelasnya.
Selain itu, Maya menjelaskan, dia juga turut pernah ditawarkan untuk muncul dalam sebuah filem aksi tetapi dia menolak tawaran tersebut kerana ia tidak menepati kriteria yang diperlukan sebagai pelakon.
"Kalau muncul untuk menangis, goda orang selepas itu habis di situ, tidak guna berlakon macam itu. Lebih baik saya selektif, biar berlakon sebuah filem tetapi ia memberi kesan untuk tempoh lama," jelasnya.
Bagi Maya, tidak guna berlakon filem hanya untuk ganjaran wang kerana ia akan dilupakan begitu sahaja tanpa memberi kesan apa-apa kepada penonton.
Izzah dan Katerina
Memegang watak sebagai Katerina dalam filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina dalam keadaan penonton masih lagi mengingati watak Izzah dalam Ombak Rindu, bukan satu masalah bagi diri Maya.

INTIM. Aksi lakonan Maya dan Remy dalam pementasan teater, Natrah di Istana Budaya.


"Melakonkan Izzah dan Katerina dalam satu jarak yang jauh dan saya tahu orang masih bercakap lagi mengenai Izzah kerana ia beri impak yang kuat kerana jalan cerita itu dramatik," katanya yang turut akan muncul dalam filem Lagenda Budak Setan 3 yang sudah selesai penggambaran dan ditayangkan pada tahun depan.
Berbanding karakter Izzah, kata Maya, Katerina berbeza kerana fokus utama dalam Lagenda Budak Setan 2 - Katerina bukan dirinya tetapi watak lakonan Farid Kamil iaitu Kasyah.
Maya juga tidak kisah apabila penonton nanti akan membandingkan wataknya dalam filem terbaharu itu dengan watak Izzah.
"Sebenarnya Izzah dan Katerina sangat berlainan sekali, Izzah merupakan seorang budak kampung manakala Katerina seorang wanita bandar, berpendidikan tinggi yang sangat bebas dan berdikari," ujar Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 ini.
Dia juga tidak meletakkan sebarang sasaran dan jangkaan terhadap watak Katerina kerana dalam industri kebelakangan ini banyak berlaku perkara yang tidak dijangka.
"Filem yang kita tidak sangka akan mendapat sambutan tiba-tiba meletup dan yang kita jangka tidak dapat dapat sambutan pula, walau bagaimanapun saya berharap filem baru lakonan saya ini dapat diterima peminat seperti Ombak Rindu," ujarnya yang menerima tawaran penerbit filem Sharad Sharan untuk melakonkan watak Katerina usai penggambaran filem Ombak Rindu.

Izreen Azminda 'Tiada Disiplin' Kerana Masalah Penyakit

Posted: 22 Oct 2012 10:04 PM PDT

Izreen Azminda
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata tindakannya menjauhkan diri daripada khalayak selain kurang mendapat publisiti sejak mendirikan rumah tangga bukan disebabkan masalah disiplin seperti diperkatakan.
Sebaliknya, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 27, berkata, dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat selain mengalami masalah kesihatan selepas berkahwin dengan jurukamera Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos lalu.
"Saya memang sibuk dengan penggambaran sebaik sahaja melangsungkan perkahwinan hampir dua bulan lalu.
"Saya tahu dakwaan kononnya saya mempunyai masalah disiplin timbul apabila saya tidak dapat menghadiri majlis pelancaran sebuah drama baru-baru ini.
"Perkara itu tidak disengajakan kerana saya jatuh sakit pada hari tersebut," ujarnya ketika ditemui pada program Jelajah ASK 2012 di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.
Pasangan itu bernikah di kampung halaman Izreen di Alor Setar, Kedah.
Izreen berkata, keadaan kesihatan yang tidak menentu kerana masalah tekanan darah rendah yang dialaminya menyebabkan dia dituduh sedemikian.
"Sebenarnya saya memang mempunyai masalah tekanan darah rendah sejak dulu lagi tetapi keadaan bertambah buruk apabila saya terbabit dalam penggambaran tanpa henti sejak lepas kahwin.
"Bayangkan, saya menghabiskan masa dan berbulan madu dengan suami pun melalui projek drama yang kami sama-sama terlibat.
"Mungkin sebab itu ada pihak salah anggap dan membuat andaian saya sengaja menjauhkan diri sedangkan saya sibuk sehingga hari ini," katanya.
Ditanya mengenai pengalaman berumah tangga, Izreen berkata, status isteri membawa perubahan besar kepada kehidupannya.
"Banyak perubahan besar saya alami dalam perkahwinan ini. Ia mengajar saya mengenai soal tanggungjawab dan penampilan diri.
"Sebelum ini saya seorang yang kasar dan lasak tetapi perkahwinan ini mengubah saya menjadi semakin feminin dan lembut," katanya yang masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil.
Terbaru, Izreen masih lagi terikat dengan penggambaran drama bersiri Julia yang kini ditayangkan di TV3.
Selepas ini, dia bakal memasuki set penggambaran drama 30 episod berjudul Sehangat Asmara pula.

Tiada Tawaran Punca Tony Eusoff Berlakon Teater

Posted: 22 Oct 2012 10:04 PM PDT

Tony Eusoff
PETALING JAYA: Aktor kacak Tony Eusoff berkata pembabitannya dalam pelbagai pementasan teater muzikal sepanjang tahun ini disebabkan tidak menerima tawaran lakonan untuk televisyen (TV) dan filem.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 35, berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam pelbagai teater muzikal di dalam dan luar negara bagi mengisi masa terluang kerana hal tersebut.
Kata Tony, pembabitan dalam teater-teater bebas dan kecil itu dapat mengurangkan kebimbangannya memikirkan nasib kerjaya yang semakin tidak menentu.
"Bukannya saya tidak mahu berlakon TV atau filem tetapi memang tiada tawaran yang datang. Takkan saya hendak tunggu sahaja tawaran tanpa melakukan apa-apa langsung?
"Sebab itu saya cari alternatif kepada teater-teater muzikal bebas dan kecil dalam dan luar negara. Sekurang-kurangnya dapat juga saya melakukan sesuatu," katanya kepada mStar Online.
Tony berkata, ketandusan tawaran lakonan itu mungkin berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak peka menjaga hubungan dengan penggiat-penggiat industri atau sikap pilih kasih stesen TV.
"Mungkin ketiadaan tawaran lakonan ini berpunca daripada salah saya yang kurang menonjol, tidak menjaga hubungan dengan penggiat-penggiat seni lain atau memang sikap sesetengah stesen TV yang pilih kasih terhadap pelakon-pelakon tanah air.
"Malangnya, saya bukan pelakon kegemaran mereka maka tiadalah tawaran yang datang. Namun, saya tidak berkecil hati dan mahu berfikiran positif dalam hal ini," katanya yang rindu untuk kembali berlakon.
Dia bagaimanapun bertuah kerana mempunyai kebolehan untuk berlakon, menyanyi dan menari yang sekali gus memudahkan laluannya untuk membintangi beberapa teater muzikal pada tahun ini.
"Saya bukan suka-suka buat teater muzikal tetapi itu sahaja peluang kerja dan rezeki yang ada. Memanglah kalau dikira bayarannya kecil berbanding TV dan filem tetapi saya bersyukur kerana ada juga pendapatan.
"Peluang membintangi teater ini pun saya peroleh kerana kebetulan saya boleh berlakon, menyanyi dan menari yang merupakan perkara asas bagi sesebuah muzikal.
"Selain mengukuhkan kemahiran lakonan, pementasan muzikal di luar seperti Singapura dapat meluaskan jenama saya di kalangan peminat di sana," katanya.
Pada Jun hingga Ogos lalu, Tony terlibat dalam pementasan berjudul La Cage Aux Folles yang diinspirasikan daripada filem Hollywood, Bird's Cage di Singapura.
Terbaru, aktor yang berasal dari Sarawak ini bakal membintangi muzikal bahasa Inggeris berjudul Romantic Fools pada 24 Oktober hingga 4 November depan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas dekat sini.
Pementasan seterusnya pula di Stage 1, PenangPac, Straits Quay Mall, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 November depan.
Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 kini boleh didapati di Ticketpro dengan melayari www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-7880 7999, 017-3305776.
Untuk belian tiket bagi persembahan di Pulau Pinang, layari www.ilassotickets.com.my, www.penangpac.org, atau hubungi 04-8991722, 04-8992722, 017-3305776

Era FM Kekal Nombor Satu, Raih 4.48 Juta Pendengar

Posted: 22 Oct 2012 10:03 PM PDT


Barisan deejay Era FM iaitu Johan, Haniff dan Ray antara penyumbang kepada pengekalan pendengar stesen radio itu.
PETALING JAYA: Stesen radio Era FM berjaya mengekalkan kedudukannya seperti tahun lalu apabila menjadi stesen radio paling berpengaruh dengan meraih 4.48 juta pendengar.
Astro Radio dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini lewat petang Isnin berkata, kumpulan radio itu juga berjaya meraih kedudukan tiga terbaik dalam pengukuran pendengar radio yang dibuat Nielsen bagi separuh tahun kedua tahun ini.
Kenyataan itu turut menyebut stesen radio Sinar FM menduduki tempat kedua dengan 4.22 juta pendengar manakala THR yang menggabungkan Raaga dan Gegar mendapat tempat ketiga dengan 3.63 juta pendengar.
Stesen radio milik Media Prima Berhad iaitu Hot FM pula kekal di tempat keempat seperti pengukuran sebelum ini dengan meraih 3.43 juta orang sementara Suria FM milik Star Media Group berada pada kedudukan kelima dengan jumlah pendengar 2.54 juta.
Dua stesen bukan berbahasa Malaysia milik Astro mampu meraih populariti tinggi berbanding stesen lain apabila saluran berbahasa Mandarin iaitu My FM menduduki tempat keenam dengan 2.2 juta pendengar manakala stesen berbahasa Inggeris, Hitz FM di tempat ketujuh dengan 1.7 juta pendengar.
Astro Radio berkata, kejayaan itu membuktikan kerja keras stesen radio itu dalam mempamerkan mutu persembahan berbeza agar ia berjaya menambat hati pendengar setiap saluran radio yang diperkenalkan.
Berikut ini kedudukan tujuh terbaik jumlah pendengar stesen radio bagi pengukuran yang dibuat agensi kaji selidik Nielsen bagi separuh tahun kedua 2012.
1. Era FM – 4.48 juta
2. Sinar FM – 4.22 juta
3. THR (gabungan siaran Raaga & Gegar) – 3.63 juta
4. Hot FM – 3.43 juta
5. Suria FM – 2.54 juta
6. MY FM – 2.2 juta
7. Hitz FM – 1.7 juta

Percaturan baru Abstrak

Posted: 22 Oct 2012 10:02 PM PDT


 'Abstrak Hingga Ke Bulan'
'Abstrak Hingga Ke Bulan'
Jika disebut nama 'Abstrak Hingga Ke Bulan' mungkin masih ramai yang belum mengetahui kewujudan kumpulan ini namun berbeza buat peminat muzik indie, yang mungkin sudah sinonim dengan karya mereka sebelum ini.
Pernah muncul dengan album pertama beberapa tahun lalu, namun entah di mana silapnya jenama dan karya kumpulan ini masih belum berjaya mendapat perhatian lebih meluas daripada peminat muzik tempatan.
Setelah empat tahun menyepi seketika, kini kumpulan yang pernah terkenal dengan lagu 'Cinta Ini Milik Kita' kembali membuat percaturan memeriahkan industri muzik tempatan.
Kemunculan mereka kali ini adalah untuk memperkenalkan anggota kumpulan yang baru iaitu Zarul Deeba (vokal), Fendi (kibod) dan Ikmal (drum).
Ketua kumpulannya, Zarul (gitaris) mengatakan walaupun beberapa anggota kumpulan telah berganti, mereka masih nekad mahu memperjuangkan muzik yang dibawa di bawah jenama yang sama.
"Saya dan Aretom (bass) masih lagi kekal dalam kumpulan ini. Kami masih terkenal dengan panggilan 'Abstrak' sama seperti dahulu.
"Cuma apa yang membezakan adalah penampilan ahli baru dan tetap  memandangkan sebelum ini kami terpaksa menggunakan pemuzik undangan," katanya.
Tambahnya, kehadiran Deeba selaku penyanyi utama sedikit sebanyak beri suntikan baru buat kumpulan ini untuk tampil lebih bertenaga.
"Kemunculan Deeba adalah kelebihan buat kami tambahan pula dia memiliki vokal yang tersendiri serta imej yang lebih segar," katanya.
Buah tangan baru

Apa yang menariknya mengenai kemunculan mereka kali ini, selain memperkenalkan anggota terbaru, Abstrak turut mengumumkan kemunculan buah tangan mereka berjudul 'Tik Tik'.
Kata Zarul, 'Tik Tik' adalah merupakan album ke dua mereka sejak kumpulan itu ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu.
"Album ini telah memuatkan sebanyak 12 buah lagu di mana ia mengandungi lapan buah lagu berbahasa Melayu dan selebihnya berbahasa Inggeris.
"Hala tuju muzik Abstrak masih sama macam dulu. Ia dicantikkan dengan elemen tambahan seperti horn dan string section serta synthesizer," tambah Zarul.
Apabila ditanya mengenai pengalaman menghasilkan album tersebut, Zarul mengatakan ia menjalani rakaman di tiga buah studio yang berbeza manakala sebahagian daripadanya telah dirakamkan di dalam sebuah chalet di Janda Baik.
"Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini terbahagi kepada dua bahagian. Sebahagian dibuat khusus mengikut kehendak peminat dan sebahagian lagi dibuat mengikut kehendak ahli-ahli Abstrak," jelasnya.
Di samping tu, Zarul mengatakan melalui album kali, mereka turut melakukan banyak kolaborasi bersama artis-artis tempatan seperti Samier, Altimet, Zaid AF & Radhi OAG.
Sambutan baik

Menyentuh mengenai sambutan album terbaru mereka, Zarul menjelaskan sebelum mereka berjaya mengeluarkan album tersebut sebenarnya Abstrak telah pun tampil dengan sebuah album single.
Menurutnya, single yang mengandungi tiga buah lagu itu berjaya mendapat respons yang baik daripada pendengar.
"Kami bersyukur album tersebut berjaya mendapat respons yang baik di kalangan pendengar muzik tempatan, khususnya yang meminati alternatif rock.
"Dalam tempoh beberapa bulan je, kami berjaya menjual sebanyak 200 keping CD tersebut malah lagu-lagu yang yang ada turut berjaya dimainkan di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura," tambahnya lagi.

Betty Banafe pilih jejaka Inggeris

Posted: 22 Oct 2012 10:01 PM PDT


Betty Banafe
Betty Banafe
SELEPAS selebriti terkenal, Nurul Wahab, Ning Baizura dan Serina Redzuawan, pelakon dan penyanyi, Betty Banafe turut bertemu jodoh dengan jejaka Inggeris sebagai peneman hidupnya.
Pernah membawa jejaka kacukan Britain-Lubnan itu ke majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz, bagi melihat sendiri suasana majlis perkahwinan Melayu, akhirnya Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, memilih tanggal 8 Disember nanti untuk disatukan dengan Bruce Dargus.
Ditanya mengenai pemilihan Bruce sebagai suami, Betty tanpa ragu-ragu menyatakan kebijaksanaan Bruce berjaya menambat hatinya.
"Di Malaysia, ramai yang memiliki satu atau dua ijazah. Namun, Bruce ada tiga, ijazah dalam pengajian muzik, psikologi dan teknologi maklumat (IT).
"Bila saya bercakap dengan dia, saya dapat berkongsi segala benda termasuk muzik. Dia juga banyak berkongsi perkara yang saya sendiri tak tahu. Saya memang nak lelaki bijak dan rajin, yang sebenarnya susah nak jumpa.
"Lagipun, kami ada persamaan dari segi pemikiran dan kepercayaan. Saya pilih dia, bukan kerana dia orang Inggeris. Saya banyak berkawan dengan lelaki, namun tak jumpa calon yang baik untuk saya dan keluarga," katanya yang bertunang pada 14 Jun lalu.
Majlis resepsi yang dihadkan kepada 100 tetamu itu bakal berlangsung di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, 12 Disember ini.
Restu keluarga
Mengakui restu daripada orang tua merupakan perkara utama dalam membina sesebuah perhubungan, Betty bertuah kerana ibu Bruce menerimanya dengan tangan terbuka.
Begitu juga dengan keluarganya, kehadiran Bruce yang ingin mendalami kehidupan dan masyarakat Melayu sangat dialu-alukan.
"Bruce tidak putus asa untuk belajar tentang Islam walaupun baru sahaja mendapat hidayah ketika mula-mula datang ke Malaysia, pada tahun lalu.
"Pun begitu, ia bukanlah perkara asing baginya kerana dia mempunyai latar belakang Islam. Dari segi persekitaran, dia sudah pandai menyesuaikan diri dan banyak bertanya kepada saya jika dia keliru.
"Dia tahu karier saya dan tidak pernah melarang kerjaya saya dalam bidang seni. Malah, dia nasihatkan saya supaya jangan berhenti dan terus berusaha," katanya yang teruja mengahwini jejaka Inggeris itu.

Dari minat jadi pendapatan

Posted: 22 Oct 2012 10:00 PM PDT


Izzah
Ixalicious menaja kek perkahwinan Irma Hasmie.
BERMULA dengan hanya mengambil tempahan membuat kek secara kecil-kecilan dengan modal sekitar RM100, kini Izzah Azura Hamzah mampu tersenyum apabila perniagaan Ixalicious Resources yang dibina semakin mendapat sambutan dari masa ke semasa.
Menurut Izzah, perniagaannya bermula secara rasmi pada 2010 setelah tamat pengajian di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).
"Pada awalnya, Ixalicious ditubuhkan secara tidak sengaja sekitar 2007 kerana minat yang mendalam dalam bidang manisan terutamanya manisan barat. Ketika itu, rakan-rakan mengambil peluang merasa kek keju yang dibuat dan meminta saya buat untuk mereka.
"Dari situ, timbul idea untuk menjadikan bidang ini sebagai pendapatan sampingan. Setelah tamat pengajian, saya mula bergerak aktif dan menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama," katanya.
Pendapatan cecah RM10,000 sebulan
Sehingga kini, Ixalicious yang berpusat di Keramat AU2, Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai jenis manisan antaranya kek pelbagai jenis, kek cawan, puding roti, pavlova, apple crumble, biskut coklat cip dan turut menerima tempahan kek hantaran diperbuat daripada fondant.
Izzah berkata, pelbagai produk ditawarkan, red velvet dan rainbow cake merupakan antara dua jenis kek yang mendapat permintaan paling tinggi.
"Secara purata, tempahan diterima termasuk kek, pavlova dan kek cawan mencecah sehingga 300 biji sebulan. Daripada jumlah tersebut, 50 peratus daripadanya adalah tempahan rainbow cake.
"Dari segi jualan pula, purata jualan kami sebulan adalah antara RM8,000 hingga RM10,000. Memandangkan kami bekerja dari rumah dan masih terhad, kami berharap agar dapat mengekalkan jumlah jualan seperti biasa sehingga hujung tahun ini," katanya.
Katanya, bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan, Ixalicious sentiasa memperkenalkan sekurang-kurangnya lima produk baru setiap tahun. Malah, selepas Hari Raya ini juga Ixalicious akan tampil dengan satu lagi produk baru.

Kutip sampah dapat hadiah

Posted: 22 Oct 2012 09:57 PM PDT


Kutip sampah dapat hadiah
Kanak-kanak bersama hasil kutipan sampah masing-masing bersedia untuk membuat timbangan.
SUNGAI PETANI - Melalui pendekatan 'siapa paling banyak, dia yang menang' ternyata Pertandingan Mengutip Sampah Kanak-kanak mendapat sambutan menggalakkan apabila julung kali diadakan di Flat Paya Nahu 1, di sini, kelmarin.

Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merangkap Pegawai Kawasan Zon F, Mohd Mohaidin Hashim berkata, pendekatan yang diambil ternyata berbaloi apabila ramai kanak-kanak berusaha mengutip sampah untuk memenangi pertandingan.

Menurutnya, pendekatan itu digunakan bukan sahaja untuk memupuk budaya bersih dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, malah ia mampu memberi kesedaran bahawa penjagaan kesihatan adalah penting.

"Kita sengaja anjurkan pertandingan kutip sampah kanak-kanak kerana nak tengok sejauh mana komitmen mereka terhadap persekitaran rumah supaya kekal bersih dan cantik.

"Ia juga sebagai kesedaran terhadap ibu bapa supaya sama-sama terlibat setelah menyedari anak-anak mereka lebih peka terhadap kebersihan," katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan barisan Ahli Majlis MPSPK.

Mohd Mohaidin berkata, selain melibatkan penyertaan kanak-kanak, pertandingan blok terbersih juga diadakan dan dimenangi Blok G.

"Kita lihat kerjasama yang ditunjukkan baik di mana 600 keluarga dari lapan blok turun padang sama-sama terlibat membersihkan kawasan Flat Paya Nahu ini," katanya.

Beliau berkata, gerakan secara besar-besaran yang dibuat itu juga sebagai kempen tanggungjawab menjaga kebersihan.

Katanya, selain pembersihan kawasan, aktiviti membuat kawalan vektor, penampalan lubang jalan dan pembersihan longkang turut diadakan yang mendapat kerjasama MPSPK dan Enviroment Idaman Sdn Bhd.

Sekolah 80 tahun ditutup

Posted: 22 Oct 2012 09:52 PM PDT


Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.
Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.
SITIAWAN - Nasib seramai 464 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat di sini, masih belum ada kata putus meskipun sekolah itu bakal ditutup bermula 1 Januari tahun depan.
Terdahulu, tapak sekolah itu bakal diambil semula oleh sebuah persatuan yang mendakwa kawasan berkenaan adalah milik mereka.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah, Akmal Abdul Rahim berkata, ibu bapa telah mengambil kata sepakat memohon penangguhan penutupan sekolah sehingga sekolah baru selesai dibina.
"Kami telah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan beberapa pegawai pelajaran untuk memohon pihak berkenaan membenarkan anak-anak kami bersekolah di sini sehingga sekolah baru siap.
"Kita akan sama-sama mencari tapak yang sesuai berhampiran kawasan ini untuk membangunkan sekolah baru bagi memberi kemudahan kepada murid di kawasan ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penerangan dan penjelasan penutupan sekolah itu semalam.
Akmal berkata, saranan yang diberikan pihak berkaitan supaya memindahkan murid-murid di sekolah lain bukan tidak diterima namun, banyak faktor yang perlu difikirkan.
"Jika tukar ke sekolah berhampiran akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan kerana keadaan jalan yang sibuk.
"Cadangan menumpang sementara di sekolah lain boleh menjatuhkan moral murid dan guru sekolah ini memandangkan status mereka
yang menumpang," katanya.
Katanya, PIBG bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JKKK kampung berhampiran, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sitiawan,
Pakat, Taman Terus Maju, Perkasa Manjung, Mapim Manjung, Biro Pendidikan Wanita Bahagian Lumut, Persatuan Anak-anak Sabah Manjung dan gandingan 16 taman perumahan telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk tindakan beliau.
Perlu adakan perbincangan terlebih dahulu
SEORANG bapa, G Mahalingan, 40, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu namun, sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian.
"Apabila surat terakhir yang dihantar pihak berkaitan supaya mengosongkan kawasan ini sampai, barulah pelbagai alternatif dicari.
"Perkara ini sepatutnya diselesaikan dahulu lagi dan sekarang diharap supaya pihak berkenaan memberi kebenaran untuk kita menggunakan sekolah ini dahulu," katanya. Zamri Abdullah, 51, berkata, perbincangan harus dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah Manjung harus melakukan perbincangan lebih mendalam mengenai perkara ini.
"Kami sebagai ibu bapa tidak mahu memindahkan anak-anak kami ke sekolah lain kerana faktor keselamatan. Ia juga menjadi beban kepada ibu bapa yang kurang kemampuan," katanya.
Ibu bapa terikat jadual kerja
SEORANG lagi bapa, Zarrin Ali, 43, berkata, mereka amat berharap supaya sekolah itu dapat dikekalkan sampai bila-bila.
"Sekolah ini mempunyai murid yang ramai dan guru-gurunya juga komited dalam menjalankan tugas masing-masing," katanya.
Katanya, kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan terikat dengan jadual
kerja yang tidak membolehkan mereka keluar sesuka hati.
"Apabila keadaan ini berlaku, kami menghadapi masalah dari segi pengangkutan anak untuk ke sekolah jika perlu dipindahkan," katanya.
Apa kata pihak Pejabat Pelajaran Daerah
SEMENTARA itu, Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani berkata, pada 2010, sebuah persatuan telah menghantar surat untuk mengambil semula tanah sekolah berkenaan kerana mendakwa milik mereka untuk dimajukan.
"Selepas itu kami membawa perkara ini ke dalam mesyuarat tindakan daerah untuk mencari penyelesaian dan berusaha mencari tapak lain membangunkan sekolah baru.
"Perkara ini juga dibawa ke pengetahuan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan sebuah tapak baru.
Usaha mencari tapak giat dijalankan namun hasilnya hampa kerana tapak berkenaan berada jauh kira-kira tujuh kilometer dari sini," katanya.
Katanya, Kementerian Pelajaran kemudiannya bersetuju membeli tapak asal sekolah itu daripada pihak berkenaan, namun malangnya mereka tidak bersetuju.
Muhd Suod berkata, pada 1 Oktober lalu pihaknya menerima surat terakhir daripada persatuan itu supaya mengosongkan sekolah dan diberi tempoh sehingga 31 Disember ini.
"Kita menyediakan alternatif untuk memindahkan murid-murid ke dua sekolah berhampiran iaitu SK Kampung Sitiawan dan SK Sri Selamat," katanya.
"Kami tidak mempunyai kuasa menahan perkara ini, namun akan terus membawa ke peringkat atasan termasuk berjumpa dengan pihak persatuan untuk mendapat penyelesaian sewajarnya," katanya.

Aaron nafi isteri pilih heroin lakonan

Posted: 22 Oct 2012 09:48 PM PDT


KELUARGA bahagia. Aaron bersama Diyana dan tiga anak mereka (dari kiri)Dahlia Arissa, 2 tahun, Danish Anaqi, 8 tahun dan Dwi Arinna, 6 tahun.


SEBARANG cerita yang melibatkan Aaron Aziz semua orang ingin tahu sehinggakan timbul kisah yang peminat fanatik aktor kacak itu marah-marah apabila Aaron dikatakan 'tangkap muat' dengan menerima tawaran berlakon drama dan filem yang dirasakan tidak sesuai dengan status dirinya sebagai 'Hero Pujaan Malaya'.
Mengambil contoh filem Datin Ghairah dan terbaharu, Ngorat yang dikatakan tidak sesuai dibintangi Aaron, peminat juga mahukan Aaron lebih selektif dalam pemilihan drama mahupun filem selepas ini. Itulah penangan pelakon yang membawakan watak Adam dalam drama hebat yang kini ditayangkan di Astro, Adam & Hawa.
Akibat daripada populariti yang diraih Aaron, 36, tempiasnya turut terkena isteri Aaron, Diyana Halik, 30, yang juga ibu kepada tiga anak mereka, Danish Anaqi, 8 tahun, Dwi Arinna, 6 tahun dan Dahlia Arissa, 2 tahun. Cerita mengenai Diyana yang dikatakan sering mengawal Aaron dan kuat cemburu bukan lagi perkara baharu.
Perkara itu menjadi bertambah hangat apabila kelmarin, akhbar Kosmo! Ahad dalam ruangan gosipnya menampilkan kisah seorang isteri kepada aktor yang dilabelkan sebagai menjadi 'pujaan Malaya' ketika ini. Isterinya itu dikatakan sudah berani memberi cadangan bagi menentukan calon heroin yang sesuai bergandingan dalam produksi lakonannya.
Dalam perkataan yang mudah, isteri aktor itu membuat cadangan aktres yang boleh bergandingan dengan suaminya itu. Biarpun tidak menyebut nama Aaron dan Diyana, namun umum boleh mengagak gosip ditujukan kepada pasangan Aaron dan Diyana.
Enggan membuat sebarang telahan palsu, Kosmo! menghubungi Aaron untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
Kosmo!: Ada peminat yang kurang senang apabila Aaron berlakon dalam filem-filem ringan seperti Datin Ghairah dan Ngorat. Boleh Aaron komen?
AARON: Sebagai pelakon saya bukan diva yang suka memilih watak. Saya juga tidak mahu orang menganggap hanya memilih watak-watak yang serius sahaja. Watak dalam filem Ngorat adalah satu watak berlainan yang harus saya cuba.

Adakah selepas ini Aaron akan berlakon lagi dalam drama mahupun filem-filem ringan walaupun peminat tidak suka?
Ya, saya akan terima. Saya juga tidak mahu timbul cerita yang mengatakan saya memilih watak. Walau bagaimanapun, saya akan lihat terlebih dulu watak dan jalan cerita sama ada ia sesuai dengan saya.
Setiap drama dan filem lakonan Aaron semuanya mendapat sambutan hebat. Bagaimanakah penerimaan Aaron terhadap perkara itu?
Saya anggap itu sebagai rezeki namun tidak bermakna semua drama mahupun filem lakonan saya akan mendapat sambutan hebat. Apa yang boleh saya cakapkan, drama-drama dan filem-filem lakonan saya sukses disebabkan pelbagai faktor seperti jalan cerita, skrip, arahan dan juga daripada semua tenaga produksi.
Sekarang ini, drama lakonan Aaron iaitu Adam & Hawa begitu mendapat sambutan selepas drama Nora Elena pada tahun lepas. Apakah perasaan Aaron tentang perkembangan tersebut?
Saya rasa drama itu popular hasil daripada impak novel itu sendiri yang popular dan laris di pasaran.
Jika dahulu isteri anda dikhabarkan mengawal anda, kini timbul cerita mengatakan Diana menentukan siapakah heroin yang layak berlakon di samping anda. Benarkah?
Tidak adalah. Sebenarnya ia terpulang kepada pihak produksi yang menentukan siapa pelakon-pelakonnya. Memang ada penerbit yang bertanya kepada saya mahu berlakon dengan heroin mana tetapi kata putus tetap dibuat oleh saya bukan Diana.
Dengarnya anda akan berlepas ke Akrika Selatan keesokan harinya untuk program rancangan realiti Fear Factor Asia (FFA). Kongsikan.
Saya akan berada di Afrika Selatan untuk rakaman program rancangan realiti Fear Factor Asia sehingga 17 November ini. Saya bukan sahaja bertindak sebagai pengacara program ini tetapi turut melakukan aksi-aksi lasak dan berbahaya. Semalam saya baru selesai buat aksi di dalam kontena yang dipenuhi oleh ular untuk promo program ini.
Selain daripada itu apakah aktiviti anda lagi?
Saya baru selesai menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham. Filem baharu saya iaitu Dampak dan Cicakman 3 bakal menyusul di pawagam tidak lama lagi. Pada bulan Disember nanti, saya akan mengikuti kunjungan ke Vietnam dan Korea sempena kejayaan Anugerah Bintang popular (ABP).

Aamir dipuji Tom Hanks

Posted: 22 Oct 2012 09:46 PM PDT


AAMIR KHAN


AKTOR terkenal Bollywood, Aamir Khan yang menjadi penghias muka depan untuk majalah Times edisi September dipuji sebagai bintang filem dari India pertama yang menjadi seorang aktivis sosial.
Menariknya, individu yang memberikan pujian tersebut ialah aktor berkaliber Hollywood, Tom Hanks. Pemenang Oscar itu ternyata kagum dengan Aamir yang memandang serius terhadap isu kemanusiaan terutamanya mengenai eksploitasi kanak-kanak.
"Sudah tentu saya begitu mengagumi apa yang telah dilakukan oleh Aamir. Tidak ramai selebriti yang mahu menggunakan pengaruh mereka untuk melakukan sesuatu perubahan dan apa yang dilakukan olehnya merupakan sesuatu yang luar biasa," jelas Hanks menerusi laman web digitalspy.com.
Menerusi artikel yang diterbitkan oleh majalah berkenaan, Aamir dikatakan telah meningkatkan kesedaran tentang isu sosial menerusi rancangan TV Satyamev Jayate sehinggakan parlimen India telah bersetuju membentuk rang undang-undang baharu berkaitan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa seksual.

PLUS perkenal bengkel bergerak

Posted: 22 Oct 2012 09:46 PM PDT


NOORIZAH menunjukkan peralatan yang disediakan oleh WOW ketika melancarkan perkhidmatan itu di kawasan R&R Seremban semalam.


SEREMBAN - Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) bagi memberi perkhidmatan lebih efisien dalam membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi kerosakan kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, inisiatif itu yang merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada bertujuan mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj melampau.
"Sebelum ini ada pengguna lebuh raya yang mendakwa bahawa mereka diperdaya oleh kumpulan terbabit dengan mengenakan caj bayaran yang tinggi serta melampau ketika mereka mengalami kesulitan di lebuh raya.
"Justeru kita yakin inisiatif WOW ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut sekali gus menjadi langkah proaktif kami untuk melindungi pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan WOW di kawasan Rehat dan Rawat (R&R ) Seremban di sini semalam.

Doktor cabul budak diberkas

Posted: 22 Oct 2012 09:43 PM PDT


ANGGOTA polis mengiringi seorang doktor yang diberkas bagi membantu siasatan kes cabul di Nusajaya, Johor semalam.


NUSAJAYA – Perangai keji seorang doktor mencabul dua beradik lelaki selepas mengumpan mangsa dengan telefon bimbit pintar berakhir apabila dia diberkas di kliniknya di sini semalam.
Doktor berusia 40 tahun tersebut diberkas ketika hendak memasuki kliniknya pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pembongkaran bermula apabila bapa mangsa hairan melihat anak-anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun bergaya dengan telefon bimbit pintar yang berharga ribuan ringgit.
Katanya, selepas didesak, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut telah menceritakan yang alat telekomunikasi itu diberikan oleh seorang doktor selepas mencabulnya Sabtu lalu.
"Bapa mangsa yang terkejut kemudian telah membawa anaknya itu ke sebuah hospital untuk diperiksa.
"Dia bertambah terkejut apabila mendapati anak sulungnya juga menjadi mangsa doktor tersebut kira-kira dua minggu lalu," katanya kepada Kosmo!.

Porsche RM1 juta curi ditemui

Posted: 22 Oct 2012 09:42 PM PDT


ANGGOTA polis memeriksa Porsche Panamera 4 yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam.


KUALA LUMPUR – Kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta yang disamun di sebuah pusat pameran kereta mewah di Bukit Bintang di sini ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dekat sini semalam.
Jarak lokasi kereta itu disamun dan ditemui semula kira-kira 24 kilometer.
Satu sumber berkata, kereta mewah itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari hasil soal siasat dan petunjuk suspek pertama berusia 31 tahun yang ditahan pada 12 Oktober lalu.
"Sepasukan polis yang dipandu oleh suspek pertama bergerak ke tempat letak kereta Pasar Borong Selangor dan menemui semula kereta jenis Porsche Panamera 4 warna perak yang dicuri," kata sumber itu.
Sumber itu memberitahu, semasa ditemui kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu WGU 123 selepas disamun pada 11 Oktober lalu.

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM

Posted: 22 Oct 2012 09:40 PM PDT

JIMMY (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada Sahol Hamid mengenai rekaan kasut di UiTM, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.
Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.
"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.

Chong Wei sah sunting Mew Choo

Posted: 22 Oct 2012 09:22 PM PDT

CHONG WEI (kiri) dan Mew Choo akan melangsungkan perkahwinan bulan depan.


SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpacaran dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.
Begitupun, tarikh rasmi perkahwinan tersebut masih belum dimaklumkan memandangkan Chong Wei masih berada di Odense dan baru mengakhiri misinya pada Kejohanan Badminton Siri Super Primer Terbuka Denmark kelmarin dengan muncul juara.
Sebaliknya, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon sekadar memberitahu, majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan.
"Tarikh (pendaftaran perkahwinan) dan tempat perkahwinan tersebut akan dimaklumkan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei dan Mew Choo pada sidang akhbar akan datang," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat Chong Wei Binajaya Sdn. Bhd. di Bandar Puteri, Puchong semalam.
Chong Hoon yang mengakui gembira dengan keputusan adiknya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini berkata, seluruh ahli keluarganya tidak sabar menunggu majlis gilang-gemilang tersebut.
"Ibu saya sangat gembira dan seluruh keluarga juga gembira dengan perkahwinan ini kerana setelah sekian lama mereka akan disatukan.
"Walaupun kami hanya ada masa selama 43 hari untuk membantu persediaan majlis perkahwinan ini tetapi kami akan cuba untuk melangsungkannya dengan sempurna.
"Memang kami kesuntukan masa dan Chong Wei juga begitu kerana dia bukan sahaja 'terkejar-kejar' untuk menguruskan hal perkahwinan tetapi terpaksa mengikuti latihan seperti biasa untuk menyertai Terbuka Denmark," ujar Chong Hoon.
Majlis yang akan berlangsung selama dua hari di KLCC itu dijangka akan disertai seramai 2,500 tetamu dan 500 petugas majlis perkawinan.
Jelasnya, majlis pada 9 November nanti akan melibatkan lebih kurang 1,000 jemputan terdiri daripada tetamu kehormat dan antara yang diundang ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet serta ahli-ahli korporat dari dalam dan luar negara.
"Pada malam kedua, majlis akan diadakan untuk kaum keluarga dan sahabat handai yang melibatkan 1,500 jemputan termasuk 500 kru bertugas.
"Jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis perkahwinan ini juga tidak dapat dinyatakan lagi tetapi kebanyakan kos ditanggung oleh penaja," jelasnya.
Sementara itu, bapa pemain badminton No. 1 dunia itu, Lee Ah Chai, 59, mengakui sangat teruja apabila perkara yang sudah lama 'dinanti-nantikan' itu terjawab apabila Chong Wei menghubunginya pada bulan lepas untuk memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya.
Menurut Ah Chai, beliau berharap perkahwinan Chong Wei dengan bekas pemain badminton wanita negara tersebut akan dilimpahi dengan kebahagiaan.
"Hanya Chong Wei seorang sahaja anak saya yang belum berkahwin dan apabila dia memberitahu mahu menamatkan zaman bujangnya, sudah pasti saya rasa sangat gembira.
"Saya juga merasa gembira kerana dia memilih Mew Choo sebagai teman hidupnya kerana saya sudah lama mengenali Mew Choo iaitu sebelum Chong Wei menyertai akademi lagi (Persatuan Badminton Malaysia)."
"Saya berharap mereka bahagia kerana Mew Choo sangat baik dan dia juga pasti sangat memahami Chong Wei," katanya.
Lebih menarik, Chong Hoon turut mengumumkan bahawa seramai 10 peminat Chong Wei akan diberi peluang untuk hadir bersama-sama meraikan malam resepsi majlis perkahwinan tersebut di KLCC pada 9 November.

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

Posted: 22 Oct 2012 09:21 PM PDT

SENAD HADZIC


SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

Yash Chopra meninggal dunia akibat denggi

Posted: 22 Oct 2012 09:20 PM PDT




MUMBAI - Pengarah tersohor Bollywood, Yash Chopra (gambar) meninggal dunia kelmarin selepas lebih seminggu menghidap demam denggi, kata seorang doktor.
Tokoh besar perfileman India itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
Dr. Prakash Jiyavani berkata, Chopra yang meninggal dunia di Hospital Lilavati, Mumbai turut menghidap penyakit buah pinggang.
"Beliau meninggal dunia kerana demam denggi dan kegagalan beberapa organ dalaman," kata jurucakap hospital, Sudhir seperti dilaporkan oleh agensi berita Press Trust of India.
Chopra dikenali sebagai Raja Romantik dan telah menghasilkan filem Bollywood selama hampir lima dekad.
Antara filem arahannya yang terkenal ialah Deewar, Dil To Pagal Hai dan Chandni.
Filem terbaharu Chopra, Jab Tak Hai Jaan bakal ditayangkan di India bulan depan.
Anak sulungnya, Aditya Chopra juga merupakan pengarah filem yang berjaya. Anak bongsunya, Uday Chopra mengendalikan cawangan syarikat produksi keluarga di luar negara.
Chopra mula terlibat dalam bidang filem di bawah didikan abang sulungnya, pengarah veteran, B.R. Chopra yang mati empat tahun lalu ketika berusia 94 tahun.

1,679 peserta sertai acara renang rentas pelabuhan

Posted: 22 Oct 2012 09:19 PM PDT


BEBERAPA perenang terjun ke dalam laut untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan renang di Hong Kong kelmarin.


HONG KONG - Seramai 1,679 peserta merenangi laut bergelora dalam perlumbaan renang Pelabuhan Victoria di sini kelmarin.
Peminat sukan renang berusia antara 12 hingga 78 tahun menyertai acara sejauh 1.5 kilometer itu yang kembali diadakan tahun lalu selepas digantung selama 33 tahun.
Mereka berenang merentasi Semenanjung Kowloon di timur pulau ini menuju Pulau Hong Kong yang berlatar belakang bangunan-bangunan pencakar langit.
Pemenang tahun lalu, Ling Tin-yu yang berusia 19 tahun mempertahankan kejuaraannya dengan memenangi perlumbaan itu dengan catatan masa 16 minit dan 57 saat.
"Selama lebih 70 tahun, perlumbaan merentasi pelabuhan merupakan antara acara paling terkenal di Hong Kong," kata Persatuan Perenang Amatur Hong Kong (HKASA) yang menganjurkan acara berkenaan.
Perlumbaan tahunan itu kembali diadakan pada tahun lalu ekoran permintaan orang ramai. Ia menjadi acara tradisi yang menarik penyertaan beratus-ratus perenang dan kehadiran ribuan penonton sejak 1906.
Acara berkenaan dimansuhkan pada 1978 berikutan kualiti air laut yang semakin tercemar.

Batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

Posted: 22 Oct 2012 09:19 PM PDT


PROFESOR fizik dan astronomi di Universiti Eastern Kentucky, Rodney Piercey memeriksa meteorit yang ditemui pada tahun 1853.


TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.
Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan sejak beberapa tahun lalu.
Pada mulanya, batu itu ditemui di sebuah padang ragut ternakan dekat Tazewell, Tennessee, pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki, Tilmon Brooks.
Brooks ialah datuk Donna Lewis yang merupakan seorang setiausaha sekolah di Pineville, Kentucky.
Ujian yang dilakukan di Universiti Tennessee merumuskan bahawa meteorit itu berasal daripada hujan meteor yang pernah berlaku di sini pada 1853.
"Saya lihat kanak-kanak di sekolah kami berasa teruja apabila melihat batu meteor itu.
"Saya sangat lega apabila mengetahui Universiti Tennessee akan menyimpan meteorit ini dengan baik bagi tujuan penyelidikan," kata Lewis.

Nakhoda yang mencintai laut

Posted: 22 Oct 2012 09:18 PM PDT



LAUT merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang cukup istimewa. Dengan warna latar biru kehijauan, ia mampu membuatkan jiwa yang lara kembali tenang. Tiupan angin laut yang asyik dan mendamaikan membawa pelbagai definisi mengenai kehebatan alam ini.
Ramai yang cuba mengambil peluang untuk menjadikan laut sebagai platform yang mengujakan, sama ada sebagai hobi, rekreasi mahupun kerjaya yang berkaitan dengannya.
Bagi Ramasamy Menon, 64, kebahagiaan rumah tangga bersama isterinya, C. Vijayaletchumi, turut diisi dengan dengan keghairahan terhadap keindahan laut.
Setahun yang lalu, Ramasamy atau lebih mesra dengan panggilan Rama, memasang hajat untuk meneroka samudera. Tanpa pengalaman dan kemahiran, Rama terus berdaftar dengan Kelab Layar Diraja Selangor (RSYC) di Pelabuhan Klang.
"Saya sekadar mahu belayar. Pada usia muda dahulu, saya sibuk bekerja, membuka perniagaan dan mengumpul duit. Kini, saya perlu mengejar semula hobi dan minat yang tidak kesampaian ketika muda," kata Rama.
Di RSYC, Rama sempat berkenalan dengan pesara tentera Laut Turki, Kapten Ali Engin Senyuva, yang ketika itu bertugas sebagai koordinator. Bermula daripada pengenalan tersebut dan penglibatan dalam RSYC, Rama tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belayar dengan rakan-rakan lain di kelab tersebut.
Selepas setahun menimba pengalaman dalam dunia pelayaran, Rama bersama Ali kini membuka peluang kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut, baik untuk tujuan rekreasi mahupun secara serius.

KAPTEN Ali bersama Rama di Glenmarie Cove di pelabuhan Klang.


Rama amat yakin bahawa Ali yang memiliki rekod sebagai pesara kapten tentera laut dengan pengalaman lebih 20 tahun, mampu membawa kelangsungan minat dalam kalangan generasi semasa melalui kursus pelayarannya.
"Setakat ini, lebih 200 orang menghadiri kelas pengenalan pelayaran yang berlangsung dalam durasi sehari. Mereka sangat teruja malah menunjukkan keinginan tinggi untuk belajar ke peringkat yang lebih mendalam.
"Bagi kursus peringkat seterusnya, iaitu pengenalan kru, kami baru bermula dengan satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang. Sebanyak 10 lagi kumpulan sudah mendaftar dan sedang menunggu giliran," kata Ali sambil duduk di atas kapal layar sepanjang 11.6 meter yang boleh memuatkan seramai tujuh orang.
Sambutan menggalakkan
Menurut Ali, kapal layar yang dibeli di Phuket, Thailand itu menjadi pusat kepada kursus pengenalan kru pertama kali diadakan pada 30 Ogos hingga 2 September lalu. Ia juga membuka peluang kepada para peserta menyertai Merdeka Race yang diadakan sempena sambutan Hari Merdeka.
"Mereka sangat bertuah kerana bukan sahaja belajar kemahiran secara praktikal malah dapat menyertai Merdeka Race yang belayar ke Pangkor dan kembali ke Pelabuhan Marina di sini," katanya.
Sambil duduk menghadap pengemudi kapal layar tersebut, Ali menunjukkan asas operasi kapal. Selaku kapal layar auto pilot, ia menunjukkan beberapa elemen penting iaitu radar arah angin, kedalaman air di bawah kapal dan kelajuan angin.
Di dalam perut kapal terdapat ruang memasak berserta dapur, tandas, bilik mandi, tiga ruang dengan dua tempat tidur masing-masing, ruang sofa, peti ais, ruang stok makanan dan ruang bacaan serta komunikasi.

RUANG dalaman kapal layar milik Rama yang lengkap dengan pakaian keselamatan dan kemudahan umum yang lain.


Ideal untuk lima orang pelajar, seorang pembantu dan Ali sendiri, kapal layar yang sama tetapi serba baharu boleh dibeli pada harga RM200,000 hingga RM250,000. Begitupun, beliau tidak mendedahkan harga kapal layar tersebut yang dibeli daripada seorang pemilik lain.
"Kapal layar ini sangat menjimatkan kerana sebahagian besar perjalanan anda menggunakan tiupan angin. Malah, ramai yang belayar sepenuhnya menggunakan angin!" kata beliau.
Ali yang menjalankan kursus pelayaran di Sekolah Pelayaran Malaysia (SSM) memberitahu, pihaknya diiktiraf dan sijil SSM diakui oleh International Yatch Training (IYT) iaitu sebuah badan pelatih kru pelayaran berpusat di Kanada.
"Buat masa ini, SSM adalah satu-satunya sekolah dengan pengiktirafan daripada IYT. Selain di Pelabuhan Klang, kursus pelayaran seperti ini turut ditawar di Langkawi dan Pulau Pinang oleh pihak lain. Di sini, kami mempunyai beberapa peringkat atau modul mengikut silibus IYT," jelas Ali.
Tambah Ali, mereka yang berminat menyertai kursus tersebut tidak memerlukan apa-apa syarat ketat. Mereka hanya perlu berusia 18 tahun ke atas, bukan pesakit jantung, tidak hamil dan mempunyai keghairahan terhadap pelayaran.
Impian ke Maldives
Bagi Rama dan isteri beliau, mereka memasang hajat untuk berlayar ke Pulau Maldives pada tahun hadapan.
Memadangkan mereka sudah pernah belayar bersama di sekitar pulau berdekatan Pelabuhan Klang dan sehingga ke Kuala Selangor, pasangan itu percaya hasrat ke Pulau Maldives mampu dicapai.
"Perniagaan saya sendiri ada kena-mengena dengan pelantar, jadi selain keghairahan terhadap laut, ia juga dekat dengan kerjaya saya. Oleh yang demikian, hati saya sangat terpengaruh dengan dunia pelayaran," katanya yang mempunyai perniagaan di Pulau Indah.
Tinggal di Glenmarie Cove, kawasan penginapan yang menyediakan lot parkir kapal air, di muara sungai, bapa kepada empat orang anak itu mengakui bahawa dia selalu bertukar hobi.

PANTRI kecil dan basin air, antara kelengkapan lain yang memudahkan perjalanan pelayar.


"Sebelum ini dia terlibat dalam sukan go-kart, marathon dan sebagainya. Saya hanya ikut dia bersama kerana ada kebanyakan masa kami kongsi minat yang serupa.
"Setakat ini, anak-anak kami tidak menunjukkan sebarang minat. Kini giliran mereka pula untuk sibuk membangun perniagaan," kata Vijayaletchumi.

Inisiatif pereka India memodenkan sari

Posted: 22 Oct 2012 09:17 PM PDT


MODEL menggayakan rekaan terbaharu pereka India Mukherjee dalam satu pertunjukan fesyen di New Delhi.


KETIKA seorang model melangkah penuh gaya di hadapan pancaran denyar kamera sambil diiringi lagu kumpulan U2, Sabyasachi Mukherjee meninjau tahap kemajuan kempennya untuk membawa sari keluar daripada almari pakaian ke pentas peragaan.
"Ramai wanita yang menganggap sari sebagai sesuatu yang sangat mundur dan tidak bergaya.
"Saya mahu beritahu dunia bahawa sari sangat cantik, mudah, unik dan eksotik," kata pereka busana dari India yang banyak memenangi anugerah itu.
Usahanya memodenkan sari menggunakan fabrik di luar kebiasaan seperti baldu putih namun pada masa sama mengekalkan bentuk pakaian ikonik itu menyemarakkan kebangkitan busana tradisional tersebut.
Lelaki yang berusia 38 tahun itu merupakan pereka fesyen paling berjaya di India kerana jenama yang dibawanya menjana keuntungan sehingga AS$11 juta (RM33.74 juta).
Wanita muda bekerjaya pada hari ini semakin melupakan sari kerana merasakan ia sukar dipakai dan tidak sesuai dengan gaya hidup yang sibuk.
Mukherjee yang mencipta nama melalui pakaian mini mula mendedikasikan usaha mereka pakaian sari berlisu, mudah diikat, dipenuhi sulaman dan manik.
"Ketika saya muda, saya lebih berminat kepada pakaian Barat. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui apa sebenarnya yang saya mahukan, iaitu mengembalikan busana India kepada rakyat India sendiri," katanya.
Pereka fesyen itu memulakan syarikat yang beribu pejabat di Kolkata dengan dua tukang jahit pada tahun 2001 dengan modal serendah AS$400 (RM1,227) yang diperoleh daripada kakaknya.
Rekaannya menjadi terkenal dengan pantas dalam lingkungan fesyen India kerana beliau menggunakan tekstil asli dalam mereka bentuk pakaian mini yang kemudiannya dijual di gedung terkemuka London seperti Selfridges.
Walaupun kini beralih tumpuan, popularitinya tidak berkurangan bahkan pertunjukan fesyennya baru-baru ini dipenuhi dengan pengunjung.
Selepas seorang aktres Bollywood memakai sari di atas pentas peragaan, giliran beberapa orang model muncul dengan sari berlisu yang dilitupi renda dan aksesori lain seperti kasut tumit tinggi.
Ujar Mukherjee, itu semua merupakan sebahagian usaha untuk menarik pelanggan muda dan lebih mempunyai kesedaran fesyen.
"Saya sukakan sesuatu yang asli. Saya gemarkan sari tradisional tetapi saya perlu bermain dengan sari untuk membuatkan ramai terpesona dengan sedikit modifikasi," katanya.
Dia turut mendapat menembusi pasaran Bollywood dalam kempen mengembalikan semula ketuanan pakaian itu dalam almari pakaian wanita India.
Selain mereka pakaian yang digayakan oleh bekas Ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai dan Vidya Balan di karpet merah, Mukherjee turut mereka pakaian untuk digayakan dalam beberapa filem Hindi.
Menurut Shefalee Vasudev, pengarang dan pengasas majalah Marie Claire India, Mukherjee merupakan seorang yang berpandangan jauh dalam fesyen.
"Dia sedar bahawa dalam ribut kegemilangan dan jenama antarabangsa tiada apa yang akan benar-benar menonjol.
"Jika semua orang memiliki Louis Vuitton dan Hermes, mereka memerlukan sesuatu yang berbeza untuk menarik perhatian ramai," katanya.
Hari ini, sari buatan Mukherjee dijual pada harga serendah AS$130 (RM399) sehingga AS$9,620 (RM29,507), janaan hasil yang merupakan 50 peratus daripada keuntungan yang diperolehnya.
Di salah sebuah gedung Mukherjee di Delhi, sari yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, tulle dan organza dipamerkan berlatarbelakang India pada zaman lampau dengan puluhan jam antik dan gambar vintaj di dindingnya.
Penuh nostalgia
"Sari tradisional sangat sukar untuk difahami dan digayakan. Sangat leceh memakainya. Blaus lebih ringkas dan mudah dipakai.
"Kadangkala ia sudahpun diikat dengan lisunya yang mana anda hanya perlu menyangkutnya di pinggang dan semuanya siap. Jadi pakaian seperti ini amat memudahkan," kata seorang pelanggan tetapnya, Kirti Sharma, 26, yang mengakui mempunyai koleksi sari Mukherjee.
Mukherjee merancang untuk membuka lebih banyak gedung pakaian di seluruh India sebagai tambahan kepada empat kedai yang dimilikinya.
"Ia satu kesilapan besar kepada pereka fesyen India untuk tidak mengendahkan sari. Jenama Barat boleh memusnahkan persaingan tempatan dengan memasuki pasaran kita," katanya.
Sejak beliau menjadikan sari sebagai tumpuan utama, beberapa pereka fesyen India turut bereksperimen dengan busana itu menggunakan fabrik lycra dan kulit.
"Kita tidak begitu selesa dengan pakaian singkat dan pakaian dalam seksi bewarna hitam. Jika kita selesa memakainya, kita mesti memiliki nilai India di dalamnya," katanya lagi.

Bakti pelajar KKKL kepada masyarakat

Posted: 22 Oct 2012 09:16 PM PDT

PROGRAM kemasyarakatan anjuran KKKL memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati masyarakat setempat.


SEKUMPULAN pelajar dari Kolej Komuniti Kuala Langat, (KKKL) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjalankan usaha murni melalui Program Jelajah Kampung: Yok! Kursus di kawasan DUN Sijankang, Kuala Langat baru-baru ini.
Pada program itu, pelajar KKKL telah menyumbangkan tenaga memberi khidmat membuat kerja-kerja pendawaian elektrik di dua buah rumah selain aktiviti gotong-royong di Kampung Medan dan Kampung Sijangkang.
Pengarah KKKL, Zainah Rujihan berkata, melalui program tersebut, para pelajar dapat mempraktikkan pelajaran dalam situasi sebenar sekali gus berpeluang mendekati masyarakat setempat.
"Kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik yang dilakukan para pelajar dipantau sepenuhnya oleh pensyarah bagi Program Pemasangan Elektrik dari mula hingga akhir," tambahnya.
Penghuni rumah terlibat, Hashim Sabri, 44, dari Telok Panglima Garang, Banting, Selangor berkata, beliau bersyukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan memandangkan hidupnya yang serba kekurangan.
Pada program tersebut, pelajar-pelajar terbabit turut memberi sumbangan langsir kepada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Sijangkang. Langsir tersebut adalah hasil kerja 30 peserta kursus jahitan langsir yang menyertai kursus ini.
Program jelajah kampung buat kali kedua itu berjaya menarik 300 peserta dari sekitar Kuala Langat untuk menyertai pelbagai kursus yang dijalankan. Antara kursus tersebut ialah kursus pembuatan tempe, coklat, asas rawatan muka, kursus orientasi peta, dan kraftangan felt iaitu sejenis kain yang dikenali felt. Kursus tersebut dianjurkan oleh KKKL.
Pengerusi Penasihat KKKL, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, aktiviti seperti itu perlu diteruskan kerana ia dapat memupuk semangat kerja berpasukan kepada golongan muda dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan selepas tamat belajar.
"Pendedahan dan penglibatan para pelajar dalam program ini dapat memahirkan diri mereka dengan ilmu yang dipelajari. Kemahiran dan kecekapan ini memudahkan mereka mendapat pekerjaan atau membuka perniagaan kelak," ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu