Sensasi |
- Khairul Fahmi Che Mat hadiahkan ayah sebuah Banglo dan buat keluarga bangga
- Kisah Pasangan Kekasih Selebriti yang "hot" tahun 2011
- Video : Jin merasuk mengganggu wanita yang sedang cakap telefon
- 10 Selebriti wanita jelita bertudung
- Pertandingan Kim Kardashian Look-A-Like
- Video: Lisa surihani, Aaron Aziz dan Maya Karin menonton Filem Ombak Rindu bersama peminat
- Video Comel: Kucing kejut tuan bangun tiap pagi
Khairul Fahmi Che Mat hadiahkan ayah sebuah Banglo dan buat keluarga bangga Posted: 08 Dec 2011 12:51 PM PST Walau sekaya mana pun kita kalau kita tak berjasa kepada orang tua atau keluarga pasti kita takkan merasa puas.. Dapat jugak berkat ...Bangga seorang ayah terhadap anak yang mengharumkan nama negara dan nama keluarga..bahkan mengubah nasib keluarga yang miskin. Alhamdulillah..Sensasi puji sikap KFCM yang banyak membantu keluarga dan berusaha gigih lagi untuk berjaya. Walaupun banyak dihimpit kontroversi dengan gossip tapi Hero malaya nie tetap menjadi pujaan ramai.. Ape yang Sensasi dan rakyat Malaysia harap,Semoga KFCM meningkatkan lagi prestasi dan mengurangkan kontroversi..hehe.. Dengar kate selebriti Indon pun mengaku meminati KFCM...sape tue nama dia Nikita Willy ke.. Sensasi saje je guna gambar KFCM yang berambut panjang sket...jambu ok..aha "Dia pembela nasib keluarga kami," luah Che Mat Husin, 59, bapa kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, mengenai niat anaknya mahu menyerahkan rumah banglo diberikan kerajaan negeri kepada keluarganya Menyifatkan Khairul Fahmi sebagai anak bertanggungjawab, Che Mat mengakui berbangga setiap kali anaknya meraih kejayaan besar, lebih-lebih lagi mengharumkan nama negara termasuk menjuarai Piala AFF Suzuki ketika beraksi sebagai penjaga gol, setahun lalu. "Sebagai ayah, kejayaannya membuatkan kami sekeluarga bangga dan tidak sia-sia membesarkannya walaupun dia terpaksa mengharungi susah payah dilalui keluarga kami suatu masa dulu akibat kemiskinan. "Ketika di kemuncak, dia (Khairul Fahmi) tidak lupa diri. Kesediaannya menyerahkan rumah berkenaan kepada keluarga atas rasa tanggungjawabnya," katanya. Khairul Fahmi yang dihubungi kelmarin, berkata dia mahu menghadiahkan rumah banglo itu kepada keluarganya. Bagaimanapun, kerana kesuntukan masa dan perlu menjalani latihan insentif menghadapi tiga perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa kelab bola sepak termasuk Sydney FC di Sydney, Australia, pada 10 hingga 22 Disember ini, menyebabkan Khairul Fahmi tidak dapat bercakap panjang. Che Mat berkata, dia terharu apabila mengetahui Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berhasrat menghadiahkan banglo di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kepada keluarga sebagai membalas pengorbanan orang tuanya. "Kami bersyukur kerana kejayaannya mendapat perhatian banyak pihak, malah nasib keluarga kami berubah kerana dia banyak membantu keluarga. "Dia (Apek) tidak pernah membelakangi keluarga meskipun sibuk, malah selepas berjaya, dia menjadi harapan membela nasib kami sekeluarga," katanya. Che Mat yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak 20 tahu lalu, kini mampu tersenyum dan tidak putus bersyukur dengan kejayaan dicapai anak keempat daripada lima beradik itu. Katanya, keluarganya berasal daripada golongan miskin dan tidak menduga kerjaya Apek sebagai pemain bola sepak mampu mengubah nasib keluarga. Banglo yang dihadiahkan oleh kerajaan Kelantan kepada KFCM dan dihadiahkan pula oleh KFCM kepada Keluarga tercinta.. | ||
Kisah Pasangan Kekasih Selebriti yang "hot" tahun 2011 Posted: 08 Dec 2011 12:29 PM PST Remy Ishak-Tiz Zaqyah Pada 25 Oktober lalu, setelah lama para media dan orang ramai berspekulasi, Remy Ishak akhirnya mengakui dirinya sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah. Berita tersebut disambut baik semua, yang sudah lama mengesyaki hubungan mereka bukan sekadar teman biasa. Semuanya bermula lewat tahun lalu apabila mereka dilihat di luar set penggambaran, berjalan sambil berpimpin tangan. Siapa yang masih ingat lagi kehadiran mereka berdua di Moto GP Sepang 2010? Awal tahun ini, gosip antara mereka semakin kencang bertiup apabila ramai yang terserempak dengan mereka membeli-belah bersama. Siap ada mendakwa mereka tinggal serumah. Tiz, tidak sangka Remy akan mengeluarkan kenyataan sebegitu, namun mengakui gembira dengan pengakuannya. Malah menganggapnya sebagai hadiah harijadinya (pada 26 Oktober). Tambah Tiz, cukuplah jika peminat tahu mereka sedang bercinta tetapi mereka tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang hubungan itu tidak berpanjangan. Yusry-Lisa Surihani Selepas perkahwinan bekas isterinya, Erra Fazira pada tahun 2007, ramai yang berharap Yusry dapat juga kembali mengecapi kebahagiaan kehidupan berumahtangga. Malangnya, di antara para artis wanita yang pernah digosipkan dengannya seperti Kilafairy dan Maya Karin, tiada seorang yang nampaknya berjaya menambat hatinya. Sehinggalah Lisa Surihani. Hubungan mereka berjaya dihidu para media apabila kerap kelihatan bersama di majlis-majlis hiburan. Malah semuanya dikatakan terang lagi bersuluh ketika tayangan filem 'Seru', dimana Yusry dilihat memegang sambil mengusap tangan Lisa. Mereka berdua akhirnya sudi berkongsi cerita malah membenarkan jurugambar merakam gambar mereka bersama di majlis tayangan filem 'Karak'. Rupa-rupanya, mereka sudah lama berkenalan tetapi hanya mula rapat sekitar April tahun ini. Meskipun mengakui mereka sedang menjalinkan sebuah "hubungan yang matang", Yusry enggan mereka dipanggil pasangan kekasih kerana "ia nampak macam budak-budak yang sedang bercinta monyet". Serius dalam hubungan ini, cuma ia masih terlalu awal untuk ke peringkat seterusnya walaupun masing-masing sudah berjumpa dengan pihak keluarga dan mendapat restu mereka. Qi-Yuna Dengan hanya mengemaskinikan status 'Relationship' di Facebook pada Mac lalu, Qi Razali sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Yunalis Zarai. Ramai yang sudah syak ada sesuatu di antara mereka berdua apabila dilihat begitu mesra ketika di Shout! Awards tahun lepas. Cuma bila ditanya, baik Yuna mahupun Qi waktu itu menjawab terlalu awal untuk menyatakan mereka sedang bercinta. Dikatakan mula berkenalan apabila terlibat dalam rancangan 'Kawanku Bintang Coca-Cola', perpisahan Qi dan Julie Woon membuka ruang untuk mereka mengeratkan lagi persahabatan yang terjalin. Shahz Jazsle-Miera Liyana Kata orang, jodoh itu tidak akan ke mana. Cukup tepat sekali untuk menggambarkan perkenalan yang bermula sejak di bangku sekolah. Ketika itu, Shahz Jazsle sudah menaruh hati terhadap Miera Liyana. Tetapi disebabkan kawan baiknya turut menyukai Miera, Shahz terpaksa menyimpan dulu perasaannya. Shahir-Rozita Che Wan Benar, mereka sudahpun tiada lagi sebarang hubungan tetapi buat suatu ketika dulu, mereka pasangan yang cukup hangat. Hangat bukan saja dari segi populariti mereka ataupun penampilan Rozita Che Wan tetapi jurang usia 16 tahun di antara mereka. Hubungannya dengan Shahir telah Cik Ta akui kepada akhbar Berita Harian pada Mei lalu, selepas setahun berdolak-dalih, gara-gara ada peminat yang tidak menyukai. Di dalam temuramah itu juga, dia ada berkongsi harapannya untuk melihat hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. Namun bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta, Shahir enggan memberi jawapan yang jelas. Katanya dia tidak mahu terburu-buru dalam memberi kenyataan kerana takut ia disalah erti. Peliknya, tak lama selepas itu, Cik Ta tidak mahu lagi dikaitkan dengan Shahir yang ketika itu dikatakan menghilangkan diri. | ||
Video : Jin merasuk mengganggu wanita yang sedang cakap telefon Posted: 08 Dec 2011 11:53 AM PST "perempuan tu kata dia kena sihir.. katanya ade org menghantar melalui sesuatu, dia pun silap ambil dan terkena." ~ View this video. Creepy! | ||
10 Selebriti wanita jelita bertudung Posted: 08 Dec 2011 11:48 AM PST 1o. Dato' Siti Nurhaliza 9. Fasha Sandha 8. Maya Karim 7. Lisa Surihani 6. Nora Danish 5. Neelofa 4. Erra Fazira 3. Fouziah Gous 2. Tiz Zaqyah 1. Fazura | ||
Pertandingan Kim Kardashian Look-A-Like Posted: 08 Dec 2011 11:46 AM PST Pertandingan Kim Kardashian Look-a-Like telah diadakan di Miami anjuran Moma PS1 dan Dis Magazine. 28 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah berupa USD1000. Ianya telah dimenangi oleh Metisha LaRocca
Kim Kardashian Pemenang Look Alike (Gambar yang Sensasi Google,bukan gambar masa pertandingan..ada iras jugak kan) | ||
Video: Lisa surihani, Aaron Aziz dan Maya Karin menonton Filem Ombak Rindu bersama peminat Posted: 08 Dec 2011 10:43 AM PST Wah bukan main lagi publisiti filem nie..siap buat surprise tengok wayang dengan selebriti kat panggung yea.. Sensasi nak tengokkk..belum tengok lagi sbb asyik sold out jer..huhu | ||
Video Comel: Kucing kejut tuan bangun tiap pagi Posted: 08 Dec 2011 10:27 AM PST Comelnyer..Sensasi pun ader kucing jugak..and dia pun bijak and very cute.. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan