Isnin, 12 Disember 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ana Sah Bergelar Isteri Chef Riz

Posted: 12 Dec 2011 12:08 AM PST



PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.

Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez

Posted: 12 Dec 2011 12:07 AM PST



PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya.

Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin.

Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun.

Biarpun sekian lama menyepi dari industri seni, Intan tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang.

"Insya Allah, sekiranya ada rezeki saya teringin juga hendak menyanyi semula," katanya kepada mStar Online.

Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu.

Alaf 21 Perjelas Isu Royalti " Ombak Rindu"

Posted: 12 Dec 2011 12:07 AM PST





SHAH ALAM: Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn Bhd sebagai penerbit novel Ombak Rindu menjelaskan bahawa pihaknya sudah membayar sejumlah besar royalti daripada hasil penjualan novel tersebut kepada penulisnya, Fauziah Ashari.

Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr. Hushamuddin Yaacob berkata Fauziah telah menerima bayaran sejawarnya iaitu lebih RM 219,000 sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2002.

"Saya tidak faham mengapa dia mendakwa pihak kami tidak memberi bayaran setimpal kepadanya, sedangkan dia sudah menerima bayaran yang agak banyak sejak novel itu diterbitkan.

"Malah sejak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam, novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskah dan dia bakal menerima royalti RM50,000 lagi untuk cetakan terbaru ini," katanya pada sidang media penjelasan isu bayaran royalti novel Ombak Rindu, di pejabat Karangkraf, di sini, Jumaat.

Hussamuddin menjelaskan dakwaan penulis tersebut dalam sebuah akhbar tempatan terhadap pembayaran yang tidak setimpal dan telus daripada pihak penerbitan Alaf 21 adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahnya, kontrak yang dimeterai antara penulis dan penerbit buku turut menjelaskan bahawa sebarang pengurusan pemasaran novel tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Alaf 21.

"Kami mengambil tawaran yang dibuat oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk membeli hak cipta novel ini bagi diadaptasi kepada filem dengan bayaran hanya RM 4000.

"Ketika itu Ombak Rindu adalah novel pertama yang dijual dan bagi saya jumlah itu merupakan angka yang agak besar kerana penjualan naskah novel itu juga ketika itu sudah kurang memberangsangkan.

"Bagi pandangan saya sebagai ahli perniagaan ini merupakan situasi menang-menang kerana jika filem itu berjaya secara tidak langsung novel ini akan terjual kembali," katanya kesal dengan tindakan Fauziah.

Bagaimanapun, jelasnya dia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan penulis novel tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

"Apa yang dia katakan di akhbar tersebut seperti menunjukkan kami tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk kami.

"Namun saya tidak merancang untuk ambil tindakan keatas dia kerana beranggapan bahawa dia tidak jelas tentang urusan perniagaan tersebut," katanya.

Alaf 21 bertanggungjawab menerbitkan tiga buah novel karya Fauziah iaitu Pergilah Sepi, Ombak Rindu dan Bisik-bisik Gelora.

Norish Karman Jawab Tuduhan Hamil Luar Nikah

Posted: 12 Dec 2011 12:06 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

"Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

"Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja," katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: "Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

"Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar.

Shaheizy Sam Berhabis RM4 ribu Untuk Landskap Taman

Posted: 12 Dec 2011 12:05 AM PST


AKTOR popular Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam cukup bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang sangat menghargai kerja lakonannya.

Bukan saja dia menerima pelbagai bentuk hadiah, malah undian peminat ini juga membolehkan dia bergelar Artis Paling Popular 2010.

Bagaimanapun, populariti mendadak ini tidak sama sekali melalaikan Sam untuk berbangga atau mendabik dada. Sebaliknya, kejayaan itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk dan kata-kata serta merendah diri.

Dalam pertemuan OopStarz! bersama aktor ini di kediamannya, baru-baru ini, pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaru iaitu Songlap bermula 15 Disember ini, Sam sempat berkongsi 10 barangan kesayangannya untuk tatapan pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu