Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Datin tak ghairah lagi
- Cinta palsu RM1j
- Mahu bergelar doktor
- Nikita Willy nafi bercinta dengan Deigo Michiels
- ‘Mujur saya sempat kejar’
- 7 penari tiang menggelabah
- Julfekar Himpun Artis Program Realiti Dalam DA 10
- Yasmine Wildblood Pilih Sinetron Berbanding Nyanyian
- Julia Roberts Beri Peringatan Kepada Kekasih Adele
- Adrian raih RM20,333
- Optimis lepasi sasaran
- Inspirasi empat kota dunia
- Wajah lumayan
- Johan juga meriahkan boling Mangga
- ND LALA MASIH TRAUMA SELEPAS DISAMUN
- Cetusan Warna Alam Khadijah Hashim
- Tip masakan mudah Chef Richardson
- Kemeriahan Gerbang Malam Ipoh
- FashionValet.net berwajah baru
- London kota fesyen
- Eun Hye mewah dari rambut hingga kaki
- Suzana pencinta haiwan
- Zarul & The Protes ada bengkel kereta
- Ibnor dapat galakan Datuk Bandar KL
- Bertudung bukan ikut trend
Posted: 09 Dec 2011 07:34 PM PST KESAL...Rina ketika ditemuramah wartawan Harian Metro. KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak tahan dengan perangai kasanova suaminya. Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang melihat wanita 'berdahi licin', tetapi lelaki berusia 50-an itu juga mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan. Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38, berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:31 PM PST KECEWA...Lim menunjukkan laporan polis berhubung penipuan RM1 juta oleh lelaki warga Afrika. KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian RM1 juta apabila ditipu lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai jurutera syarikat cari gali minyak di pantai timur. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 47, sebelum itu berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe, 48, sejak September lalu melalui sebuah laman web cari jodoh. Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Lim mula mengenali Joe yang menyamar warga Kanada dan bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:29 PM PST NIKITA...simpan impian bergelar doktor. PENAMPILANNYA menerusi sinetron Safa dan Marwah, Nikita dan terbaru, Putri Yang Ditukar kini rancak disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang semakin menyerlahkan bakat lakonan bintang remaja Indonesia, Nikita Purnama Willy atau Nikita, 17. Lakonan gadis kelahiran Jakarta, yang sopan dan penuh emosi sebagai Amira dalam sinetron yang mula disiarkan sejak 27 September lalu, menunjukkan kematangan dalam membawakan watak. Penampilan Nikita sekali lagi menarik perhatian dan sebutan peminat sinetron tanah air. Penerima Anugerah Artis Paling Digemari Peminat pada Anugerah Panasonic Gobal dua tahun berturut-turut itu membuktikan usia bukan halangan buatnya melakonkan watak yang lebih dewasa.
| ||
Nikita Willy nafi bercinta dengan Deigo Michiels Posted: 09 Dec 2011 07:27 PM PST
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:25 PM PST SYUKUR...Jennifer bersyukur Ashley terselamat daripada menjadi mangsa culik. KUALA LUMPUR: "Saya melihat sendiri anak perempuan dibawa seorang wanita ke lorong belakang kedai. Saya menjerit supaya dia berhenti, tetapi wanita itu tidak menghiraukan jeritan saya. "Apabila mereka hilang daripada pandangan, saya berlari sekuat hati mengejar dan sebaik saja menemui mereka saya menarik anak saya daripada genggaman wanita itu," kata Jennifer Low, 43, menceritakan kejadian anaknya hampir diculik, malam kelmarin. Wanita itu berkata, anaknya, Ashley Deborah yang berusia dua tahun nyaris menjadi mangsa culik seorang wanita dipercayai rakyat tempatan ketika kanak-kanak itu dijaga seorang rakannya di Taman Connaught, di sini.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:22 PM PST MALU...wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong, kelmarin. KUALA LUMPUR: Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin. Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.
''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.
| ||
Julfekar Himpun Artis Program Realiti Dalam DA 10 Posted: 09 Dec 2011 07:20 PM PST MALU...wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong, kelmarin. KUALA LUMPUR: Tujuh penari erotik yang leka mempersembahkan tarian di sebuah pusat hiburan di Selayang, di sini, kelam-kabut apabila premis itu diserbu polis jam 11 malam kelmarin. Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.
''Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,'' katanya.
| ||
Yasmine Wildblood Pilih Sinetron Berbanding Nyanyian Posted: 09 Dec 2011 07:20 PM PST PELAKON sinetron Ketika Cinta Bertasbih, Yasmine Wildblood (gambar) mula dikenali sebagai pelakon tetapi kini semakin aktif muncul sebagai penyanyi. Yasmine mendapat sambutan yang hangat sejak mengembangkan sayapnya dalam dunia seni suara. "Saya lebih memilih untuk berlakon sinetron walaupun saya juga aktif dalam bidang nyanyian," katanya seperti yang dilaporkan oleh detikhot, Jumaat. Pelakon yang melakonkan watak Ustazah Qanita dalam Ketika Cinta Bertasbih itu akui sinetron boleh membuatkan dirinya lebih dekat dengan para peminat berbanding ketika dirinya menyanyi. "Peminat lebih mengenali pelakon sinetron kerana (sinetron) sering disiarkan di televisyen. Jika menyanyi, hanya seminggu sekali," kata penyanyi lagu Love Lima Kali itu. | ||
Julia Roberts Beri Peringatan Kepada Kekasih Adele Posted: 09 Dec 2011 07:18 PM PST AKTRES Julia Roberts memberi peringatan kepada lelaki yang berjaya menawan hati penyanyi Adele agar menjaganya dengan baik. Julia yang juga peminat penyanyi lagu Someone Like You ini menganggap Adele merupakan anak seni yang gigih memperjuangkan muziknya. "Siapa pun yang berjaya mengambil hati Adele perlu menjaganya dengan baik dan tolong jangan sakiti dia. "Dia seorang yang sangat kuat apabila berjaya dalam bidang nyanyian ketika sedang melawan penyakit yang dihadapinya sekarang," katanya seperti dilaporkan oleh Splashnews. Julia yang menulis artikel tentang penyanyi tersebut mengakui kagum dengan perjuangan Adele dan meminati semua karyanya. "Dia seorang yang sangat menakjubkan, apa yang saya hayati adalah muzik yang dibawakan adalah berkaitan tentang kehidupan yang sedang dilaluinya," kata Julia. | ||
Posted: 09 Dec 2011 07:16 PM PST Adrian Ang ATLET bowling negara, Adrian Ang menerima ganjaran tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) bernilai RM20,333 selepas merangkul empat pingat emas di Sukan Sea ke-26, di Indonesia, bulan lalu. Kejayaan cemerlang itu nyata menaikkan lagi semangat atlet berusia 23 tahun itu untuk melakukan yang lebih baik tahun depan sekali gus mengukuhkan lagi namanya di peringkat dunia.
"Kejayaan ini melonjakkan lagi semangat saya untuk tampil lebih hebat bukan saja untuk saingan tahun depan, malah di mana-mana kejohanan terutama di peringkat dunia akan datang," katanya selepas dianugerahkan ganjaran Shakam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Stadium Juara Bukit Kiara, petang semalam.
"Semuanya untuk simpanan masa depan, memiliki rumah dan berkahwin," katanya, namun mengakui masih belum mempunyai sebarang pilihan hati.
Sementara itu, pelumba berbasikal trek wanita Fatehah Mustapa menjadi individu kedua terbanyak dengan RM20,000 menerusi hasil tiga emas dalam acara 500m ujian masa individu, pecut individu dan pecut berpasukan.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:15 PM PST BANGGA...Shazalli (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan Celcom Axiata, Chari TVT menunjukkan graf kemuncak kejayaan syarikat mereka pada tablet masing-masing. CELCOM Axiata Bhd yakin dapat melepasi sasaran pendapatan RM2.2 bilion pada suku keempat serta mencapai semua Indeks Prestasi Utama (KPI) syarikat yang ditetapkan bagi tahun kewangan ini hasil prestasi kukuh suku ketiga 2011 yang direkodkan sebanyak RM1.8 bilion. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, prestasi itu disokong pertumbuhan kukuh yang dicapai semua petunjuk utamanya berbanding suku kedua lalu dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) meningkat satu peratus kepada RM816 juta dan keuntungan bersih melonjak empat peratus kepada RM531 juta.
"Justeru, tahun depan syarikat terus mengutamakan perkhidmatan bukan suara dan memberi penekanan kepada akses data dan tawaran kandungan kreatif tanpa menjejaskan strategi syarikat meningkatkan sumbangan perniagaan suara," katanya selepas mengumumkan keputusan tahun kewangan ketiganya tahun ini di Kuala Lumpur, semalam.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:11 PM PST MENYERLAH...barisan model dengan padanan Cheap and Chic gaya musim luruh dan sejuk Moschino. TAMPIL menyerlah dengan himpunan koleksi Cheap and Chic musim luruh dan sejuk 2011/2012, Moschino jenama yang dihasilkan pada 1983 oleh Franco Moschino hadir dengan gaya anggun dan menawan inspirasi daripada empat kota terkemuka dunia Milan, London, Paris dan New York. Pengarah Kreatif Rossella Jardini nyata kreatif dalam menzahirkan idea dan kreativiti pada lakaran fabrik yang diterjemahkan pada setiap persalinan ketika pertunjukan fesyen dan pembukaan butik mewah Moschino di Suria KLCC baru-baru ini. Malah pengalaman dalam menghasilkan rekaan bersempena Sukan Olimpik musim sejuk pada 2006 di Turin serta menaja padanan selebriti terkenal Kylie Minogue dan siri jelajah Madonna Sticky & Sweet memberi peluang berharga kepada Jardini dalam menzahirkan rekaannya.
| ||
Posted: 09 Dec 2011 07:07 PM PST Namanya melonjak menerusi filem melodrama, Kabhi Khushi Kabhie Gham yang mencipta kejayaan luar biasa di pasaran antarabangsa pada 2001. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak menjamin ruang selesa bagi gadis yang dilahirkan di Mumbai, India pada 21 September 1980 ini. Tawaran itu sekali gus meletakkan Kareena dalam senarai eksklusif superstar Hollywood yang menerima bayaran lumayan daripada hak cipta filem. Ia bergantung kepada projek dan pelakon itu sendiri. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana perancangan itu disusun. Namun bersesuaian bajet dikeluarkan, saya akui menerima bayaran agak lumayan tetapi keuntungan bukan milik saya seorang, sebaliknya akan dikongsi bersama, katanya. Kalendar 2011 bakal ditutup Kareena dengan pencapaian cemerlang apabila dua filem yang menampilkannya sebagai watak utama, Bodyguard dan Ra.One mencatat kutipan luar biasa. Sebelum memberi persetujuan membintangi Heroine, Kareena pernah dilamar dua kali tetapi ditolak penerbit yang tidak bersetuju dengan bayaran ditetapkannya. Bagaimanapun, isu itu berjaya diselesaikan dan Kareena dilaporkan menerima habuan besar melebihi RM4.2 juta, mengatasi Aishwarya Rai Bachchan untuk diletakkan sebagai aktres dengan bayaran paling lumayan. Saya tidak pernah membincangkan isu bayaran di media namun untuk Heroine, saya cuma menerima apa yang sepatutnya saya terima, katanya. Aishwarya pada asalnya menjadi pilihan membawakan watak utama dalam filem itu, namun Kareena dipilih sebagai pengganti apabila bekas Ratu Cantik Dunia 1994 mengumumkan kehamilannya. Karakter dalam filem itu tidak jauh beza dengan diri saya, jadi saya berharap dapat membawakan watak itu dengan baik, katanya yang memulakan penggambaran Heroine, akhir bulan lalu. Apa yang diterima Kareena itu tidak mengejutkan penggiat industri perfileman Bollywood, apatah lagi dia memiliki trek rekod filem pecah panggung yang mengagumkan. Persoalannya, apakah cara Kareena itu akan mencipta satu trend baru kepada dunia perfileman Bollywood? Penerbit-pengedar filem, Shyam Shroff yang pernah menghasilkan filem seperti Chandni Bar berkata, konsep itu tidak akan berhasil di India. Cuba ambil contoh lima filem yang meraih pendapatan tertinggi sepanjang lima tahun lalu, kemudian nilaikan sumbangan yang dilakukan oleh pelakon utama wanita dalam produksi berkenaan, katanya. Faktor lain, katanya, sifat kurang telus yang diamalkan sebahagian besar pemain industri perfileman di negara itu menyebabkan perkongsian keuntungan sulit untuk dilakukan. Cara pengendalian bisnes di sini mendesak pengamalnya supaya berurus niaga dengan menerima pendahuluan, berbanding menanti keuntungan jangka panjang, katanya. Biarpun diletakkan dalam kelompok antara artis wanita yang menerima bayaran tertinggi, namun apa yang diperoleh Kareena itu cuma separuh pendapatan sepupunya, aktor Ranbir Kapoor. Tetapi itu tidak bermakna Bollywood mengenepikan peranan pelakon wanita kerana Madhuri Dixit dilaporkan pernah menerima bayaran melebihi pelakon utama lelaki dalam beberapa filem dibintanginya. Namun, keselesaan itu tidak menjadi ruang untuk mereka beraksi di layar perak. Nama Aishwarya pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan diganti Amisha Patel apabila dia dikatakan meminta bayaran mencecah RM600,000 untuk 10 hari penggambaran di Mangal Pandey. Peningkatan bayaran di kalangan aktres menyebabkan ramai penerbit mengeluh. Kebanyakan mereka berpendapat, sebahagian besar pelakon utama wanita tidak layak menerima bayaran diminta. Mampukah pelakon wanita hari ini menarik penonton untuk memenuhi pawagam pada hari pertama tayangan. Saya memang mengagumi Kareena. Tetapi dia hanya akan berjaya apabila digandingkan dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan atau Aamir Khan, kata penulis veteran filem, Udaya Tara Nayar. Barangkali kerana tanggapan itu, kebanyakan pelakon wanita hari ini berani keluar daripada kepompong selesa dan mencuba watak sukar bersesuaian dengan bayaran diterima. Katrina Kaif umpamanya, bukan saja terpaksa bergelut melancarkan pertuturannya, namun turut menerima peranan luar biasa dalam Rajneeti. Priyanka Chopra pula sedia berdepan risiko besar dengan membintangi filem 7 Khoon Maaf, manakala Kareena mencabar diri membawakan watak pelakon schizophrenia dalam Heroine. Namun, jika dibandingkan bayaran diterima aktres Hollywood, jumlah yang diterima mereka tidak terlalu besar hingga menimbulkan perdebatan media. Harga Angelina Jolie jauh lebih tinggi daripada apa diterima mereka yang mendapat bayaran tertinggi di Bollywood, kata Kareena yang turut menjadi pilihan pengiklan sebagai duta produk. | ||
Johan juga meriahkan boling Mangga Posted: 09 Dec 2011 07:06 PM PST
| ||
ND LALA MASIH TRAUMA SELEPAS DISAMUN Posted: 09 Dec 2011 07:04 PM PST
| ||
Cetusan Warna Alam Khadijah Hashim Posted: 09 Dec 2011 07:02 PM PST KHADIJAH Hashim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi malah setiap hasil nukilannya pasti menjadi buah mulut pembaca novel yang setia dan sentiasa dinantikan-nantikan kemunculan novel terbarunya. Setiap cerita yang dihasilkan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Antara novel yang pasti diingati sehingga kini ialah Badai Semalam. Naskhah yang dihasilkan pada tahun 1968 itu bukan sahaja mencipta gelombang tersendiri tetapi sehingga hari ini permintaan terhadap novel tersebut sentiasa ada. Ketika peminat-peminat setianya ternanti-nanti buah tangan iaitu novel terbarunya, namun, tiba-tiba dunia seni visual dikejutkan pula dengan 'kehadiran' lukisan alam hasil karya beliau. Selama ini, tidak ramai yang mengetahui penulis kelahiran Batu Pahat ini sebenarnya tidak hanya mengehadkan bidang seninya dalam 'gelanggang' penulisan, malah ia telah dikembangkan ke dunia seni visual. Lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik berus Cina sememangnya satu cetusan imaginasi Khadijah terhadap alam semesta. Membawa tema Warna Alam, kesemua 20 lukisan yang ditampilkan bermotifkan flora dan fauna dengan penggunaan warna terang dan ceria. Apa yang istimewanya mengenai lukisan-lukisan tersebut, ia merupakan koleksi eksklusif Khadijah yang baru pertama kali dipertontonkan kepada umum baru-baru ini, bersempena pementasan teater Badai Semalam. Menurut Khadijah, apa yang unik mengenai hasil karyanya ini ialah ia menggunakan cat air dengan teknik berus Cina yang dilukis di atas rice paper. Menjadikan melukis sebagai hobi waktu senggang, beliau memilih alam semula jadi kerana baginya keindahan alam semesta adalah satu ciptaan unik oleh penciptanya. Oleh yang demikian, katanya, kita sebagai manusia yang mendiaminya seharusnya tahu menghargai alam. "Jika dilihat kesemua hasil karya (lukisan) saya, ia sememangnya bersumberkan alam kerana ia membawa seribu makna dan sarat dengan peringatan. "Koleksi ini merupakan siri-siri hutan di mana hari ini orang sibuk menebang hutan, jadi biar saya menanam hutan di atas kertas supaya jangka hayatnya lebih lama. "Apa yang diilhamkan ini membawa makna alam itu indah dan alam itu dalil kepada adanya yang mencipta dunia ini iaitu Allah SWT," katanya ketika ditemui. Menggemari sesuatu yang ringkas dan bersahaja, Khadijah mahu sesiapa saja yang melihat lukisannya dapat menikmati manfaat daripadanya. Tambahnya lagi, sebagai seorang anak seni dia hanya memberikan yang terbaik begitu juga dengan lukisan yang dihasilnya. Kata Khadijah, dia hanya melukis dan yang menilai ialah sesiapa sahaja yang melihat lukisan-lukisan tersebut dengan tafsiran masing-masing. Mengakui melukis memberi ketenangan kepada sesiapa juga yang bergelar anak seni, Khadijah berkata, setiap warna yang digunakan selain dapat membangkitkan perasaan seseorang itu, ia juga secara tidak langsung dapat menjadi terapi minda di samping menepati objek yang menjadi tumpuan. Antara lukisan-lukisan yang dihasilkan Khadijah sempena pameran solonya kali ini ialah Bunga Matahari 1, 2 dan 3; Jambangan Kasih; Orkid 1, 2 dan 3; Tulip; Kolam Biru; Kemunting Cina; Bunga Bawang; Ros Kuning; Batik; Warna Alam 1 dan 2; Hutan Baru; Hutan Baru 1; Kampung Saya; Hutan Simpan dan Tasik. Yang pasti, kesemua hasil karya Khadijah adalah garapan yang sangat jujur di samping menterjemahkan bahawa alam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan manusia. | ||
Tip masakan mudah Chef Richardson Posted: 09 Dec 2011 07:01 PM PST Bagi mereka yang menyediakan juadah istimewa itu, pasti kadangkala kebuntuan mencari menu baru di hujung minggu. Apa kata anda cuba tip masakan mudah Chef Adrian Richardson yang merupakan pemilik dan ketua chef La Luna (bistro Mediterrannean) di Utara Carlton, Melbourne. Wajahnya pasti dikenali ramai kerana November lalu beliau ke udara dalam program Secret Meat Business antara April dan Julai 2011 diikuti siri Good Chef Bad Chef bersama pakar pemakanan, Janella Purcell. Dengan falsafah Mediterrannean moden, Chef Richardson menyajikan masakan ringkas dan enak dengan menggunakan bahan-bahan segar. Chef Richardson membesar dengan masakan dari Itali, Timur Tengah dan Afrika Utara, yang mana kesemuanya disajikan bersama sayuran segar dan buah-buahan. Saksikan Perfect Cut bersama Adrian Richardson bermula 1 Disember 2011 di saluran 703. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.theafcstudio.com. | ||
Posted: 09 Dec 2011 07:00 PM PST JIKA anda singgah di bandar raya Ipoh, Perak, kunjungan anda tidak akan bermakna jika tidak mengunjungi Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar. Ia adalah satu-satunya kawasan yang menghidupkan keceriaan suasana malam di bandar raya ini sejak diwujudkan pada 2003. Ini kerana aktiviti larut malam di sini begitu meriah dan mendapat sambutan terutama pada hujung minggu. Terdapat lebih 130 buah gerai dibuka dari pukul 7 malam hingga pukul 2 pagi. Konsep perniagaan terbuka di sini berjaya menarik perhatian pengunjung untuk membeli-belah pada waktu malam setelah sibuk bekerja di pejabat pada waktu siang. Gerbang malam yang mempunyai slogan 'Singgah le...macam-macam ada' menawarkan pelbagai barangan jualan pada harga murah dan berpatutan. Antara barangan yang dijual adalah kasut, baju, beg, aksesori telefon, tali pinggang, seluar dan sebagainya. Selepas membeli-belah di sini, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman di beberapa restoran dan gerai berhampiran yang menjadi tumpuan pengunjung. Gerbang malam juga boleh menjadi salah satu tempat untuk dikunjungi pelancong asing yang singgah bercuti di negeri ini. Pengerusi Persatuan Kebajikan Usahawan Gerbang Malam, Ahmad Irwan Othman, 32, berkata, usaha meningkatkan kemudahan di sini perlu kerana ia boleh menjadi salah satu ikon tarikan pelancongan negeri ini. Ini kerana katanya, kawasan ini menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong yang mahu membeli-belah pada waktu malam. "Barangan yang dijual di sini lebih murah berbanding dengan barangan yang dijual di pusat membeli-belah di negeri ini. "Gerbang Malam yang diwujudkan sejak 2003 merupakan kawasan yang mudah dikunjungi kerana terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh," katanya ketika ditemui S2. Ahmad Irwan berkata, terdapat lebih 130 daripada 160 lot perniagaan yang menjalankan perniagaan di sini. Menurutnya, pelbagai jenis barangan boleh dijual di sini tetapi perniagaan makanan tidak dibenarkan. Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan perniagaan barang-barang kering ditempatkan di sini. Selain itu, Ahmad Irwan berkata, nilai tambah gerbang malam juga boleh ditingkatkan dengan memasang lampu di papan tanda Gerbang Malam bagi menghidupkan suasana malam di bandar raya ini. Peniaga, Hisyam Sayah, 31, berkata, gerbang malam boleh diceriakan dengan mengadakan pelbagai program yang boleh menarik pengunjung. Antara program tersebut adalah pertandingan karaoke dan auto show yang boleh menghidupkan lagi suasana malam di bandar raya ini. "Pengunjung tidak ada tempat lain seperti gerbang malam yang boleh dikunjungi pada setiap malam dan sambutan penduduk menggalakkan terutama pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. "Setiap musim perayaan, gerbang malam menjadi tumpuan pengguna untuk membeli barang keperluan yang boleh didapati pada harga berpatutan," katanya. Pengunjung, Erma Harun, 29, berkata, istimewanya gerbang malam adalah macam-macam barang boleh didapati di situ. "Selain harga murah, barangan di sini boleh dibeli pada harga berpatutan," katanya. Beliau berkata, tempat letak kenderaan yang disediakan turut mencuri tumpuan pengunjung. Bagi Amirul Azuan, 23, kawasan ini menjadi tarikan kerana barangan yang dijual berkualiti dan mudah didapati. "Saya sentiasa mengunjungi kawasan ini kerana apa sahaja barangan senang diperolehi pada harga yang tidak membebankan pengguna," katanya. | ||
FashionValet.net berwajah baru Posted: 09 Dec 2011 06:50 PM PST
BUTIK dalam talian Fashionvalet.net baru-baru ini menyambut ulang tahunnya yang pertama. Majlis sambutan berlangsung di The Stage @ Publika, Solaris Dutamas dan diraikan oleh pereka fesyen serta pelanggan tetap butik tersebut. Menurut pemiliknya Vivy Yusof, sambutan tersebut bukan sekadar yang biasa kerana mereka sebenarnya ingin meraikan kejayaan FashionValet.net yang kini semakin dikenali oleh para pencinta fesyen tanah air. "Inilah satu-satunya laman web membeli-belah yang menghimpunkan pereka fesyen tanah air berbakat. Hasil rekaan mereka itu bukan sahaja diiktiraf oleh penggemar fesyen tempatan, malah penggemar fesyen dari luar negara turut mengiktirafnya menerusi promosi internet," jelas Vivy. Dalam tempoh setahun, daripada hanya 10 jenama yang dihasilkan oleh 10 pereka berbeza, FashionValet.net kini menawarkan lebih 60 jenama hasil kreativiti pereka fesyen tanah air, selain dari Indonesia dan juga Thailand. "Matlamat kami adalah untuk menjadi portal butik dalam talian terkemuka di rantau Asia ini," ujar Vivy dengan nada teruja. Bersempena dengan majlis istimewa itu juga, FashionValet.net dengan bangganya melancarkan laman web terbarunya yang lebih 'segar' dan lebih mesra pelanggan. Dengan pengubahsuaian ini, dijangka ia memberi lebih kemudahan dan keseronokan untuk pelanggan membeli-belah menerusi dalam talian. Majlis sambutan itu dikendalikan oleh pasangan deejay terkenal dari stesen radio Fly FM iaitu Phat Fabes dan Ben. Majlis bertambah meriah apabila ia diselang seli dengan pertunjukan fesyen serta aktiviti yang menghiburkan. Antara yang diperagakan oleh peragawati pada malam itu ialah pakaian wanita, lelaki dan aksesori. Penampilan istimewa Miss Malaysia Universe 2011 Kimberly Leggett dan beberapa lagi peserta Ratu Cantik Malaysia turut memeriahkan pentas peragaan pada malam itu. Dandanan rambut dan solekan ditaja oleh Michael & Guys dan FCC Colour Cosmetics (yang dahulunya dikenali sebagai jenama Farmasi). Bukan itu sahaja, pentas peragaan yang indah pada malam itu direka oleh Mimpi Murni Events, Tie the Knot manakala susunan bunga pula oleh Vanilla Floral. Sementara itu, kek lima tingkat yang tersergam cantik pada majlis tersebut dihasilkan oleh Gateuxlicious. Para penaja lain pada malam tersebut adalah GPLF, Proven Group of Companies, Netbuilder, Churp Churp, Printlah! dan Tutti Frutti Solaris Dutamas. | ||
Posted: 09 Dec 2011 06:48 PM PST JIKA mengunjungi England, pasti kebanyakan individu singgah ke kota London yang terkenal sebagai bandar global dari segi sektor pelancongan, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen dan destinasi membeli-belah terbaik di negara itu yang juga dikenali United Kingdom. Bagi yang tidak pernah mengunjunginya pasti tertanya- tanya mengapa London lebih terkenal sebagai destinasi membeli-belah berbanding tempat pelancongan yang ditawarkan. Jawapannya amat mudah kerana London merupakan saingan terdekat New York dan Paris yang turut mendapat jolokan sebagai kota fesyen. Setiap pengunjung yang singgah ke sana pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli buah tangan daripada barangan mewah sehingga yang berharga sederhana dan murah. Luangkan masa sehari suntuk membeli-belah di London kerana anda boleh membeli hampir apa jua barangan yang dikehendaki daripada barangan baru, seni, vintage sehinggalah produk antik. London mempunyai beberapa daerah berbeza tetapi persamaan boleh dilihat pada barisan kedai, yang kebanyakannya mempunyai tema atau pengkhususan tersendiri. Gedung eksklusif Minggu ini, S3 menampilkan panduan istimewa buat 'kaki shopping' yang terbang bersama Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) ke kota London. Dengan menyediakan pelbagai jalan utama yang dipenuhi dengan deretan kedai-kedai runcit hingga ke barisan kedai mewah, rasai sendiri kemeriahan kota tersebut. Buat mereka yang sedang mencari barangan eksklusif dari kota London, pilihan seperti Knightsbridge pastinya menjadi destinasi utama kerana kawasannya yang merupakan gabungan bandar hotspot lama dan baru menyumbang kepada pengalaman percutian yang tidak akan dilupai. Gedung-gedung serbaneka terkenal dan terkemuka di London terletak di Harvey Nichol dan Harrod tidak kurang menarik untuk dikunjungi jika dibandingkan dengan barangan berkualiti tinggi daripada jenama mewah yang diperagakan di sekitar kawasan tersebut. Jika ingin mendapatkan pakaian jenama paling terkenal pada zaman ini, maka berkunjunglah ke Bond Street yang dinamakan sempena ahli perniagaan, Sir Thomas Bond dan dibuka sejak abad ke-18. Antara jenama yang terdapat di sana termasuk Burberry, Louis Vuitton dan Tiffany & Co. Lokasi seperti Oxford dan Regent Street yang merupakan destinasi beli-belah paling sibuk sudah tentu menghidupkan lagi suasana percutian ketika bersiar-siar di sekitar gedung-gedung pereka terkenal seperti John Lewis, Debenhams, Hamleys, Liberty dan The Apple Store. Selain itu, Jermyn Street pula menawarkan kawasan bersejarah yang terkenal dengan gedung-gedung pakaian lelaki seperti Charles Tyrwhitt dan kedai kasut John Lobb. Kawasan Notting Hill pula berbeza kerana ia menampilkan deretan kedai-kedai kecil yang unik daripada pakaian vintaj, barang-barang antik luar biasa, hadiah-hadiah aneh, buku-buku hingga ke makanan organik. Terletak 1.6 kilometer dari Notting Hill, lokasi Portobello Road Market menawarkan gerai-gerai makanan yang menyelerakan, manakala Westbourne Grove yang berdekatan dengannya pula menawarkan lebih banyak pusat membeli-belah yang canggih dan kafe-kafe mewah serta galeri seni. Jika anda inginkan kelainan, maka kunjungi lokasi Westfield London. Lokasi itu bukan sekadar sebuah pusat membeli-belah kerana ia juga merupakan lokasi yang paling sesuai dikunjungi pelancong. Sepanjang jalan tersebut dipenuhi pusat membeli-belah terbesar di Eropah seperti Debenhams, Next, Marks & Spencer dan DHouse of Fraser. Terdapat lebih daripada 275 kedai mewah yang mempamerkan lebih 700 jenama terkenal termasuk Jimmy Choo, Louis Vuitton, All Saints dan Ted Baker, pawagam, gimnasium dan pelbagai restoran di bawah satu bumbung. | ||
Eun Hye mewah dari rambut hingga kaki Posted: 09 Dec 2011 06:48 PM PST
ARTIS kesayangan penulis, Yoon Eun Hye memang seorang yang pandai berfesyen atau digelar 'fashionista' dalam industri hiburan Korea. Sejak meninggalkan kumpulan Baby Vox dan bergelar pelakon bermula dengan Princess Hours, penampilannya sering menjadi perhatian lensa jurugambar. Melakonkan watak Shin Chae Kyung yang seumpama Cinderella, Eun Hye beruntung apabila berpeluang menyarung pakaian cantik selayaknya seorang puteri raja dan ini dipercayai banyak mempengaruhi gaya dia berfesyen. Apabila dia melakonkan watak si tomboy Go Eun Chan dalam Coffee Prince, gaya potongan rambut pendeknya menjadi ikutan termasuk kalangan artis wanita Korea. Dan apabila diberi watak gadis kaya dalam My Fair Lady, lagilah Eun Hye melaram dengan baju dan aksesori berjenama. Yang pastinya, Eun Hye memang nampak sesuai dan menawan dalam apa jua fesyen yang digayakannya. Mungkin sebab itu syarikat pengiklanan berlumba-lumba mengambilnya menjadi model produk malah pereka antarabangsa turut menjemputnya menghadiri pertunjukan fesyen dan menawarkan gaun mewah mereka untuk diperaga. Bulan lepas, ketika menghadiri Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 di Singapura, Eun Hye kelihatan cukup anggun memperagakan gaun kemban hitam daripada koleksi musim luruh Versace, lengkap dengan anting-anting dan gelang emas Cartier. Ini bukanlah kali pertama dia dilihat mengenakan gaun mewah yang pernah diperagakan oleh model antarabangsa. Ketika menghadiri Kempen Amal Kesedaran Kanser Payudara di Seoul, Korea Selatan pada 20 Oktober lalu, Eun Hye memilih gaun hitam sifon daripada koleksi terbaru Yves Saint Laurent. Seperti biasa untuk melengkapkan penampilannya, dia menyarung sandal Gucci. Eun Hye membuktikan artis wanita tidak perlu sentiasa tampil seksi untuk mendapat perhatian apabila masih tampil menawan dalam jaket skirt lengan panjang separuh lutut ketika menghadiri sidang akhbar drama Lie to Me, gandingannya bersama aktor Kang Ji Hwan. Apa yang pasti, kot butang rona khaki yang dipadankan dengan tali pinggang kuning itu adalah daripada koleksi musim bunga Burberry. Nampaknya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Eun Hye adalah barang berjenama. Sanggupkah anda berhabis untuk nampak anggun dan menawan macam Eun Hye? | ||
Posted: 09 Dec 2011 06:47 PM PST BAGI pengacara radio THR Gegar ini, minatnya terhadap fotografi memang tidak dapat dipisahkan. Kesempatan S3 mengikut Suzana Shafie, 30, ke Zoo Negara baru-baru ini jelas memperlihatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini benar-benar membuktikan minatnya terhadap dunia fotografi. Lebih manis lagi, minatnya itu turut disulami dengan nalurinya yang sememangnya cintakan haiwan. Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, jika berkesempatan, dia akan meluangkan masa pada hujung minggu di Zoo Negara. "Jika saya ada kelapangan, saya pasti akan datang ke sini. "Bagi saya, apabila berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini, ia sedikit sebanyak membuat diri saya tenang. "Malah apabila sudah dapat tangkap gambar yang kita kehendaki, rasa macam satu kepuasan. "Kepuasan ini ditambah lagi apabila dapat melihat telatah haiwan yang bermacam ragam yang ada di sini," kata pengacara Segmen Ceria Pagi ini sambil bersedia untuk menangkap gambar gajah. Selain itu, Suzana juga sempat berkongsi pengalamannya bersama penulis mengenai monyet peliharaannya, Aya. "Aya merupakan hadiah daripada adik saya memandangkan dia tahu saya memang sukakan haiwan. "Apa yang menarik tentang Aya ialah dia sangat jinak dan manja dengan saya. "Malah jika saya baru pulang dari kerja, dia akan menunggu saya di depan pintu rumah. "Tetapi apabila dia meningkat dewasa, dia menjadi semakin agresif. "Sebab itu saya terpaksa melepaskan Aya ke hutan pada awal tahun lalu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkenaan," ujarnya yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih.
Cita-cita Suzana Jauh di dalam hati Suzana, jika berpeluang, dia sebenarnya menyimpan hasrat untuk membina sebuah pusat perlindungan haiwan. "Jika boleh, satu hari nanti saya nak buka sebuah pusat rawatan haiwan terbiar. "Sekurang-kurangnya apabila melihat haiwan yang sakit kembali sembuh, sejuk hati saya," ujarnya. Malah bagi Suzana, jika ingin memelihara haiwan biarlah dengan hati yang ikhlas. "Kalau nak pelihara haiwan apa sekali pun, pastikan kita menjaga mereka dengan elok. "Jagalah mereka dengan sepenuh hati kerana saya percaya haiwan juga memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kita. "Layanlah mereka dengan sebaiknya dan bukannya sekadar memelihara haiwan semata-mata kerana mengikut trend sahaja," ujarnya jujur sebelum mengakhiri bicara. | ||
Zarul & The Protes ada bengkel kereta Posted: 09 Dec 2011 06:46 PM PST Menggelarkan diri mereka sebagai Zarul & The Protes, kesemua mereka kini sedang giat mengusahakan sebuah studio latihan muzik dan bengkel kereta. Dianggotai oleh lima anak muda , Zairul Addry Helmy, 36, Mustaqim Mohd. Basir, 25, Mohd. Effendy Tajuddin, 27, Megat Adam Fatehie Megat Rosly dan Khairul Rizan Radzuan, 29, kesemuanya menyimpan impian untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka pada masa hadapan. Menurut ketua kumpulan, Zairul Addry Helmy atau Zarul, mereka telah menggunakan wang simpanan masing -masing untuk memulakan perniagaan secara perkongsian. "Kami telah memulakan studio latihan muzik ini sejak tahun 2009 lagi dengan modal RM250,000. "Manakala untuk bengkel yang telah beroperasi sejak awal tahun lalu pula, modal permulaan kami sebanyak RM70,000 dan kesemua modal ini menggunakan wang kami sendiri tanpa membuat pinjaman," katanya ketika ditemui di studio latihan muzik milik mereka di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beroperasi seawal pukul 11 pagi, menurut Zarul, studio mereka beroperasi sehingga pukul 3 pagi, manakala untuk bengkel pula, bermula pada pukul 10 pagi sehingga 7 malam. "Selalunya kami semua akan berada di studio pada setiap hari. "Bagaimanapun untuk memudahkan urusan, kami juga mempunyai empat pekerja yang akan membantu dari segi pentadbiran di studio dan bengkel," katanya. Sementara itu menurut vokalis kumpulan ini, Mustaqim, memandangkan usaha mereka untuk dikenali sebagai seorang usahawan masih lagi di peringkat awal, mereka terpaksa melalui tempoh yang agak mencabar buat masa ini. "Kepercayaan yang terjalin di antara kami memudahkan kerjasama dalam perniagaan ini. Malah untuk melancarkan lagi perniagaan, kami diberi tanggungjawab dengan tugasan masing-masing agar tidak terlalu terbeban," katanya. Katanya lagi, walaupun perniagaan mereka semakin memberangsangkan namun minat mereka terhadap bidang muzik tetap diteruskan. "Kami mahu dikenali sebagai usahawan dan pemuzik dalam waktu yang sama. Melihatkan industri muzik kita yang semakin nazak ini, saya percaya tidak salah kami memulakan usaha kami untuk bergelar usahawan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah," jelas Mustaqim. Sudah pun mempunyai dua single bertajuk Luka dan Privasi, menurut Mustaqim, mereka bakal muncul dengan album pertama pada awal tahun hadapan. "Walaupun sibuk menguruskan perniagaan ini, kami tetap mahu menerbitkan album pertama kami. "Selain ingin meneruskan minat di dalam bidang muzik, kemunculan album pertama ini juga mampu membantu mempromosikan perniagaan kami kelak," katanya. Mempunyai misi untuk memperkenalkan muzik mereka ke negara luar, Mustaqim memberitahu, Zarul & The Protes akan menerbitkan sebuah lagi album khas untuk pasaran Eropah. | ||
Ibnor dapat galakan Datuk Bandar KL Posted: 09 Dec 2011 06:45 PM PST
Namun, selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1985, minat Ibnor dalam bidang nyanyian semakin meluap-luap. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Sudah Terluka Merindu Pula ini semakin aktif menyanyi biarpun dia sekadar muncul sebagai finalis pertandingan tersebut. Malah, menurut Ibnor yang kini berusia 50 tahun, Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, Tan Sri Elyas Omar banyak memberi dorongan kepadanya supaya menyanyi sepenuh masa. "Semasa bekerja di DBKL, saya selalu ambil cuti dan cuti tanpa gaji bagi memenuhi undangan menyanyi di merata tempat seluruh negara. Ketika itu, Elyas Omar adalah bos saya. "Apabila melihat saya semakin sibuk menyanyi, beliau menasihatkan saya supaya berhenti kerja untuk memberi sepenuh tumpuan dalam bidang nyanyian. "Saya dengar nasihat beliau dan berhenti kerja pada tahun 1993 selepas 13 tahun bekerja di DBKL. "Ini kerana, selama lapan tahun iaitu sejak menyertai Bintang RTM saya terpaksa membahagi-bahagikan masa antara menyanyi dan bekerja di DBKL. Mulai saat itu, sehingga kini saya telah menjadi penyanyi sepenuh masa selama 26 tahun," katanya kepada S3. Bapa kepada Puteri Norizah, 20, ini bersyukur kerana biarpun berdepan dengan saingan ramai penyanyi generasi baru tetapi bakat nyanyiannya masih diterima para pendengar. Ibnor bukan setakat masih terus mendapat tawaran menyanyi tetapi juga berpeluang merakamkan album baru yang mengekalkan irama pop dan sentimental. Sambil mengakui lagu-lagu nyanyiannya seperti Meneka Dalam Kesamaran masih diminati ramai dan sering disiarkan menerusi radio menyebabkan dia terus menerima royalti. Hakikat itu secara tidak langsung membuktikan suaranya terus mendapat keyakinan daripada syarikat-syarikat rakaman bagi menghasilkan album terbaru yang ke-15 kelak. "Sehingga kini, setiap enam bulan sekali saya akan menerima royalti daripada syarikat rakaman yang pernah menerbit dan mengedarkan album-album saya yang masih dijual sehingga kini. "Ini membuktikan saya masih mempunyai ramai peminat. Kalau tidak syarikat rakaman seperti Music Valley tidak memberikan peluang saya merakamkan album baru," ujarnya. Penyanyi berkulit hitam manis ini misalnya, kini sedang dalam proses menerbitkan albumnya yang ke-15 yang mengandungi 10 lagu termasuklah lima lagu lamanya yang dirakamkan semula dalam nafas baru. Antara lagu yang akan dimuatkan dalam album itu berjudul Mentera Cinta, Akulah Pencinta dan Mimpi Tak Sudah. Dia yang pada ketika itu menyertai Bintang RTM bersama Fauziah Latiff tidak akan mensia-siakan bakat menyanyi yang ada selagi suaranya masih diperlukan dalam persada seni suara tanah air. Malah, Ibnor turut bangga kerana dia salah seorang penyanyi tempatan era tahun 1980-an yang masih diterima peminat hingga kini. "Saya bukannya dilahirkan daripada program realiti televisyen tetapi melalui pertandingan yang mencungkil bakat sebenar sebagai penyanyi. "Saya menyertai Bintang RTM pun kerana mahu menunjukkan bakat yang ada. Biarpun kalah tetapi saya tidak kecewa sebaliknya saya puas kerana ramai orang boleh menilai bakat yang saya miliki. "Saya berdiri atas bakat sendiri dan bukan atas populariti semata-mata. Penyanyi zaman sekarang dengan penyanyi zaman dulu lain. "Penyanyi zaman sekarang dibentuk oleh syarikat rakaman atau stesen televisyen melalui program realiti, sedangkan penyanyi dulu dilahirkan atas bakat dan kelasnya yang tersendiri," komennya terus terang. Tambah Ibnor lagi, biarpun jarang mendapat publisiti daripada media massa sejak kebelakangan ini tetapi dia tetap dikenali ramai. Malah, dalam projek terbarunya, dia turut berduet dengan penyanyi era tahun 1980-an seperti Shima dan Nora dalam beberapa lagu yang dirakamkan semula yang diberi nafas baru bagi menarik perhatian para pendengar masa kini. "Sebagai contoh, saya akan merakamkan semula dan berduet dengan Shima dalam lagu popularnya yang bertajuk Luka Dilukai dan bersama Nora pula dalam lagu Rindu Dalam Diam. "Saya lakukan ini bagi terus mengukuhkan lagi nama saya dalam bidang nyanyian di negara ini. Ia mampu mengimbas nostalgia populariti lagu-lagu tersebut," jelasnya lagi. | ||
Posted: 09 Dec 2011 06:44 PM PST
Ini kerana, biarpun bertudung, si pemakainya boleh mempelbagaikan fesyen yang ada agar kelihatan lebih menarik. Menurut pelakon berusia 46 tahun ini, ketika ini terdapat banyak fesyen tudung yang dipopularkan oleh ramai artis seperti yang dipakai oleh Wardina dan Yuna. Bagaimanapun, jelas Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, dia memakai tudung bagi menutup aurat dan bukannya kerana terikut-ikut dengan fesyen semasa. Bagi pelakon drama dan filem yang popular pada tahun 1980-an ini, berfesyen dalam bertudung adalah perkara kedua. "Apa yang penting ialah niat kita bertudung kerana memenuhi tuntutan ajaran Islam dan bukannya kerana mahu berfesyen. Bagi saya, bertudung bukannya kerana dipaksa dan terpaksa atau mengikut trend, tetapi ia lahir daripada hati dan kesedaran si pemakai itu sendiri. "Saya bertudung kerana ia datangnya daripada hati dan kesedaran sendiri. Tidak timbul soal berfesyen kerana sewaktu saya mula-mula memakai tudung tujuh tahun lalu, ketika itu belum ada fesyen tudung seperti yang dipakai oleh Wardina atau Yuna," katanya kepada S3. Lydiawati yang baru habis menjalani penggambaran telemovie berjudul Bertaut Kasih arahan Haris Kadir berkata, sejak bertudung, dia bukan sahaja tidak menghadapi masalah untuk terus berlakon. Sebaliknya, tawaran berlakon yang diterimanya semakin mencurah-curah. Dia yang telah terbabit dalam bidang lakonan sejak 30 tahun lalu menambah, dengan imej bertudung juga tidak bermakna watak-watak lakonannya dalam drama atau filem stereotaip kepada watak-watak yang baik sahaja tetapi meliputi pelbagai watak yang sebaliknya. "Ramai orang beranggapan kalau bertudung seseorang pelakon itu mesti diberikan watak-watak yang baik sahaja. Sedangkan kita lupa bahawa tidak semua wanita yang bertudung itu baik dan dengan bertudung, watak itu juga boleh dipelbagaikan. "Cuma sebagai pelakon, selepas kita bertudung, seharusnya kita menunjukkan contoh yang baik supaya masyarakat tidak mengata. " Sebab itu, setiap wanita terutamanya artis yang bertudung seharusnya menjaga kelakuan mereka," ujarnya. Ibu tunggal kepada Nor Munira, 25, dan Puteri Batrisya, 10, ini menjelaskan, boleh dikatakan masih baru dia bertudung biarpun pernah mengerjakan umrah pada 1989. Jelasnya yang telah menjanda sejak empat tahun lalu, hidayah untuk bertudung datangnya daripada Allah. Tambahnya, biarpun melakonkan watak wanita solehah yang bertudung dalam drama dan filem, namun jika hidayah dan kekuatan daripada Allah untuk bertudung tidak diterima maka lakonan seseorang pelakon itu hanya sekadar tinggal lakonan semata-mata. "Sebab itu, saya anggap bertudung bukan sahaja wajib bagi setiap wanita agar menutup aurat kerana mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya wajib menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. "Semua itu datangnya daripada kesedaran masing-masing. Kalau setakat melakonkan watak bertudung dalam filem dan drama tetapi kesedaran tidak ada maka ia hanya sekadar lakonan sahaja. Paling teruk, ada pelakon yang melakukan perkara sebaliknya di luar bidang lakonan mereka," komennya lagi. Justeru, Lydiawati yang baru selesai menjalani penggambaran filem berjudul 8 Jam, Sumpah Kum Kum dan Sam kini begitu berhati-hati dalam menjaga batas-batas pergaulannya agar apa yang dilakukannya tidak bertentangan dengan ajaran Islam serta menjadi bahan umpatan masyarakat. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan