Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 5 tahun penuh gemilang
- Rekrut dua isteri
- Scout ikut jejak ibu
- PNS lakar pelan perkukuh kejayaan
- Peon miliki harta berjuta
- Lokasi pelancongan tarik ribuan pengunjung
- Keistimewaan Masjidil Haram
- Menyemai bakti untuk anak tercicir
- Budi bahasa makin luntur
- Seks bagi pasangan sibuk
- Butik produk organik di KLCC
- Sharifah ikon usahawan Giat Mara
- Melayu bahasaantarabangsa
- Atlet UUM juara golf Terbuka Kedah
- Berhabis untuk barangan antik
- Bukan katak di bawah tempurung
- ALC TV tempatan bertaraf dunia
- 2011 bukan tahun sedih Yuna
- Aura si botak Pitbull
- Tuah Fazlyana
- Adele makin menyerlah
- Barangan lebih RM2j dirampas
- Suami dipenjara 12 tahun, isteri longlai
- Proton tawar pasang percuma
- Nawal Jes penuhi cita rasa wanita
Posted: 12 Dec 2011 11:21 PM PST PENUH ISTIADAT...Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong (gambar kecil) diiringi seekor gajah dan 'hulubalang' menuju KLIA semalam. SALAM PERPISAHAN...Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Ahli Parlimen. KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat pulang ke Terengganu semalam, meninggalkan tempoh lima tahun pemerintahan negara yang gilang-gemilang dan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan negara dan rakyat. Sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka, pelbagai pencapaian yang membanggakan dicatatkan melalui lawatan negara dan acara sukan yang bertaraf antarabangsa.
Terakhir Seri Paduka berangkat ke Benua Antartika, yang mencatat sejarah tersendiri kunjungan seorang raja ke benua paling sejuk itu.
Keprihatinan Tuanku Mizan menyaksikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke-13 itu menangani beberapa isu, termasuk demonstrasi jalanan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak campur tangan Seri Paduka dalam isu pilihan raya.
Seri Paduka turut bertitah, tidak mahu melihat masyarakat majmuk negara ini yang hidup aman damai sejak sekian lama, tiba-tiba berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan sekali pun.
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, kini menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Menjunjung kasih, Tuanku. | ||
Posted: 12 Dec 2011 11:19 PM PST TUMPAS...Fakri (tengah) menunjukkan barang curi yang dirampas. SERI ISKANDAR: Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan 'ilmu' mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional. Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan. Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai 'tonto' bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.
| ||
Posted: 12 Dec 2011 11:17 PM PST SATU KELUARGA...Scout (kanan sekali) bersama Demi dan Bruce di tayangan perdana filem yang dibintangi oleh Rumer, House of Bunny pada 2007. IBUNYA, Demi Moore tidak pernah malu menunjukkan tubuh badannya dan pernah bergambar bogel ketika mengandung tujuh bulan untuk kulit majalah Vanity Fair, pada 1991. Dan nampaknya kini, anak perempuan Demi yang agak liar, Scout La Rue mengikuti jejak langkah ibunya dengan menayangkan sebahagian tubuhnya. Gadis berusia 20 tahun dan pelajar universiti itu bergaya di atas sebuah motosikal dengan pakaian yang mendedahkan punggungnya dalam satu sesi fotografi untuk StyleLikeU.
Anak gadis Demi dan bekas suaminya Bruce Willis, sekarang belajar di Universiti Brown. Dia sempat juga menunjuk jari (tanda tidak sopan) kepada jurukamera ketika motosikal itu sedang bergerak. Gambar Scout yang lain lebih sopan di mana dia duduk bersila di atas batu besar dan bergaya di hadapan kamera dengan selimut menutupi tubuhnya. Beberapa keping gambar jarak dekat menunjukkan Scout bergaya 'punk' dengan celak hitam, gincu bibir warna merah dan memakai jaket kulit hitam. Dia mengenakan perhiasan lama berwarna firus dan perhiasan perak sama seperti gaya ibunya yang terkenal itu. Gambar yang diambil tampak berseni, termasuk beberapa imej hitam putih. Dalam beberapa gambar, Scout seperti berlindung di sebalik rambut paras bahunya. Tema laut nampak kukuh. Dalam beberapa keping gambar, bintang itu berdiri di atas batu tinggi sambil memandang ke Laut Pasifik. Mungkin Scout yang kelihatan selesa di hadapan kamera, akan mengikuti jejak langkah kakaknya Rumer, apabila dia menamatkan pengajian di universiti. Anak gadis sulung Demi dan Bruce yang berusia 23 tahun, baru-baru ini menjadi model untuk rumah fesyen Badgley Mischka. Rumer juga seorang aktres dan pernah muncul dalam 'House Bunny' dan 'Sorority Row'. Scout mempunyai seorang lagi adik perempuan, Tallulah Belle yang berusia 17 tahun. Ayahnya Bruce, kini menunggu kelahiran anak keempat bersama isterinya, Emma. Namun begitu, ibunya Demi sedang patah hati dan baru membuat pengumuman perkahwinannya dengan aktor Ashton Kutcher selama enam tahun, kini sudah berakhir. | ||
PNS lakar pelan perkukuh kejayaan Posted: 12 Dec 2011 11:16 PM PST Jamel Jamaluddin PERBADANAN Nasional Berhad (PNS) yakin mampu meningkatkan kadar kejayaan bagi peniaga yang memohon pembiayaan dengan agensi berkenaan tahun depan berbanding 80 peratus ketika ini. Ini berikutan langkah kerajaan yang akan meminda Akta Francais 1998 bagi melindungi francaisi daripada sebarang masalah terutama penipuan.
"Kadar kejayaan bagi peminjam memang tinggi iaitu sekitar 80 peratus. Bagaimanapun kami tetap mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko kegagalan.
"Kami menyediakan 11 modul yang perlu dihabiskan penuntut sebelum mereka diberikan sijil. Sijil ini diiktiraf Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM)," katanya. | ||
Posted: 12 Dec 2011 11:15 PM PST SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra. NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak. Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.
Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.
Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.
| ||
Lokasi pelancongan tarik ribuan pengunjung Posted: 12 Dec 2011 11:11 PM PST MEMILIKI, memakai pakaian dan aksesori berjenama mahal pereka tempatan mahupun antarabangsa seperti beg tangan, kasut, cermin mata hitam dan jam tangan sehingga mencecah jutaan ringgit mungkin memberi kepuasan bagi sesetengah orang. Ia diumpamakan pencapaian peribadi yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pemilik barangan berjenama mewah pasti meletakkan koleksinya itu sama berharga seperti barang kemas. Lantas tidak hairan jika setiap barangan atau koleksi dijaga dengan penuh kasih sayang. Barangan itu jelas sekali akan dibelai, dibersih serta ditempat�kan di satu kabinet khas, apatah lagi setiap satu mempunyai kenangan tersendiri. Sayang sekiranya dibiarkan tanpa penjagaan khusus.
| ||
Posted: 12 Dec 2011 11:03 PM PST
MASJIDIL Haram merupakan masjid tertua di dunia. Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Sejak tahun kelepan kerasulan Nabi Muhammad SAW, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh hal yang demikian itu, masjid itu menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka datang daripada pelbagai mazhab. Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah kaabah. Ia berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu ketika membina atau mendirikan kaabah), hajar aswad (batu hitam) dan telaga zamzam. Masjidil Haram - sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa nabi dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil. Berikutan tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi. Di sekeliling masjid itu terdapat tujuh menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama iaitu Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara itu turut menjadi model masjid di seluruh dunia. Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa". (riwayat ad-Darimi, an-Nasaie dan Ahmad) Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman kira-kira 45 meter (m). Telaga itu juga disebut Telaga Ismail. Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya. Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang, dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi sekitar 6m dan berdiameter kira-kira 0.5m berjumlah 589 buah. Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 1.2m. Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur terdapat dua tiang abu-abu. Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan. Pada bahagian tembok pula terdapat batu inskripsi yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Asma ul Husna. Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama antara lain: (1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf; (2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan saie; (3) Bab as-Su'ud (pintu su'ud); (4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan (5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf. | ||
Menyemai bakti untuk anak tercicir Posted: 12 Dec 2011 11:02 PM PST KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar) leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu dalam hatinya. Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran. RM20! Nilai wang yang bagi sesetengah orang boleh dihabiskan untuk sekali makan! Ada kalanya Udin berjalan mengelilingi pagar sekolah yang sebahagiannya sudah tumbang akibat perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke kawasan sekolah. Dia seronok mendengar suara kanak-kanak mengulangi ungkapan kata ustazah dan ustaz. Ingatannya singgah kepada ibu, ibu yang sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser rahim. Ayah? Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Seperti Udin, kakak dan abangnya juga tidak bersekolah kerana kesempitan hidup! Lain pula kisah Mail (bukan nama sebenar). Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh. Hasil jualan RM3 itu digunakan untuk membeli makanan. Mereka mencuri kerana lapar. Ibu Mail masih hidup tetapi sudah lama keluar rumah, meninggalkan dia dan adik beradiknya yang lain. Tinggal ayahnya sebagai bapa tunggal yang menyara kehidupan anaknya yang lima orang itu dengan menjaja secara kecil-kecilan. Mail hanya ke sekolah agama kerana tiada surat beranak untuk ke sekolah kebangsaan. Abangnya juga tidak mempunyai surat beranak. Kakaknya tidak bersekolah kerana perlu menjaga adik-adiknya apabila bapa keluar mencari rezeki. Anak yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar) ini pula terpaksa berhenti sekolah. Ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah sebanyak RM20. Ayah? Ayah sudah berkahwin lagi. Walaupun ayah ada memberi wang kepada ibunya tetapi jumlah yang diberi tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka. Ibu Man pula hanya mampu menjaga anak orang untuk menambah pendapatan bagi kelangsungan hidupnya dan enam orang anaknya. Atas keprihatinan pihak sekolah, Man dibenarkan meneruskan persekolahan walaupun tidak dapat membayar yuran. Kesusahan hidup yang dilalui Udin, Mail dan Man ini hanyalah secebis daripada kehidupan berliku anak yang belajar di Kafa (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) Integrasi Al-Insaniah, Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya. Keprihatinan pihak sekolah membolehkan Udin, Mail dan Man menjadi murid di KAFA itu. Cuma Udin sempat belajar hanya beberapa bulan sahaja. Dia dan adik-beradiknya diberitakan sudah balik ke kampung di Kelantan setelah ibu mereka meninggal dunia. Mungkin ada ramai lagi anak yang menyimpan kisah pahit dan duka kehidupan mereka di sebalik wajah-wajah yang redup dan tubuh yang lesu. Kebanyakan anak ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Lantas ada antara anak ini yang datang ke sekolah agama dengan perut kosong seperti yang diberitahu Ustazah Norazainah Adnan dan Ustazah Siti Hawa Sharif, pengasas Kafa Integrasi Al-Insaniah. Pihak sekolah sememangnya membantu mereka yang benar-benar memerlukan dengan mengecualikan mereka daripada bayaran yuran di samping makanan tambahan. Bagaimanapun, kewangan yang terhad membolehkan hanya 70 orang sahaja setakat ini menerima makanan tengah hari yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM2,100 sebulan. Ustazah Norazainah mempunyai pengalaman sekitar 14 tahun sebagai guru tadika sementara Ustazah Siti Hawa pula telah menjadi guru agama selama kira-kira 15 tahun. Sebelum penubuhan Kafa ini, mereka berdua mengambil inisiatif mengadakan kelas agama di surau Insaniah Blok D PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) Taman Putra Damai. Ustazah Norazainah ketika itu menyandang jawatan Ketua Muslimah Jawatankuasa surau Insaniah. Kelas agama yang menampung kira-kira 90 pelajar itu diadakan di surau berkenaan selama dua tahun mulai 2001. Pada 15 Jan, 2003, Kafa Integrasi Al-Insaniah dibuka di lokasi yang ada sekarang. Meskipun saiz sekolah itu kecil, sesi persekolahan pertama menerima 500 murid. Sekolah ketika itu mempunyai hanya lima buah kelas, pejabat dan kantin. Pelajar diajar antaranya mata pelajaran Al-Quran, Feqah, Tauhid, Bahasa Arab, Akhlak dan Tulisan Jawi. Rasa Belas Ustazah Norazainah bukan setakat menjadi pengasas dan kemudiannya mengajar di Kafa Al-Insaniah. Naluri seorang ibu menjadikan beliau begitu mengambil berat agar anak di PPRT Taman Putra Damai tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan agama. Setiap kali melihat ada anak yang bermain di luar kawasan sekolah pasti dia akan bertanya mengapa mereka tidak datang ke sekolah agama itu. Tidak cukup dengan alasan yang diberikan, dia akan menyusul pula ke rumah untuk menggalakkan ibu bapa berkenaan menghantar anak ke sekolah. Alasan yang sering singgah di cuping telingnya ialah tidak ada wang untuk membayar yuran sekolah. "Saya akan memberitahu mereka hantar dulu anak ke sekolah dan soal kewangan boleh dibincang kemudian. "Saya susah hati, saya bimbang sekiranya anak ini tidak dibekalkan dengan pendidikan agama, ini akan merosakkan diri mereka kelak," Ustazah Norazainah yang juga naib-pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kafa Al-Insaniah memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini. Kafa Al-insaniah KAFA Integrasi Al-Insaniah kini mempunyai 450 murid. Seramai 25 orang belajar pada sesi pagi sementara bakinya belajar pada sesi petang. Anak ini kebanyakannya berasal dari kawasan setinggan Taman Medan, Kampung Cempaka, Kampung Kayu Ara dan Kampung Sentosa yang terletak di sekitar kawasan Petaling Jaya. "Ada yang mempunyai ibu atau ayah sahaja. Ada yang emak bekerja di kilang, ayah berniaga sendiri atau bekerja sebagai buruh. Ada juga emak yang hanya suri rumah. "Ada juga yang emak sahaja bekerja. Rata-rata mereka berpendapatan rendah. Ada yang mempunyai anak lapan hingga 12 orang," kata Ustazah Norazainah. Ustazah Norazainah berkata, 30 daripada 40 murid dalam satu daripada Darjah Dua beliau adalah murid yang ibu bapa mereka sudah bercerai atau ibu tunggal setelah suami meninggal dunia. | ||
Posted: 12 Dec 2011 11:01 PM PST AHMAD Jasmon, seorang yang kurang upaya dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak, telah berkunjung ke sebuah mesin juruwang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang di sebuah kompleks membeli-belah. "Kerana ketika itu ramai orang sedang beratur, saya pun ikut beratur untuk mengeluarkan wang. Setelah tiba giliran saya, orang yang beratur di belakang tiba-tiba mahu memotong barisan seolah-olah saya tidak wujud di depan mesin ATM itu. "Begitu pahit rasanya, orang itu tidak langsung rasa hormat terhadap individu yang sedang beratur di depannya. Apatah lagi orang yang didepan adalah orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda dan adalah mustahil jika beliau tidak nampak saya. "Kalau mereka yang kurang upaya enggan membantu, saya tidak kisah sangat tetapi menjalankan diskriminasi adalah perkara yang lain," kata Ahmad. Itu bukan sesuatu yang menghairankan di kalangan masyarakat Malaysia yang kononnya kaya dengan budi bahasa. Itu merupakan antara perbuatan yang cukup ketara bahawa nilai budi bahasa dan hormat menghormati antara rakyat negara ini semakin luntur. Penulis sendiri mempunyai pengalaman yang serupa ketika beliau mahu mengeluarkan wang dari ATM di satu hospital di sini. Menurut apa yang pernah dialami penulis, ada segelintir masyarakat yang enggan mengambil tahu tentang mereka yang menggunakan kerusi roda dan situasi-situasi sebegini berlaku setiap hari. Gambaran di atas adalah antara isu yang dihadapi oleh orang kurang upaya (atau OKU seperti dikenali umum) di negara ini. Sememangnya telah terdengar banyak rungutan mengenai salahguna kemudahan yang disediakan untuk OKU. Wahab Jamil yang telah kehilangan sebelah kakinya dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas memberitahu: "Saya mempunyai isteri yang juga cacat semenjak lahir dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Membeli barangan keperluan di kedai adalah satu perkara mustahil bagi kami suami isteri kerana kebanyakan kedai runcit mempunyai tangga dan tidak boleh digunakan untuk kerusi roda. Satu-satunya tempat yang sesuai bagi kami adalah pasar raya hiper di mana mudah bagi OKU untuk masuk. "Hipermarket menyediakan ruang parkir bagi OKU tetapi petak-petak ini selalu disalahguna oleh mereka yang lain walaupun ada papan kenyataan yang diletakkan oleh pihak pengurusan hipermarket. "Kerap kali saya terpaksa meninggalkan kenderaan jauh dari pintu masuk hipermarket dan terpaksa menolak kerusi roda isteri saya masuk ke dalam premis. Kemudian saya terpaksa berulang-alik menolak isteri serta barangan yang kami beli merentasi jarak agak jauh ke kenderaan. "Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika saya berpeluang menggunakan petak letak kereta yang disediakan untuk pemandu cacat yang berhampiran dengan pintu masuk. Sedihnya petak itu telah disalahguna oleh mereka yang tidak prihatin terhadap OKU," keluh beliau. Mendengar keluhan warga OKU, tidak hairanlah isu petak letak kereta untuk OKU disalahguna oleh segelintir masyarakat. Begitu juga tandas yang mempunyai tanda "orang di atas kerusi roda". Kemudahan ini jarang sekali terlepas daripada penyalahgunaan oleh mereka yang upaya. Akta untuk orang upaya Parlimen telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya pada 24 Disember 2007 (Akta 685). Akta ini kemudian diwartakan pada 24 Jan, 2008 dan berkuatkuasa mulai 7 Julai pada tahun yang sama. Akta itu memberi hak bagi pendaftaran, perlindungan, pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya serta kesejahteraan kumpulan ini. Akta ini juga menukarkan konsep OKU dari berasakan kebajikan kepada yang berasaskan hak. Akta ini memberikan peluang serta taraf dan penglibatan yang sama bagi golongan kelainan upaya sepadan dengan mereka yang normal. Tetapi adakah akta ini memberikan perlindungan yang secukupnya bagi kemudahan yang disediakan untuk OKU? Wujudkah penalti bagi mereka yang menyalahguna kemudahan seumpama? Memang terdapat banyak rungutan terhadap penyalahgunaan kemudahan yang disediakan bagi warga kurang upaya. Apa kata mereka yang mempunyai pengetahuan tentang Akta ini? Menurut pandangan peguam-peguam, Akta OKU 2008 hanya semata-mata bercorak pentadbiran dan tidak mempunyai "sengat" kerana ia tidak mengenakan tindakan ke atas mereka yang tidak membuat aduan. Pengamal undang-undang N. Surenthiran berkata tidak ada penalti dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan itu walaupun ia berlaku secara terang. "Untuk masa ini, sesiapa yang normal yang didapati menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas, petak letak kereta dan lain-lain tidak dikenakan tindakan. "Pihak berkuasa mahu mendidik pihak awam tetapi ada segelintir ahli masyarakat yang tidak peka terhadap keperluan OKU," kata beliau. Surenthiran mengambil contoh larangan merokok yang begitu berkesan terhadap mereka yang merokok di tempat awam. "Kenapa tidak dikenakan penalti terhadap mereka yang menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas dan petak letak kereta. Hanya dengan cara ini tiada siapa yang berani melanggar peraturan," tambah beliau. Aktivis sosial Gurmukh Singh menjelaskan tujuan Akta OKU bukannya untuk menghukum tetapi untuk memberi pendidikan kepada semua. "Bagaimanapun penalti terhadap pihak yang tidak mengadu ada dinyatakan dalam peraturan serta undang-undang kecil yang lain," katanya. | ||
Posted: 12 Dec 2011 11:00 PM PST RASA lebih sopan bagi mendefinisikan hubungan seks juga disebut sebagai hubungan intim. Mengapa 'intim' - kerana hubungan seks tersebut sudah pasti membuatkan anda semakin intim dengan pasangan anda. Frekuensi hubungan seks yang ideal akan memberi pengaruh yang positif bukan sekadar untuk kesihatan fizikal bahkan mental juga. Ia akan memberi kedamaian jiwa, ketenteraman diri dan yang paling utama menjauhkan diri daripada zina serta maksiat. Sayang sekali apabila kesibukan karier dan tuntutan hidup seharian menjadikan pasangan suami isteri mengabaikan hubungan intim yang sepatutnya. Lebih menyedihkan apabila pasangan suami isteri di kota mula renggang dan tidak lagi menuturkan kata-kata manis seperti awal bercinta tatkala sibuk mengejar karier dan perkara sampingan lain. Faktor stres dan keletihan adalah antara puncanya. Tekanan kerja serta pelbagai masalah lain seperti kesesakan jalan raya membuatkan suami atau isteri bertambah tertekan, hinggakan ada yang mengambil keputusan untuk pulang lewat supaya dapat mengelak daripada bertembung dengan kesesakan pada waktu puncak. Mengambil contoh pasangan Yati, 30, dan Yazid 31, (keduanya bukan nama sebenar) yang tiba di rumah pada pukul 10 malam setiap hari dan jika tiba pada pukul 8 itulah yang boleh dikategorikan paling awal. Bilalah masanya untuk mereka mengadakan komunikasi romantik seterusnya hubungan intim? Kadangkala, Yazid menginginkan hubungan intim tersebut namun Yati tidak berminat. Biasanya Yatilah yang harus mengalah untuk menuruti keinginan si suaminya. Hubungan seks yang tidak dinikmati kedua belah pihak itu semakin menurunkan minat Yati dan Yazid untuk mengadakan hubungan seks. Frekuensi Ideal Sebenarnya berapa kali dalam seminggu idealnya berhubungan seks? Menurut pakar seks dari Indonesia, Dr. Boyke Dian Nugraha, frekuensi hubungan seks paling ideal ialah sebanyak satu hingga empat kali seminggu. "Bila anda melakukan seks dua kali dalam seminggu, atau tiga kali dalam seminggu, masih dalam batas normal. "Frekuensi hubungan seks yang jarang akan mengakibatkan komunikasi non verbal semakin berkurang dan akhirnya mengancam keharmonian rumah tangga anda berdua," ujarnya yang turut mempersetujui bahawa seks yang jarang mendorong terjadinya maksiat. Dr. Boyke mengakui banyak menerima kes pasangan sibuk dan pihak isteri yang sering mengeluh kerana minat untuk melakukan hubungan seks semakin berkurangan. "Mereka rasa bersalah ketika suami meminta, namun tak mampu melaksanakannya sepenuh hati dan adakalanya terpaksa menolak dengan perasaan bersalah kerana terlalu penat," jelasnya. Spontan atau mengikut jadual? Sebaiknya pasangan yang sibuk boleh memilih untuk melakukan hubungan seks secara spontan atau sudah dirancang. Hubungan seks terancang boleh diaturkan pada seminggu dua kali, sebagai contoh iaitu hari Rabu dan Sabtu. Dengan cara itu, pasangan telah menyiapkan minda untuk 'menyambut' hari yang ditentukan. "Dengan ini, pasangan boleh bersiap untuk tidak melakukan kerja lebih masa pada hari yang telah ditetapkan," ujar Dr. Boyke. Dr. Boyke menegaskan, sebaiknya kedua belah pihak baik suami atau isteri perlu siap sedia untuk melakukan hubungan intim itu. Persoalannya, seks spontan diperlukan secara rutin, kenikmatan hubungan seks akan berkurangan dan pasangan mudah menjadi bosan. Oleh sebab itu, hubungan seks yang baik tidak semestinya mengikut jadual namun kombinasi daripada spontan dan berjadual. Komunikasi Apa akan jadi sekiranya pada malam yang anda berdua patut melakukan hubungan seks tapi seorang dari anda tidak bersedia? Sebenarnya kata Boyke, komunikasi suami isteri amat penting, tolak ansur dan memahami juga perlu. "Anda boleh menunda waktu yang telah dijadualkan. Jika suami sudah bersedia untuk melakukan hubungan seksual pada jam 12 malam, namun isterinya masih penat, hubungan intim itu boleh ditunda beberapa jam kemudian setelah si isteri tidur dulu. Atau, hubungan seks boleh dilakukan menjelang pagi," katanya. Boyke menyarankan untuk mencipta mood pasangan suami isteri sibuk juga harus berinisiatif dengan meromantiskan bilik tidur anda berdua, menambah alat bantu seks, menggelapkan ruangan atau boleh juga menggunakan bantuan muzik instrumental. "Sesekali perlu juga merancang percutian bulan madu bersama," katanya. Senaman jangan diabaikan Bila sudah sibuk dengan kerja ramai lelaki dan wanita mengakui tidak sempat untuk bersukan atau bersenam. Sebenarnya dengan beraktiviti fizikal seperti itu dapat memberikan anda mood dan stamina untuk mengadakan hubungan seks. Anda juga harus mengaturkan gaya hidup. Pemakanan yang berkhasiat dan senaman merupakan faktor penting dalam mendapatkan frekuensi dan mutu hubungan seks yang optimum. Makanan mengandungi zat besi seperti kerang, taugeh, vitamin C dan buah-buahan dapat memperbaiki kualiti seks anda. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:58 PM PST MELVITA telah membuka secara rasmi butiknya yang pertama di Suria KLCC baru-baru ini. Jenama tersebut merupakan pelopor dalam pengeluaran dan pemasaran kosmetik organik dengan menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk kecantikan, penjagaan kulit, badan, penjagaan untuk lelaki hingga makanan tambahan kesihatan. Formula jenama tersebut dicipta dengan menggunakan lebih 600 jenis bahan organik semula jadi, sekali gus menjadikannya jenama penjagaan kecantikan organik dengan himpunan paling banyak produk yang disahkan organik di dunia. Diasaskan pada tahun 1983 di Ardeche di selatan Perancis oleh Bernard Chevilliat, seorang ahli biologi dan pemelihara lebah yang juga merupakan seorang pencinta alam dan kecantikan, Melvita melambangkan madu dan kehidupan. "Sebagai pemelihara lebah, saya telah belajar tentang banyak manfaat yang boleh ditawarkan oleh dunia tumbuh-tumbuhan, dengan syarat kita menghormatinya. "Inilah penemuan daripada Melvita salah satu jenama penjagaan kulit yang pertama disahkan organik di Perancis," kata Chevilliat ketika ditemui sempena pelancaran butik Melvita di KLCC baru-baru ini. Menurutnya, kepakaran lebih 30 tahun dalam penjagaan kulit organik menjadikan jenama tersebut diterima di lebih 13 negara dan 2,500 pusat jualan di seluruh dunia.. Baginya, kerosakan alam sekitar yang dihadapi hari ini membuatkan pengguna semakin menitikberatkan gaya hidup dan kesihatan mereka, khususnya keselamatan serta bahan yang terkandung dalam produk yang digunakan setiap hari. "Kesihatan dan kecantikan kita adalah saling berkait. Masyarakat moden bukan sahaja telah membawa banyak kemajuan ke dalam hidup, tetapi juga membanjiri dunia dengan pelbagai bahan kimia dan pencemaran yang merosakkan alam sekitar serta kesihatan. "Makanan yang kita pilih untuk dimakan dan produk yang kita gunakan untuk muka dan badan kita setiap hari, akan mempengaruhi kesihatan dan kualiti hidup kita. "Memandangkan terdapat begitu banyak cabaran alam sekitar yang semakin memudaratkan alam sekitar dan kesihatan serta kecantikan kita, adalah sangat penting untuk kita berhati-hati apabila memilih produk yang ingin kita gunakan," kata Chevilliat. | ||
Sharifah ikon usahawan Giat Mara Posted: 12 Dec 2011 10:57 PM PST PELUANG untuk menjadi usahawan kini terbuka kepada sesiapa sahaja, penyertaan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan kian meningkat hingga ada yang diiktiraf sebagai ahli korporat yang berjaya. Bekas-bekas penuntut program sijil dan latihan kemahiran Giat Mara yang sememangnya telah dilengkapi dengan pengetahuan berkaitan turut meneroka peluang atau ruang kerjaya dalam bidang keusahawanan serta perniagaan ini. Beribu-ribu usahawan muda telah dilahirkan Giat Mara dalam usaha memperluaskan jaringan perhubungan kepada pelajarnya mengenai peluang kerjaya demi mengharungi arus globalisasi semasa. Justeru, bekas pelajar lulusan, Dandanan Rambut Giat Mara Ampang Jaya, Sharifah Salmah Syed Zainol Abidin menjadi lambang ikon usahawan perniagaan Giat Mara yang berjaya dalam bidang perniagaan. Ikon Giat Mara ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, berpersonaliti yang menarik, bekerjaya, berkeperibadian murni serta minat yang mendalam dalam perniagaan. Sharifah berkata, untuk menjadi usahawan terunggul dan berwibawa, seseorang itu mesti mempunyai faktor kendiri yang baik supaya mereka boleh membangunkan bangsa, agama dan negara. "Jika diri disemai dengan modal insan, barulah kita boleh membantu orang lain, yang penting jangan sesekali kedekut ilmu demi kejayaan bangsa dalam perniagaan. "Sebagai usahawan, kita juga tidak perlu takut untuk mengembangkan perniagaan, kita tidak mahu melihat anak Melayu sekadar berada di satu peringkat sahaja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Salon Rambut dan Butik Kecantikan Jemari Studio di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis itu telah dirasmikan Presiden Kelab Veteran MAYC Kebangsaan, Datuk Nasir Safar Hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif Giat Mara, Meriyam Abd Majid. Sharifah yang juga Pengarah Urusan Jemari Studio berkata, Giat Mara antara agensi kerajaan yang banyak membantu bumiputera dan dirinya dalam menceburi dalam bidang perniagaan. "Sebagai bekas pelajar Giat Mara saya merasa bertuah kerana segala latihan dan kemahiran yang diberikan telah menjadi titik tolak kepada kejayaan saya dalam perniagaan kecantikan hari ini. "Saya menggesa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meminati dunia perniagaan merebut peluang sijil dan kemahiran dalam mengikuti sebarang program di Giat Mara," katanya. Katanya, selain melihat pelbagai kursus latihan di Giat Mara mampu mencetuskan minat dan idea untuk mereka menerokai apa jua bidang perniagaan di negara ini. "Tidak rugi jika ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar kursus latihan Giat Mara sebegini, malah ia boleh dijadikan sebagai platform untuk menjadi usahawan yang berjaya di negara ini," katanya. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:56 PM PST Kemampuan bahasa Melayu dalam penyampaian dan pengupasan ilmu serta keindahannya seharusnya ditonjolkan di kalangan warga luar terutama tenaga pengajar dan pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, bagi pelajar antarabangsa, slot memperkenalkan budaya masyarakat Melayu dimasukkan ke dalam kalendar minggu suai kenal serta siri perjumpaan yang diadakan dari semasa ke semasa. Dengan cara itu katanya, pelajar didedahkan kepada pelajaran asas bahasa Melayu selain turut diperkenalkan dengan adat tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. "Apabila selesai program minggu suai kenal, pelajar antarabangsa sudah boleh bertutur dan memahami perkataan asas seperti selamat pagi, tengah hari, malam dan petang, terima kasih serta lain-lain perkataan pertuturan seharian," katanya di dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. Menurut beliau, sebaik sahaja memasuki semester pembelajaran, mereka perlu mengambil subjek bahasa Melayu sekurang-kurangnya untuk satu semester bagi meningkatkan lagi kefahaman masing-masing. Di samping itu, terdapat program homestay yang dianjurkan dari semasa ke semasa, di mana pelajar antarabangsa menghabiskan masa bersama keluarga angkat tempatan bagi meningkatkan peluang mereka berbahasa Melayu serta memahami dengan lebih dekat budaya masyarakat Malaysia. Dalam pada itu, satu lagi program, Sanggar Budaya bakal dilaksanakan. Program tersebut yang dibiayai sebahagiannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi akan dijalankan sebagaimana program homestay di mana pelajar antarabangsa akan ditempatkan bersama keluarga angkat. Prof. Dr. Kamarudin seterusnya memaklumkan, Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP kini sedang merangka satu festival yang akan menjadi wahana untuk mengetengahkan kekuatan dan keindahan bahasa Melayu di kalangan pelajar antarabangsa. "Festival tersebut mengandungi aktiviti seperti berpantun, bersajak, bergurindam, berbahas, berseloka, berpidato dan berdebat yang akan disertai oleh pelajar antarabangsa dan penyertaan adalah dibuka kepada semua IPTS dan IPTA di Malaysia," katanya. Baru-baru ini, UniMAP turut menganjurkan Maraton Pembudayaan Puisi 1 Malaysia di mana beratus-ratus peserta berpuisi tanpa henti. Maraton tersebut yang dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, UniMAP, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), memilih UniMAP sebagai lokasi pertama penganjuran. Mengulas lanjut saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk memperkukuhkan bahasa Melayu dalam konteks pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan di IPT, Dr. Kamarudin berkata, UniMAP menyokong penuh usaha murni itu dan berpendapat ia amat betepatan bagi melahirkan modal insan intelektual yang dapat menjulang kedudukan negara. Ujarnya, dalam keadaan di mana pelajar terdedah kepada bermacam-macam pengaruh dari pelbagai sudut dan perspektif hanya dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik sahaja dapat dipastikan pelajar tidak lupa kepada perkara asas yang mendasari perpaduan kaum dan kejayaan di negara ini. Menurut Prof. Dr. Kamarudin, usaha memartabatkan bahasa Melayu ini bukanlah bererti untuk mengenepi bahasa asing malahan beliau turut menyarankan setiap individu di Malaysia untuk menguasai sebanyak mungkin bahasa lain. Namun, jelas beliau, sebagai warga Malaysia sewajarnya kita perlu menyematkan rasa sayang dan bangga dengan bahasa kita kerana sekiranya Malaysia tidak mempunyai bahasa jatinya, nilai Malaysia sebagai sebuah negara boleh diibaratkan seperti sampah, lemah dan tidak bermakna. | ||
Atlet UUM juara golf Terbuka Kedah Posted: 12 Dec 2011 10:50 PM PST Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Wafiyuddin Abdul Manaf dan Mohd Amirul Aizat Abdul Bahar dinobatkan juara Kejohanan Terbuka Amatur Kedah ke-45 2011 anjuran Persatuan Golf Kedah di Darul Aman Golf & Country Club baru-baru ini. Mohd Wafiyuddin pelajar semester tiga CAS UUM beraksi cemerlang dengan catatan keseluruhan 141 pukulan manakala Mohd Amirul pelajar semester pertama pula mencatat keseluruhan 148 pukulan dalam Kategori Gross. Dalam flight utama, Wafiyuddin dan Aizat merebut kejuaraan pada lubang ke-15 dan Wafiyuddin telah mendahului Aizat dengan dua pukulan apabila Aizat memperolehi Triple pada lubang tersebut. Pada lubang ke-16 pula, Aizat bangkit dengan melakukan Birdie untuk mengurangkan jurang pukulan dengan pendahulu saingan, Wafiyuddin. Wafiyuddin bangkit semula pada dua lubang terakhir apabila beliau melakukan Birdie untuk mengesahkan kejuaraan. Sementara itu, dalam Kategori Nett, Mohamad Khairul Hafiz Mardzuki menduduki tempat keempat manakala Mohamad Al Azim Mohd Azmi pula ditempat ke sembilan. Mereka adalah antara sepuluh atlet lelaki Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Golf UUM. Kejohanan ini disertai oleh 110 atlet termasuk penuntut dari luar negara luar seperti Korea Selatan dan juga Singapura. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan hadiah Piala Sumbangan baginda beserta hadiah iringan kepada Wafiyuddin. Sementara itu Pengarah Pusat Sukan UUM, Shafferi Rejab yang dihubungi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet PKS UUM ini dan berharap pencapaian cemerlang tersebut akan menjadi motivasi kepada semua pelajar yang terlibat dengan program berkenaan. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:47 PM PST SAYA tidak sangka pertama kali menjejakkan kaki di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman bersama seorang rakan 10 tahun lalu telah meninggalkan kesan dalam hidup saya. "Sebelum ini barang antik yang dianggap tidak mempunyai nilai, ternyata telah berubah menjadi satu aset yang begitu berharga untuk disimpan dan dimiliki". Itulah adalah perkara diingati oleh Ketua Jurulatih Seni Mempertahankan diri (Karate) Pusat Latihan Polis (Pulapol), Sarjan Mejar Mohamed Azme Ariffin, 53, selepas bertanyakan mengenai hobinya yang gemar mengumpul barangan antik. Walaupun pada suatu ketika dahulu beliau tidak pernah terfikir untuk mempunyai hobi tersebut, tetapi kini dia sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan barangan antik dari dalam dan luar negara. Selain itu, beliau juga meminati pelbagai jenis senjata pelbagai bentuk walaupun digunakan untuk aktiviti di dapur bersama isteri dan rakan-rakan. Walaupun aktivitinya itu dilihat pelik, namun bagi anak kelahiran Muar, Johor itu, hobi mengumpul barang antik tersebut memberi kepuasan tidak ternilai bagi pencinta barang lama sepertinya. "Seluruh ahli keluarga terutama isteri, sentiasa memberi sokongan dan amat menyukai hobi saya, malah jika dihias di rumah akan kelihatan lebih berseri. "Saya akan dimarah isteri sekiranya barangan tersebut tidak kemas dan diletakkan di tempat sepatutnya," katanya ketika ditemui di Pulapol Jalan Semarak di sini baru-baru ini. Bercerita mengenai hobi mengumpul barangan antik itu, beliau berkata, di antara barangan yang menjadi kegilaannya adalah mengumpul wang antik dari luar negara. Beliau berkata, wang Sukarno 1964 dan wang berlogo bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein yang tidak boleh didapati sekarang amat disayanginya kerana mempunyai nilai tersendiri. "Kesemua wang itu diperolehi dari seorang teman lama yang merupakan pengumpul wang lama dari 1950 sehingga 1960 dan kesemuanya masih berada di dalam keadaan baik. "Saya masih mencari wang dari Libya pada 1960 kerana ia amat susah dijumpai dan kebanyakan kedai yang menjual barangan antik masih tidak dapat keluaran wang tersebut. "Seperti mana sikap pengumpul barangan antik yang sentiasa dahagakan barangan yang sukar dicari, saya akan berusaha mencarinya (wang dari Libya)," katanya. Beliau memberitahu, selain daripada koleksi wang lama dari luar negara, barangan antik lain juga turut menjadi perhatiannya dan antaranya adalah radio keluaran Sharp pada 1980, kamera Olympus 1986, beberapa peralatan senjata seperti pisau dan badek selain kunci antik. "Saya mempunyai tiga buah radio lama dan satu daripadanya diberikan oleh seorang rakan yang tidak mahu menggunakannya lagi, manakala kamera pula dibeli dari sebuah kedai kamera di Plaza Pudu kerana ia boleh disimpan sebagai kenangan. "Kunci turut dikumpul dan di antaranya adalah Ber-merk Walden Worcester yang merupakan keluaran Amerika Syarikat. "Selain itu, pelbagai senjata seperti pisau dan badek yang dibeli dari pelbagai tempat seperti Sabah dan Perak kerana ia mempunyai mutu dan berbentuk unik. Bagi saya, ia juga lebih baik daripada senjata dari luar negara yang cepat tumpul. "Walaupun kesemua barangan tersebut tidak boleh digunakan, namun ia mempunyai nilai sentimental tersendiri dan mengingatkan kita kembali kepada zaman dahulu, tambahan ia merupakan barangan pertama yang dibeli," katanya. Menurut bekas juara karate PDRM itu, dia sentiasa ditemani isterinya yang tercinta untuk keluar mencari barangan antik pada hujung minggu. Tambahnya, kadang-kadang isterinya itu yang bersemangat mengajak beliau untuk mencari barangan antik untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan di rumahnya. "Jika saya tidak mempunyai sebarang aktiviti di hujung minggu, tempat yang menjadi tumpuan membeli barangan antik adalah di Pasar Karat di Sri Petaling kerana terdapat pelbagai barangan lama yang baru sampai dari pelbagai negeri dan negara. "Tambah pula ditemani oleh isteri, saya berasa lebih seronok untuk mengumpul barangan antik ini dan ia akan sentiasa menjadi pengubat tekanan ketika bekerja," katanya. | ||
Bukan katak di bawah tempurung Posted: 12 Dec 2011 10:47 PM PST
FARAH Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF mula mencipta nama dalam bidang nyanyian setelah menyertai program realiti televisyen (TV), Akademi Fantasia pada tahun 2004. Walaupun hanya menduduki tempat keempat pada program tersebut, Farah sudah memiliki dua album iaitu Antara Dua yang diterbitkan pada tahun 2005 dan Fantasia, 2009. Namun, rezeki Farah tidak menjurus ke arah bidang nyanyian semata-mata sebaliknya bintangnya mula bergemerlapan setelah semakin melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Justeru, selain menjadi pengacara untuk rancangan pagi terbitan stesen TV9, Nasi Lemak Kopi 0, Farah kini dikenali pula sebagai pengacara program Rasa Halal, terbitan Astro Oasis. Rasa Halal adalah sebuah rancangan travelog yang membawa penonton mengembara ke negara-negara luar sambil memperkenalkan masakan tradisonal masyarakat setempat yang halal. Selain itu, rancangan ini juga memberikan maklumat berhubung kawasan untuk solat bagi pelancong beragama Islam yang berminat untuk melawat ke negara yang disiarkan melalui rancangan tersebut. Musim pertama Rasa Halal, Farah telah membawa penonton menjelajah ke Xian, China yang mana, sambutan ke atas episod tersebut amat memberangsangkan. Dari situ, Farah diberi peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai pengacara Rasa Halal sehingga ke musim terbaru yakni keenam. Selain Xian, program ini juga telah membawa Farah menjelajah sehingga ke Taiwan, Hong Kong, Kemboja dan juga Vietnam. Memasuki musim keenam, program ini bakal membawa penonton mengembara bersama ke Laos dan Thailand dan telah pun mula bersiaran pada 6 Disember lalu. Menyelami penglibatan Farah dalam bidang pengacaraan, wanita ini berkata, pengalaman yang ditimba menambahkan lagi minat terhadap bidang pengacaraan. "Peluang untuk menjadi pengacara membawa saya ke tempat-tempat yang belum pernah saya lawati sebelum ini. "Pelbagai negara telah saya pergi dan ini sekali gus mendedahkan saya kepada pengalaman yang pastinya tidak akan saya lupakan. "Melalui bidang ini juga, ia banyak menambah ilmu yang dimiliki kerana menjadi pengacara memerlukan kita banyak membaca serta membuat kajian sebelum memulakan tugas. "Selain itu, benarlah kata orang bahawa jauh perjalanan, luas pandangan kerana kita berpeluang bertemu dengan macam-macam jenis orang dan ragam serta mengenali sejarah dan budaya yang berbeza. "Semua itu banyak membantu saya dalam mematangkan diri bukan hanya sebagai seorang pengacara, tetapi juga sebagai seorang wanita," katanya kepada Hits. Wanita ini yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 15 Julai lalu juga berkata, antara pengalaman yang memberikan impak terbesar kepadanya ialah pada musim pertama apabila mereka singgah di bandar Xian. "Semasa di sana, kami singgah di sebuah perkampungan Islam. Masjid di sana cukup unik dan alunan azannya juga berbeza. "Ketika itu, saya merasa cukup tersentuh kerana berpeluang berjumpa dengan saudara seagama walaupun berada beribu-ribu batu jauhnya daripada tanah air. "Saya bukanlah seorang yang suka berjalan pada asalnya, tetapi peluang untuk melihat pelbagai budaya yang terdapat di sekeliling kita sudah mengubah pendirian itu. "Jikalau berpeluang, saya nasihatkan kepada orang ramai agar mengambil kesempatan yang ada berjalan ke negara orang. "Pastinya kita tidak akan kesepian kerana masyarakat beragama Islam berada di mana-mana sahaja dan mereka juga akan menerima kehadiran kita dengan tangan yang terbuka," jelasnya lagi. Setelah bersiaran selama enam musim, pastinya ada kelainan yang ingin ditampilkan oleh pengacara ini yang juga penyanyi lagu tema program Ustazah Pilihan, Warisan Hawa. Katanya, yang kali ini bukan sahaja akan tampil dengan imej yang lebih santai dan bersahaja, tetapi juga memaparkan kematangannya dalam mengendalikan rancangan tersebut. Belum Rezeki Dalam setiap perkahwinan, pastinya kehadiran cahaya mata antara sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Begitu juga dengan wanita kelahiran Kuala Lumpur ini, apabila tiba soal cahaya mata, dia juga ternanti-nantikannya. Pasti ada pihak yang tertanya apakah Farah dan suaminya, Johan Johari bakal menimang kehadiran orang baru dalam keluarga mereka apatah lagi perkahwinan mereka kini sudah menghampiri tempoh lima bulan. Wanita yang pernah memenangi anugerah Artis Harapan Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-12 ini berkata, sehingga kini, mereka masih belum dikurniakan rezeki. "Kami sememangnya tidak merancang kerana segalanya terserah kepada takdir. "Anak adalah rezeki yang sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin, jadi kami memang mempunyai harapan tersebut. "Apatah lagi tahun depan Farah sudah memasuki 27 tahun, kalau boleh biarlah dapat timang anak secepat mungkin," katanya. | ||
ALC TV tempatan bertaraf dunia Posted: 12 Dec 2011 10:45 PM PST LANGKAH Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyertai Forum Televisyen Asia (ATF) 2011 di Singapura dari 7 hingga 9 Disember lalu telah membuka banyak ruang kepada syarikat-syarikat produksi tempatan bagi memasarkan produk-produk mereka di forum tersebut. Seramai 63 penerbit termasuklah daripada medium drama, filem, dokumentari dan wakil-wakil stesen televisyen seperti RTM, Astro dan Media Prima Berhad bernaung di bawah bumbung Finas, merebut peluang pada forum yang dianjurkan buat kali ke-12 di negara itu. Eurofine (M) Sdn. Bhd., salah satu syarikat produksi tempatan yang mengambil kesempatan itu bagi menjual saluran televisyen, Asia Living Channel (ALC) kepada stesen-stesen penyiaran di luar negara dengan menyediakan pelbagai bahan dokumentari dari negara-negara Asia. Menurut Pengarah Urusannya, Ida Rahayu Md. Noor, ALC yang ditubuhkan pada tahun lalu dengan modal RM15 juta merupakan satu-satunya saluran TV kabel tempatan yang menyediakan dokumentari tentang budaya Asia untuk siaran di saluran-saluran TV luar negara. "Untuk penerbitan pertama, ALC menyediakan 1,000 jam bahan dokumentari untuk dijual kepada mana-mana stesen di luar negara yang berminat dengan saluran baru ini. Sebanyak 80 peratus daripada dokumentari yang dipaparkan adalah dari Malaysia dan tentang budaya negara ini. "Sementara 20 peratus lagi bahan dokumentari dalam ALC pula tentang budaya dari negara-negara Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand. Kami membeli semua dokumentari itu daripada penerbit terbabit dan menjualnya secara pukal di luar negara. "Harga jualan bagi setiap produk ALC bergantung kepada bilangan penonton sesebuah stesen televisyen yang menyiarkan saluran kami ini melalui perkhidmatan-perkhidmatan satelit yang menyediakan khidmat ini di seluruh dunia," katanya sewaktu ditemui di Singapura, baru-baru ini. Eurofine yang telah 20 tahun terbabit dalam penerbitan drama dan rancangan televisyen katanya, mensasarkan jualan dan hak siaran ALC kepada stesen-stesen TV terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha membantu menarik pelancong dari negara terbabit. Tambahnya dengan durasi tayangan selama 1,000 jam untuk tempoh enam bulan itu, ALC secara tidak langsung diharap dapat membantu Kementerian Pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong dari Eropah dan AS ke negara ini pada masa depan. "Saya difahamkan setakat ini tidak sampai sejuta pelancong dari dua benua itu yang berkunjung ke negara ini. Malah, daripada sekitar 26 juta pelancong yang datang ke negara kita pada setiap tahun, 18 juta daripadanya terdiri daripada pelancong dari negara-negara Asia. "ALC mensasarkan jualan di 33 negara Eropah dan AS. Ini adalah langkah awal kami di mana pada masa depan, kami akan menubuhkan saluran televisyen lain seperti Toonz Asia Channel khas untuk rancangan-rancangan animasi dan Sutera Asia Channel pula untuk drama-drama," ujarnya. Selain Finas, turut terbabit dalam ATF 2011 ialah agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Multimedia Supercoridor (MSC) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). Penyertaan dari Malaysia Finas boleh dikatakan berbaloi kerana menyertai ATF 2011 kerana perbadanan itu berjaya menarik 63 syarikat penerbit animasi, drama, filem tempatan termasuklah stesen-stesen penyiaran pada forum yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura itu. Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan berkata, jumlah penyertaan itu yang terbesar dari Malaysia bagi memasarkan dan juga membeli rancangan-rancangan TV dari dalam serta luar negara di mana ia disertai 3,500 peserta dari lebih 10 buah negara di rantau ini. "Tahun lalu hanya seramai 23 syarikat produksi yang menyertai ATF di mana tahun ini bilangannya bertambah tiga kali ganda. Kerajaan melalui Finas memberi galakkan kepada syarikat-syarikat produksi bagi memasarkan produk-produk mereka pada forum seperti ini. "Finas menyediakan Pavilion Malaysia di ATF 2011. Semua syarikat produksi terbabit termasuklah stesen penyiaran seperti RTM, Media Prima Berhad dan Astro menggunakan pavilion ini bagi memasarkan produk atau membeli rancangan untuk siaran di stesen mereka. "Malah, kerajaan juga menyediakan rebat sebanyak 50 peratus daripada kos-kos yang mereka gunakan untuk menyertai forum ini bagi memberi galakan dan kemudahan sewaktu menjalankan urusniaga di sini ," katanya sewaktu ditemui pada forum tersebut. Jelas Md. Afendi, Finas yang telah menyertai ATF enam kali berturut-turut, merupakan salah satu inisiatif agensi itu membantu syarikat Malaysia terutamanya Bumiputra dalam memasarkan produk mereka ke luar. Finas yang menjadi pemangkin dalam pembangunan industri perfileman di Malaysia turut mencari peluang pemasaran pada forum seperti ATF 2011 bagi menjadikan negara ini salah satu hub dalam pasaran filem, dokumentari dan animasi yang penting di rantau Asia. "Malaysia misalnya telah terpilih sebagai tuan rumah pada Kongres Sains dan Penerbitan 2013 di mana tahun ini ia diadakan di Paris, Perancis dan tahun depan pula di Washington, Amerika Syarikat. Ia akan menarik ramai pembikin filem dan animasi dari seluruh dunia," ujarnya. Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak pula berkata, ATF 2011 mampu membawa pulangan lumayan terutamanya buat penerbit yang menjual produk mereka di mana anggaran jualan mampu mencecah RM25 juta. Katanya, forum seperti itu juga akan mendedahkan penerbit dan pengedar rancangan TV Malaysia berurus niaga serta memasarkan produk mereka kepada wakil stesen-stesen TV dari luar negara. "Banyak lagi bahan siaran TV yang belum dipasarkan di luar negara. Apatah lagi, di mata dunia Malaysia mempunyai banyak tarikan daripada sudut sosio, politik dan budaya yang boleh dikatakan eksotik serta belum diketahui penonton," jelasnya. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:45 PM PST
SEJARAH hiburan negara parti tidak akan melupakan nama penyanyi ini setelah anugerah yang diterimanya pada sebuah majlis berpresti di tarik semula akibat daripada kesilapan pemarkahan. Terpalit dengan kisah ngeri itu Yuna tetap berfikiran positif memandang tahun ini telah banyak menyaksikan naik turun perjalanan seninya. "Setelah apa yang berlaku saya tetap mahu mengatakan tahun ini merupakan antara tahun terbaik saya "Saya juga berpuas hati dengan segala kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun ini," katanya pada sidang akhbar untuk konsert maya pertamanya di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Menurut Yuna, dia akan melangkah ke tahun 2012 bersama azam baru buat kariernya sebagai seorang penyanyi "Saya bakal melancarkan sebuah album untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) pada Mac tahun hadapan. "Album ini tidak akan dipasarkan di Malaysia kerana kesesuaian lagu ini untuk pasaran di sana. Bagaimanapun saya akan tetap mencipta lebih banyak lagu-lagu Melayu khususnya untuk pendengar di negara ini," katanya. Menyangkal dakwaan bahawa dia kini kian berubah akibat populariti mendadaknya, Yuna memberitahu, secara mental, dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih dewasa. "Saya hanya berubah mengikut umur yang memerlukan saya menjadi lebih matang. "Pelbagai cabaran telah dilalui dan sehingga kini saya rasa pengalaman itu sedikit sebanyak mengubah diri saya. Sama seperti penghibur lain, saya juga pernah merasai tidak dibayar selepas mengadakan persembahan," katanya. Bakal mengadakan konsert maya pertamanya pada 14 Disember ini, Yuna memberitahu, dia sangat teruja untuk mengadakan konsert secara online yang pertama kali diadakan di negara ini. "Perasaannya sama seperti mengadakan konsert yang dihadiri penonton sebenar. "Seperti membuat konsert sebenar saya juga akan mengambil kira persiapan untuk konsert ini, seperti memilih baju untuk persembahan serta membuat latihan," katanya. Ditanya sama ada dia akan memberikan persembahan yang sama seperti di konsert sebelum ini, Yuna memberitahu, dia pasti penonton konsert mayanya akan menikmati mutu persembahan yang sama seperti menghadiri konsert sebenar. "Rasanya tidak akan ada masalah untuk saya memberikan persembahan terbaik kerana ia tetap akan ditonton secara langsung oleh peminat. "Malah sebagai bonus untuk konsert maya kali ini saya juga akan memperdengarkan single terbaru saya buat pertama kalinya," kata Yuna. Konsert yang dinamakan itu memerlukan peminat Yuna untuk membuat tempahan di laman www.nowyoucan.my/yuna dan hanya terbuka kepada 10,000 pendaftar pertama. Penonton yang telah membuat tempahan boleh mendaftar masuk bermula pukul 7 malam sehingga 7.59 malam untuk menonton konsert berkenaan secara eksklusif. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:43 PM PST
Walaupun hujan masih lagi turun ketika konsert bermula, namun semua itu tidak mampu menghalang kegilaan peminat penyanyi lelaki ini. Seperti dijangka, Konsert Pitbull Live In Malaysia 2011 berjaya menarik deria peminat tegar artis lelaki yang hadir dengan imej botak itu. Walaupun hanya berada di atas pentas tidak sampai satu jam, namun bahang aura Mr. Worlwide itu tetap dapat dirasai lebih 5,000 peminatnya yang hadir di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, Khamis lalu. Pentas pada malam tersebut dipanaskan terlebih dahulu dengan persembahan pembukaan oleh Mizz Nina. Ia membuatkan penonton semakin tidak sabar-sabar untuk menantikan kemunculan Pitbull. Sebaik sahaja Mizz Nina selesai menyanyikan lagu What You Waiting For, tepat pukul 10.20 malam, Pitbull muncul di atas pentas sekali gus mengundang rasa teruja peminat yang hadir. Berpakaian sut hitam kemas dan berkaca mata gelap, ternyata aura lelaki itu membuatkan semua penonton yang hadir tidak sabar-sabar untuk menari bersama. Memulakan persembahan dengan menyampaikan lagu Shut It Down, Pitbull kemudiannya menghangatkan lagi persembahan pada malam itu melalui lagu I Gotta Feeling (FMIF Remix) dan Hey Baby (Drop It to the Floor). Selain itu, penyanyi kacukan Cuba-Amerika Syarikat itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminatnya yang hadir walaupun keadaan cuaca pada malam tersebut bersulam hujan dan guruh. Kemeriahan konsert itu kemudiannya diteruskan lagi dengan lagu Pause, Something For the DJ's, Shake/C**o, I Know You Want Me dan Come N Go. Meskipun kebanyakan lagu yang disampaikan Pitbull mempunyai bait-bait bahasa Latin namun perkara tersebut tidak menghalang peminatnya daripada terus mengikuti rentak 'disco-techno-beat' yang kemas dan juga padat. Malah, iringan beberapa pemuzik bermain saksofon, gitar bass, keyboard dan drum, menambahkan lagi kepelbagaian muzik pada malam tersebut. Sebelum menutup tirai konsert pada malam itu, Pitbull menghiburkan peminatnya menerusi lagu Rain Over Me, On the Floor/I Like It/DJ Got Us, Fallin' In Love dan Hotel Room Service. Lagu terakhir Give Me Everything disampaikan sebagai kenangan manis peminat-peminat Pitbull di Malaysia. Secara jujur, konsert pada malam tersebut pastinya akan lebih bertenaga dan mantap jika beberapa artis yang berkolaborasi dalam album kelimanya, Planet Pit, dapat hadir. Antara artis membuat penampilan khas dalam album kelimanya itu adalah Marc Anthony untuk lagu Rain Over Me, On The Floor (Jeniffer Lopez), deejay terkenal Perancis, David Guetta (Something For The DJs) dan juga Give Me Everything (Afrojack, Ne-Yo serta Nayer). Selasa lalu, Pitbull baru sahaja mengakhiri rangka konsert jelajahnya di Jakarta, Indonesia. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:42 PM PST Ramai orang mempunyai bakat dan rupa, namun tidak semua mendapat peluang untuk menceburkan diri dalam bidang seni. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:40 PM PST Sana-sini orang memperkatakan mengenai vokalnya yang cukup memukau. Pelantun lagu Someone Like You, Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 23, kini cukup disegani bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah selebriti terkenal antarabangsa turut mengagumi vokalnya. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:39 PM PST PELABUHAN KLANG - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya merampas minuman keras dan rokok putih belum lulus kastam bernilai lebih RM2 juta dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang pada Jumaat dan Ahad lalu. | ||
Suami dipenjara 12 tahun, isteri longlai Posted: 12 Dec 2011 10:37 PM PST KOTA BHARU – Suasana di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diselubungi hiba apabila seorang isteri menangis sambil mencium tangan suaminya sejurus bapa empat anak itu dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 10 kali rotan selepas disabitkan dengan kesalahan memiliki dadah, tahun lalu. | ||
Posted: 12 Dec 2011 10:36 PM PST Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang bagi model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan | ||
Nawal Jes penuhi cita rasa wanita Posted: 12 Dec 2011 10:35 PM PST Berkasut tumit tinggi sememangnya menjadi pilihan kebanyakan wanita sebagai pelengkap penampilan seharian khususnya bagi mereka yang sangat menjaga keterampilan serta imej. Tidak kira sama ada pada majlis keramaian mahupun ke pejabat, soal pemilihan kasut adalah antara yang sering menjadi subjek utama kepada kebanyakan wanita. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan