Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Jangan kaitkan saya lagi
- Izreen akan umum pertunangan
- Gossip Sam & Sara
- Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez
- 'Dingin Lavenda' Menyusuli 'Tahajjud Cinta' Di TV3
- Karnival Yuan Ntv7 Labuh Tirai Dengan 1,001 Keceriaan
- Randy Pangalila Takut Dengan Jarum Suntikan
- Gunawan Mengaku Tidak Mampu Berpoligami
- Sesal hubungan berlaku
- Hilang arah lepas cerai
- Jue reda ujian pahit
- Kaedah ‘clamp’ mudah
- Ikhlas, jujur pegangan Meer Sadik
- Pejabat canggih dunia
- Jenama ‘Malaysia’ gah di London
- Bantu penyelamat hadapi bencana
- Fabrik perabot
- Chong Wei idam mahkota keempat
- Usah tipu mohon bantuan RM500
- Mengenang koleksi datuk
- Gabungan Timur dan Barat
- Masakan kampung di Menara Tinjau
- Ceria dengan haruman Anees
- Nurasyikin pelapis dunia penyiaran
- Perkahwinan impian
Posted: 10 Dec 2011 07:58 PM PST
SEJAK pasukan bola sepak Harimau Muda naik daun ni, ramai sungguh yang mula minat pada mereka. Paling tidak Syed pasti ramai yang berbangga dengan pencapaian mereka yang memang cukup memberangsangkan tu. Cuma bila diberi publisiti berterusan, ramai yang mula ambil perhatian. Terbaru ramai yang mula nampak golongan artis yang mula berminat dengan mereka ni. Salah seorangnya Neelofa, nama dia mula panas apabila dikaitkan dengan salah seorang pemain muda. Macam-macam versi cerita yang Syed dengar termasuklah pelawaan Neelofa yang nak ajak pemain kita makan malam. Cuma ada beberapa peminat bola yang mula tak puas hati bila ada artis macam Neelofa yang minat bola sepak. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan dan ada yang sanggup menyebarkan e-mel mengatakan artis macam Neelofa akan menjatuhkan moral pemain sebab menghimpit pemain bola. Syed sempat berbual dengan Neelofa baru-baru ni. Dia memang terkejut dikaitkan dengan nama beberapa pemain Harimau Muda sedangkan antara dirinya langsung tak ada apa-apa hubungan. "Saya tahu orang banyak bercakap hal tu. Tapi apa lagi saya nak cakap selain ketawa sahaja. saya minat bola sepak tapi tak sampai nak himpit mana-mana pemain. "Yang saya kenal pun hanya Apex. Itupun kenal sebab dia popular dan dia penjaga gol yang hebat tapi tidaklah kenal secara dekat pun. Pemain lain langsung saya tak kenal. "Bila balik daripada Lombok baru-baru ni, ramai sangat yang twit saya pasal Nazmi Faiz. Saya pun tak mengenali pemain tu secara peribadi. Kalau tanya dia pun dia akan ketawa dengan penyebaran cerita oleh orang-orang yang puas hati ni. "Kepada orang yang menyebar cerita buruk pasal saya tu, bersabarlah. saya tak macam mana yang mereka dakwa sebab saya tak seperti itu. Orang boleh buat cerita macam-macam tapi kena tahu asas juga. "Tak mengapalah, asalkan pemain kita berjaya dalam kerjaya mereka sudah cukup baik," kata bakal pengacara Nona 2012 ini lagi. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:57 PM PST
AKTRES dengan nama Izreen Azminda ini sedang menebarkan namanya dengan debunga bakat. Eksplorasi bakatnya banyak ditunjangi watak antagonis yang berjaya membuat penonton berasa benci. Kemunculan dengan watak kontra dalam drama popular Juvana, menambahkan lagi sebab mengapa dirinya dilihat sebagai pelapis aktres tanah air. Sewaktu sedang enak melakar satu demi satu portfolio atas nama pelakon, cerita-cerita peribadi turut menghimpit dirinya. Seakan-akan terkesan dengan watak antagonis yang dipegangnya, ada sahaja cerita panas dan kelam menghampiri pelakon ini. Terbaru, pelakon berusia 26 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar. Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara. Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi? (Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan. Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir? Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam. Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa? Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.
Setelah Juvana dan polemik dengan Johan (Botak), nampaknya cerita peribadi Izreen bertubi-tubi keluar. Peminat hendak tahu cerita peribadi Izreen. Komen Izreen? Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran. Sejauh mana keterbukaan Izreen berkongsi cerita-cerita peribadi dengan peminat? Sekarang ini saya lebih selesa bercakap pasal kerja. Tentang peribadi, ada batasnya. Bagaimana melihat perjalanan tahun 2011 dan harapan 2012? Perjalanan 2011 sangat mencabar kerana bukan sahaja saya diterima ramai tapi juga terpalit kontroversi yang bukan-bukan. Saya ingat orang akan menyampah dengan saya, tetapi saya lihat sambutan orang ramai terhadap saya sangat baik kerana lakonan saya. Daripada aspek karier, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan penerbit, pengarah dan penonton. Sejak drama Tentang Dhia ditayangkan di TV3, orang lebih memanggil saya dengan nama Melly berbanding cikgu Zakiah (Juvana). Pengarah, Michael Ang juga antara individu yang mempercayai saya dengan memberikan watak yang berat dan comot. Saya mengharapkan 2012 akan muncul dengan kurangnya kontroversi dan prestasi kerja semakin meningkat. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:56 PM PST Pun begitu, menerusi filem terbarunya, Songlap, Sam menampilkan lakonan yang jauh dari sisi komedi, langsung tiada elemen jenaka yang ditampilkan menerusi filem yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios dan Red Films ini. "Saya sedar selepas memenangi pelbagai anugerah, harapan peminat terhadap mutu lakonan saya tinggi. Selama ini orang kenal Sam menerusi filem komedi, namun Songlap tiada unsur jenaka, jadi saya harap orang ramai mampu menerima lakonan saya dari perspekstif yang berbeza pula. "Bagi saya, Songlap adalah sebuah filem sangat berbeza berbanding filem lakonan saya sebelum ini apabila ia menampilkan aksi paling dekat dengan realiti kehidupan manusia seharian. Am yang dilakonkan saya sebagai watak serius yang cuba memahami rasa dan lakonan penuh elemen realiti. "Penonton tidak lagi dapat melihat saya berjenaka, tetapi masih ada sebahagian babak yang masih ada sedikit unsur humor pada sesetengah situasi. Jujurnya, saya belum pernah membawakan watak seperti Am sebelum ini dan Songlap adalah percubaan pertama saya. Saya harap peminat sentiasa di belakang saya memberikan sokongan. Saya sudah memberikan yang termampu," kata Sam kepada B*POP, baru-baru ini. Sam boleh dianggap pelakon yang bersih dan bebas kontroversi apabila dirinya belum pernah dicalit cerita negatif keterlaluan. Sekadar gosip cinta itu adalah lumrah apabila bergelar selebriti popular, setiap gerak-geri artis termasuk kehidupan peribadi dan kisah cinta, pasti diindai media massa dan peminat. Mengenali Sam, dia sering berfikiran positif apabila tidak mahu memanjangkan perkara remeh menjadi isu besar yang boleh mengundang rasa tidak senang ramai pihak. Justeru, apa saja cerita termasuk kisah cinta, dia menerimanya dengan hati terbuka. Sama halnya apabila dia dikatakan bercinta dengan Sara Ali yang turut membintangi Songlap, Sam tidak pernah melatah dan menjawab setiap pertanyaan dengan tenang. Sam dan Sara kali pertama bergandingan menerusi filem ini dan mereka dikatakan berkawan rapat seterusnya bercinta apabila mula mengenali sebaik dipertemukan menerusi filem berkenaan. Sara dikatakan mencanang bahawa Sam adalah kekasihnya dan sering ke rumah aktor popular itu sebelum ini. Namun, kehadiran Sara dalam hidup Sam tidak disenangi anggota keluarga pelakon berkenaan kerana sikap Sara yang dikatakan sombong. "Saya akui memang pernah rapat dengan Sara. Namun, saya tak tahu dari mana datangnya gosip kami bercinta. Namun, selepas penggambaran Songlap, kami tiba-tiba 'hilang' kerana saya dapati BBM contact Sara dah tak ada dalam telefon saya. Saya tak cari dia, dia pun tak cari saya. "Saya akui, ketika saya membawa Sara makan-makan di rumah keluarga, mungkin berlaku insiden apabila keluarga saya dikatakan tidak menyenangi sikap Sara. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Mungkin ia sekadar salah faham. "Gosip kononnya Sara mencanang kami bercinta, saya pernah bertanya kepadanya hal berkenaan dan dia memberitahu saya, cerita itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Bagi saya, itu sekadar gosip. Namun, saya akui selesa berkawan dengannya dan saya tak ada masalah memperkenalkannya kepada keluarga. Dia juga pernah datang ke rumah saya. "Saya menyayangi Sara sebagai orang yang saya pernah kenal, namun kami tidak pernah bercinta seperti yang digembar-gemburkan. Bagi saya, sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza," kata Sam berterus-terang. Menerusi B*POP terbitan 13 November lalu, Sam dikatakan masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Putri Najwa atau Wawa. Sekalipun sudah putus cinta, kedua-duanya masih berkawan seperti biasa. "Dia (Wawa) rapat dengan keluarga saya dan saya rapat dengan keluarga dia. Kami pernah bercinta selama tiga tahun. Namun, sampai hari ini saya masih menyayanyi dirinya kerana sejarah diri masing-masing, iaitu sejarah perkenalan kami. Saya dah kenal Wawa dalam dan luar dan saya tahu kebaikan dirinya. "Pengorbanan dirinya dulu terhadap saya, kami pernah rasa. Sekarang kami dah putus, tapi keluarga saya masih menyayangi dirinya. Namun, untuk kembali bercinta dengan Wawa, saya masih menepis perasaan cinta itu. Buat masa ini biarlah saya berjaya dalam karier, saya nak kumpul duit dulu," kata Sam tanpa berselindung. | ||||
Intan Sarafina Selamat Lahir Megat Israfel Raez Posted: 10 Dec 2011 07:55 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya. Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram. Menurut Intan, nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin. Nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang berusia 2 tahun. Biarpun sekian lama menyepi dari industri seni, Intan tetap tidak berputus asa untuk kembali menyanyi selepas selesai berpantang. "Insya Allah, sekiranya ada rezeki saya teringin juga hendak menyanyi semula," katanya kepada mStar Online. Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tiga tahun lalu. | ||||
'Dingin Lavenda' Menyusuli 'Tahajjud Cinta' Di TV3 Posted: 10 Dec 2011 07:54 PM PST PETALING JAYA: Menyusuli Tahajjud Cinta, drama bersiri terbaru, Dingin Lavenda menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat, jam 9 malam. Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia. Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia. Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana. Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh. Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing. Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya. Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira. Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah? | ||||
Karnival Yuan Ntv7 Labuh Tirai Dengan 1,001 Keceriaan Posted: 10 Dec 2011 07:53 PM PST PETALING JAYA: Karnival Yuan ntv7 akhirnya melabuhkan tirainya pada 4 Disember lalu dengan jumlah pengunjung di semua lokasi menjangkau 135,000 orang. Ternyata hujan lebat pada hujung minggu lepas tetap tidak mematahkan semangat komuniti di sana apabila SJK (C) Serdang Baru 1, Sri Kembangan dipilih menjadi destinasi ke tujuh dan penutup kepada karnival yang menjanjikan seribu satu keceriaan kepada mereka. Tujuh lokasi yang telah dipilih tahun ini dan telah pun dijelajahi adalah Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor. Lokasi terakhirnya pula menyaksikan seramai 23,000 pengunjung hadir untuk berseronok bersama warga ntv7 itu dengan menyertai pelbagai aktiviti seperti permainan riang-ria serta barisan persembahan hebat yang telah disediakan istimewa buat mereka. Tahun ini, Karnival Yuan ntv7 dijayakan dengan tajaan syarikat telekomunikasi yang dicetuskan oleh Celcom serta rakan media OneFM dan Guang Ming Daily. Karnival yang diwujudkan pada dasarnya adalah untuk beramah mesra bersama komuniti Cina semestinya turut menambahkan nilai kasih sayang bersama keluarga serta keseronokan buat mereka. Kehadiran ramai artis yang membuat persembahan mereka menjadi salah satu tarikan utama karnival tersebut terutamanya penampilan khas artis yang bakal membuat persembahan istimewa mereka di konsert besar tahunan ntv7, Star Live Concert 2011 iaitu kumpulan muzik lelaki, dayDream serta Athena Beh. Pastinya tidak lengkap jika personality ntv7 tidak bersama di karnival itu. Adrian Tan, Ah Niu dan Nick Chung ternyata membuat ramai bersorak menggilai personaliti tampan itu. Mayjune pula sentiasa menjadi ikutan sekarang kerana mengacara rancangan Women's Zone dan berkongsi sesi kecantikan bersama pengunjung yang berkesempatan. Personaliti Mandarin 7, Tiang Kah Chee dan Yong Yu Xi juga hadir di gerai berita ntv7 untuk beramah mesra. Serta ujibakat penyampai berita juga dilakukan bagi mencari wajah baru dan memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk menceburi bidang penyiaran. Peluang bergambar bersama teraju kisah seram 23:59 yang bakal ditayangkan pada 29 Disember nanti, Henly Hii dan Stella Chung juga tidak dilepaskan para pengunjung. Bagi peminat Astrologi Cina pula, seminar khas BaZi tetap menjadi pilihan. Bengkel bersama DJ one FM- Nicholas, Wayne, Max dan Kyan turut menjadi rebutan orang ramai untuk mencedok pengalaman mereka untuk menjadi penyampai radio. Pengunjung kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana pelbagai aktiviti disediakan untuk menarik minat si cilik agar bersama bergembira di karnival itu. Antaranya sesi mewarna, kuiz dan bengkel Go Green yang mendidik mereka dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Mereka juga boleh meyertai beberapa peraduan untuk memenangi hadiah menarik. Sepanjang dua hari karnival itu berlangsung di lokasi terakhirnya tahun ini, pengunjung sentiasa terhibur dengan persembahan pentas terutama muzik yang dimainkan sepanjang ia berlangsung. Pertandingan tarian, karaoke serta kebudayaan ternyata menggembirakan pengunjung. Berakhir jam 7 petang, penutup tirai kali ini ialah adaptasi siri komik "Monkey King" oleh murid-murid sekolah tersebut yang ternyata turut memeriahkan lagi karnival dengan jalan cerita menarik serta set pentas yang penuh warna warni. Istimewanya, pengunjung juga berpeluang mendapatkan album khas sempena Tahun Baru Cina nyanyian personaliti hebat dari One FM, ntv7 dan 8TV dengan slot Roadshow Album Tahun Baru Cina 2012 yang turut menarik minat ramai peminat mereka. Karnival Yuan ntv7 dianjurkan untuk bersama penonton setianya di seluruh Malaysia. Karnival ceria bersama komuniti ini adalah inisiatif saluran ini dimulakan sejak tahun 2010 bagi memberi penghargaan bersama penonton yang sentiasa menyokong ntv7. | ||||
Randy Pangalila Takut Dengan Jarum Suntikan Posted: 10 Dec 2011 07:52 PM PST PELAKON sinetron Nada Cinta dan Cinta Melody, Randy Pangalila, 21, (gambar) akui takut dengan jarum suntikan. "Walaupun bentuknya kecil dan halus, tetapi menyeramkan. Terus mengingatkan saya tentang jarum suntikan yang mampu menjadi penyebaran penyakit Aids," katanya seperti yang dilaporkan dalam detikhot, Jumaat. Walaupun fobia kepada jarum suntikan, tidak bermakna jejaka berasal dari Surabaya ini menolak jika harus disuntik. Menurutnya, dia pernah mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan berkaitan dengan fobianya itu. Pelakon yang turut berlakon dengan pelakon negara ini, Elfira Loy menerusi telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini pernah berasa trauma semasa hendak menderma darah sewaktu di sekolah menengah. "Saya pernah berasa sangat sakit selepas menderma darah. Namun, perasaan itu reda selepas saya makan tiga pinggan mi," ujarnya. | ||||
Gunawan Mengaku Tidak Mampu Berpoligami Posted: 10 Dec 2011 07:51 PM PST PELAKON sinetron Hikmah dan Ratapan Anak Tiri, Gunawan, 38, (gambar) mendapat banyak pengajaran ketika melakonkan watak suami yang mempunyai dua isteri. Dia mengaku tidak mampu menjadi seorang yang adil terhadap dua isteri. Dalam sinetron terbarunya Dia atau Diriku, Gunawan melakonkan watak Anjar yang mempunyai dua orang isteri, namun salah seorangnya harus diceraikan kerana keluarganya tidak bahagia. "Anjar sebenarnya orang baik, cuma manusia melakukan kesilapan. Kesilapam itu yang membuat dia terbelenggu," katanya seperti yang dilaporkan oleh detikhot, Jumaat. Melihat dua isteri yang tidak bahagia membuat Gunawan banyak belajar. Menurutnya, dia pasti tidak mampu menjadi seorang yang adil jika mempunyai dua isteri dalam kehidupan realitinya. "Saya rasa untuk menghadapi satu isteri saja pasti ada konflik. Berkeluarga ada dua orang yang beza, ditambah lagi isteri kedua dengan karakter berbeza, boleh jadi pening kepala," ujarnya sambil tertawa. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:48 PM PST KUALA LUMPUR: "Saya bukan perampas, tapi dia adalah playboy yang menyembunyikan status sebenar," kata penyanyi muda berbakat, Amanda Imani, 20, yang dituduh menjalin kasih dengan seorang penyanyi tampan dari negara jiran, sedangkan lelaki itu bakal bertunang tidak lama lagi. Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamilah Cinta itu, dia berkawan rapat dengan penyanyi berkenaan kerana lelaki itu tidak pernah memberitahu sudah memiliki kekasih ketika peringkat awal perkenalan.
Ikuti luahan hati dan penjelasan Amanda terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Sebab itu, atas nasihat mama dan kawan yang lebih lama dalam industri ini, saya memberanikan diri untuk bercerita mengenai perkara ini dengan tujuan membersihkan nama saya serta menceritakan kisah sebenar.
Kemudian, hubungan sebagai kawan menjadi lebih akrab. Begitupun, sebelum mengenali hati budi masing-masing, saya bertanya sama ada dia mempunyai hubungan dengan wanita lain dan dia menafikannya.
| ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:48 PM PST KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap. Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.
Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.
Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.
"Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.
| ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:44 PM PST Jue Aziz DUA bulan Jue Aziz menderita penyakit misteri, sekali gus mengganggu penumpuannya terhadap kerjaya. Apa saja yang dilakukan serba tak kena dan segala kerja tak menjadi. Masih berlakon tetapi di lokasi, dia terasa ada gangguan yang membuatkannya sukar memberi tumpuan, badan terasa lemah dan pada masa tertentu dia 'ghaib' di depan kru. "Seperti ada yang cuba menghalang rezeki saya tetapi kepada produser dan pengarah yang kenal rapat, tetap ambil saya berlakon dan mereka faham keadaan saya ketika itu. Saya ada di lokasi tetapi mereka kata saya tak datang. Saya reda dengan dugaan ini dan perlahan-lahan keadaan saya sekarang semakin pulih sepenuhnya.
| ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:43 PM PST PERIKSA... teknik rawatan menggunakan bius kurang sakit tapi masih lagi mengerikan. TRADISIONAL... teknik berkhatan cara lama yang menyakit dan mengerikan. PENGALAMAN berkhatan pastinya antara detik yang tidak dapat dilupakan kebanyakan kita. Berkhatan atau bersunat adalah detik penting bagi kanak-kanak lelaki, khususnya beragama Islam, kerana ia menandakan seseorang itu memasuki fasa alam dewasa. Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.
| ||||
Ikhlas, jujur pegangan Meer Sadik Posted: 10 Dec 2011 07:41 PM PST MESRA...Meer bersama kakitangannya. HANYA jauhari mengenal manikam dan ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi dua pepatah lama yang tepat menggambarkan generasi kedua keluarga Habib yang sinonim dengan perniagaan emas Habib Jewels. Bermula sebagai sebuah kedai emas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang yang diasaskan Habib Mohamed Abdul Latif pada 1958 sebagai perniagaan keluarga, persaingan ketika itu dengan deretan kedai emas lain sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Boleh dikatakan setiap kedai mempunyai kelebihan tersendiri, namun perniagaan dengan nama Haji MA Habib Mohamed Sdn Bhd ini mempunyai aura tersendiri.
Daripada perniagaan kecil, syarikat ini berkembang menjadi Habib Corporation Berhad - petukang barang kemas Malaysia pertama disenaraikan di bursa saham pada 1998 di bawah kelolaan anak lelaki tunggal keluarga Habib. Kini selepas 25 tahun meneruskan legasi bapanya, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib boleh berbangga dengan pencapaian luar biasa produk emas keluaran syarikatnya. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:40 PM PST CANGGIH... bangunan syarikat Google. GOOGLE memerlukan juruteranya mencetuskan idea pintar. Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother dapat membantu. Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria meliputi tiga tingkat. Bagaimanapun, minggu lalu, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja di tingkat kejuruteraan yang disusun semula, dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.
Naib Presiden Kejuruteraan Google, Nelson Mattos berkata: "Kami menggunakan khidmat jurutera terbaik dan paling pintar di Britain dan menempatkan mereka bersama dalam suasana yang mempunyai ciri kreativiti, santai dan paling menyeronokkan.
Ada juga gimnasium, bilik muzik kalis bunyi dengan dram dan gitar serta bilik permainan dengan meja snuker, konsol video dan sebuah televisyen besar.
"Pejabat yang santai dan ganjil tidak menjejaskan kepintaran dan kebijaksanaan. Pengalaman kami membuktikan suasana selesa, terbuka dan seronok meningkatkan kreativiti dan keterbukaan.
| ||||
Jenama ‘Malaysia’ gah di London Posted: 10 Dec 2011 07:39 PM PST PENUH SESAK...penyokong QPR membeli-belah di kedai barangan cendera mata stadium selepas selesai perlawanan. MEMANG percutian tidak semestinya lama dan serba mewah, malah kadangkala kepenatan 'terkepung' di kerusi pesawat belasan jam mungkin tidak akan terasa apabila hajat di hati ada di depan mata. Lapangan Terbang Heathrow nama gah bagi sesetengah individu yang menjadikan kota raya London sebagai lokasi berbelanja. Namun bagi peminat bola sepak, London bukan sekadar syurga beli-belah, sebaliknya seakan-akan puncak kegembiraan melihat sekian banyak nama dan pasukan besar beraksi merebut kejuaraan mutlak Liga Perdana Inggeris (EPL).
| ||||
Bantu penyelamat hadapi bencana Posted: 10 Dec 2011 07:37 PM PST BERPASUKAN...ahli wanita Atfire membentuk bulatan di permukaan air mengikut garis panduan Jabatan Bomba dan Penyelamat sempena Kursus Menyelamat Di Air dan Persediaan Banjir 2011 di Gate Sungai Sat, Machang. BERDEBAR...Nurul Hidayah meniti tali. PERANAN skuad ini mungkin dianggap kecil pada mata masyarakat, namun buat pasukan bomba, kehadiran mereka sedikit sebanyak mampu menyelamatkan nyawa ketika kebakaran. Malah, kepantasan mereka hadir ke lokasi kejadian dalam tempoh singkat juga membantu mengurangkan risiko kerugian atau 'kehilangan' kediaman yang dihadapi mangsa. Khidmat kumpulan itu turut ditagih pasukan bomba dalam membantu melakukan pemantauan dan pemeriksaan pili bomba, selain mampu menjadi barisan depan jika berlaku kecemasan di kawasan berhampiran.
| ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:33 PM PST PERABOT ruang tamu biasanya menggunakan bahan fabrik bagi membaluti sofa. Bahan yang bukan sekadar menjadi pembalut sofa atau kusyen, sebaliknya turut berperanan memberi keselesaan baik ketika duduk mahu pun bersandar. Biarpun kusyen berfungsi sebagai pengalas punggung yang memberi keselesaan, hiasan fabrik pada pembalut kusyen turut memberi impak kepada kediaman kerana kerana dari segi pilihan bahan fabrik dan gabungan warnanya, dapat membantu menyerlahkan lagi suasana ruang. Dalam memilih fabrik untuk sarung sofa atau kusyen, memerlukan perhatian dan pengetahuan kerana bahan fabrik dalam pasaran kadang kalanya turut mengelirukan. Semua tekstur fabrik ditentukan sumber atau bahan bagi menghasilkannya. Justeru, ada fabrik jenis jarang, tebal dan sederhana tebal. Dan apabila dipegang pula, ada yang kasar, halus serta licin. Sesetengah fabrik pula menyebabkan rasa gatal, licin dan mudah memerangkap habuk. Corak Fabrik Seperti juga tekstur, corak juga berfungsi 'menghidupkan' penampilan fabrik. Ada empat tema corak di pasaran iaitu fabrik tanpa corak atau polos, corak bergaris dan corak floral. Tema bergaris sama ada secara vertikal atau horizontal dengan permainan berbagai warna akan menjadikan ruang menjadi ceria. Tema bermotif floral juga amat menarik jika bijak disesuaikan dengan keadaan ruang dan mengikut tema pada zaman tertentu. Sesetengah corak pula dihasilkan sama ada dicetak terus atas fabrik, terutama pada fabrik jenis linen dan kapas manakala pada fabrik yang lain ditenun atau disulam. Warna Fabrik Kepentingan warna pada fabrik sama pentingnya dengan tekstur dan corak. Biasanya pewarna digunakan bagi mewarnakan fabrik. Ada juga fabrik diwarnakan selepas ditenun dan menghasilkan warna padu. Jika diwarnakan dulu pada benang, ia boleh menghasilkan corak dengan pelbagai warna. Bagaimana pun, fabrik yang diwarnakan mudah pudar jika terdedah kepada pancaran matahari dan hilang apabila dibasuh dengan mesin pembasuh atau cucian kering. Bahan Fabrik Ada dua jenis bahan digunakan bagi menghasilkan fabrik - bahan asli atau semula jadi dan dihasilkan daripada bahan gentian atau sintetik. Bahan fabrik semula jadi bersumberkan tanaman dan binatang seperti kapas, sutera dan linen. Kapas misalnya, adalah bahan serba guna, sama ada kapas tulen atau bercampur dengan gentian lain. Fabrik ini tahan lasak, mudah dibersih, senang diwarnakan serta murah. Fabrik kapas tebal cukup sesuai untuk sarung kusyen. Bagaimanapun, kapas senang berkedut, mudah terbakar dan luntur. Linen pula mahal, tetapi mudah dibentuk dan tahan cahaya matahari. Linen juga mudah berkedut dan mudah terbakar. Fabrik semula jadi ini memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikannya sentiasa kemas dan cantik. Ini menjadikannya tidak sesuai sebagai sarung kusyen. Fabrik bulu binatang pula yang paling mahal. Fabrik ini berbentuk anjal, kenyal dan kuat, tahan kotor serta mudah dibersih, selain tidak mudah terbakar. Namun, ia tidak tahan gegat. Kulit binatang juga antara fabrik semula jadi yang popular dan antara yang kuat dan tahan lama. Selain itu, nilai eksklusif dan mewah jelas kelihatan pada perabot apabila menggunakan bahan fabrik ini. Sutera dihasilkan daripada kepompong dan kekal fabrik paling mahal. Fabrik sutera berkilau, menganjal, tahan kotor dan lambat terbakar, tetapi tidak tahan kepada cahaya matahari. Ketika ini pihak pencinta alam sekitar mengadakan kempen menghalang penggunaan bulu haiwan sebagai bahan fabrik dan ini menyebabkan pengeluaran bahan ini agak terhad. Bahan Fabrik Gentian Bahan yang turut dikenali sintetik ini adalah campuran bahan kimia dan diproses mengikut teknologi terkini. Hasilnya dalam bentuk fabrik rayon, akrilik, polyster dan nilon. Ada juga fabrik yang dihasilkan daripada gabungan sintetik dan gentian asli untuk menghasilkan fabrik terbaik. Rayon Rayon dan asetat dihasilkan daripada pulpa kayu, kemudian diproses menjadi bahan sintetik. Ia tidak tahan cahaya matahari, bahkan asetat mudah terbakar dan cair. Campuran rayon dan bulu sesuai untuk membuat sarung kusyen. Akrilik Akrilik bermutu dan mempunyai tekstur hampir serupa dengan bulu. Harganya juga lebih murah. Walaupun tidak sekuat bulu dan cenderung meregang, ia kenyal, lambat terbakar, tidak mudah pudar serta mudah dijaga. Polyster Polyster kelihatan seakan sutera dan bulu. Ia kuat, kenyal dan tidak berkedut, tetapi tidak sesuai untuk dijadikan sarung kusyen kerana ringan. Nilon Nilon biasanya dicampurkan dengan bahan gentian lain untuk kegunaan menghias rumah. Ia kuat, kenyal dan boleh dibersihkan dengan span. Disebabkan licin dan berkilau, ia tidak sesuai digunakan sebagai hiasan, kecuali nilon yang sudah dicampur dengan bulu sesuai dibuat sarung kusyen. | ||||
Chong Wei idam mahkota keempat Posted: 10 Dec 2011 07:32 PM PST CHONG Wei dijangka akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China. LEE Chong Wei mengidam untuk menjuarai pusingan akhir Siri Super Masters buat tahun keempat - sekali gus kekal selaku pemain nombor satu dunia. Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata walaupun tidak mempunyai masa cukup untuk menghadapi kejohanan, dia akan memberi aksi terbaik memandangkan kejohanan itu adalah pertandingan terakhir tahun ini. Juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010 akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China 14 hingga 18 Disember ini. Chong Wei yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lalu berkata dia juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik 2012 dan dalam tempoh lapan bulan berikut akan berusaha gigih bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya. "Saya yakin dapat layak ke Olimpik tetapi kedudukan dalam acara berkenaan sangat penting dan saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia bagi mengelakkan bertemu Lin Dan pada separuh akhir," katanya. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:29 PM PST KUALA LUMPUR: Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara. "Kita berpegang kepada pengisytiharan diri, jadi pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan akan semak, sekiranya kita dapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kita akan ambil tindakan. "Tetapi sekiranya pemohon mengisytihar maklumat dengan jujur walaupun tanpa slip gaji dan berdasarkan semakan menunjukkan mereka layak, maka mereka akan tetap menerimanya," katanya kepada media selepas penyerahan borang BR1M, semalam. Bermula semalam, agensi kerajaan terutama LHDN dan pemimpin masyarakat mula mengedarkan borang pendaftaran BR1M di seluruh negara. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan. eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Ahmad Husni berkata, semua pendaftaran akan diproses segera bagi membolehkan kerajaan mengagihkan bantuan kepada pemohon yang layak pada pertengahan bulan depan. Katanya, kerajaan sudah mempunyai kaedah yang sesuai untuk menyalurkan bantuan RM500 itu namun ia akan diumumkan kemudian bagi memberi tumpuan kepada proses pendaftaran terlebih dulu. "Saya faham proses pendaftaran 5.2 juta individu dalam tempoh sebulan bukannya mudah, justeru kami membuka lebih banyak lokasi pendaftaran. "Insya-Allah kami akan mengadakan mesyuarat esok (Isnin) bagi mendapatkan jumlah pendaftaran untuk minggu pertama, supaya proses pendaftaran ini dapat diperbaiki untuk tempoh tiga minggu akan datang," katanya. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:28 PM PST MAJLIS pemberian nama gelar sebagai penghulu melibatkan allahyarham datuknya iaitu Dato' Ariffin Alias Rajo Angek di Padang Panjang, Sumatera Barat Indonesia pada tahun 1979 pernah singgah di telinganya. Cerita daripada ibu, Puti Zahrah Ariffin, 53, itu juga menerbit rasa bangga kerana dia adalah cucu kepada seorang lelaki yang berkarisma dan banyak berjasa kepada ramai orang tanpa mengira latar belakang. Apabila arwah datuknya itu menjadi antara orang kepercayaan ketika zaman pemerintahan jajahan Belanda sewaktu berkhidmat sebagai kapten kapal di Melaka pada tahun 1940. Memikul tanggungjawab berat berkenaan memberi dia banyak peluang untuk bertemu dengan pelbagai lapisan golongan bangsa sebelum Jepun mengibarkan bendera putih. Arwah datuk Mohammad Rifkian Shah ini ringan tulang dan tidak pernah meminta balasan atas pertolongan yang diberikan semasa di Melaka. Selepas zaman gelap berakhir, arwah datuknya diminta pulang bertugas ke Jakarta, Indonesia di Interpol Indonesia sebagai Malim 1. Bersejarah Takdir Tuhan kemudiannya menemukan allahyarham Arifin dengan salah seorang lelaki bersama keluarganya yang pernah dibantu ketika ke Tanjung Balai, Indonesia pada tahun 1950. "Lelaki itu memberi arwah datuk kain songket yang sangat cantik dan tidak diketahui dari mana asal datangnya lantaran ketelitian seni tenunan," katanya. Bertitik tolak dari situ juga arwah datuknya menerima macam-macam pemberian yang berupa keris, pisau Arab, porcelin dari Dinasti Ming dan Song, almari, kerusi, kain batik, piring dan jam berusia beratus-ratus tahun. Kesemuanya disimpan baik di tiga rumah berasingan iaitu di Kuala Lumpur, Dubai dan Jakarta, Indonesia dengan baik. Bapanya, Shamsudin Mentor, 60, adalah kapten kapal yang bekerja di Dubai dan adik bongsunya, Muhammad Zulfarouq Shah turut melanjutkan pengajian kejuruteraan sivil di situ. Sementara Rifkian bersama dua beradiknya yang lain mengikuti pengajian di Kuala Lumpur. Dalam perkembangan lain, lelaki berusia 24 tahun memberitahu bahawa tujuan dia berkongsi koleksi arwah datuk yang jarang ditemui sebagai tanda peringatan buatnya. Itu juga tanda seorang cucu yang cukup merindui datuk setelah berpisah dengannya sejak tahun 2001. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:27 PM PST SESEKALI menyelit idea oriental dalam sesebuah kediaman mampu menyuntik kelainan yang bukan sedikit. Misalnya seperti kediaman contoh Marbella, satu projek di bawah Lebar Daun Dev. Sdn. Bhd yang terletak di D'Kayangan, Seksyen 14, Shah Alam. Dikendalikan oleh sebuah syarikat rekaan dalaman, Benua Unit Design. ia akan dilancarkan kepada tidak lama lagi kepada pengunjung. Pengarahnya, Mohd Nizar Manaf berkata, hiasan dalaman kediaman tersebut berkonsep moden oriental yang menggabungkan elemen Timur dan Barat pada setiap sudut supaya ia kelihatan seimbang. "Kalau diperhatikan, saya hanya meletakkan sedikit sahaja sentuhan Oriental kerana ingin memberi kelainan. Contohnya dengan menyelitkan pinggan porselin bermotif Cina pada sebuah meja kayu yang moden ini," katanya. Sebagai sebuah kediaman contoh, Marbella katanya, tidak boleh terlalu sarat dengan hiasan. Justeru Mohd Nizar perlu menggunakan kebijaksaan untuk mengaplikasikan kemahirannya pada setiap ruang supaya ia kelihatan kemas dan selesa. Gabungan sofa berwarna putih tiga tempat duduk dipilih menghiasi ruang tamu utama. Ia digabungkan dengan kerusi sisi dan bangku dari material serta warna yang sama. Permaidani berwarna jingga di pilih bagi menaikkan seri ruang. Di belakang ruang tamu utama, Mohd Nizar mencipta kelainan dengan membina ruang santai daripada material kayu. Kerangka besi dipilih menjadi rak yang unik, menempatkan pelbagai hiasan. Ruang makan dan ruang dapur dipisah menggunakan kaca. Menurut beliau, kaca memang menjadi keutamaannya dalam menentu susun atur kediaman kerana faktor keluasan. Di tengah-tengahnya, beliau sengaja meletakkan lukisan Picasso untuk mencipta kelainan. "Walaupun ada yang berkata tidak sesuai saya menggandingkan lukisan Picasso dengan konsep sebegini, namun bila diamati dengan teliti ia sebenarnya memberi kelainan dan ada keserasian," katanya. Teras kepada pemilihan warna kediaman tersebut adalah semula jadi di mana banyak bermain dengan warna alam seperti putih, krim, coklat dan kelabu. Pemilihan perabot yang minimum di bahagian dapur menjadikan ruang tersebut kelihatan luas walau hakikatnya tidak terlalu besar. Kemas dan menawan Sengaja menambah elemen ekstravaganza pada beberapa sudut kediaman seperti bilik tidur utama, Mohd Nizar berkata ia dibuat berdasarkan kriteria pasaran. "Tidak semua pembeli gemar kepada konsep moden ketika ini yang sangat minimalis. Jadi kami gabungkan elemen kedua-duanya agar memenuhi cita rasa semua," katanya. Pemilihan chandelier berwarna hitam menambah gaya elegan kepada bilik tidur utama yang sangat luas. Aspek kekemasan dititikberatkan di mana pemilihan setiap perabot diberi perincian. Ruang persalinan yang dipisah dari bilik menjadikan ia kelihatan kemas dan tidak berserabut. Dua bilik lagi di tingkat atas turut menerima sentuhan yang sama. Ruang tengah yang dijadikan tempat menonton keluarga juga diberi sentuhan moden. Ruang membaca pada satu sudut mencipta kelainan dengan pemilihan dinding kaca yang menjadikan pemandangannya tidak tertutup di situ. Secara keseluruhan, walaupun kelihatan ringkas, namun unsur kelainan tetap menyerlahkan kediaman tersebut. Sesuai dengan cita rasa pemilik kediaman kini yang gemar kepada konsep minimalis namun tetap elegan dan menawan. | ||||
Masakan kampung di Menara Tinjau Posted: 10 Dec 2011 07:26 PM PST KEPALA ikan baung sungai dengan kuah masak asam tempoyak kelihatan cukup menambat selera penulis tengah hari itu. Dihidangkan ketika masih panas, aromanya sahaja membuatkan sesiapa jua tidak sabar untuk menjamu selera. Tidak cukup dengan itu, semangkuk ikan patin sangkar masak asam tempoyak turut dihidangkan. Menurut pemilik Restoran Samudra De Menara Tinjau, Kamarul Ariffin Hamzah, ini supaya penulis dapat membezakan antara hidangan ikan sungai liar dan ikan yang dipelihara. "Sebenarnya rasa masakan tetap sama. Cuma bezanya terletak pada tekstur isi ikan sahaja. Dari segi harga pula tentulah ikan pelihara jauh lebih murah," ulasnya. Memang benar bagai dikata, keenakan kuah asam tempoyak kedua-dua hidangan tidak ada beza. Bagi mereka yang kurang arif dengan tekstur ikan pula pasti sukar membezakan yang mana satu ikan sungai liar dan ikan yang dipelihara. Ikan pelihara yang dijual di restorannya juga tidak berbau hanyir berikutan ia diternak dalam sangkar di Sungai Pahang. Selain dua masakan signatur tadi, Restoran Samudra De Menara Tinjau juga menghidangkan pelbagai jenis masakan kampung ala carte yang dihidangkan ketika masih panas. Selain patin dan baung, mereka turut menyediakan ikan kerai, talapia, tengalan, tapah, lampam, sebarau, kelah, jelawat dan juga ikan paling mahal, Empurau Sarawak yang perlu dipesan dua hari lebih awal. Ikan laut turut dijual seperti ikan siakap, terubuk dan pari. Pengunjung boleh memilih masakan yang diingini sama ada masak asam tempoyak, tempoyak, lemak tempoyak, lemak cili padi, pindang, goreng, goreng sambal, bakar kunyit dan juga bakar sambal. Tidak cukup dengan itu terdapat juga gulai tunjang, gulai perut lembu, gulai otak lembu, masak lemak kulat sisir, masak lemak nangka, asam batang keladi, sambal tumis petai dan sambal janda milenium iaitu cili padi yang digoreng bersama bawang dan ikan bilis. Restoran Samudra De Menara Tinjau dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 11 malam. Masakan sampingan turut disediakan seperti nasi dagang, mee bandung, mee hailam, nasi goreng dan banyak lagi. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:25 PM PST
HARUMAN yang yang tidak mengandungi alkohol dan diinspirasi daripada jenama-jenama terkenal semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar minyak wangi. Anees Perfumes yang memulakan pasarannya di negeri-negeri Pantai Timur antara minyak wangi tanpa alkohol yang telah menembusi pasaran seluruh Malaysia. Produk ini terdiri daripada dua jenis saiz yang berbeza iaitu 2.5 milimeter bagi botol kecil dan enam milimeter bagi botol besar. Menurut Pengurus Pentadbiran Anees Creative, Roshasyla Othaman berkata, minyak wangi Anees di pasaran pada enam bulan pertama adalah di luar jangkaan kerana telah mendapat hasil jualan lebih 30,000 botol. "Sambutan yang diterima meyakinkan syarikat kami untuk mengukuhkan lagi jenama Anees ke seluruh negeri di Malaysia. Ini kerana sebelum ini jualan adalah terhad di Pantai Timur sahaja", ujarnya yang menghasilkan minyak wangi dengan cara penggunaan botol 'Miniature Roll On' yang mudah diguna oleh pengguna. Sementara itu, pemenang tempat kedua pertandingan Citra Wanita anjuran Mingguan Malaysia 2010, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed memberitahu, dia menyukai minyak wangi ini kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang tidak halal dan tidak memudaratkan kesihatan. "Harganya pula berpatutan di samping menyerlahkan gaya, keceriaan dan rasa selesa di kalangan pengguna wangian untuk sepanjang hari. Menariknya, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang minyak wangi ini menerusi laman sosial, facebook; www.facebookcom/aneesperfume atau www.facebook.com/sumazianahappyhealthy. Ini memudahkan orang yang bekerja dan tidak mempunyai masa membeli-belah untuk mendapatkan minyak wangi dengan aroma bertaraf dunia," ujarnya yang kini bergelar duta minyak wangi Anees. | ||||
Nurasyikin pelapis dunia penyiaran Posted: 10 Dec 2011 07:24 PM PST
ANAK kelahiran Kuala lumpur ini, Nurasyikin Alfian, 22 tampil menarik tatkala memakai dan menggayakan solekan ala Twiggy. Manis seperti wanita 60-an, Nurasyikin memiliki badan yang kurus dan tinggi lampai. Nurasyikin merupakan penuntut Ijazah Penyiaran tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercita-cita menjadi wartawan penyiaran berjaya. Baginya, kerjaya sebagai wartawan penyiaran bukanlah sesuatu yang mudah dan penuh glamor. Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini, Nurasyikin bersedia sepenuhnya menghadapi segala bentuk cabaran yang mendatang. "Memang banyak dugaan bekerja dalam bidang ini, jadi saya perlu bersedia terutama dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam orang ramai," katanya yang akan menjalani latihan praktikal wartawan penyiaran tidak lama lagi. Berfesyen Berkongsi tentang aktivitinya pada masa lapang, wanita yang sentiasa dan murah dengan senyuman ini gemar pergi membeli-belah pada masa lapang. "Inilah cara saya melepaskan tekanan setelah penat bekerja," ujarnya. Dalam berfesyen pula , Nurasyikin gemar mengenakan pelbagai gaya dan mengikut kesesuaian keadaan. "Selalunya, orang ramai mengatakan wanita tidak dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya lebih-lebih lagi mereka yang hanya kelihatan tahu bergaya sahaja. Ternyata pendapat tersebut salah, yang penting untuk berjaya, seseorang itu perlu fokus dan berilmu," katanya yang turut berjinak-jinak dalam dunia modeling. Nurasyikin tidak menafikan tugas sebagai pelajar agak membataskan masa untuk dia memenuhi undangan peragaan. "Namun, saya akan cuba memenuhinya jika berkesempatan. Sebagai wanita, segalanya perlu seimbang termasuk menguruskan diri sendiri, menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan pada masa terluang," ujarnya. | ||||
Posted: 10 Dec 2011 07:21 PM PST
SETIAP orang mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan sempurna. Sekiranya anda merancang untuk berkahwin dengan yang tercinta pada tahun 2012, mungkin inilah peluang anda untuk mengecapi perkahwinan impian anda. Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dan agensi perancang perkahwinan Wedding Artists oleh Carven Ong menjemput para pasangan yang bakal berkahwin untuk ke pameran elegan sambutan perkahwinan, Dream Weddings pada hari ini di hotel tersebut. Pasangan yang mengambil pakej hiasan jamuan serta fotografi Wedding Artists by Carven Ong akan berpeluang untuk memenangi semula perbelanjaan mereka. Dalam soal mengkhususkan perkahwinan mengikut bajet, pengasas agensi perancang perkahwinan ini, Carven Ong menyarankan pasangan yang merancang untuk berkahwin untuk bersikap terbuka dalam soal kewangan, tidak kira apa jumlah perbelanjaan mereka. "Mereka mesti mengutamakan apa yang dirasakan penting. Perunding-perunding Wedding Artists by Carven Ong akan bertemu dengan semua pasangan yang bakal berkahwin dan berbincang tanpa kos. Mereka juga boleh menjalankan soal jawab perkahwinan dengan perunding untuk mengetahui dan lebih memahami keperluan dan mengutamakan rancangan perkahwinan mereka," ujar Carven. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan