Jumaat, 9 Disember 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Biar saya saja tahu

Posted: 08 Dec 2011 06:18 PM PST

pix_gal0
Enggan tinggalkan dunia lakon

GADIS kecil-molek ini memang petah berkata-kata. Pada usia 17 tahun dan baru saja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu, sifat remajanya jelas terserlah.
Seorang yang riang dan senang bergaul membuatkan sesi fotografi yang diadakan di Studio Hip baru-baru ini berjalan dengan lancar, dan mengambil masa yang singkat saja. Ditemani ibunya, Filzah Yusoff, pelakon muda ini cukup gembira kerana kini dirinya berjaya menamatkan sesi persekolahan dan peperiksaan tanpa apa-apa masalah.
Itulah Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, yang kini kembali sibuk dengan penggambaran drama TV setelah beberapa bulan menumpukan perhatian dan sepenuh masanya menghadapi SPM.

Ternyata rezekinya di dalam dunia lakonan terbuka luas apabila tidak sempat untuk merehatkan diri buat seketika, dia sudah ditawarkan untuk mengikuti latihan penggambaran bagi drama yang akan ke udara tahun depan.

Berteka-teki mengenai tajuk drama lakonannya itu, Elfira menyatakan kini dia mula sibuk dengan aktiviti penggambaran sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan, yang belum diketahui tarikh dan tempatnya.

Tidak merungut, malah dia gembira dengan peluang yang ditawarkan. Elfira juga tidak pernah mengetepikan soal pendidikan dan akademik walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon.
Namun dirinya sedikit tersentak apabila ada yang menegur, seolah-olah dia tidak mahu berjaya dalam hidup semata-mata kerana tidak mempunyai cita-cita khusus. Mengulas mengenai artikel siaran akhbar sisipan B*Pop Ahad lalu itu, Elfira menjelaskan dirinya bukanlah tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan tetapi buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jalan yang mahu dipilihnya.

"Saya tidak kisah dengan teguran itu sebenarnya. Tapi mahu dijelaskan di sini, walaupun saya tidak mempunyai cita-cita, saya mempunyai sasaran dalam hidup dan biarlah sasaran itu hanya diri saya saja yang tahu. Saya seseorang yang tidak suka bercerita mengenai cita-cita kerana saya takut saya tidak akan dapat capai seperti yang diharapkan. Jadi untuk mengelak daripada kecewa, biarlah saya seorang diri yang mengetahui sasaran hidup saya.

"Seperti yang saya katakan, kini saya ada dua haluan dan ia bergantung kepada keputusan SPM yang akan keluar awal tahun depan. Jika keputusannya baik saya akan menggunakan peluang itu ke jalan yang terbaik dengan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan jika sebaliknya, saya tetap akan mencuba yang terbaik.

"Semestinya saya mahu berjaya dalam apa saja bidang yang saya ceburi dan seperti yang saya lakukan sekarang, saya benar-benar minat dengan dunia lakonan dengan memberikan komitmen yang sebaiknya.

"Kalau boleh sememangnya saya tidak mahu terus kekal sebagai pelakon kerana saya mahu melakukan sesuatu yang berlainan pada masa depan, tapi dunia seni ini tidak akan saya tinggalkan kerana minat saya di sini.

"Seperti orang lain yang mempunyai hobi memancing, hobi saya pula adalah berlakon, dan walaupun sibuk dengan pelajaran saya akan tetap terus berlakon. Jika diimbas kembali, pembabitan saya dalam dunia lakonan bukanlah disebabkan mahu mengejar populariti tapi ia berlandaskan minat," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

Jelajah ABPBH paling seronok

TEGAS Elfira, dia tidak mahu dijadikan rujukan yang tidak elok buat remaja di luar sana, apatah lagi memperlihatkan reputasi yang kurang baik sebagai pelakon. Di sebalik itu, dirinya tetap bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada teman sekeliling dan anggota keluarga yang memahami.

Di samping itu, gadis genit ini tidak menggalakkan remaja di luar sana untuk berlakon kerana dia sendiri berpendapat ia serba-sedikit akan mengganggu pelajaran. Namun semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika seseorang itu pandai menguruskan masa, pasti ia tidak menjadi masalah.

Pada masa sama, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2011 ini turut berkongsi perasaannya apabila dicalonkan di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.

Pencalonan kali kedua ini tidak dinafikan menerbitkan rasa gembira dan terkejut pada masa yang sama. Sebelum ini dirinya dicalonkan sebagai Artis Baru Wanita dan berbeza kali ini dia diletakkan sekumpulan dengan barisan pelakon senior.

"Dulu disenaraikan di kalangan artis baru, saya rasa sesuai. Tapi tahun ini dicalonkan di dalam kategori lebih dewasa, membuatkan saya rasa kurang yakin. Semua pelakon yang tersenarai ialah nama yang kuat dan orang lama di dalam industri.

"Saya masih remaja dan baru dalam industri ini, dan dicalonkan di kalangan artis wanita sememangnya di luar jangkaan kerana saya sendiri tidak berasakan diri saya sudah wanita. Jika ditakdirkan nama saya dicalonkan di kalangan lima teratas, memang saya terkejut sangat.

"Apa-apa pun, yang membuatkan saya teruja jika dicalonkan ke akhir nanti ialah kerana saya ingin mengikuti siri jelajah. Seperti tahun lalu, jelajah ABPBH ialah jelajah yang paling seronok pernah saya ikuti. Selain dapat berjumpa dengan ramai peminat, saya juga dapat menghabiskan masa dengan artis lain," katanya sambil menceritakan detik manisnya ketika menyertai jelajah ABPBH2010 ke Johor.

Mengimbas kenangan ketika menyertai siri promosi itu, Elfira pernah disimbah air di atas pentas dan dia juga menghangatkan lagi pentas apabila tampil dengan tarian bersama lima penari kecil dari Sekolah Puncak Alam bergelar Leeleesm, menarikan lagu Superjunior. Kenangan manis itu sukar untuk dilupakan dan mengharapkan dirinya berpeluang untuk menikmatinya lagi.

PROFIL

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
UMUR: 17 tahun
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab
KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades
DRAMA: Qalesya, Kum Kum, Ekspres Dania, Roh Naterah, Hani, Senja Permai, Syurgamu Ramadhan, Sayang Abah dan Tentang Bulan The Series.

Najwa Latif Ambil Positif Pandangan Orang Terhadap Cinta Muka Buku

Posted: 08 Dec 2011 06:15 PM PST

Najwa Latif

PETALING JAYA: Komposer muda Najwa Latif mengambil secara positif pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan kelayakkan lagu ciptaannya Cinta Muka Buku ke Anugerah Juara Lagu 26 yang bakal berlangsung Januari depan.

Kata Najwa, keputusan pemilihan lagu tersebut telah dibuat oleh juri profesional yang lebih mengetahui kekuatan pada lagu tersebut.

"Alhamdulillah sebenarnya, saya sendiri tidak menyangka sampai ke AJL kerana baru tiga bulan berada dalam industri ini,

"Tentang pandangan orang terhadap lagu ini layak atau tidak, saya hanya serahkan kepada pihak juri yang menilainya," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Menurut Najwa, biarpun lagu tersebut seperti mudah, namun ia mempunyai cabaran tersendiri membawa lagu tersebut.

"Orang ramai menganggap lagu tersebut mudah untuk dibawa tapi bagi saya ada bahagian-bahagian yang sukar.

"Lagu tersebut jika tidak dibawa dengan baik akan jadi mendatar dan membosankan, saya sendiri mengaku kadang kala saya gagal bawa lagu tersebut dengan baik," tuturnya.

Jelas Najwa, persedian untuk bertanding dipentas AJL akan datang ini masih belum difikirkan lagi, namun cuba memberikan yang terbaik dan saingan kepada 11 lagu yang bertanding.

"Saya belum fikir untuk buat persembahan yang bagaimana nanti, tapi saya akan cuba perbaiki tahap vokal dan beri yang terbaik pada malam tersebut," katanya yang bakal keluar dengan mini album yang memuatkan lima buah lagu baru tidak lama lagi.

Diam-diam penuh strategi

Posted: 08 Dec 2011 06:14 PM PST

SERIUS...Shiha beri tumpuan kepada albumnya.
SERIUS...Shiha beri tumpuan kepada albumnya.

PERTAMA kali bertemu naib juara program Mentor musim kelima, Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali, Shiha, 24, minggu lalu memberikan satu ruang terbaik buatnya berkongsi cerita.

Meskipun tidak lama duduk bersembang, pertemuan singkat itu penuh dengan kisah terbarunya dan segala percaturan yang kini sedang gigih disusun.

  • Foto

    RAPAT...Shiha bersama mentornya Sharifah Aini.

  • Foto

    SHIHA...simpan cerita peribadi.

Persoalan pertama yang terpacul sebaik melihat protege kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini ini, mengapa terus senyap dan hilang dari gelanggang seni.

Bagaimanapun jelasnya yang cukup bijak menyusun bicara, diamnya tidak bererti mati. Malah tiada publisiti yang diberikan juga bukan pengukur yang mengatakan dirinya sudah terkubur.


"Saya tidak pernah berhenti berusaha untuk membina kerjaya nyanyian seperti mana impian saya sejak dulu. Cuma sejurus tamat Mentor, saya hanya meletak sepenuh fokus pada pembikinan album dan pelbagai rangka promosi. Saya akui memang kurang tampil di media atau mana-mana acara kerana saya memang sibuk menyiapkan album.


"Alhamdulillah, itulah bukti kesungguhan dan komitmen saya dalam lapangan seni suara. Biarlah jika ada yang beranggapan kononnya saya hilang atau senyap kerana apa yang penting saya akan tampil dengan album nanti," katanya.

Gadis bersuara lunak berusia 24 tahun ini turut mengakui tidak gemar tampil menabur kisah peribadi semata-mata ingin sering kelihatan di lensa kamera sebaliknya lebih menjaga perihal peribadi di ruangnya sendiri.

"Umi (Sharifah Aini) dan pengurus memang begitu menjaga saya untuk tidak tercalit kisah yang bukan-bukan kerana bimbang ia akan mengganggu perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula ini.

"Mereka memang tidak mahu jika saya bersuara soal peribadi atau menjawab sebarang persoalan yang boleh mengheret saya ke kancah negatif kerana ia memang akan merosakkan reputasi sedia ada.

"Saya cukup menghormati prinsip itu meskipun awalnya saya mengakui begitu sukar untuk akur kerana jujurnya saya tidak gemar berahsia jika ada pihak yang bertanya.

"Namun sebaik membawa status selebriti, saya faham akan perlunya ada ruang peribadi untuk seseorang artis itu agar tidak semuanya diketahui umum. Saya rasa apa yang Umi aturkan adalah untuk kebaikan saya dan kerjaya seni sendiri.

"Publisiti memang begitu penting buat seseorang penyanyi namun biarlah ia positif dan satu bentuk promosi yang baik untuk kerjaya. Tampil ke depan dengan memperdagangkan kisah peribadi atau terpaut oleh episod kontroversi adalah bukan saya sama sekali," katanya.

Meskipun sudah dimaklumkan dirinya tidak mahu ditanya soal peribadi, persoalan mengenai teman istimewa tetap disulam perlahan-lahan. Menghidu akan dirinya akan terjerat teka-teki cinta, pantas anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mengalih tumpuan.

"Saya tidak menafikan punya ramai kenalan dan soal cinta atau kekasih itu terlalu peribadi untuk saya kongsi di sini. Namun apa yang mampu saya katakan, memang setakat ini saya ada mengenali seseorang dan hubungan kami memang akrab. Saya mengenalinya sejak sebelum menyertai Mentor lagi dan dia juga bukanlah sesiapa dalam industri hiburan.

"Namun biarlah perkara itu berjalan dengan sendirinya kerana saya tidak mahu membebankan fikiran dengan istilah cinta di hati. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah album penuh yang akan diterbitkan tahun depan serta lagu baru, Jangan Lagi Jauh yang sudah hampir siap untuk diperdengar selewat-lewatnya awal Januari ini," katanya.

Menyentuh soal perkembangan terbarunya, Shiha yang pernah popular menerusi lagu Bila Bertemu sentuhan komposer Ajai di malam akhir Mentor tidak lama dulu, kini sibuk dengan jadual rakaman album penuhnya. Album yang akan memuatkan lima lagu itu dijangka mula menjengah pasaran sebelum pertengahan tahun depan.

"Sekarang saya sibuk mempromosikan lagu terbaru, Jangan Lagi Jauh ciptaan Kuncidemak. Ini adalah satu strategi pihak pengurusan dan rakaman untuk memberikan sedikit bayangan sebelum album penuh dikeluarkan kemudian.

"Peminat saya tidak henti bertanya bila album saya muncul. Saya mengharapkan lagu Jangan Lagi Jauh ini akan melepaskan kerinduan mereka dulu sebelum saya menghadiahkan mereka dengan album penuh kemudian nanti," katanya yang kini bernaung di bawah pengurusan Monkey Bone.

Selain nyanyian, dalam diam Shiha yang sebelum ini pernah membintangi beberapa drama sebelum menyertai Mentor, turut memasang impian bergelar pengacara televisyen satu hari nanti.

Akui Shuiha, banyak tawaran lakonan dan pengacaraan diterima namun terpaksa di tolak atas sebab tertentu. Baginya, mengacara sesebuah program adalah satu lagi cabang seni yang mengundang rasa puas buatnya.

"Peluang menjadi pengacara bersama dalam program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) pada Aidilfitri lalu membuatkan saya mula mencintai lapangan pengacaraan.
"Walaupun hanya sebentar mengendalikan MHI ketika itu, tapi saya begitu seronok dan mengimpikan untuk mengacara program-program seperti itu lagi.

"Sebelum ini pun ramai teman dan ahli keluarga yang pernah menyuarakan pendapat kononnya saya patut menceburi lapangan pengacaraan. Mungkin mereka melihat pada karektor dan personaliti saya yang gemar berjenaka dan tidak berhenti bercakap. Namun tidak pula saya terfikir hinggalah ada pihak stesen televisyen sendiri yang datang melamar.

"Bagaimanapun saya tidak mahu terkejar-kejar untuk melakukan semua kerja sebaliknya bidang nyanyian masih lagi menjadi fokus utama dan kerjaya tetap buat saya. Insya-Allah jika ada rezeki dan peluang untuk mengendalikan sesebuah program, saya ingin sekali mencuba bagi mengukur kemampuan sendiri," katanya.


PROFIL

Nama penuh: Nurshiha Mohd Zikir
Tarikh lahir: 2 November 1987
Umur: 24 tahun
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Keluarga: Bongsu daripada tiga beradik
Lagu: Bila Bertemu & Jangan Lagi Jauh
Drama: Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun dan Kilauan
Program televisyen: Malaysia Hari Ini dan Mentor Raya
Pencapaian: Naib Juara Mentor

Farah Ingin Rakam Album Berkonsepkan Dakwah

Posted: 08 Dec 2011 06:12 PM PST

Farah Diana Anuar ingin bergelar ibu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Farah Diana Annuar menberitahu ingin kembali merakamkan album baru tahun hadapan.

Farah, 26, berkata, dia begitu rindukan untuk merakamkan lagu baru untuk peminat setelah banyak menfokuskan kepada bidang pengacaraan dan mendirikan rumah tangga pada Julai lalu.

"Semasa mendapat peluang merakamkan sebuah lagu untuk program Ustazah Pilihan bertajuk Warisan Hawa ciptaan Edry Abdul Halim baru-baru ini membuatkan saya begitu rindu untuk kembali merakamkan album baru," ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Farah berkata, untuk album terbaru itu nanti dia ingin merakamkan lagu-lagu dakwah yang santai untuk menarik lebih banyak golongan belia mendengar lagu-lagu berunsur keagamaan.

Ujarnya lagi, dia juga ingin mendapatkan khidmat daripada komposer terkenal seperti Yasin dan Sham Kamikaze untuk bekerjasama dengannya nanti.

"Saya memang sudah lama berminat dengan hasil kerja Yasin dan Sham, jika dapat bekerja dengan mereka adalah satu peluang besar untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjaya lakonan, Farah memberitahu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon kerana merasakan tidak sesuai dengannya.

Katanya, sikapnya yang tidak sabar menunggu menyebabkan dia lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai seorang penyanyi dan pengacara.

"Fokus saya kini adalah kepada pengacaraan dan nyanyian kerana ia lebih sesuai dengan saya," ujarnya.

Farah baru muncul dengan program Rasa Halal Laos dan Thailand di Astro Oasis.

Sementara itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri kepada Johan Johari, Farah memberitahu perkahwinan telah banyak mengajarnya erti tanggungjawab sebagai seorang wanita dan isteri.

Farah berkata, walaupun sering berulang alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan pentas dan mengacara program Nasi Lemak Kopi O, suaminya amat memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya.

"Sekarang saya menetap di Pulau Pinang dan berulang alik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu dan Alhamdulilah suami memahami dan menyokong kerjaya seni saya," katanya.

Ditanya mengenai anak, Farah berkata dia berharap akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat kerana merasakan usia 26 tahun sesuai untuk melahirkan anak.

"Masih belum ada rezeki tetapi saya dan suami tidak menolak jika diberikan anak dalam masa terdekat," ujarnya.

Nikita Willy Bawa Hati Ke Malaysia Lepas Putus Cinta

Posted: 08 Dec 2011 06:11 PM PST

Nikita Willy

PETALING JAYA: Pelakon popular Indonesia, Nikita Willy yang hangat dengan sinetron Safa dan Marwah dan Putri Yang Ditukar kini berada di Malaysia bagi mempromosi dua single terbarunya.

Menurut Nikita, dia menceburkan diri dalam bidang nyanyian bagi memgembangkan bakat seni yang ada dalam dirinya.

"Saya sudah lapan tahun berada dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa filem dan sinetron Indonesia, bidang nyanyian pula merupakan percubaan pertama saya.

"Bagaimanapun maklum balas masyarakat di Indonesia banyak beri sokongan dan galakkan kepada lagu-lagu ini," katanya pada sidang media pelancaran album Nikita Willy, di sini, Khamis.

Selain itu, mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk tiga buah lagu lama akan berada dipasaran pada 12 Disember ini.

Dalam pada itu, penyanyi baru ini masih dalam proses rakaman bagi menyiapkan 12 buah lagu untuk dimuatkan dalam album penuhnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupan peribadi, Nikita mengakui baru sahaja putus cinta dengan kekasihnya, Bara Tampubolon pada Rabu lepas.

Namun dia menafikan hubungan tersebut putus berikutan khabar angin yang mengatakan dia kini rapat dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michelis.

"Ya, saya sedang bersedih kerana hubungan saya dan Bara baru sahaja putus Rabu lalu. Banyak halangan yang datang sepanjang kami bercinta dan salah satunya adalah pegangan agama yang berbeza.

"Namun ia bukan kerana saya curang dengan Diego, saya dan Diego hanya kawan dan saya tidak mengenali dia seperti yang dikhabarkan media Indonesia," katanya.

Jelas Nikita lagi, buat masa ini dia masih belum bersedia memikirkan tentang percintaan dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang pelajaran dan kerjayanya.

Teater Asrar II Kupas Persoalan Rukun Iman

Posted: 08 Dec 2011 06:09 PM PST

Barisan pelakon teater Asrar II yang dipentaskan bermula hari ini sehingga Ahad.

SHAH ALAM: Pementasan teater Asrar II yang bermula hari ini sehingga Ahad bakal mengupas mengenai kerosakan akidah terutamanya dikalangan belia yang berpunca daripada kekurangan kesedaran terhadap keimanan.

Menurut Pengarah Artistik Asrar II, Wan Azli Wan Jusoh, teater tersebut dihasilkan bagi membangkitkan kesedaran penonton mengenai perihal enam Rukan Iman dalam kehidupan seharian.

"Teater ini menggunakan beberapa simbolik seperti air, tanah, angin dan api bagi mewakili beberapa individu dan perkara yang berlaku di luar sana.

"Olahan teater ini juga sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana ingin memberi peluang kepada penonton berfikir sejenak mengenai beberapa perkara penting di dalam kehidupan mereka," ujarnya ketika sidang media teater tersebut di sini, Khamis.

Aksi mencemaskan dalam teater Asrar II.

Dalam pada itu, Wan Azli berkata, 'Asrar' yang bermaksud rahsia di dalam rahsia turut mempaparkan konflik diri dan jiwa yang banyak berlaku di kalangan masyarakat dalam mencari kesedaran keimanan terhadap Tuhan.

"Ada segelintir masyarakat menjalani kehidupan seharian mereka berpandukan nafsu tanpa sedar dan atas dasar itu juga kita menekankan konflik ini di dalam teater ini," katanya.

Sementara itu, Wan Azli berkata pementasan teater ini bukan berlandaskan kepada keuntungan tetapi lebih kepada berkongsi fakta dan memberi pengetahuan dan pengajaran kepada penonton.

Diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Fandi Che Hisham, Asrar II dilakonkan oleh pelakon berbakat seperti Nam Ron, Pekin Ibrahim, Amerul Afendi, Eliza Mustafa, Nadia Zainal dan Kirin Mohamed.

Ujarnya, latihan yang diambil selama lebih daripada sebulan itu mendapat komitmen tinggi daripada semua barisan pelakon.

"Seperti yang saya katakan, tujuan teater ini dibuat adalah bukan untuk mendapatkan keuntungan dan para pelakon adalah semuanya daripada kalangan penggiat teater yang ingin memberikan sesuatu sebagai tanggungjawab kepada masyarakat.

"komitmen mereka semua adalah cukup tinggi dan berharap penonton akan hadir menyaksikan teater ini.

Nam Ron dan Pekin berganding pertama kali dalam teater arahan Fandi Che Hisham.

Asrar II terbitan Seni Suri Jawi turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia akan dipentaskan bermula 9 Disember sehingga 12 Disember 2011 bertempat di Auditorium Daeng Chelak, Muzium sultan Alam Shah di sini bermula pukul 8.30 malam.

Tiket berharga RM10 dikenakan dan untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tiket boleh menghubungi Faizal Mustaffa di talian 017-2002944 atau boleh melayari www.senisurijawi.com atau www.senisurijawi.blogspot.com.

Stesen Televisyen Di China Berminat Beli Program 'Rasa Halal'

Posted: 08 Dec 2011 06:05 PM PST

Pengurus Besar Astro Oasis, Izelan Basar.

KUALA LUMPUR: Program terbitan saluran Astro Oasis terus mendapat perhatian negara luar apabila stesen televisyen di China berminat untuk menyiarkan program travelogue Rasa Halal di sana.

Pengurus Besar Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihak di China berhasrat membeli program Rasa Halal kerana tertarik dengan isi kandungan program tersebut yang bersifat universal.

"Ini adalah bukti bahawa program berunsurkan ilmiah dan keislaman terbitan tempatan mendapat perhatian pihak luar dan pihak kami berbesar hati jika mereka ingin membeli program Rasa Halal untuk disiarkan di China.

"Malah Rasa Halal China telah pun disiarkan di Indonesia," ujarnya.

Izelan ditemui pada majlis pelancaran program Rasa Halal Laos dan Thailand musim ke enam di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Izelan berkata, pihaknya akan terus menghasilkan program berunsurkan keislaman dan ilmiah terbaik dan sesuai untuk di eksport ke luar negara.

Ujarnya, minat yang ditunjukkan oleh pihak luar terhadap program terbitan Astro Oasis seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan dan Rasa Halal telah menaikkan semangat pihaknya untuk terus menerbitkan lebih banyak program pada masa akan datang.

"Program-program ini telah mendapat perhatian media antarabangsa dan ia adalah satu signifikan bahawa ia dapat diterima baik oleh masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, Izelan memberitahu, Rasa Halal akan memulakan penggambaran musim terbaru di beberapa negara Eropah seperti Australia, Turki, United Kingdom dan Perancis pada tahun hadapan.

Katanya, pemilihan negara Eropah itu adalah untuk memberikan kelainan kepada program itu yang sebelum ini tertumpu di negara-negara Asia.

"Selepas enam musim sudah tiba masanya program ini mengorak langkah dengan menjelajah ke negara-negara Eropah pula," ujarnya.

Program Rasa Halal Laos dan Thailand musim terbaru disiarkan setiap hari Selasa, pukul 7.30 malam di saluran 106 Astro.

Ashlee Simpson - Pete Wentz Sah Bercerai

Posted: 08 Dec 2011 05:58 PM PST

ASHLEE Simpson dan suaminya Pete Wentz sah bercerai apabila proses penceraian mereka selesai pada 22 November lalu.

Pasangan itu juga dilaporkan turut bersetuju untuk menandatangani perjanjian persetujuan bersama setebal 103 muka surat namun tidak dapat dipastikan isi kandungannya tidak dedahkan.

Ashlee dan Pete bernikah pada Mei 2007 dan enama bulan kemudiam mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Bronx Mowgli.

Perkahwinan pasangan hangat itu hanya bertahan selama tiga tahun selepas adik kepada penyanyi Jessica Simpson itu menfailkan perceraian pada Februari lalu.

Sejak mengumumkan penceraian mereka, pasangan itu dilihat sering muncul dengan pasangan baru mereka dikhalayak.

Ashlee telah menjalinkan hubungan dengan Vincent Piazza dan bekas suaminya dengan model Meagan Camper.

Ibu bantu suri rumah

Posted: 08 Dec 2011 05:56 PM PST

AKTIVITI...Phillipa (dua dari kiri) turut aktif dalam  pertubuhan Ibu Family Resource yang menjalankan aktiviti membabitkan suri rumah sepenuh masa.
AKTIVITI...Phillipa (dua dari kiri) turut aktif dalam pertubuhan Ibu Family Resource yang menjalankan aktiviti membabitkan suri rumah sepenuh masa.

HIDUPNYA kini bagaikan kembali ke alam remaja. Apa yang diimpikannya dulu satu persatu mula menjadi kenyataan malah ada yang langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.

Sememangnya Phillipa Yoong Bayly sendiri tidak menduga kemunculan semula dalam arena sukan ski air begitu menyerlah selepas lebih sedekad menyepikan diri.

  • Foto

    ATLET...perkahwinan dan gelaran ibu menjadikan Phillipa seorang yang lebih stabil serta kuat dari segi fizikal dan mental.

  • Foto

    TANGKAS...status ibu tidak menghalang Phillipa untuk meraih pencapaian membanggakan dalam sukan ski air.

  • Foto

    SAMA MINAT...Phillipa berlatih dan berkongsi tip sukan ski air bersama abangnya, Alex Yoong (kiri).

Selepas merangkul pingat emas terakhirnya di Sukan Sea Jakarta 1997 ketika berusia 18 tahun, Phillipa kembali menghangatkan pentas sukan dwi-tahunan Asia Tenggara itu menerusi pencapaian mengagumkan di Sukan Sea Palembang bulan lalu.

Lagaknya bagaikan balerina di atas air apabila melakukan disiplin tricks, terbang ke udara bagaikan mahu menggapai awan dalam acara jump dan merebahkan badan hampir mencecah air bagi acara slalom, seolah-olah dia tidak pernah meninggalkan sukan itu sebelum ini.


Nyata kematangan usia dan pengalaman banyak memberi kelebihan kepada ibu kepada dua cahaya mata berusia lima dan dua tahun ini mempersembahkan aksi mantap, sekali gus membawa pulang empat pingat, dua emas (slalom dan keseluruhan), satu perak (jump) dan satu gangsa (trick).


Yang pasti, ada satu perkara menarik mengenai wanita ini. Phillipa tidak pernah sekalipun berubah. Dia masih peramah, pintar dan lucu. Biarpun lebih lima tahun tidak bertemu, Phillipa atau lebih mesra dipanggil Pipa tetap ceria dan seronok melayannya bercerita mengenai keluarga, ski air serta aktiviti kumpulan ibu-ibu yang disertainya.

"Jelas sekali fizikal saya bukanlah seperti remaja 18 tahun, tambahan pula selepas melahirkan anak. Tapi saya merasakan keadaan fizikal ini lebih cergas berbanding dulu.

"Ketika remaja, saya sedikit tembam dan mudah penat. Kini sebaliknya dan saya selesa dengan keadaan ini. Berkahwin dan bergelar ibu menjadikan saya seorang yang lebih stabil serta kuat dari segi fizikal dan mental," ujarnya.

Status ibu itu turut membuatkan Pipa lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga berbanding kembali menjadi wanita berkarier.

Pipa sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Pentadbiran di Channel V dan mengambil keputusan meninggalkan bidang itu selepas melahirkan anak pertamanya.

Pipa juga tidak selasak dulu dan pembabitannya dalam sukan permotoran beberapa tahun lalu kini tinggal dalam lipatan sejarah.

Bersama Deanna Yusoff dan Kazumi Mikami, Pipa ketika itu bergerak atas nama pasukan X-1R bagi perlumbaan Merdeka Millenium Endurance di Sepang, hingga meletakkan mereka selaku pasukan wanita tunggal di perlumbaan itu.

"Semuanya itu hanya untuk menimba pengalaman. Saya suka mencuba sesuatu yang baru dan sukan permotoran adalah sesuatu yang mengujakan saya ketika itu.

"Minat saya dalam sukan itu juga hanya seketika dan selepas berkeluarga, keinginan untuk berlumba terus padam. Pemanduan saya juga makin perlahan kerana bimbang memikirkan keselamatan anak-anak," katanya.

Selain mengimbangi kehidupan sebagai ibu dan atlet, Pipa tidak ketinggalan aktif berpersatuan. Pengerusi pertubuhan Ibu Family Resource (Ibu) ini giat menjalankan aktiviti membabitkan suri rumah sepenuh masa selain menganjurkan kerja-kerja amal menerusi jualan lambak dan bazar.

"Ibu adalah sebuah pertubuhan yang tidak berteraskan keuntungan dan diselenggarakan secara sukarela. Ibu menawarkan kumpulan sokongan, nasihat dan maklumat kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata di sekitar Kuala Lumpur.

"Daripada isu kehamilan hingga kepada proses perubahan dalam menjaga anak kecil, Ibu bertindak sebagai pusat sehenti bagi ibu-ibu mahupun bapa yang ingin mendapatkan bantuan, teman berbual serta ruang permainan untuk anak-anak.

"Menariknya, Ibu membuka penyertaan kepada semua warga negara, agama, bangsa dan fahaman. Dengan lebih 20 kerakyatan dalam senarai ahli, Ibu memang menggalakkan pergaulan pelbagai lapisan masyarakat agar masing-masing dapat membantu menangani isu yang dihadapi kala membesarkan anak-anak.

"Sememangnya Ibu adalah salah satu platform untuk saya dekatkan diri dengan masyarakat. Tidak mudah untuk menguruskan semua ini, tapi saya rasa ia lebih baik daripada membuang masa tanpa melakukan apa-apa," katanya.

Hidu air hanyir

Posted: 08 Dec 2011 05:54 PM PST

OPERASI...gerai yang menjual daging babi berhampiran Jalan Ara, Lucky Garden, Bangsar.
OPERASI...gerai yang menjual daging babi berhampiran Jalan Ara, Lucky Garden, Bangsar.

KUALA LUMPUR: Kewujudan pasar pagi tradisional yang beroperasi dalam keadaan sesak, kotor dan berbau di tengah-tengah pusat komersial moden serta berhampiran kawasan perumahan elit, berhampiran Jalan Ara, Lucky Garden, Bangsar, di sini, menimbulkan persoalan di kalangan penduduk setempat.

Apatah lagi, pasar terbuka itu yang bukan saja menimbulkan bau kurang enak di kalangan pelanggan kedai makan berhampiran serta mengakibatkan kesesakan lalu lintas berlarutan sejak berbelas tahun lalu.

Orang ramai khususnya yang beragama Islam bertambah tidak selesa kerana penjualan daging babi dilakukan secara terbuka di pasar berkenaan sedangkan beberapa restoran makanan Muslim terletak tidak jauh dari situ.

Biarpun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sering mengadakan operasi termasuk mengeluarkan saman kepada pemandu yang sesuka hati meletak kenderaan di kawasan itu keadaan masih tidak berubah.


Tinjauan Metroplus ke pasar itu baru-baru ini, mendapati peniaga masih ligat menjalankan perniagaan walaupun memasuki waktu makan tengah hari dan menjangkau jam 2 petang.


Mereka tidak menghiraukan kenderaan yang lalu lalang dan jalan sibuk, sebaliknya meneruskan aktiviti mereka.

Eksekutif Pemasaran, Khadijah Yong, berkata tidak sesuai lagi kewujudan pasar pagi di lokasi yang sesak biarpun bukan pada waktu puncak kerana Lucky Garden antara tempat tumpuan penduduk Bangsar.

"Pengunjung bukan saja mengharungi kesesakan yang disebabkan kewujudan pasar terbabit, tetapi terpaksa melalui gerai daging babi yang dijual secara terbuka.

"Saya berharap DBKL memberi perhatian kerana jualan daging babi tidak seharusnya dijalankan di tempat terbuka. Bau busuk berkekalan sehingga malam, sekali gus mencemarkan kawasan berkenaan," katanya.

Pelanggan restoran, Joseph Lim, 35, berharap DBKL menyediakan kawasan perniagaan baru kepada peniaga kerana kedudukannya di tengah pusat perniagaan sudah tidak relevan.

"Kami bukan mahu menyekat punca pendapatan mereka, tetapi DBKL perlu melihat kepentingan seluruh masyarakat yang tinggal di sini, bukan hanya mengikut kemahuan peniaga.

"Jam 1 tengah hari baru mereka mengemaskan barangan dan mengalihkan gerai sedangkan ketika itu waktu makan tengah hari. Kenderaan keluar dan masuk, tetapi tiada tempat letak kereta, padahal kawasan ini sepatutnya dijadikan ruang letak kenderaan," katanya.

Bagi suri rumah, Azimah, 52, bau sampah dan hanyir yang ditinggalkan penjaja sudah cukup menarik kehadiran gagak ke kawasan itu walaupun peniaga membersihkan kawasan perniagaan mereka serta-merta.

"Pemantauan semakin kurang, kadangkala jam 3 petang baru kawasan lapang ini kosong sepenuhnya, ketika itu kerja pembersihan dilakukan.

"Kawasan ini antara tumpuan ramai. Saya harap DBKL memindahkan pasar ini ke lokasi baru. Mereka masih boleh berniaga dan pastinya gerai lebih teratur dan persekitarannya juga tidak mengundang masalah kebersihan," katanya.

Norish jadi buruan

Posted: 08 Dec 2011 05:53 PM PST

Norish
Norish
Pelakon Terima Kasih Cinta pernah luah hasrat enggan temui media

KEHILANGAN aktres, pengacara dan penyanyi Norish Karman daripada dunia hiburan berbulan-bulan lamanya sejak teater muzikal lakonannya, Terima Kasih Cinta, berakhir sekitar Februari lalu memang disedari pihak media. Sehingga kini, tiada siapa yang tahu di manakah artis serba boleh ini berada kerana kelibatnya tidak pernah kelihatan dalam mana-mana acara hiburan.
Maklumlah, sebagai pelakon popular tentunya ramai yang prihatin dengan keadaan Norish yang mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita, meskipun pelbagai spekulasi timbul di sebalik kisah kehilangannya itu.
Justeru, apabila Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama CTRA Production melayangkan undangan ke majlis sidang media Festival Monodrama yang diadakan petang kelmarin di Istana Budaya, sambil menyatakan nama Norish sebagai seorang daripada artis yang bakal menjayakan festival itu, tentunya ia boleh diibaratkan seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Sekian lama cuba menjejaki aktres ini, akhirnya peluang bertemu artis yang berasal dari Singapura ini bakal menjadi kenyataan. Seperti yang dijangka, rata-rata media yang hadir pada petang Rabu lalu mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk menemubual Norish dan mendapat kenyataan rasminya mengenai misteri kehilangannya itu.

Malangnya, hasrat berkenaan tidak kesampaian apabila pelakon itu tidak menghadirkan diri. Bukan saja Norish, tetapi dua artis lain yang turut terbabit dalam pementasan monolog itu iaitu Misha Omar dan Jasmin Hamid juga tidak kelihatan. Menurut pengarah monolog yang bakal dijayakan mereka, Rosminah Tahir, ketiadaan ketiga-tiga pelakon itu disebabkan masing-masing terikat dengan komitmen lain.

Bercerita mengenai pemilihan Norish, penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, tawaran itu diberikan kepada pelakon itu bulan lalu, selepas beberapa kali hasrat untuk mereka bekerjasama dengannya tidak kesampaian.
"Kami pernah bekerjasama dengan Norish sebelum ini untuk teater Deja Vu Seorang Perempuan. Norish pun ada bertanyakan kepada saya, bila lagi mahu memanggilnya berlakon? Bila dapat saja teater yang sesuai, saya pun menghubunginya dan dia terus bersetuju menerima tawaran itu.

"Tawaran berkenaan diberikan kira-kira dua minggu lalu dan selepas itu kami ada berjumpa untuk sesi membaca skrip," cerita Rohayah atau lebih mesra di kalangan wartawan dengan panggilan Kak Roy.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sallehuddin Abang Shokeran; Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani; dan Ketua Bahagian Promosi & Pengiktirafan DBPKL, Kamsiah Mohamed.

Seakan dapat meneka apa yang bermain di fikiran wartawan yang datang pada hari itu, selain membaca sendiri gosip yang tersebar di internet mengenai pelakon itu, Rohayah berkata, sewaktu bertemu Norish, ibu kepada tiga cahaya mata itu berada dalam keadaan sihat.

"Cuma dia ada berpesan pada saya, kalau boleh dia enggan bertemu pihak media.
Alasannya, dia lebih selesa bersikap low profile sebelum membuat kemunculan semula secara besar-besaran pada Januari depan sempena kelahiran album sulung," kata penerbit yang pernah menghasilkan teater muzikal Gamat dan Tun Mahathir ini.

Berkongsi maklumat mengenai festival monodrama itu, Rosminah berkata, tiga pelakon berkenaan diberi naskhah berdasarkan kebolehan mereka menghayati skrip yang diberikan.

"Tiada uji bakat yang diadakan. Sebaliknya, selepas kata persetujuan diberikan, mereka diberikan skrip dan kami melihat bagaimana mereka menghayati watak yang diberikan.

Walaupun mereka bertiga pelakon berbakat dan berpengalaman, tetapi mereka menetapkan syarat supaya mereka diberi latihan. Kalau ikutkan, saya hanya mahu mereka diberikan skrip dan terpulang pada masing-masing bagaimana mereka mahu persembahkan monolog itu," katanya.

Misha akan bermonolog menerusi hasil karya Rosminah sendiri iaitu Gadis Yatim, manakala Jasmin membawakan watak berkonsepkan 1Malaysia iaitu watak orang Cina dan Tamil menerusi naskhah berjudul 4 Gadis Pingitan. Norish pula muncul menerusi monolog Bukan Deja Vu.

Ketiga-tiga artis ini akan tampil dengan persembahan selama 15 minit sepanjang dua hari festival itu diadakan, pada 13 dan 14 Disember ini, bertempat di Lambang Sari, mulai jam 8.30 malam. Tiket boleh didapati di Istana Budaya mulai semalam.

Produk tempatan diakui

Posted: 08 Dec 2011 05:51 PM PST

SUASANA di Pavilion Malaysia pada ATF 2011.
SUASANA di Pavilion Malaysia pada ATF 2011.
ATF semakin mendapat perhatian penerbit, penyiar dan pengedar Malaysia

MATLAMAT Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memperkenalkan karya tempatan ke peringkat global semakin mendapat sambutan penggiat industri kreatif apabila jumlah penyertaan ke Forum Televisyen dan Pasaran Asia (ATF) 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura, bertambah tiga ganda.
Tahun lalu, acara tahunan itu disertai kira-kira 23 syarikat, bagaimanapun keyakinan penggiat industri kreatif ke atas peranan dimainkan FINAS dengan usaha sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) kian bertambah apabila 63 syarikat terdiri daripada penerbit, penyiar dan pengedar menunjukkan minat menyertai forum selama tiga hari bermula Rabu dan berakhir hari ini.
Pengarah Eksekutif, Hiburan & Media, Agensi Media & Kreatif Global (GCMA), Adam Ham, berkata daripada 63 penyertaan, sebanyak 23 daripadanya ialah penjual program.

Katanya, ramai penjual program memohon untuk menyertai Pavilion Malaysia tetapi terpaksa ditolak berikutan ruang yang terhad.

"Pada ATF kali ini, FINAS menyediakan ruang paling besar supaya kehadiran Malaysia dalam pasaran kreatif itu lebih menonjol. Malah banyak permohonan untuk menyertai Pavilion Malaysia terpaksa ditolak kerana kesemua 23 meja yang disediakan sudah ada pemilik.

"Ia menunjukkan kesedaran penggiat industri kreatif untuk melangkah ke peringkat global dalam menjana pulangan yang lebih tinggi sudah mula timbul. Mereka juga mula sedar peranan penting Pavilion Malaysia yang diwujudkan sejak tahun lalu," katanya yang bertanggungjawab mengatur, menguruskan dan menyelia bagi pihak kerajaan di dalam mana-mana pasaran kandungan kreatif di seluruh dunia.

Selain menyediakan ruang jualan produk tempatan paling besar, FINAS turut menganjurkan beberapa aktiviti lain supaya kehadiran Malaysia di dalam acara yang memasuki 12 tahun penganjurannya lebih disedari. Antaranya dengan menganjurkan majlis makan tengah hari, menyediakan ruang kopi untuk peserta secara percuma serta turut mengadakan sebanyak empat forum perbincangan bersama penceramah luar negara.

Sementara itu Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan, nyata amat berpuas hati dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada syarikat tempatan. Beliau bagaimanapun berharap, peserta Pavilion Malaysia tidak hanya menyertai forum selama tiga hari ini untuk menjual produk mereka semata-mata, sebaliknya harus menggunakan peluang yang ada untuk mencari peluang menjalin kerjasama antarabangsa.

Pada majlis makan tengah hari anjurkan FINAS itu, tiga syarikat tempatan turut mengambil peluang mengumumkan kejayaan menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa.

Turner Broadcasting System Asia Pasifik, mengumumkan siri animasi prasekolah terbitan tempatan, ABC Monsters yang dihasilkan Studios Animasia mendapat kepercayaan daripada Cartoon Network Asia dan Boomerang untuk pasaran Australia serta New Zealand. Program itu akan ditayangkan bermula Januari tahun depan.

Ed-Onlie Technologies yang menerbitkan animasi berjudul Eori pula mendapat kepercayaan Korea NHC Media dengan menjalinkan penerbitan bersama siri kartun berkenaan. Eori sudah mula ditayangkan di saluran KBS TV2 (Korea) sejak sebulan lalu. Eori mencipta rekod apabila mencatat sasaran penonton yang tinggi setiap kali ditayangkan. Animasi berkenaan akan mula ditayangkan di Astro Ceria bermula Mac ini.

Sementara itu FriedChillies Media pula mengumumkan penubuhan saluran FriedChillies Food Network. Saluran ala Asian Food Channel (AFC) itu akan memperkenalkan pelbagai jenis makanan Asia dan juga dokumentari pengembaraan.
Md Afendi berkata, sejak enam tahun FINAS menyertai ATF, tahun ini cukup bermakna kerana perkembangan produk terbitan tempatan yang kian membanggakan.
Bukan saja kerana kepesatan penerbitan produk, tetapi juga produk tempatan khususnya animasi semakin mendapat kepercayaan negara luar seperti Korea dan Jepun.

"Produk terbitan syarikat tempatan bukan saja semakin berkembang, namun lebih menggembirakan kualiti mereka setanding keluaran antarabangsa sehingga banyak negara luar mula berminat untuk bekerjasama dengan kita. Saya turut didatangi wakil dari saluran Disney yang katanya berminat untuk menayangkan siri animasi keluaran negara kita.

"Ini menunjukkan produk terbitan kita semakin diiktiraf. Oleh itu saya menggesa supaya penggiat industri kreatif mengambil peluang ini.

"Saya percaya jika syarikat penerbitan tempatan ingin menembusi pasaran luar negara, itulah cara yang mereka harus lakukan. Saya juga menggesa agar lebih banyak syarikat bumi putera dapat menyertai Pavilion Malaysia. Kos yang dikenakan FINAS tidaklah begitu tinggi, lagipun mereka boleh membuat tuntutan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE) yang menyediakan rebat pulangan sebanyak 50 peratus untuk setiap kos yang mereka keluarkan untuk menyertai forum sebegini," katanya.

ATF yang dianjurkan Reed Exhibition sejak 12 tahun lalu ialah pasaran media utama Asia yang disertai lebih 254 syarikat jualan kandungan televisyen antarabangsa dengan lebih 400 pembeli daripada 41 negara. Antara pembeli berpotensi ialah Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Korea, China, Jepun, Taiwan, Vietnam dan banyak lagi.

'Habuan lagi'

Posted: 08 Dec 2011 05:50 PM PST

pix_gal0
Imbuhan buat Harimau Muda mampu rangsang pemain: Kim Swee

HARI ini, semua 91 pemenang emas negara di Sukan SEA Jakarta bulan lalu menerima habuan RM629,996 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan bagi skuad bola sepak, ada sesuatu lebih besar menanti selepas skim berkenaan.
Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menandatangani perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 8 Julai lalu, turut menjanjikan insentif kepada skuad Bawah 23 andai berjaya mempertahankan 'ibu segala pingat' pada Sukan SEA lalu.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, walaupun belum ada berita mengenai penyerahan insentif berkenaan, keputusan mengenainya mungkin diketahui selepas Jawatankuasa Kewangan FAM bersidang esok.

"Telekom menjanjikan RM1 juta sebagai insentif untuk beberapa kejohanan dalam tempoh setahun, jadi selepas mesyuarat Sabtu ini (esok), baru kami bentangkan jumlah sebenarnya untuk skuad Sukan SEA," kata Azzuddin.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika diminta mengulas insentif tambahan itu mengalu-alukan sebarang bentuk insentif kepada anak buahnya kerana ia mampu merangsang pemain berusaha lebih keras.

"Saya tidak fikir pemain akan lupa diri, sekurang-kurangnya ia mampu menarik minat mereka untuk kekal bersama pasukan walaupun mendapat tawaran tinggi daripada pasukan lain."
Sebelum ini, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah Skuad memberi habuan RM30,000 kepada setiap seorang sebaik Harimau Muda menewaskan Indonesia menerusi penalti penentuan di Jakarta, 21 November lalu.

Bandar Chiku tiada pasar awam

Posted: 08 Dec 2011 05:49 PM PST

KENDERAAN yang diletak di tepi jalan punca kesesakan di Bandar Chiku, Gua Musang.
KENDERAAN yang diletak di tepi jalan punca kesesakan di Bandar Chiku, Gua Musang.
Peniaga terpaksa bina gerai di tepi jalan menyebabkan laluan sesak, kotor

BANDAR CHIKU: Peniaga di bandar ini terpaksa membina gerai di tepi jalan untuk menjual barangan basah berikutan ketiadaan pasar awam.
Keadaan itu menyebabkan rasa tidak selesa kepada orang ramai, khususnya pemandu dan penunggang motosikal apabila air daripada tong ikan mengalir ke atas jalan raya.
Peniaga mendakwa sudah menyuarakan masalah itu kepada pihak berkuasa tetapi tiada usaha untuk membina pasar awam.

Tinjauan mendapati kawasan itu sesak dengan pelbagai kenderaan kerana ia adalah laluan utama ke Rancangan Tanah FELDA Chiku 6 dan 7.

Peniaga, Muhamad Sulaiman, 51, berkata, sebagai tempat tumpuan peneroka untuk membeli-belah setiap hari amat wajar kerajaan membina pasar dilengkapi pelbagai kemudahan seperti di bandar lain di Kelantan.

Katanya, langkah itu penting untuk menjaga kebersihan dan mengelak kesesakan lalu lintas.
"Kami sering menerima rungutan orang ramai yang mempersoalkan kedudukan gerai yang tidak teratur dan pengaliran air ikan di jalan raya.

"Namun, kami tidak boleh bertindak untuk mengatasi masalah itu selagi kerajaan tidak membina sebuah pasar bagi kemudahan peniaga," katanya.

Zainab Yusoff, 45, pula berkata, Chiku, bandar kedua selepas Gua Musang memerlukan kemudahan infrastruktur yang teratur.

Katanya, semakin ramai peneroka berminat berniaga tetapi pembinaan gerai dibuat tanpa perancangan.

"Keadaan itu menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan meletakkan kenderaan di merata tempat untuk membeli keperluan hingga menyebabkan kesesakan," katanya.

Enggan jual lembu gergasi walaupun ditawar RM11,000

Posted: 08 Dec 2011 05:45 PM PST

YUSOF enggan menjual lembu baka Bali Brahman walaupun ditawar harga yang tinggi.
YUSOF enggan menjual lembu baka Bali Brahman walaupun ditawar harga yang tinggi.
KUALA TERENGGANU: Walaupun ditawarkan RM11,000, penternak lembu dari Kampung Gemuruh, Tepoh di sini, Yusof Mohammad, 39, tidak sanggup menjual lembu jantan baka Bali Brahman, miliknya seberat lebih satu tan.

Yusof berkata sepanjang menceburi bidang ternakan sejak lebih 20 tahun lalu, beliau tidak pernah melihat lembu setinggi 1.7 meter dan 1.6 meter panjang itu.
"Ketika membeli lembu ini daripada penternak di Kampung Buluh, Setiu pada harga RM6,000 pada September lalu, keadaannya tidaklah sebesar ini, tetapi berbekalkan pengalaman, selera haiwan ini bertambah apabila makan sehingga 20 kilogram rumput sehari, lima kilogram palet dan vitamin.
"Walaupun lembu ini kuat makan, ia perlu dijaga rapi bagi mengelakkannya cedera jika terjatuh kerana ia sangat berat," katanya ditemui di rumahnya di sini.

Yusof berkata, harga semasa seekor lembu di pasaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000, justeru walaupun ada seorang lelaki menawarkan membeli lembu kesayangannya itu pada harga hampir empat kali ganda menjelang Aidiladha lalu, dia tidak sanggup melepaskannya kerana sukar mencari lembu sebesar dan jinak seperti itu.

Katanya, tukang masak di kampung itu yang datang melihat lembu berkenaan memaklumkan sekiranya ternakan itu disembelih dagingnya dapat dimasak 10 kawah dan dapat diberi makan kepada 4,000 orang.

Yusof berkata, selain lembu gergasi yang menjadi perhatian penduduk, dia memiliki seekor lembu baka Mega dan 20 ekor lembu tempatan, 90 ekor kerbau serta tiga ekor kerbau denak untuk menangkap kerbau liar di seluruh negara.
Menceritakan pengalamannya sebagai penternak dan penangkap kerbau liar, Yusof berkata, dia mula mengikut bapanya mengambil upah menangkap kerbau liar sejak kecil, justeru, berbekalkan pengalaman itu dia menjadikannya sebagai kerjaya dan mula menternak beberapa ekor lembu dan kerbau sejak 20 tahun lalu.

Kini, Yusoff berkata, dia bersyukur kerjaya yang diceburinya itu memberi pulangan memuaskan kerana setiap tahun dia menjual antara 40 hingga 50 ekor kerbau dan lembu terutama pada musim perayaan termasuk Aidiladha.

'Ulat' ambil kesempatan sempena LIMA

Posted: 08 Dec 2011 05:44 PM PST

SEBAHAGIAN tempat letak kereta yang didakwa mengenakan bayaran berlebihan di Kuala Kedah.
SEBAHAGIAN tempat letak kereta yang didakwa mengenakan bayaran berlebihan di Kuala Kedah.
Pengusaha tempat letak kenderaan haram letak harga dua kali ganda

KUALA KEDAH: Kehadiran ulat parkir haram yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran mahal khususnya terhadap pelancong yang mahu berkunjung ke Langkawi sempena Pameran Maritim dan Aerongkasa Langkawi 2011 (LIMA 11) dan cuti sekolah di Jeti Kuala Kedah mencalar imej pelancongan negeri.
Pengusaha tempat letak kenderaan haram itu dikesan meletakkan harga melampau iaitu lebih dua ganda melebihi harga biasa kerana permintaan menggalakkan berikutan peningkatan pelancong ke Langkawi.
Malah, orang ramai yang ditemui juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka apabila terpaksa membayar sehingga RM35 sehari walaupun kenderaan mereka diletak di tempat tidak berbumbung.

Seorang pelancong, Ismail Shamsudin, 46, dari Taiping, Perak, berkata dia berkunjung ke Langkawi, Ahad lalu bersama keluarganya untuk menyaksikan LIMA 2011 selain berehat di pulau pelancongan itu sempena cuti persekolahan dan terkejut dengan kehadiran ulat parkir.

"Apa yang mengejutkan saya ialah bayaran tempat letak kereta RM35 sehari, tempat letak kereta itu pula terletak di belakang deretan kedai di Kuala Kedah," katanya.

Ismail berkata, disebabkan dia tidak mengetahui tempat meletakkan kereta yang bersesuaian di persekitaran jeti itu, dia terpaksa mengikut arahan ulat parkir yang menaiki motosikal kononnya menawarkan tempat meletak kenderaan dengan harga berpatutan.
"Saya dibawa ke kawasan tempat letak kereta di belakang barisan kedai dan saya dikehendaki membayar RM35 sehari dengan alasan mereka akan mengawal kereta saya 24 jam," katanya.

Ismail berkata, dia berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu kerana ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sempena musim cuti persekolahan dan sempena LIMA 2011 yang berlangsung 6 hingga esok.

Sementara itu, seorang pengusaha tempat letak kereta berlesen di Kuala Kedah, Razali Ali, 40, berkata dia mengenakan bayaran antara RM10 hingga RM15 sehari di premis tempat letak keretanya.

"Bayaran RM10 di tempat tidak berbumbung, manakala di tempat berbumbung ialah RM15 dan bayaran itu adalah standard untuk semua tempat letak kereta berlesen.

"Kami tidak akan mengenakan bayaran lebih sama ada musim cuti persekolahan atau LIMA 2011 tetapi di tempat lain (tidak berlesen) saya tidak tahu," katanya yang enggan mengulas.

Seorang petugas di sebuah tempat letak kereta berlesen, Saiful Sobri, 19, mendakwa kenaikan bayaran tempat letak kereta itu kemungkinan berpunca daripada kehadiran ulat parkir.

"Ulat parkir ini mencari pelanggan dengan menunggang motosikal sebelum menawarkan harga parkir mencecah RM35 sehari dan saya percaya mereka bergiat secara haram untuk mengaut keuntungan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Saifullizam Othman, yang dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan berjanji mengadakan operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran ulat parkir.

"Kita akan mengatur operasi bersama polis bagi membanteras semua tempat letak kereta haram di Kuala Kedah dalam tempoh terdekat. Perbuatan mereka menjejaskan imej pelancongan negeri," katanya.

15,400 penjawat awam berprestasi rendah disiasat

Posted: 08 Dec 2011 05:40 PM PST

PUTRAJAYA: Kira-kira 15,400 kakitangan awam yang mencatatkan prestasi rendah iaitu mendapat markah penilaian 69 peratus ke bawah, tidak akan sewenang-wenangnya diminta bersara awal, sebaliknya kelemahan itu akan disiasat panel khusus bagi mengelakkan penganiayaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata panel itu diberi tempoh enam bulan untuk melakukan siasatan berkenaan yang membabitkan 1.1 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara.
Katanya, siasatan itu turut membabitkan kemungkinan kakitangan terbabit mempunyai sebab tertentu mendapat prestasi rendah.
"Siasatan panel khas itu akan menyeluruh... kita melihat semua perkara termasuk bakat dan kemampuan kakitangan terbabit dan hanya selepas itu, panel akan memberi cadangan sama ada mungkin memindahkan mereka ke jabatan lebih sesuai dengan bakatnya.

"Mereka mungkin hanya diminta bersara awal sekiranya didapati mempunyai rekod prestasi buruk bagi tempoh yang lama dengan mengambil kira rekod tahun terdahulu secara berturut-turut," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, fenomena itu bukan isu besar bagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana sebahagian besar kakitangan awam memiliki rekod prestasi baik iaitu melebihi 70 peratus berdasarkan kepada sampel laporan prestasi tahun lalu yang dibuat ke atas 131,196 penjawat awam atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam.

Daripada laporan itu, katanya, 39 peratus (546,000) penjawat awam mendapat markah prestasi 90 peratus; 55.6 peratus (778,400) mendapat markah antara 80 hingga 89 dan 4.3 peratus (60,200) mendapat antara 70 hingga 79 markah.
Beliau mengulas laporan akhbar berkaitan isu penjawat awam yang berprestasi rendah dengan markah 70 peratus ke bawah, akan diminta bersara awal apabila skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Kisah 3 wanita dalam Dingin Lavenda

Posted: 08 Dec 2011 05:37 PM PST

Dingin Lavenda setiap Jumaat, 9.00 malam

Menyusuli Tahajjud Cinta, saksikan drama bersiri terbaru, 'Dingin Lavenda' menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 9 Disember 2011. Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.

Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan kisah 3 sahabat di drama bersiri hebat, Dingin Lavenda, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

SENARIO BIKIN KECOH!

Posted: 08 Dec 2011 05:34 PM PST

Kumpulan Lawak popular, Senario berjaya mencipta fenomena di kalangan penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 1996. Walaupun sering bersilih ganti ahli-ahli anggotanya pada peringkat awal, populariti Senario tidak pernah pudar dan nama ini masih utuh di golongan peminat mereka yang gemar dengan lakonan Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet dan Wahid.

Tidak pernah mengecewakan kalangan peminat setianya dengan lakonan spontan dan lawak jenaka mereka, Azlee Jaafar berganding sekali lagi dengan rakan-rakannya, Mazlan Pet Pet dan Wahid dalam drama komedi bersiri, SENARIO: Misteri BamBoo yang akan disiarkan mulai 6 Disember 2011, setiap hari Selasa jam 10.00malam. Diterbitkan oleh Anniesafinas Hassan dari Primeworks Studios, drama komedi bersiri yang akan bersiaran selama 13 episod turut menampilkan Saiful Apek, Yassin, Ebby Yus, Ayu Raudhah, Sharifah Shahira, Acong Sweetchild, Bell Ngasri dan Kazaar.

Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh. Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim ialah seorang tauke warung yang sudah kematian isteri. Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah). Salih selalu mengaku dia seorang yang berani di depan Mimi padahal dia seorang yang agak penakut. Mimi selalu diganggu oleh dua orang samseng di Kampung Buluh, Jusuh (Yassin) dan Joned (Saiful Apek).

Kampung Buluh yang sentiasa aman digempur dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku. Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal. Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu orang-orang kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol. Namun, orang-orang kampung tidak mempercayai wujudnya toyol di Kampung Buluh tanpa menyedari bahawa Joned dan Jusuh yang menjadi dalang di sebalik pencurian tersebut.

Belum selesai misteri kes pencurian, muncul pula masalah baru di Kampung Buluh. Mereka didatangi seorang lelaki yang mendakwa dirinya wakil dari syarikat hartanah yang mahu membeli tanah-tanah di kampung itu untuk mendirikan sebuah kilang. Ramai penduduk-penduduk yang tidak bersetuju untuk menjual tanah kerana sayang kepada tanah-tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Justeru, Joned dan Jusuh diupah untuk memujuk orang-orang kampung dengan apa jua cara pun. Malangnya, usaha Joned dan Jusuh juga menemui kegagalan. Kisah syarikat berkenaan yang hendak membeli tanah-tanah hilang begitu sahaja. Tiba-tiba, Kampung Buluh dikejutkan dengan hantu-hantu yang mula berkeliaran dan menganggu penduduk-penduduk di situ. Mereka mula hairan kerana selama ini tiada sesiapa yang pernah berjumpa atau diganggu oleh hantu-hantu. Mereka berpakat dan bermesyuarat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Apakah Wak Dol, Kassim, Salih dan Mimi berjaya menyelesaikan pelbagai kejadian misteri yang berlaku di Kampung Buluh? Bagaimana pula dengan muslihat jahat Joned dan Jusuh? Saksikan aksi lucu dan gelagat mereka di SENARIO: Misteri BamBoo mulai 6 Disember, setiap hari Selasa, jam 10.00malam, hanya di TV3!.

Capaian dakwah maya lebih meluas

Posted: 08 Dec 2011 05:33 PM PST


Pelajar jurusan agama dan tahfiz juga perlu mempunyai kemahiran menggunakan teknologi moden terutama Internet untuk memantapkan lagi usaha dakwah. - Gambar hiasan


MANUSIA tidak perlu lagi bersusah payah mengirim surat untuk berkomunikasi, berjumpa untuk melihat rupa, ataupun mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai isu global.

Segalanya boleh diperolehi sepantas kilat iaitu dengan hanya menekan butang carian laman web di hujung jari.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat membangun menjadikan kehidupan manusia bertambah mudah dan sempurna dalam segala aspek.

Peralatan teknologi canggih kian bertambah dari hari ke hari. Ia menawarkan pelbagai kemudahan serta tarikan interaktif yang menjadi kegilaan remaja masa kini untuk menguasainya.

Fenomena evolusi media baru itu menjadikan dunia tanpa sempadan sekali gus merubah peradaban manusia menuju kepada era modenisasi.

Sehinggakan masyarakat yang lahir selepas kebangkitan era informasi dan teknologi itu digelar sebagai generasi Y.

Mula digunakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1980 untuk menjejaki musuh, kini Internet diguna secara meluas di seluruh dunia.

Untuk itu, anak-anak masa kini 'wajib' didedahkan dengan pelbagai kemudahan teknologi dan laman sosial agar tidak ketinggalan dalam proses pembesaran mereka.

Ia bertepatan dengan pesanan Saidina Ali kepada umat Islam supaya mendidik anak-anak mengikut zaman yang mereka sedang lalui, bukannya zaman ibu bapa yang sudah jauh berbeza.

Selari dengan perubahan semasa itu, pendakwah tidak terkecuali mengambil manfaat media interaktif tersebut untuk menyebarkan ilmu ajaran Islam kepada masyarakat.

Sebagai contoh laman sosial seperti Facebook (Fb), You tube dan blog yang kini digunakan ramai dijadikan sebagai medan berkesan dalam berdakwah.

Perkara itu diakui oleh pendakwah dan penulis prolifik Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Mohammad Kazim Elias al-hafiz.

Dr. Zaharuddin yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, bagaikan ribut tsunami, media baru berupaya mempopularkan seseorang atau menyebarkan pengaruh dalam tempoh yang amat singkat.

Katanya, boleh dikatakan hampir semua orang kini melayari Internet dan mempunyai laman Fb sendiri.

"Pastinya mereka mempunyai jumlah rakan tersendiri di laman sosial tersebut. Oleh itu, setiap status yang kita kemaskini akan dibaca oleh setiap rakan kita itu.

"Oleh itu, pendakwah juga perlu mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk menyebarkan ajaran Islam melalui pendekatan yang santai dan digemari tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di UIAM, Gombak, baru-baru ini.

Dr. Zaharuddin yang mempunyai bilangan peminat di Fb mencecah hampir 300,000 orang berkata, kuasa media baru itu dikatakan lebih mendapat sambutan daripada medium media yang lain seperti televisyen, radio atau akhbar.

Katanya, strategi menyampaikan dakwah perlu bersifat fleksibel dan praktikal mengikut kesesuaian dengan peredaran semasa.

"Jika kita dapat memanfaatkan medium tersebut dengan memaksimumkan kreativiti, pengisian serta gaya penulisan yang baik, maka ia akan menjadi tarikan kepada pembaca.

"Sebagai contoh, setiap status yang saya kemaskini akan dapat dibaca oleh orang ramai yang mengikuti blog atau Fb saya.

"Secara langsung bilangan pembaca yang puratanya hampir 200,000 pembaca pada setiap status itu menjadikan jumlah pelayar melebihi pembaca di akhbar atau penonton siaran televisyen atau radio," katanya.

Menurut beliau, segala perkongsian informasi tersebut boleh diperolehi dan dilakukan dengan mudah, pantas serta tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak.

Bagaimanapun katanya, di samping pelbagai kemudahan dan kebaikan, pengguna perlu berhati-hati dalam memilih ilmu yang disebarkan menerusi Internet.

"Dasar kebebasan tanpa sekatan dalam dunia siber membolehkan semua orang menulis dan memberikan pandangan. Ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu agama atau berniat buruk untuk menyelewengkan ajaran Islam.

"Oleh itu, pengguna harus bijak dalam memilih ilmu yang ingin diperolehi. Pengguna juga perlu mengkaji dengan terperinci dalam semua aspek termasuk latar belakang penulis serta sumber sokongan yang kukuh untuk menguatkan hujah penulis tersebut sebelum menerima sesuatu maklumat," katanya.

Dr. Zaharuddin berkata, perkara itu penting kerana terdapat banyak laman web dan gerakan-gerakan yang dikenal pasti cuba mengambil kesempatan menyesatkan umat Islam dengan mengaburi mereka menggunakan latar belakang Islam.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan, pembelajaran secara berguru (talaqqi) tidak boleh ditinggalkan dan perlu diteruskan oleh setiap orang dalam menuntut ilmu asas agama.

"Orang yang mengambil sepenuhnya ilmu daripada Internet tanpa mempunyai ilmu asas berkemungkinan besar mudah terseleweng dan terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan Islam," katanya.

Beliau berkata, belajar secara tradisional yang memerlukan murid bertemu gurunya sangat penting.

Ini kerana ia membolehkan pelajar berinteraksi secara terus kepada gurunya dan lebih memahami apa yang ingin disampaikan.

"Menuntut ilmu secara bertalaqqi mampu memberikan apa yang tidak boleh dilakukan melalui Internet.

"Keberkatan ilmu dapat diperolehi daripada pengajian berguru dan membuatkan pelajar dapat lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka," jelasnya.

Sementara itu, Mohammad Kazim berkata, terdapat empat elemen dalam menuntut ilmu iaitu dengan bertalaqqi secara terus, belajar, melihat dan mendengar.

Katanya, tiada batasan atau halangan dalam mengajak seseorang kepada kebaikan malah dituntut oleh Allah SWT.

Oleh kerana trend masyarakat terutama remaja masa kini yang sukakan teknologi, jadi tidak salah pendakwah mengambil kesempatan menyebarkan dakwah menerusi platform tersebut.

"Ia bukan sahaja mudah untuk dibaca dan dilihat pada bila-bila masa dan juga di mana sahaja, malah penyampaian yang interaktif mampu menarik minat pelayar laman tersebut secara tidak langsung menjadikan dakwah lebih berkesan," katanya.

Beliau menasihati para pendakwah supaya bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan sebarang elemen lain dalam penyampaian dakwah.

"Pendakwah adalah ikon kepada masyarakat serta melambangkan keindahan Islam itu sendiri.

"Sekiranya unsur lain seperti ideologi politik atau masalah peribadi dimasukkan dalam penyampaian dakwah, ini akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

"Masyarakat akan terpengaruh dengan perkara yang disampaikan oleh penceramah tersebut dan ia akan menjejaskan tujuan asal ceramah atau penulisan untuk menyampaikan ajaran Islam," jelasnya.

Mohammad Kazim menambah, sebagai pelayar Internet pula, masyarakat perlu meneliti penceramah serta pengisian yang dikemukakan.

Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat jika didapati mempunyai unsur yang tidak betul.

Bagi meluaskan dakwah Islam menerusi siber, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah menerapkan kelas pengajian komputer kepada pelajar pusat tahfiznya agar berkemahiran dalam media baru.

"Pelajar agama tidak terkecuali mengetahui perkembangan teknologi semasa. Sebenarnya kumpulan inilah yang akan mencetuskan pelbagai idea baru bagi menyebarkan Islam menerusi dunia siber.

"Penguasaan Internet dalam kalangan golongan berpendidikan agama juga mampu merubah fenomena 'kegilaan' masyarakat daripada perkara yang tidak bermanfaat kepada pengetahuan ilmu agama dengan mengislamkan dunia siber," katanya.

FB dan blog ustaz, ustazah diminati ramai

Posted: 08 Dec 2011 05:31 PM PST

TERKINI dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB) di seluruh Malaysia. Melihatkan angka yang cukup memberangsang ini maka pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menangguk apa sahaja yang boleh membawa untung.

Sama ada keuntungan di dunia dan kepada golongan pendakwah tentunya untuk menangguk untung di akhirat.

Bukan untuk mereka, tetapi tentunya untuk golongan yang menjadi sasaran dakwah.

Sehinggakan ada pihak yang sanggup berbelanja besar mengupah perunding teknologi maklumat (IT) untuk membangunkan laman web dan pengendali kepada laman FB.

Sedangkan semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar, malah selaku hos atau tuan punya kepada mana-mana blog dan laman FB secara individu mereka mampu mempunyai ramai pengikut.

Lebih menarik, ia mampu mewujudkan satu komuniti kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Maka timbullah satu istilah yang dinamakan cybertrooper yang peranan mereka sangat penting terutamanya dalam mengembangkan fahaman dan gerakan politik terutama politik berparti.

Pada makna yang mudah, seorang cybertrooper bertindak melalui dunia maya untuk mempertahankan mana-mana ahli politik dan parti politik yang mereka wakili sehingga ketitisan 'darah' terakhir. Ini menjadikan kerjaya seorang ahli politik semakin mencabar, jika beliau tidak disokong dan didokong oleh mana-mana cybertrooper.

Tetapi seorang pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud tentulah dilihat sebagai satu pencapaian yang tersendiri.

Ini apabila laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB.

Siti Norbahyah mempunyai 727,669 pengikut diikuti Dr. Zahazan Mohamed (452,578), Ustaz Zamri Zainudin (426,443), Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,473), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut).

Kedudukan paling bawah dengan 17,463 pengikut di laman Fb adalah milik bekas johan qariah tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Fadzillah Badiuzzaman.

Ini bererti golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. Keadaan ini cukup berbeza berbanding dulu dengan apabila para pendakwah mendekati sasaran mereka melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali.

Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu Ustaz Azhar Idrus menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube.

Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai.

Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.

Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut.

Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.

Dikatakan dengan cara ini menyebabkan gerakan dakwah semakin berkurangan terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi tempatan (IPT) apabila semudah berada di hadapan skrin komputer kita beroleh apa sahaja ilmu mengenai Islam yang sekali gus boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran.

Dakwah secara maya ini juga dikatakan menyebabkan semangat ukhuwah dan berjemaah itu turut terjejas. Ini cukup berbeza apabila dakwah disampaikan secara bersua muka dalam jumlah jemaah yang ramai.

Karipap masuk Internet

Posted: 08 Dec 2011 05:27 PM PST


Aziana Muhammad berbangga apabila karipapnya kini dipasarkan melalui Internet.


Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad, 41.

Sebagai salah seorang daripada kajian kes projek GMBO, wanita ini mengakui nasibnya amat baik apabila dilamar oleh pihak berkenaan yang ketika itu mencari usahawan PKS sepertinya.

''Inilah yang diinginkan saya selepas menceburi bidang membuat karipap dingin beku secara serius sejak lima bulan lalu. Sebelum ini sata menghadapi masalah membuat laman web sendiri kerana tidak faham dengan teknik dan caranya,'' katanya.

Kini Aziana boleh berbangga kerana telah mempunyai laman web sendiri iaitu byhandbyheart.com.my atas jenama Puteri Puff & Pastry.

Jelas Aziana, beliau berpuas hati kerana dengan adanya laman web sendiri produknya kini mendapat promosi lebih meluas melalui Internet.

Bukan sahaja karipapnya kini semakin dikenali di seluruh dunia malah berpeluang berkongsi pelbagai maklumat dengan mereka yang mengirim emel kepadanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini dia hanya menerima tempahan dari pelanggannya di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.

''Saya memang penggemar karipap semenjak kecil dan segala ramuan untuk membuat inti dan kulit karipap diwarisi dari ibu,'' katanya ketika ditemui di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, disebabkan matlamat untuk menghasilkan karipap yang berkualiti selain halal dan bersih maka sehingga kini dalam tempoh lima bulan dia telah empat kali melakukan percubaan membuat kulit yang diyakini paling terbaik.

''Selain kulitnya yang tidak berminyak, karipap yang dihasilkan juga bebas daripada bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) dan bahan pengawet,'' kata Aziana.

Menurut beliau, setakat ini dia mampu menghasilkan karipap lebih kurang 400 biji sahaja sehari kerana masih terhad dari segi pembantu dan peralatan.

Jelas ibu kepada dua anak itu, selain karipap dia juga turut membuat vadei, donut, samosa, kek coklat lembab dan yang akan datang ialah lassagna.

Kacang kaya khasiat

Posted: 08 Dec 2011 05:26 PM PST

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.

Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi.

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.

Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.

Mana-mana isi rong yang berminyak dan besar ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang.

Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.

Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.

Disebabkan baru-baru ini saya ada menikmati ayam yang digoreng bersama kacang badam, saya terfikir untuk berkongsi tentang maklumat kacang ini bersama pembaca semua.

Jadi apa kata kita minggu ini kenali beberapa jenis kacang dan kelebihannya.

Kacang badam atau nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.

Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.

Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.

Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).

Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .

Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.

Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.

Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jenis karotinoid yang membantu melambatkan penuaan.

Kacang walnut dari genus Juglans ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.

Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing', wealh bermaksud 'asing'.

Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.

Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutrition mengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).

Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.

Begitu banyak kelebihan yang ada pada makanan dari sumber kacang ini, oleh itu cubalah resipi tat yang berasaskan kacang badam. Selamat mencuba!

Cabaran baru Maya, Aaron

Posted: 08 Dec 2011 05:25 PM PST


BAGI Aaron Aziz, Ombak Rindu memerlukannya bermain dengan emosi.


TIADA siapa pernah menyangka filem Ombak Rindu yang menjadi bualan ramai ketika ini akan menjadi fenomena luar biasa.

Apatah lagi untuk sebuah filem bercorak melodrama seperti ini, ia sesuatu yang di luar jangkaan lantaran genre aksi, komedi dan seram masih lagi mendominasi pasaran.

Bayangkan, Ombak Rindu berjaya mengalahkan filem blockbuster, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 pada hari pembukaan dengan mencatatkan kutipan sebanyak RM750,000.

Tidak sampai tiga hari tayangannya, ia telah mencatatkan kutipan sebanyak RM4 juta dan kutipan dijangka mampu mencecah RM5 juta menjelang hujung minggu ini.

Memang tidak dinafikan, kejayaan filem Ombak Rindu terletak kepada garapan lakon layar yang cukup kemas selain populariti para pelakonnya yang telah memberikan impak tersendiri menerusi lakonan mereka.

Teraju utama Ombak Rindu, Maya Karin merupakan antara yang mendapat perhatian apabila watak Izzah cukup cemerlang dibawakannya.

Bagi Maya, dia sendiri tidak pernah menyangka Ombak Rindu akan memberikan impak seperti mana yang dapat dilihatnya ketika ini.

"Apabila menerima tawaran untuk Ombak Rindu, saya tidak pernah memikirkan tentang kutipan tiket atau membayangkan sejauh manakah filem ini dapat diterima dengan baik.

"Apa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik. Saya juga percaya semua pelakon dan seluruh krew produksi juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjadikan Ombak Rindu sebagai sebuah karya yang baik.

Impak

"Lalu, apabila Ombak Rindu mendapat sambutan luar biasa seperti sekarang, ternyata ia sesuatu yang mengejutkan. Tiada kata yang saya dapat ucapkan melainkan terima kasih kepada semua yang menyokong Ombak Rindu," jelas Maya dalam nada yang cukup optimis.

Menyambung bicara, aktres jelita ini melahirkan kekagumannya apabila ada di antara penonton bukan Melayu yang turut ke pawagam untuk menonton Ombak Rindu.

Bukan itu sahaja, menerusi maklum balas yang diterimanya juga, ada segelintir penonton Melayu yang sebelum ini jarang menonton filem Melayu turut terkena tempias fenomena Ombak Rindu.

"Ombak Rindu telah membuka mata dan minda mereka terhadap filem Melayu. Jadi, saya melihat itu sebagai sesuatu yang sangat positif," jelas Maya yang mula dikenali menerusi filem Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman pada tahun 2001 ini lagi.

Dalam masa yang sama, wanita kacukan Jerman-Melayu ini juga memasang impian untuk melihat kegemilangan filem bercorak drama dan cinta kembali mendapat tempat di hati peminat.

Apatah lagi, sudah lama penonton tidak disajikan dengan cerita cinta yang dapat memberikan impak seperti mana filem Azura (1984), Sembilu (1994) dan Sembilu II (1995).

Keserasian

Sementara itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sememangnya tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian dengan mana-mana pelakon yang digandingkan bersamanya.

Menerusi Ombak Rindu yang ditayangkan mulai 1 Disember lalu, Maya dilihat mempunyai keserasian yang sangat baik dengan hero pujaan wanita masa kini, Aaron Aziz.

Kata Maya, dia tidak berdepan dengan masalah untuk berlakon dengan Aaron yang disifatkannya sebagai aktor yang berjaya membawakan watak Hariz dengan baik sekali.

"Ini merupakan gandingan pertama saya dengan Aaron walaupun pernah berlakon dalam filem Pisau Cukur sebelum ini. Tetapi ketika itu, saya tidak banyak adegan bersamanya.

"Apabila diberi peluang bergandingan dalam Ombak Rindu, saya dan Aaron dapat menghayati watak masing-masing dengan baik sekali meskipun ada babak yang kelihatan begitu intim sekali.

"Mujurlah isteri Aaron, Diyana Halik seorang yang memahami tugas suaminya sebagai seorang aktor lalu ia memudahkan kerja kami untuk menghabiskan babak kami," jelas Maya yang pernah diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 (2004) menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam di Fukuoka, Jepun ini lagi.

Bercerita lanjut tentang watak Izzah yang dilakonkannya dalam filem arahan Osman Ali itu, Maya tidak menafikan ia merupakan watak yang paling mencabar dan banyak menuntut emosinya sebagai seorang pelakon.

Sambil menyatakan rasa puasnya dapat memegang watak tersebut, Maya memberitahu dia perlu memastikan Izzah tidak lari dari dalam dirinya dan mengekalkan emosi tersebut sepanjang lima minggu menjalani penggambaran.

Kekal

Sehinggakan, kata wanita kelahiran Bayreuth, Jerman itu, guru lakonannya dalam filem itu, Ellie Suriaty Omar menyuruhnya untuk terus berada di dalam watak Izzah biarpun di luar lokasi.

"Disebabkan itu saya katakan Izzah memang cukup mencabar diri saya. Berbeza dengan filem-filem lain sebelum ini, Ombak Rindu lebih banyak bermain dengan emosi dan lontaran vokal sesuai dengan perwatakan Izzah, seorang gadis kampung yang bertudung.

"Untuk mencari jati diri Melayu itu, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mendengar lagu asli Melayu selain mencari seorang ustazah bagi membantu saya melancarkan lagi bacaan al-Quran saya.

"Keseluruhannya, saya amat menyukai watak Izzah ini dan saya harus berterima kasih kepada Osman yang mempercayai kebolehan saya dalam membawakannya," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) menerusi filem Anak Halal juga arahan Osman Ali.

Dalam pada itu, Maya juga membuka cerita bahawa novel Ombak Rindu merupakan antara novel Melayu pertama yang menjadi bahan bacaannya sekitar sedekad lalu.

Tidak menafikan ia salah sebuah novel kegemarannya, Maya memberitahu apabila Osman mahu mengarahkan versi filemnya, ia telah membuatkan Maya begitu teruja sekali.

Azmeer tinggalkan Vokal?

Posted: 08 Dec 2011 05:24 PM PST


AZMEER ketika memberikan komennya manakala Erra Fazira membuat catatan pada minggu kelapan pertandingan Vokal.


Minggu kelapan pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) Ahad lalu mencetuskan kekecohan. Insiden itu berlaku apabila Azmeer selaku juri tetap program realiti televisyen itu bertindak meninggalkan kerusi yang didudukinya sejurus selepas peserta keempat (terakhir) pada malam itu, Mafarikha Md. Akhir atau Mafa, membuat persembahan.

Tindakan Azmeer yang tidak disangka-sangka membuatkan pengacara, Faisal Ismail terpinga-pinga termasuk Erra Fazira yang duduk di sebelah Azmeer.

Bahkan penonton di rumah yang menyaksikan program siaran langsung tersebut, turut tertanya-tanya mengapa komposer lagu Sebelum dan Sesudah dendangan kumpulan Senario, bertindak sedemikian?

Bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Azmeer yang dianggap emosional dan keanak-anakan, satu sidang akhbar diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor sejurus tamat siaran langsung.

"Tindakan saya bukan untuk mencipta kekecohan atau mempunyai agenda lain tetapi apa yang telah saya lakukan ini adalah sebagai pengajaran kepada para peserta.

"Sebagai juri, tugas saya adalah untuk mengkritik tetapi apa guna jika setiap minggu, kritikan yang dilemparkan seolah-olah tidak diendahkan oleh para peserta?

"Saya tidak suka mengulang kritikan yang sama pada setiap minggu tetapi nyata peserta tidak ada inisiatif untuk memperbaikinya," kata Azmeer memberi penjelasan.

Jadi, katanya, daripada dia marah dan mengeluarkan kata-kata yang pedas kepada para peserta, lebih baik dia bangun daripada tempat duduk dan meninggalkan pentas.

Kata Azmeer lagi, dia sedar gelagatnya disaksikan oleh penonton di rumah tetapi tegasnya, itu bukanlah lakonan.

"Saya tidak kisah apa pendapat atau pun pandangan penonton. Tetapi teguran dan kritikan yang saya berikan kepada peserta adalah jujur.

"Niat dan tujuan saya adalah untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian dan persembahan mereka. Saya ikhlas untuk membantu dalam melahirkan seorang penyanyi yang baik bukan sahaja daripada segi nyanyian, tetapi juga daripada persembahan mereka.

"Memang benar rancangan ini tidak mengutamakan paras rupa. Tetapi nyanyian yang baik perlu disertakan dengan gaya persembahan yang menarik.

"Fizikal bukan penghalang untuk memberikan persembahan terbaik. Cuma apa yang diharapkan, tolonglah... peserta ambil perhatian setiap komen dan teguran daripada saya selaku juri," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu