Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Neelofa nafi hubungan dengan Hans Issac
- Anzalna Bukan Penggoda
- Harapan Livonia
- Shuib Rasa Bertuah Dengan Kelahiran Anak Sulung
- Astro Oasis Bakal Terbitkan Program Khas Untuk Ustazah Pilihan
- Bunkface Terkilan 'Panik' Diharamkan
- MonoloQue Tidak Pernah Mahu Jadi Hero 'Rock N Roll'
- Hubungan Pelik Antara Avril Lavigne Dan Deryck Whibley
- Senario Kembali Bersatu Dalam 'Senario: Misteri BamBoo'
- Saga FLX SE Lebih Jimat Dan Menarik
- IVC Saji Destinasi Eksotik
- MCG2 Turun Padang Sokong Kempen 'Mr Plasticman'
- Makan Gaji Atau Jadi Usahawan!
- Integriti Senjata Utama
- Impi watak Dara
- Suami melecur ditahan
- DBKL beri tempoh tiga bulan cuba lorong khas
- James Bond selar Kardashian
- PKS disaran labur untuk jenama semula
- Mahu pelanggan puas hati
- Mael, Ali kongsi pentas
- AERIL ZAFREL bukan playboy!
- Promosi lagu Melayu
- Seni qasidah
- Bekal produk spa halal
Neelofa nafi hubungan dengan Hans Issac Posted: 05 Dec 2011 08:26 PM PST
| |
Posted: 05 Dec 2011 08:24 PM PST
| |
Posted: 05 Dec 2011 08:22 PM PST KALAU selama ini banyak bakat realiti TV dari Sabah atau Sarawak memang diakui menonjol dalam bidang nyanyian, lain pula dengan Livonia yang menceburi lakonan pula. Mahu mengikut langkah Neelofa, Fathia, Miera Liyana mahupun Anzalnan yang cepat melonjak menjadi bualan ramai walaupun dianggap baru, dia juga mahu membuktikan bakatnya dalam program realiti tidak disia-siakan. Bertemu pemilik nama sebenar Livonia Ricky Guing, 20, pada satu sesi undangan fotografi di Studio Balai Berita, NSTP, baru-baru ini, memang tidak banyak boleh dikongsi bersama gadis yang senang dipanggil Nia ini berkenaan perjalanan seni kerana namanya masih tidak biasa disebut media. Setakat ini dia pernah berlakon dalam telefilem Antara Maghrib dan Isyak arahan Erma selain berdebar menunggu kemunculan filem pertama yang dibintanginya iaitu Azura 2 diarahkan oleh Aziz M Osman. Gadis ini meraih kejayaan dengan cukup sederhana dan tidak kisah lambat naik asalkan ia berpandukan 'jalan selamat' yang tidak merosakkan imej atau nama baik keluarganya. Timbul satu pertanyaan kenapa pakej lengkap seperti ketinggian, raut wajah indah dan disusuli bakat tidak mampu menarik minat mana-mana 'orang kuat' industri untuk menyuntingnya sebagai 'bunga' filem? Hanya mencalitkan gincu warna merah jambu, berseluar jeans gaya ranggi dan baju blouse potongan sederhana, kecantikan yang dimiliki cukup asli dan sentuhan solekan kemas dari Syafiq Ayman lebih menyerlahkan wajah yang sedia rupawan ini. "Saya akui lapan bulan itu sepatutnya sudah mampu melonjakkan nama saya. Mungkin belum ada rezeki dan peluang secukupnya untuk saya naik sehingga menjadi perhatian pengarah dan penerbit. Lagipun, saya cuba untuk mengelakkan daripada cerita kontroversi walaupun itu mungkin itu boleh mempercepatkan nama saya dikenali," katanya ramah berbicara. Sesekali menguis rambut panjang yang mengurai menutupi dahinya, Livonia memberitahu dia lebih bersyukur kerana hasratnya untuk berada dalam bidang seni akhirnya direstui keluarga terutama ayah tersayang. "Sebenarnya, hajat saya untuk berada dalam dunia seni pernah dihalang ayah kerana dia tidak mahu saya tertipu. Ibu pula sentiasa memberi sokongan dan akhirnya saya dapat membuktikan pada ayah bahawa program pilih kasih yang saya sertai itu adalah program yang betul dan bukan mahu menipu anak gadis yang dikhuatiri ayah," kata pemenang Miss Borneo Beautiful 2009 berkenaan laluan seninya. Turut menjadi juara ratu cantik Bidayuh, Livonia menambah penyertaannya dalam pentas Pilih Kasih itu pada mulanya hanya sekadar suka-suka dan membantu rakan baiknya yang teruja untuk menjadi pelakon. "Saya hanya mahu teman rakan untuk ke sesi uji bakat di Kuching. Kebetulan setiap peserta yang hadir memerlukan pasangan untuk membaca skrip dan melakonkan watak yang diberikan. Saya mendapat watak ibu tua manakala rakan pula sebagai anak. "Tidak sangka pula saya yang terpilih dan bukan rakan saya itu. Sebaik dihubungi pihak penganjur, hati saya mula tidak tenteram dan berdebar-debar untuk memberitahu hasrat hati untuk ke Kuala Lumpur menyertai program itu. "Akhirnya saya berterus terang kepada ayah dan katakan padanya berkenaan perkara sebenar," kata pelajar jurusan perhotelan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuching, Sarawak ini. Berusaha jadi pelakon berdisiplin BERBICARA adakah dia sudah lama memasang impian untuk bergelar pelakon, anak ketiga daripada lima beradik ini berterus terang memberitahu hasrat hatinya yang sebenar. "Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon dan menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang wanita pertama dari Sarawak. "Tetapi untuk melaksanakan perkara itu, ia bukan sesuatu yang mudah kerana kos perbelanjaan amat tinggi dan atas sebab itu saya melupakan hasrat hati dan memilih untuk berada dalam bidang perhotelan," katanya. Gemar pada rona warna hitam dan merah, gadis yang cintakan aktiviti lasak seperti sukan tinju ini, memberitahu jika ditanya adakah dia mahu terus berada dalam dunia lakonan dan menjadikan ia sebagai kerjaya, dia sendiri masih mencari arah itu. "Buat masa ini, lakonan hanyalah kerja sambilan. Saya masih simpan cita-cita menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Selepas itu, barulah saya akan memikirkan ia sama ada menjadikan kerjaya ini sebagai bidang serius. "Saya akui berlakon bukanlah mudah dan perlu memberikan komitmen yang tinggi terutama daripada segi masa. Ini kerana jika kita gagal mengikut masa, ia bukan saja menyusahkan kita tetapi semua krew produksi," katanya yang mahu menjadi artis berdisiplin sambil menambah jika dalam masa terdekat ini ada tawaran filem atau drama, dia akan mengambil peluang itu sebaik mungkin dan tidak kisah diberikan apa saja watak. Katanya, setakat ini dia sedang membintangi drama muzikal berjudul Inspirasi Varsiti arahan Erma Fatima sebanyak 26 episod. "Saya memegang watak sebagai Cinta dan bergandingan bersama Nabil Zamanhuri. Ia sebuah kisah pelajar kolej yang mana memerlukan saya menari," katanya yang sebelum ini turut berlakon dalam drama Antara Maghrib dan Isyak dan memegang watak isteri kedua bersama pelakon seperti Liza Abdullah dan Watie Elite. | |
Shuib Rasa Bertuah Dengan Kelahiran Anak Sulung Posted: 05 Dec 2011 08:21 PM PST PETALING JAYA: Pelawak Shuib (Sepahtu) menganggap kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada Ahad lalu sebagai tuah buat dirinya serta isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin untuk memulakan kehidupan baru sebagai status ayah dan ibu. Kata Shuib, kehadiran Uwais juga ibaratnya seperti pemberi semangat dan inspirasi dalam menggalas tanggungjawab barunya itu serta menjalani karier pada masa akan datang. "Saya gembira dengan kelahirannya apatah lagi apabila melihat kedua-dua ibu dan anak selamat. "Kiranya, Uwais adalah tuah buat saya dan Sarah dan kehadirannya pasti akan menyerikan rumahtangga kami, InsyaAllah," katanya. Sarah selamat melahirkan anak sulungnya secara pembedahan pada pukul 10.19 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri pada jam 8 malam Sabtu. Dalam pada itu, Shuib berkata, keadaan Sarah sebelum bersalin agak merisaukan dirinya lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan isteri kesayangan itu menahan kesakitan. "Risau dibuatnya apabila melihat Sarah menahan sakit untuk bersalin. Tetapi keadaannya itu membuatkan saya insaf dan bangga dengannya kerana sanggup bertarung nyawa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya lagi. | |
Astro Oasis Bakal Terbitkan Program Khas Untuk Ustazah Pilihan Posted: 05 Dec 2011 08:19 PM PST SHAH ALAM: Saluran Astro Oasis akan menerbitkan program khas untuk peserta Ustazah Pilihan sebagai kesinambungan daripada program yang menobatkan Firuz Akhtar Mohamad Bokhari, 27, sebagai pemenang baru-baru ini. Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya sedang dalam peringkat perbincangan untuk menerbitkan program sesuai untuk para peserta Ustazah Pilihan. "Ya kita akan terbitkan beberapa program sesuai untuk mereka pada masa akan datang, tetapi semuanya masih diperingkat perbincangan," ujarnya ketika ditemui selepas tamat program Ustazah Pilihan Akhir di sini pada Khamis. Izelan berkata, program itu akan diterbitkan bagi memberi peluang kepada semua peserta terus berdakwah kepada masyarakat supaya ilmu yang diperolehi sepanjang program itu tidak sia-sia. "Ini adalah usaha kita untuk meneruskan perjuangan dakwah mereka untuk masyarakat dan berharap apa yang dipelajari di dalam program Ustazah Pilihan akan memberi manfaat kepada semua," katanya. Dalam pada itu, Izelan berkata, pihaknya mungkin akan menerbitkan beberapa program yang mempunyai format seperti Skuad Imam Muda dan sebagainya. "Mungkin akan diwujudkan sebuah program Skuad Ustazah Pilihan seperti mana yang diterbitkan untuk peserta Imam Muda," katanya. | |
Bunkface Terkilan 'Panik' Diharamkan Posted: 05 Dec 2011 08:18 PM PST SUBANG JAYA: Penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharum terkilan apabila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan 'reformasi' dalam liriknya. "Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini, baru-baru ini. Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu. "Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut. "Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus," ujarnya. Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat. Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi. Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu. | |
MonoloQue Tidak Pernah Mahu Jadi Hero 'Rock N Roll' Posted: 05 Dec 2011 08:17 PM PST KUALA LUMPUR: Kumpulan MonoloQue yang popular dengan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa menolak dakwaan bahawa mereka mahu menjadi penyelamat muzik Rock N Roll di negara ini. Penyanyi utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau Loque berkata mereka tidak berniat atau pernah memberitahu bahawa mereka mahu menjadi penyelamat muzik dari genre itu. Loque berkata, ia adalah bersifat universal dan soal menyelamat tidak timbul kerana semua pemuzik harus bergerak bersama-sama dalam menaikkan industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi. "Kami tidak pernah memberitahu kepada mana-mana pihak kononnya ingin menjadi penyelamat muzik Rock N Roll di negara ini. "Tetapi bukan lebih baik kita sama-sama membangunkan industri muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi supaya ia lebih diterima ramai?," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertama mereka di sini baru-baru ini. Dalam pada itu, Loque berkata, penumpuan mengenai menghasilkan karya-karya yang bagus lebih menjadi keutamaan mereka dalam memberi kepuasan kepada peminat. Ujarnya, kelahiran album 'Jejak Tanah' adalah bukti mereka bersungguh-sungguh dalam hasrat ingin mewarnai industri muzik tempatan. | |
Hubungan Pelik Antara Avril Lavigne Dan Deryck Whibley Posted: 05 Dec 2011 08:16 PM PST WALAUPUN sudah setahun bercerai, penyanyi Avril Lavigne dan bekas suaminya, yang merupakan vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley masih mempunyai hubungan akrab antara satu sama lain. Bagaimanapun, kemesraan mereka itu menunjukkan hubungan tersebut lebih daripada seorang teman lebih-lebih lagi Avril dan Derick dilihat intim berdua sekaligus memberi persepsi bahawa mereka mungkin akan rujuk kembali. Andaian tersebut menjadi lebih kukuh apabila melihat kedua-dua mereka agak mesra ketika menikmati makan malam di sebuah restoran Italy, West Hollywood, walaupun mereka turut berada di samping rakan-rakan Sum 41 bagi meraikan kejayaan kumpulan itu yang menerima pencalonan Hard Rock/Metal Terbaik Anugerah Grammy. Bagaimanapun makan berdua bukanlah sesuatu yang pelik buat Avril dan Deryck kerana mereka pernah bercuti bersama-sama di Saint-Tropez baru-baru ini. Hubungan pelik itu membuatkan ramai yang mendoakan agar mereka kembali bersama namun berdasarkan temubualnya bersama Ryan Seacrest, penyanyi yang popular dengan lagu When You're Gone itu berkata dia dan bekas suaminya itu berkawan rapat. "Deryck merupakan kawan baik saya dan kami masih lagi bekerjasama dalam bidang muzik. Rasanya, kami akan teruskan hubungan persahabatan ini," ujarnya. Kedua-dua mereka pernah mendirikan rumahtangga pada Julai 2006 dan bercerai pada 16 September2011. Ramai yang ingin melihat Avril dan Deryck kembali bersama, namun,ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan memandangkan Avril kini sedang hangat bercinta dengan adik tiri kepada Kim kardashian, Brody Jenner. | |
Senario Kembali Bersatu Dalam 'Senario: Misteri BamBoo' Posted: 05 Dec 2011 08:13 PM PST PETALING JAYA: Selepas 15 tahun bertahan dalam dunia komedi tempatan dan bertukar ganti ahli, kumpulan pelawak Senario yang dianggotai Azlee Jaafar, Wahid dan Mazlan Pet Pet bergabung semula dalam drama komedi terbaru Senario: Misteri BamBoo. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini akan bersiaran bermula hari ini, pada setiap hari Selasa pukul 10 malam di TV3. Selain trio ini, drama terbitan Anniesafinas Hassan daripada Primeworks Studios ini turut menampilkan pelawak-pelawak undangan seperti Saiful Apek, Yassin, Ebby Yus, Ayu Raudhah, Sharifah Shahira, Acong Sweetchild, Bell Ngasri dan Kazaar. Senario: Misteri BamBoo mengisahkan tentang Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) yang cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh. Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim pula seorang tauke warung yang sudah kematian isteri. Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah). Kampung Buluh yang sentiasa aman digemparkan dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku. Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal. Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu penduduk kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol. Saksikan aksi lucu dan gelagat mereka dalam Senario: Misteri BamBoo pada setiap Selasa pukul 10 malam di TV3. | |
Saga FLX SE Lebih Jimat Dan Menarik Posted: 05 Dec 2011 08:12 PM PST PELANCARAN rangkaian model saga baru, Saga FLX SE mampu memberi pilihan maksimum kepada pengguna, khasnya bagi golongan muda yang mementingkan gaya menarik dan selesa. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Saga FLX SE yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd baru-baru ini dianggap sebagai kereta pilihan kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang. "Kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan. Proton turut meletakkan sasaran menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac, 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini akan dijual sebanyak 500 unit sebulan. Selain tertumpu kepada harga mampu milik, ia juga turut menjadi perhatian kerana tahap ekonomi bahan api yang lebih baik dan sistem pengendalian yang luar biasa pada model itu pula akan memberikan lebih keseronokan pemanduan kepada setiap pemiliknya. Manakala enjin CamPro pada model Saga FLX SE sebelumnya dapat dilihat pada model seperti Persona Elegance dan Saga FL 1.6, terbukti berkuasa apabila menghasilkan 108hp pada 5,750rpm dan 150Nm tork maksimum pada 4,000rpm. Kombinasi enjin CamPro IAFM 1.6 liter dengan transmisi automatik CVT menghasilkan tork yang lebih baik, empat peratus pecutan lebih pantas, dan mengurangkan penggunaan bahan api pada kadar 4 peratus berbanding Saga FL 1.6 liter. Walaupun harganya RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE tampil memberi perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman. Kini harga yang ditawarkan adalah RM49,449. Bahagian kabinnya pula, menyaksikan kusyen diperkemaskan dengan balutan kulit dan jahitan benang berwarna merah yang turut melibatkan roda stereng, kemasan panel pintu, brek parking dan tuil penukar gear. Ia turut dipasangkan rim aloi 15 inci, kit badan lengkap dari kilang, lampu kabus dan kemasan lampu combi belakang dengan kesan 'smoked'. Saga FLX SE didatangkan dalam dua warna pilihan, Putih (Solid White) dan Merah (Fire Red) serta jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu. Malah paling istimewa pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE. | |
Posted: 05 Dec 2011 08:11 PM PST TERSERGAM indah sepanjang hampir satu kilometer di pesisir pantai dekat Sepang Gold Coast, Selangor adalah Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, mercu tanda pelancongan ikonik negara yang pernah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai resort berbentuk pokok palma terpanjang di tanah air. Golden Palm Tree yang mengambil konsep sama seperti Palm Jumeirah, Dubai menawarkan 392 villa mewah terapung dalam kedudukan terlindung dengan pemandangan indah menghadap Selat Melaka. Terbahagi kepada lima kategori iaitu Travelers Palm Villa, Premier Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Palm Villa, kesemua villa penginapan berada dalam kedudukan terapung dan dilindungi bumbung alang-alang untuk menghidupkan konsep eksotik mewah di tengah lautan. Kesemua villa juga dilengkapi pintu panel kaca berbingkai kayu yang mendedahkan dek persendirian bersaiz luas antara 52 hingga 232 meter persegi sebagai ruang privasi bagi aktiviti yoga atau santai bersama keluarga. Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Antarabangsa (Hartanah dan Keahlian) Iconic Vacation Club, Steven Yap berkata, keahlian Iconic Vacation Club (IVC) dicetuskan pada awal pembangunan projek Golden Palm Tree untuk membuka peluang kepada ahli-ahlinya mengunjungi Golden Palm Tree setiap tahun dan menikmati percutian mewah di destinasi rakan kongsinya seluruh dunia. Usaha itu dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan bertaraf tinggi kepada para pengunjung dalam jangka panjang. "Keahlian IVC diharapkan dapat menjurus kepada kadar pengunjung yang lebih stabil. Ini penting untuk memastikan kami merangka khidmat layanan lebih efisien dan menepati keperluan pengunjung. "Dalam erti kata lain, kami mahu mengurangkan tekanan ke atas pengunjung, sebaliknya benar-benar bercuti dengan tenang tanpa perlu susah-payah merancang. Sebagai ahli IVC, pelaburan anda memberi ruang kepada kami untuk menyediakan pengalaman unik dan luar biasa," katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini. Keahlian IVC menawarkan penginapan eksklusif di villa terapung yang terletak 1.5 kilometer di tengah lautan dengan percutian di seluruh dunia dalam tempoh lebih 20 tahun. Dalam tempoh dua tahun selepas menyertai keahlian IVC, ahli berpeluang menaik taraf kepada pekej All Inclusive yang lebih komprehensif. Menariknya, untuk tujuh malam setahun bagi tempoh lebih dua tahun, ahli bakal menikmati penginapan super mewah, hidangan unik dan pengalaman percutian luar biasa dengan aktiviti diatur khusus mengikut citarasa anda. Pakej keahlian IVC terbahagi kepada tiga antaranya program percutian setahun (1 Year Holiday Program) merangkumi penginapan lapan hari tujuh malam termasuk sarapan pagi untuk dua hingga empat orang dalam tempoh setahun dengan pilihan studio villa atau villa dua bilik tanpa yuran penyelenggaraan dan pentadbiran. Pemegang keahlian tersebut juga berpeluang menikmati baucer diskaun spa dan restoran dengan kadar penjimatan sehingga 50 peratus. Pakej Gold Membership pula menawarkan penginapan lapan hari tujuh malam di Travelers Palm Villa atau pilihan mengikuti RCI Exchange Program. Ahli berpeluang menikmati penginapan dengan sarapan pagi untuk dua tahun pertama sama ada villa studio atau satu bilik. Pemegang program keahlian selama 20 tahun ini juga berpeluang menggunakan kemudahan rumah kelab selain aktiviti-aktiviti ditawarkan juga baucer diskaun spa dan restoran di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa. Manakala Platinum Membership selama 25 tahun pula menawarkan penginapan di Canary Palm Villa, penginapan termasuk sarapan pagi untuk dua tahun pertama di villa dilengkapi dua bilik tersebut juga kemudahan rumah kelab, aktiviti sukan air dan darat serta baucer diskaun. Keahlian IVC meliputi ribuan destinasi percutian di hampir 100 negara, menjadikan IVC salah sebuah keahlian percutian paling komprehensif di dunia pada ketika ini. IVC turut menawarkan lebih sekadar perkhidmatan percutian sebaliknya membawakan keistimewaan terunggul seperti yang belum pernah dialami selama ini. Pada masa yang sama, ahli IVC layak mendapat keistimewaan apabila berbelanja di World Of Sports, Bread & Butter, Mizuno, Bimba & Lola, Svenson, Celebrity Fitness, SRM, S2 Slimming, Urban Essentials, Miko, Chilla Cup, Nature's Farm, Gintell dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.iconicvacationclub.com, www.facebook.com/IconicVacationClub atau hubungi pusat maklumat IVc di lokasi berikut:
| |
MCG2 Turun Padang Sokong Kempen 'Mr Plasticman' Posted: 05 Dec 2011 08:10 PM PST AKTIVITI menjadikan dunia dan persekitaran lebih hijau boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Jika dahulu usaha-usaha memelihara dan memulihara bumi banyak dilakukan di sungai, taman rekreasi, lokasi awam dan seumpamanya, Malaysian Celebrities Go Green (MCG2) telah berjaya melakukan inisiatif yang sama tetapi di lokasi sedikit berbeza iaitu di dalam pusat beli-belah. "Kita mahu generasi hari ini sedar bagaimana seseorang itu dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan 'hijau' untuk manfaat dan kehidupan semua," kata Pengasas MCG2, Baki Zainal kepada Mingguan mStar. Menurut Baki, jika sebelum ini MCG2 banyak terlibat dengan aktiviti membersihkan sungai dan pantai serta menyampaikan ceramah berkaitan alam sekitar di sekolah-sekolah, sejak akhir-akhir ini platform untuk aktiviti seumpama ini telah berubah. "Kita sering dijemput melakukan aktiviti seperti ini di pasaraya dan pusat beli-belah dengan memberi tumpuan kepada kempen 3R untuk kitar semula. "Dengan cara ini lebih ramai masyarakat terutama golongan remaja dapat didekati dengan selebriti memainkan peranan menyampaikan mesej berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar," katanya. Baki yang baru-baru ini terlibat secara langsung dalam kempen 'No Plastic Bag' - 'Mr Plasticman' yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya berkata, selain masyarakat, artis dan selebriti hari ini juga semakin sedar peranan mereka dalam menyelamatkan alam sekitar. Untuk kempen 'Mr Plasticman', artis dan selebriti MCG2 seperti Dina Nadzir, Soo Wincci, Zenny Salahuddin dan Azizi Zakaria juga telah turun padang bagi menyokong usaha ini. Baki berkata kempen 'No Plastic Bag' dianjurkan oleh ahli Kelab Leo Metro Kolej Methodist, Kuala Lumpur dan mendapat penajaan daripada AVON Malaysia. "Mereka telah menaja beg Eko untuk orang ramai selain menyediakan ruang pameran supaya orang ramai dapat melihat dan mengetahui bagaimana caranya untuk menjaga alam sekitar," katanya. Kempen tutup tirai 2011 Mengulas lanjut mengenai aktiviti ini, ahli kelab telah berjalan di sekitar pusat beli-belah dan menawarkan pertukaran beg Eko dengan mana-mana pelanggan yang sedang menggunakan beg plastik. "Ramai pelanggan yang terkejut apabila mereka didatangi artis dan selebriti yang mahu menukarkan beg plastik mereka dengan beg yang lebih mesra alam. "Walau bagaimanapun, mereka amat gembira dan sedar kempen seperti ini dapat memberi lebih kesedaran supaya mereka tidak atau mengurangkan penggunaan beg plastik," katanya. Jelasnya, kempen ini juga menjadi sebahagian daripada aktiviti MCG2 yang mengisytiharkan November hingga Disember 2011 sebagai 'Bulan Hijau'. "Kebiasaannya banyak pihak yang mengadakan pelbagai majlis dan acara menjelang hujung tahun. "Sebagai menutup tirai 2011, kami juga mahu melakukan sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada banyak pihak sekali gus kepada alam sekitar," jelasnya. Sepanjang November lalu, ramai selebriti telah memberi ceramah kesedaran kepada pelajar sekolah dan kolej termasuklah Aizat, kumpulan Sixth Sense, Aesar Mustapha dan ramai lagi. Usaha kumpulan ini nyata tidak terhenti di situ sahaja kerana mereka turut terlibat dengan pameran. "Dengan penuh rasa teruja dan tanggungjawab mereka turut melaungkan 'No Plastic Bag' bersama pelajar di beberapa lokasi awam," katanya. Sementara itu, presiden kelab, Michael Dev pula amat beerbesar hati menerima sokongan padu dari syarikat ternama dan artis tempatan. "Kami sangat terharu menerima sumbangan mereka. Mereka membuatkan aktiviti lebih berjaya dan paling penting dapat mencapai matlamatnya," ujarnya. | |
Makan Gaji Atau Jadi Usahawan! Posted: 05 Dec 2011 08:09 PM PST BEKAS Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah berkata seseorang itu hanya boleh menjadi kaya-raya atau bergelar jutawan dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan bukan dengan makan gaji. Khaled memahami akan keadaan itu dan kini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diterajuinya memperkenalkan Teras Pertama Dasar Pembangunan Keusahawanan pada 13 April 2010. Ia adalah satu penekanan bagi IPT agar melahirkan usahawan di kalangan graduan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembinaan dan pengukuhan keusahawanan dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Ini juga selaras dengan rangka strategi untuk mewujudkan sebuah 'Entrepreneurial University' atau universiti keusahawanan, seperti yang dinyatakan oleh Khaled baru-baru ini. Sebagai contoh, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mewujudkan Pusat Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MEDEC) pada tahun 1975. Peranan UiTM dalam membantu kerajaan menjalankan aktiviti pembangunan keusahawanan terus berkembang menerusi penubuhan unit lain seperti Institut Tunas Mekar (Tunas Mekar) dan Pusat Sokongan Penyelidikan Keusahawanan (ERCS). Universiti itu telah melantik seorang Penolong Naib Canselor khusus untuk keusahawanan dan menubuhkan Akademi Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Keusahawanan (MASMED) pada April tahun lalu. Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) UiTM, Prof Dr Razmi Chik berkata, MASMED merupakan usaha universiti berkenaan menaikkan taraf pusat keusahawannya kepada sebuah akademi. "Ia juga adalah sebagai satu induk kepada pembangunan keusahawanan lebih baik menerusi dengan menggabungkan Tunas Mekar dan ERCS. "MASMED berfungsi untuk melestarikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menjadi pemangkin menerapkan pendidikan keusahawanan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di UiTM," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini. Aset utama Dr Razmi berkata, teras bagi KPT adalah untuk melahirkan modal insan, proses pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan keusahawanan. "Bagaimana untuk kita memulakan 'perdagangan' usahawan di universiti? Kita tidak mahu bidang keusahawanan hanya disertai pelajar-pelajar yang mengikuti kursus berkaitan sahaja seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan. "Kita mahu memperluaskannya kepada kursus dan fakulti lain. Saya melihat matlamat ini dapat dilakukan menerusi pendekatan MASMED," katanya mengenai UiTM tidak perlu menambah subjek keusahawanan tetapi menerapkan elemen berkenaan dalam modul pembelajaran atau pengajaran mereka. Menurut Razmi, universiti itu mempunyai lebih 580 subjek yang terdiri daripada pelbagai bidang namun MASMED mampu memberi sedikit sentuhan keusahawanan. "Ini mewujudkan kebolehpasaran graduan apabila mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh digunapakai dalam bidang yang diceburi meskipun bukan menjadi seorang usahawan. "Penjanaan ciri berkenaan dalam diri mereka akan membentuk satu daya untuk perkembangan kerjaya pada masa akan datang," katanya. Beliau menambah, MASMED yang dilancarkan oleh Khaled pada 18 Oktober lalu bukan sekadar melahirkan usahawan di kalangan graduan atau memberi latihan atau kepakaran dalam bidang keusahawan. "Namun sebaliknya, kita juga menerapkan ciri-ciri keusahawan dalam diri seorang tanpa mereka perlu menjadi seorang usahawan. "Graduan itu mungkin bekerja makan gaji tetapi dia menjadi seorang yang proaktif, kreatif, inovatif dan berani mengambil risiko serta berdaya tahan mendepani cabaran. Dr Razmi bagaimanapun menjelaskan bahawa keusahawanan merupakan satu bidang yang dinamik dan sangat peka terhadap perubahan sekeliling. "Begitu juga dengan mereka yang tidak menjadi usahawan tetapi mempunyai kualiti keusahawanan membantu kepada perkembangan kerjaya dan organisasi. "Walaupun sekadar makan gaji tetapi menjana kejayaan terhadap syarikat di mana mereka bekerja dan ia memberi kesan kepada keuntungan syarikat," katanya. Untuk semua Skop keusahawanan juga semakin meluas tanpa menampilkan figura usahawan secara streotaip dengan banyak bidang boleh diterapkan dengan nilai-nilai itu. Sebagai contoh, segelintir masyarakat berpandangan Fakulti Seni Persembahan hanya melahirkan pelakon atau mereka yang bekerja di belakang tabir industri itu. "Namun sebenarnya fakulti ini juga boleh menjadi graduannya untuk menjadi produser yang terlibat dalam perniagaan menerusi penerbitan karya seni seperti filem. "Menerusi MASMED, kita membentuk graduan agar berfikiran kreatif dan inovatif tanpa membataskan perkara yang dilihat di hadapan mata sahaja," katanya. | |
Posted: 05 Dec 2011 08:06 PM PST SAMA ada secara manual atau automatik di 897 kaunter di 64 pintu masuk dan keluar negara, bahagian pengurusan itu sering dikaitkan dengan Jabatan Imigresen. Isu kawalan keselamatan begitu sinonim dengan jabatan itu namun tugasnya tidak terhad kerana turut membantu usaha kerajaan mewujudkan negara berpendapatan tinggi. Jabatan Imigresen kini tidak lagi dibayangi pasport semata-mata kerana integriti menjadi senjata utama bagi mendepani perubahan era baru dalam perkhidmatan awam. Wartawan Mingguan mStar, IWAN SHU-ASWAD SHUAIB menemuramah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, DATUK ALIAS AHMAD mengenai agenda jabatan itu sempena sambutan Hari Imigresen Ke-13 pada 1 Disember, baru-baru ini. 'Perkhidmatan kualiti dan berintegriti' merupakan salah satu daripada tiga teras utama dalam Program Transformasi Jabatan Imigresen 2011. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, setiap perbuatan dan perkhidmatan pegawai kepada masyarakat harus berteraskan integriti. "Pendekatan tersebut merupakan satu langkah penambahbaikan perkhidmatan dan tidak mahu dikaitkan dengan isu-isu melibatkan pegawai bermasalah. "Ia adalah simbol kepada teras utama (pelan transformasi). Justeru, Jabatan Imigresen memperkenalkan Lencana Integriti kepada 12,000 pegawai di seluruh negara sebagai penghormatan dan peringatan terhadap tanggungjawab mereka," katanya. Pelan Transformasi 2011 memfokuskan sistem penyampaian merangkumi tiga teras utama iaitu pembaharuan perkhidmatan, integriti dan kebajikan. Alias berkata, pencapaian paling utama adalah sistem biometrik, Program 6P bagi bahagian Pendaftaran, MyPasport Online dan pas residen. "Kita turut melaksanakan beberapa pembaharuan seperti I-pass, visa elektronik di China, pembukaan cawangan baru, kempen 3s (Senyum, Sapa dan Sopan), pejabat Imigresen bergerak dan media sosial rasmi (Facebook dan Twitter)," katanya. Jelasnya, Jabatan Imigresen perlu selari dengan dasar-dasar nasional seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Menurut beliau, Jabatan Imigresen berusaha melaksanakannya menggunakan sumber sedia ada meliputi bajet, kakitangan dan infrastruktur dengan sepenuhnya. "Cabarannya adalah mengekalkan kapasiti sedia ada tetapi berupaya memberi impak lebih besar dan mencapai matlamat menggunakan Strategi Lautan Biru," katanya. Luar negara Wawasan Jabatan Imigresen tidak hanya terhad di dalam negara kerana ia turut melibatkan rancangan untuk memperkasakan tanggungjawabnya di luar negara. Alias berkata, terdapat rancangan untuk membuka Pejabat Atase Imigresen di empat bandar besar iaitu Jeddah, Paris, Bangkok dan Manila. "Ia sudah pun mendapat kebenaran daripada Kerajaan Malaysia untuk menubuhkannya dan bergantung pada kerajaan di negara-negara berkenaan. "Kita berharap ia dapat dibuka cepat mungkin. Keutamaan kita adalah Paris dan Jeddah. Ini kerana bahagian Eropah terutama rakyat di negara-negara sub-kontinen pada masa ini terpaksa berurusan di London manakala di Jeddah pula dapat membantu jumlah pelajar rakyat Malaysia yang besar di Arab Saudi," katanya. Pada masa ini, Jabatan Imigresen mempunyai 27 pejabat atase di luar negara seperti di London, Beijing, New York, Jakarta, Medan dan Songkhla. "Kita sudah pun membuka pejabat atase di Yangon, Myanmar pada 1 Oktober lalu berikutan jumlah pekerja rakyat negara itu di Malaysia adalah besar iaitu kira-kira 200,000 orang. Bilangan itu termasuk mereka yang mendaftar dalam Program 6P. "Bilangan pekerja asing yang banyak dan proses permohonan pas dan visa memerlukan kepakaran menyebabkan penubuhan pejabat atase di sana," katanya. Menurut Alias, pejabat atase turut diwujudkan atas keperluan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di sesebuah tempat di negara itu. "Sebagai contoh, kita membuka Pejabat Atase Imigresen di Melbourne, Australia di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Victoria sejak September lalu. "Ini kerana terdapat kira-kira 35,000 rakyat Malaysia berdaftar berada di negeri itu. Kita menyediakan kemudahan memperbaharui pasport," katanya. Beliau menambah, pejabat atase turut memproses permohonan visa dan pas bagi rakyat asing yang mahu datang ke Malaysia. "Sebelum ini mereka terpaksa pergi ke Canberra untuk menyelesaikan perkara tersebut dan melibatkan kos yang tinggi," katanya. Alias berkata, Pejabat Atase Imigresen jelas membantu dalam urusan imigresen berikutan dianggarkan seramai sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara. "Ia bukan sahaja dapat melancarkan operasi dan meningkatkan perkhidmatan untuk rakyat bahkan menggalakkan kemasukan pelancong asing ke Malaysia," katanya. Atas Talian Bertemakan Ke Arah Perkhidmatan Imigresen Atas Talian, Hari Imigresen Ke-13 menekankan medium itu dalam perkhidmatannya akan datang. Perkhidmatan atas talian memudahkan masyarakat berurusan di mana-mana pada bila-bila masa tanpa perlu datang ke kaunter cawangan imigresen. Alias berkata, berkonsepkan 'silent office' (pejabat senyap) turut memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan serta meningkatkan integriti perkhidmatan. "Sebagai contoh, terdapat 1.8 juta pekerja asing berdaftar di negara ini. Dengan kapasiti pegawai yang terhad, mereka perlu menguruskan proses pembaharuan pas. "Menerusi pendekatan atas talian, sistem yang kukuh dapat melancarkan pengesahan bagi urusan berkenaan," katanya. Menurut beliau, perkhidmatan atas talian turut menjimatkan kos pengurusan dan mengurangkan tekanan kerja serta meningkatkan kecekapan operasi. Jabatan Imigresen sudah memperkenalkan permohonan memperbaharui pasport (MyOnline Pasport) dan memperbaharui permit pembantu rumah asing. Urusan atas talian bagi permohonan memperbaharui pas pekerja asing, pas penggajian, permit masuk dan pas residen akan dilaksanakan pada tahun depan. "Perkhidmatan Imigresen pada hari ini telah ditransformasikan di mana Jabatan Imigresen pergi kepada anda dan lebih dekat dengan anda. "Dengan kata lain, perkhidmatan Imigresen hari esok bermula pada hari ini. Begitulah perspektif perkhidmatan awam agar cekap, efektif, pantas dan tepat," kata Alias. | |
Posted: 05 Dec 2011 08:03 PM PST MANTAP...Jue, Khir dan Fauzi teraju utama teater Semerah Padi. BERMULA dari Bangsawan Naga Chini bergandingan dengan Ako Mustapha dan Jehan Miskin pada 2006, pelakon Jue Aziz mengakui dirinya sudah semakin sebati di pentas teater. Teater lain lakonannya ialah Impak Maksima The Musical dan terbaru, pemilik nama sebenar, Zuliana Abd Aziz, menjadi pilihan untuk pementasan Semerah Padi yang diangkat daripada filem klasik karya Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee. Bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi, memegang watak Dara lakonan Seniwati Saadiah dan digandingkan dengan Khir Rahman dan Fauzi Nawawi.
| |
Posted: 05 Dec 2011 08:01 PM PST SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di rumah mangsa. PERIKSA...anggota Unit Forensik polis membawa barang bukti. KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai punca kebakaran di sebuah rumah di tingkat 15, Flet Desa Rejang, Setapak, di sini, semalam yang menyebabkan kematian seorang wanita berusia 34 tahun, terjawab apabila siasatan polis mendapati wujud unsur jenayah. Difahamkan, unit forensik menemui dua botol petrol yang diletakkan di bahagian dapur dan ruang tamu rumah berkenaan yang secara tidak langsung menimbulkan keraguan mengenai punca kebakaran di kediaman itu.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan menghidupkan dapurnya untuk memasak sebelum berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran.
"Bagaimanapun, dia yang disambar api gagal berbuat demikian lalu menjerit meminta tolong," katanya.
"Penduduk menghubungi polis dan bomba melaporkan kejadian itu," katanya.
| |
DBKL beri tempoh tiga bulan cuba lorong khas Posted: 05 Dec 2011 08:00 PM PST KAWAL...penguat kuasa DBKL menjaga laluan di Jalan Tun Sambanthan bagi mengelak kekeliruan pengguna. KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh percubaan tiga bulan terhadap pelaksanaan lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi di Jalan Tun Sambanthan dan Little India, di sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusop, berkata pihaknya melihat kelemahan sistem diperkenalkan itu dan membuat penambahbaikkan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna.
"Penduduk mendakwa laluan bas sering menyebabkan kesesakan dan membahayakan pengguna kerana melalui sekolah, Persatuan Orang Buta, masjid dan gereja di sepanjang Jalan Thambipillay dan Jalan Sultan Abdul Samad" katanya ketika dihubungi. | |
Posted: 05 Dec 2011 07:59 PM PST BINTANG TELEVISYEN... Kim, Khloe dan Kourtney mendapat berjuta dollar hasil rancangan realiti 'Keeping Up With The Kardashians' dan yang terbaru, 'Kourtney And Kim Take New York.' PASANGAN BAHAGIA... Craig dan isterinya Rachel Weisz berjaya menyembunyikan perkahwinan mereka. MEREKA memperolehi pendapatan berjuta dollar hanya dengan menyiarkan cara hidup mereka dalam rancangan realiti di televisyen untuk tontonan umum. Tapi ada seorang yang langsung tidak tertarik dengan keluarga Kardashian. Danial Craig telah melancarkan kata-kata kesat mengenai keluarga itu, yang diketuai oleh Kim Kardashian dalam satu temuramah dengannya yang disiarkan dalam majalah GQ.
| |
PKS disaran labur untuk jenama semula Posted: 05 Dec 2011 07:58 PM PST SEGARKAN...Abd Rahim bersama sebahagian jenama produk yang dibangunkan di DDEC. PUSAT Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) yang berfungsi memberikan perkhidmatan penjenamaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan melakukan transformasi dari segi penjenamaan produk bagi mengembangkan perniagaan masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Rahim Hassan berkata, kebanyakan usahawan PKS khususnya Bumiputera takut membuat pelaburan bagi membangunkan jenama kerana tidak pasti dengan kesan yang akan diperoleh.
Abd Rahim berkata, terdapat banyak usahawan yang mempunyai produk bagus, namun tiada pakej menarik terutama dari aspek pembungkusan kerana kebanyakan mereka tidak sedar kepentingan penjenamaan.
Berikutan itu, menurutnya DDEC yang berperanan memberikan perkhidmatan rundingan serta pembangunan jenama mengalu-alukan usahawan mengambil inisiatif untuk membina jenama mereka sendiri.
Sejak ditubuhkan empat tahun lalu, kira-kira 39 jenama tempatan berjaya dibangunkan hasil bantuan DDEC antaranya produk kosmetik Simplysiti, Forest Secret dan Jonker Walk Kopitiam. | |
Posted: 05 Dec 2011 07:54 PM PST JUADAH COMEL...hidangan turut disediakan untuk si cilik yang hadir pada majlis cukur jambul. BAGI sesetengah orang, kerjaya hakiki tidak bermakna rezeki yang diperoleh setiap bulan hanya terhenti setakat itu saja. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi menambah pendapatan terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga apatah lagi jika perkara yang dilakukan itu mampu mendatangkan kepuasan. Apa yang penting, ada kerajinan untuk berusaha dan rezeki yang diperoleh juga halal.
| |
Posted: 05 Dec 2011 07:50 PM PST KUMPULAN XPDC SEANDAINYA diselak kembali kalendar seni, dua kumpulan rock legenda iaitu Search dan Wings boleh dikatakan pilihan utama tauke konsert. Walhal, industri muzik kita mempunyai banyak lagi kumpulan rock yang memiliki himpunan lagu popular, di negara ini. Ketika yang sama, tidak sekelumit pun mereka mudah mengaku kalah. Sebaliknya XPDC sentiasa sabar menanti, sehingga impian itu benar-benar menjadi kenyataan apabila Red Garage Group Sdn Bhd melamar mereka menjayakan Konsert Loudspeaker bersama tiga penyanyi lain iaitu Wings, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter, yang akan berlangsung pada 25 Disember ini. Bakal beraksi dalam konsert berskala besar buat julung kalinya di Stadium Merdeka, konsert itu juga mencipta satu sejarah buat kumpulan itu apabila Mael dan bekas vokalis, Ali, bergabung tenaga di atas pentas yang sama. "Kami memang mengharapkan penganjur menawarkan kami mengadakan konsert. Tapi nampaknya kami tidak pernah mendapat tawaran sedemikian. "Kami tidak menyalahkan penganjur kerana kami tahu, mereka pun memerlukan artis yang boleh jual tiket dan mampu menggamit penaja. Lagipun, kita ada ramai penyanyi, jadi kalau nak buat konsert, kenalah tunggu giliran. Kalau semua artis hendak buat konsert dalam satu masa, nanti susah pula jadinya. "Memandangkan ini kali pertama kami diundang menjayakan konsert, kami tidak akan mensia-siakan peluang diberikan. Kami akan cuba memberikan persembahan terbaik supaya peminat puas menontonnya," kata Mael. Bercerita mengenai konsert itu, kata Mael, dia dan Ali akan bergilir-gilir muncul di pentas dalam slot mereka yang berdurasi selama satu jam. Dijangkakan antara lapan hingga 10 lagu popular XPDC, dari awal pembabitan mereka dalam dunia muzik, akan didendangkan pada malam berkenaan. Mael dan Ali juga dijangka akan berpadu suara buat kali pertama dalam konsert terbabit. Menurut Mael, konsert itu juga ialah persembahan pemanas buat XPDC yang dijangka muncul dalam konsert solo mereka tahun depan. Pada 28 Januari nanti, XPDC bersama-sama Search akan mengadakan persembahan mereka di Singapura. "Sebenarnya tahun depan XPDC ditawarkan mengadakan konsert jelajah yang pertama. Persembahan kami dalam konsert Loudspeaker mungkin boleh dijadikan pengenalan buat konsert sendiri kami nanti. "Kami berharap benar konsert itu akan menjadi kenyataan. Buat permulaan kita akan lihat bagaimana sambutannya. Sekiranya sambutan menggalakkan, konsert itu akan diadakan di beberapa negeri sekitar Semenanjung. Ali juga akan terbabit sama di dalam konsert ini," katanya lagi. Bergantung pada lagu lama KUMPULAN yang turut dianggotai Izo (gitar), Amy (dram), Yan (bes), Lola (dram) dan Zua (bes) pernah melakar nama menerusi lagu C.I.N.T.A, Semangat Yang Hilang, Titian Perjalanan dan sebagainya mengakui mereka mampu bertahan disebabkan populariti lagu lama. Mael mewakili rakan-rakannya berkata, lagu baru sukar mendapat maklum balas peminat. Justeru, XPDC tidak begitu memikirkan hasrat untuk tampil dengan album terbaru. Paling tidak kata Mael, bagi memberitahu peminat XPDC masih lagi aktif, mereka lebih selesa untuk tampil dengan single. "Bukan kami tidak mahu menghasilkan lagu baru, tetapi sekarang ini peminat kurang dapat menerima lagu baru. Sebab itu kami lebih selesa menyanyikan lagu lama kumpulan ini. Tetapi kami tidak akan berhenti daripada menghasilkan lagu baru, cuma bukan dalam bentuk album. Cukuplah dengan penghasilan single saja memandangkan pada era sekarang, peminat lebih senang memuat turun saja lagu kesukaan mereka," katanya. Album XPDC bersama vokal Mael: - Darjah 1 (1990) - Timurbarat (1992) - Kita Peng-Yu (1994) - Brutal (1997) - Rock Union (2008) - Rasopariso (2009) Bersama vokal Ali: - Samurai (1998) - Un'Metal (2000) - V6 (2002) - Un'Metal II (2004) - MdLey Rugged (2006) | |
Posted: 05 Dec 2011 07:48 PM PST
| |
Posted: 05 Dec 2011 07:43 PM PST
| |
Posted: 05 Dec 2011 07:39 PM PST SALAH satu jenis muzik dan sastera tertua dalam Islam adalah qasidah. Bahkan jika dikaji dari sejarahnya, seni ini sudah ada sebelum kedatangan Islam. Orang Arab yang terkenal memilik cita rasa tinggi terhadap puisi dan syair memperkenalkan qasidah sebagai salah satu bentuk syair yang diagung-agungkan mereka. Dalam masyarakat pra-Islam, qasidah adalah bait- bait syair (terdiri daripada 6-10 bait) yang memuatkan puji-pujian dan penghormatan kepada tokoh atau orang tertentu yang dianggap berjasa kepada masyarakat. Ketika Islam datang, kandungan qasidah berisi puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Qasidah kemudiannya dilagukan dengan iringan muzik. Qasidah moden Di Malaysia, qasidah sering dikaitkan dengan muzik Arab atau gambus yang diiringi rebana atau alat muzik khas Arab lain. Seiring dengan kemajuan teknologi dan penerimaan orang Islam terhadap muzik, qasidah turut mengalami modenisasi. Beberapa kumpulan qasidah bahkan menamakan diri mereka sebagai kumpulan "qasidah moden". Nyanyian mereka tidak lagi hanya diiringi rebana tetapi juga alat muzik elektronik moden. Al- muhalhal bin rabiah al- tuglabi Para penulis sastera Arab berpendapat, orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah. Rebana Biasanya lagu-lagu qasidah diiringi rebana dan tamborin. Rebana berfungsi sebagai alat muzik yang mengiringi nyanyian lagu keagamaan berupa pujian terhadap Allah SWT dan rasul-Nya. Oleh sebab fungsinya yang demikian itulah maka alat muzik ini disebut rebana. Rebana berasal daripada kata rabbana, yang maksudnya wahai Tuhan kami (suatu doa atau pujian terhadap Tuhan). Al- mutanabbi Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri. Qasidah zaman nabi Tradisi qasidah ialah salah satu peninggalan budaya, jahiliah yang tidak mati dengan datangnya Islam. Qasidah tetap hidup dan disukai orang Arab. Cuma kandungan qasidah tetap hidup dan disukai orang Arab. | |
Posted: 05 Dec 2011 07:34 PM PST PERNIAGAAN spa tumbuh bak cendawan selepas hujan. Di mana-mana sahaja baik di bandar atau di pekan kecil kita pasti akan menjumpai spa. Apabila mengunjungi spa, jiwa terasa tenang dengan bau-bauan harum bunga-bungaan dan herba yang mampu menenangkan perasaan. Bau-bauan ini amat berbeza dengan produk yang kita gunakan di rumah. Kebiasaannya produk yang digunakan di spa memang dibuat khusus untuk pusat-pusat rawatan kecantikan seperti ini. Bahan-bahan seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, herba, madu dan minyak kelapa adalah antara bahan utama yang digunakan di dalam produk spa. Antara produk spa yang mendapat sambutan hebat dan menggalakkan daripada pengusaha di sini ialah produk Chrisna yang dikeluarkan di Indonesia. Chrisna mempunyai berpuluh-puluh jenis produk khusus untuk kegunaan spa berasaskan bahan semula jadi. Tertarik dengan produk ini dan telah mencuba untuk kegunaan sendiri, Juhara Ibrahim pula kini menjadi pembekal Chrisna di Malaysia. Bersama-sama rakan kongsi, Norizan Zulkifli dan Monaliza Mohtar, Juhara giat memperkenalkan Chrisna kepada pengusaha-pengusaha spa di seluruh Malaysia. Menurut Juhara yang juga Ketua Biro Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat Dewanita Selangor ini, syarikat milik mereka bertiga, Al'Asal Resources merupakan pengedar tunggal Chrisna di Malaysia yang kini beroperasi di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Beliau menambah, Chrisna sebenarnya sudah berada di pasaran Indonesia selama 10 tahun dan amat dikenali di negara tersebut. Pembuatannya yang amat menitik beratkan kesucian dan kebersihan menarik hati pengguna untuk menggunakannya. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan seperti kelapa, epal, anggur, madu, strawberi, sirih dan sebagainya amat sesuai dalam penjagaan dan perawatan tubuh dan wajah. Paling penting produk ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia. ''Memang terdapat banyak produk spa di pasaran tetapi produk Chrisna ini bersih, suci, halal dan boleh digunakan tanpa rasa ragu-ragu terutamanya bagi mereka yang hendak menunaikan haji dan umrah. ''Chrisna mempunyai 40 jenis produk. Bagi sabun sahaja kami mempunyai 10 jenis sabun yang dibuat daripada bahan-bahan yang berbeza yang mempunyai fungsi yang berbeza juga,'' kata Juhara yang ditemui, baru-baru ini. Beliau berkata, antara keistimewaan lain Chrisna ialah produk ini tidak mempunyai stok yang disimpan lama. Ia sentiasa baru dan segar kerana sesuatu barangan hanya akan dibuat setelah mendapat pesanan daripada pelanggan. Selain sabun, ujar Juhara, Chrisna juga mempunyai beberapa jenis minyak seperti minyak angin aromaterapi, minyak urut aromaterapi, minyak slim dan parem aromaterapi. Selain menjadi pembekal kepada spa, Juhara bersama rakan kongsinya amat menggalakkan ibu tunggal dan sesiapa sahaja menjadi agen kepada produk Chrisna dengan modal yang minimum dan keuntungan yang berbaloi. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Juhara di talian 013-3626505. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan