Sabtu, 26 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ISU AIM 18 - SURAT PENJELASAN ERNST & YOUNG

Posted: 25 Nov 2011 12:32 PM PST


Berikutan penarikan balik trofi Yuna di AIM 18, berikut adalah surat penjelasan daripada syarikat audit Ernst & Young kepada RIM yang telah diserahkan bagi menjelaskan siapakah pemenang sebenar yang layak.

Antara kandungannya ialah menjelaskan bahawa pemenang bagi kategori Lagu Terbaik seharusnya dipilih daripada pemenang empat sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

Dapatkah surat ini meredakan kemarahan peminat-peminat Yuna terhadap pengurusan AIM 18? Tepuk dada, tanya selera..!

Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KERANA NEELOFA, AWEK FADHLI SHAS BIMBANG?

Posted: 25 Nov 2011 11:43 AM PST


Jika sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat (Apex) digosipkan dengan Dahlia Teck, kini timbul pula gambar-gambar gosip Mohd Fadhli Mohd Shas (Fadhli Shas) pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai Defender untuk Harimau Muda.

Fadhli yang berasal dari Lumut, Perak kononnya sedang bercinta dengan anak pengurus Harimau Muda sendiri. Bagaimanapun, nama gadis tersebut tidak diketahui dan kebenaran gosip ini hanya mampu ditentukan melalui gambar-gambar mesranya bersama Fadhli.

Untuk info, gosip bercinta ini timbul berikutan tersebarnya kisah artis baru Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, yang mahu 'belanja' pasukan Harimau Muda sekiranya menang pingat emas sukan SEA di Indonesia. Ia juga mungkin amaran kepada artis tersebut supaya menjauhkan diri daripada Fadhli dengan bayangan bahawa pemain itu sudah berpunya!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu