Jumaat, 25 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


FILEM BARU - SUATU MALAM KUBUR BERASAP

Posted: 24 Nov 2011 07:32 PM PST


Sebuah lagi filem menarik terbitan outLOUD Studios bakal menemui penonton di pawagam 22 Disember ini iaitu 'Suatu Malam Kubur Berasap' (SMKB), yang menampilkan Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Nurul Ain Nordin, Wira, Faiz Raja Lawak dan juga pelakon-pelakon veteran seperti Allahyarham Zami Ismail, Ruminah Sidek dan Accapan.

Apa yang unik, filem ini mengetengahkan konsep yang jarang kita lihat di dalam filem seram Melayu iaitu konsep pelbagai kaum. Lebih menarik, Suatu Malam Kubur Berasap juga mengetengahkan kisah-kisah hantu yang datangnya daripada pelbagai budaya dan juga kepercayaan rakyat Malaysia, seperti hantu Melayu, Cina dan juga India.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALONG RL KEMPUNAN ANAK KEMBAR

Posted: 24 Nov 2011 01:02 PM PST


Meskipun pengalaman menimang cahaya mata sulung telah berlalu pada 12 November lalu, namun Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron masih lagi terasa debar dan pengalaman berharga itu. Kesakitan bukan sedikit, malah ada ketikanya dia rasa seperti mahu pengsan sewaktu mahu melahirkan 'Ahmad Danial' yang seberat 2.55 kilogram di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.

Namun apa yang membuat dia terkilan ialah hanya melahirkan seorang sahaja anak berbanding apa yang dikandungnya sebelum ini. Ini kerana, sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, ketika di ABPBH April lalu, Zila mengalami pendarahan dan seorang anak kembarnya tidak dapat diselamatkan.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KERANA AIM, ANUAR ZAIN 'TEBALKAN MUKA'

Posted: 24 Nov 2011 12:31 PM PST


Nasi sudah menjadi bubur!

Demikianlah kiasan yang boleh disimpulkan mengenai isu trofi Anugerah Industri Muzik (AIM 18) yang 'terpaksa' dipulangkan oleh Yunalis Zarai (Yuna) dan diserahkan pula pada Anuar Zain (lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim). Walau apapun alasannya, ia tetap menjadi satu sejarah hitam dalam industri hiburan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sememangnya, agak 'tebal muka' juga Anuar untuk hadir menerima trofi tersebut yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai trofi 'secondhand'. Namun disebabkan mahu bersikap profesional tanpa prejudis, semua rasa pahit itu terpaksa ditelan jua oleh penyanyi vokal terbaik itu.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu